Sunday, October 28, 2012

Raya Dengan Family

Assalamualaikum

How was your Eid? Mine is so-so. Takdela raya sangat. Sebab nye hari Jumaat tu aku sampai umah kul 5 pagi padahal bertolak dari KL kul 8 malam hari Kames. Can you imagine that???? 

Huhuu memang pagi tu aku tidoq tak ingat dunia la. Dengan penatnya lagi hewhewhew. Petang tu baru kalut cari baju nak pi beraya umah tok. Pakai baju raya taun2 lepas sudahhhhh.

Me and my sister, Hazirah. 
Semalam before pi umah tok, kami singgah Tesco sat sebab tok pesan belikan bahulu and kuih raya heheh. Sementara tunggu mama, aku menyempat lagi beli kasut yang kiut miut ni.






Then sampai la umah tok. Well, menu hat simple2 ja. Tapi simple tu yang best kan?


Hari ni pulak, mama ajak pi kenduri sempena Hari Raya Aidiladha. Dapat la jugak merasa makan daging korban heheh. Sedap bila cicah dengan air asam. 


Lepas pi kenduri tu, mama hantar aku pi facial. Huhuhu muka dah teruk dah. Sampai Elise bising2 kat aku sebab cuci muka tak betul. Aku pulak tersilap pakai moisturizer. Dah muka jadi berminyak pulak. Tu pun kena tegur. Hahhaha takpa2, demi masa depan. Eh.

Lepas tu kami pi Tesco (lagi sekali) sebab konon nak dinner Nasi Arab. Tengok2 kedai tu tutup. Before tu terdetik pulak mama nak tanya "Eh akak tak jumpak Murni ka?". 

Pas solat Maghrib kat Tesco, terus Murni call aku. "Wehhhh hang kat mana?? Aku baru jumpak ayah hang tadiiii. Aku kat Tesco nii". Excited bunyi nya. Cam tak jumpak 10 taon. Hahhaha. Aku pon sudah lama tak ketemu beliau. Tapi tengok dia dah ok dah walaupun baru pas accident ritu huhuuu. Tu la, bila kita ingat kat orang tu, orang tu pun ingat kat kita. Kan.

Tamat sesi bersembang dengan Murni. Lepas tu kami satu family decided nak pi makan kat Kapitan, Perda. Irah dok gadoh nak makan nasi sangat. Memang raaaaamai gila orang. Laku betoi depa ni berniaga. Very the suspense bila ada sorang pakcik ni tetiba menjerit kat tukang masak tu sebab hantar order lambat. Alaaa rilek2 la pakcik, orang ramai kot. Kitorang pon tahan sabar je tunggu nasi nak sampai ni. Bukan pakcik sorang okay? Camtulah aku bermonolog dalam hati. Tengok2 pakcik tu dah blah. Eh.
Seb bek Chicken Beriyani Claypot sampai duluuuuuu.



Teh-O-Laici

Yezzzzaaaa ni yang aku tungguuuu. Butter naan with Tandoori Chicken. Sedap baq hang!
 Kenyang sungguh!!!! Alhamdulillah. Then masa balik tu my best friend, Baly send satu gamba. Actually dari pagi tadi dia dok cakap dia nervous. Hahha aku dah agak dah sebab apa.

Happy Engagement Day buat kawan saya, Hambaly. Jaga Ain elok2 ye bro? Yeyyyy tak lama lagi kitorang ley makan nasi minyak hihihihihihi :)
 Happy nya kawan2 aku nak kahwin!!! May Allah bless you both and grant you happiness sampai bila2 ^___^

Ohhh before masuk tido tadi, mama ada tunjuk gamba ni. Gelak besar la aku. Such an old photo. Aku pon tak ingat. Time ni aku baru 2 taon. Tapi asal macam dah tadika????

Kaki pendek tak jejak tanah. Pastu pandang tempat lain. Hahahha spoiler betul.

p/s : esok nak balik KL dah. mintak2 tak jem teruk. tolongla.


THANKS FOR READING! :)

Satu Pengorbanan

Assalamualaikum


Baru lepas tengok cerekarama kat TV3 tadi. Dan secara normalnya, peratusan penonton yang akan menangis adalah tinggi, sekitar 80%. Cita yang diorang tunjuk memang selalunya kawkaw la, kalau hat sedih tu memang boleh merambu (mengalir) air mata. Kadang2 tu kalah Hindustan. Pelakon2 pulak nak yang mantappppp je. 

Oh macam cita "Tersalah Cinta" yang aku tengok semalam. Yangtu not bad jugak. Haaaa sapa yang miss?? Ada Neelofa kot hihih. Ala2 Arab gittew. Bagi aku storyline dia ok, banyak take-away points. Lakonan Aqasha ngan Rita pun natural je, ye lah orang lama kan hehe. Bagusla cita tu in terms of; 

1) Isteri (Rita) patut dengar cakap suami (Aqasha) - mintak izin kalau nak kua umah 
2) Aqasha berterus-terang pasal ada pompuan (Neelofa) nak ngorat dia. Hahah tapi sakit ati je dengar ye dok??? :p
3) Sentiasa tawaddu'. Tak baik cakap besar. And sombong. And bongkak. Especially kat Tanah Suci. Nanti Allah bayar cash hehe.
4) Pegi Haji kenalah ikhlas. Niat nak beribadat kepada Allah. Bukan nak pegi shopping. Or nak semata-mata nak pegi holiday. Or nak cari jodoh. Ehhh kalau terjumpe camne? Hahahaa haaa rezeki2 :)
5) Allah akan selalu uji kita. Even masa kita dah jejak kaki kat Tanah Suci. Kat situ pun Dia nak menduga hamba2Nya. Allah tu Maha Penyayang kan?

Banyak lagi sebenarnya pengajaran cita ni. Tapi satu je. Cam tak sesuai pulak diorang buat setting kat Tanah Suci. Sebab ada certain scene yang diorang buat lawak yang aku rase cam tak kena dengan tempat. Lawak yang over pulak tu. Cam tak respect pulak dekat rumah Allah. Eh eh tapi depends la kat pandangan masing2 k?


Anyway, rasa cam dah melalut jauh padahal tajuk entri pasal korban. Berbalik pada cerita 'Satu Pengorbanan' tadi. Satu je aku perasan. Tak kira kita bersedia macam mana sekali pun, kalau Allah tak tulis jodoh kita dengan orang tu, maka tak kahwinlah kita dengan orang tu. Macam Eja (si kakak) yang at first nak kahwin dengan Fahrin but ended up Lisdawati (si adik) yang dapat Fahrin. Yang aku geram dengan Fahrin ni sebab dia cam 'pak turut' dalam cita ni. Hahah tetibe aku emo masa tengok cita tu. Sebab tak puas ati Fahrin pegi ikut jugak Lisdawati untuk kahwin lari. Tapi nak wat camne kan, dah Eja sendiri dah mintak putus tunang. Nak tau full story, pegi lah tengok sendiri cita ni okeh.

Tak terlambat untuk aku wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kat semua orang. Mintak maap kalau ada salah silap kat mana2. Halalkan ilmu, makan yang korang bagi kat aku selama ni hehehe. May Allah bless all of you. InsyaAllah.

Take care :)

THANKS FOR READING! :)

Saturday, October 20, 2012

Jujur Aku Dayus

Assalamualaikum

Hahahha tajuk takle bla. Ni sebenarnya tajuk cerekarama kat TV3. Tapi la ni aku bukan nak cakap pasai cita tu lagi. Sat na. Mukadimah la sikitttt...

Actually tadi baru balik dari wedding officemate, Aain. Venue kat Duchess Place, Jalan Ampang. Korang tawu? Adoiii melilau merata jugak la cari tempat tu kat mana. Dah la banyak keta. Hmmmphhh!!
















 
Balik2 kenduri tadi aku ngantok yang amat sangat. Tapi bila dah bukak laptop tu, memang takle nak stop la kan. Haha tetiba tersangkut pulak tengok cita ni. Huishhhh memang beshhhh!




Sedihnyeeeeee cita niiii T_T

Interesting gak storyline dia. Start dengan Ed (Beto Kusyairy) kawen ngan Lisa (Nora Danish) tapi 3 bulan lepas kawen, Ed kena pi Jepun sebab keja. Tetiba Ed pulak eksiden sampai koma. Tapi bila Ed sedar, dia cam dah berubah. Cam dingin gila, buat layan tak layan ja Lisa. Punya laaaa aku pikir pasai pa Ed ni dok avoid wife dia. Tambah pulak tetiba kuaq watak Aishah (Irma Hasmie), ex fiancee Ed. So lepas Ed sedar tu, dia ngan Aishah dok selalu jumpak la. Aishah pulak claim mengandung 4 bulan, lagi la aku suspicious! Dah macam2 Lisa buat nak slow talk dengan Ed tapi end up bergaduh lagi terok. Sampai satu point tu, Lisa mintak cerai. Suspen betoi la wey!

Haaa kalau nak tau pasai pa Ed jadi camtu, kena la tengok cita ni sampai habes. Wuwuuu best kot Nora Danish ni berlakon. Memang real gila, dah la lemah lembut. Dari dulu aku minat tengok Nora Danish berlakon, since cita Tentang Dhia. Lagi satu cita hat lebih kurang The Vow tu, Aku Terima Nikahnya. Beto Kusyairy pun sama, natural sungguh. Salute la depa ni. 

Rasulullah pernah bersabda,

"Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu"
(HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )  

Baginda bersabda lagi,

"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka"(HR Ahmad)"

Ayah Lis : "Kamu letak sayang kamu pada Lis di tempat yang paling tinggi"

Ed : "Tapi saya tak mampu nak letak lebih tinggi dari sayang saya pada Allah"

Respect la watak Ed dalam cita ni. Memang jenis penyabaaaaaaarrrrr sangattt. Bila dapat tau pasal Lis ngan xxx *alamak spoiler*, takdela dia nak pi men serbu ja kan. Dia tahu tapi buat2 tak tahu. Hah macamane tu hehe. Dia siap doa mintak Allah bagi petunjuk. Tengok2 memang Lis tak bersalah. Lagi satu, Ed tu selalu jaga solat. Sebab tu Allah permudahkan urusan dia (walaupun banyak challenges in between). And dia bole ubah Lis jadi isteri yang solehah. Alhamdulillah :)

The fact that you're repenting is a sign that He wants to forgive you.

[shared] Lelaki yang tenang itu, adalah lelaki yg menjaga solatnya. 34 kali sujud dalam sehari, adalah titik ketenangan. Sebab tu wanita, kalau tak boleh solat, emosi tak stabil. Sebab tak dapat 34 kali sujud setiap hari dia 'cuti'. Solat 5 waktu = 34 kali sujud. Jumlah sujud ni, cukup untuk beri ketenangan. Jadi, terjaga solat, terjagalah ketenangan. 

Menjaga solat, bukan saja solat 5 waktu, tapi solat di awal waktu. Sujud yang dapat pada awal waktu, itu yang menyumbang pada ketenangan. Ustaz ada cakap, lelaki yang selalu asyik panas baran, barangkali, puncanya adalah dari solatnya yang tidak dijaga. Jadi, resipi ketenangan, adalah solat cukup 5 waktu dan solat pada awal waktu. Jangan lewat-lewatkan. nasihat untuk diri and semua. [shared]

Do not leave the one who doesn't love Allah. If they can leave Allah, they will leave you.
 
p/s : Pengajaran : I have to learn to calm down. And bersangka baik. And be honest. Waduh waduh.
 

THANKS FOR READING! :)

Friday, October 19, 2012

Tired

Assalamualaikum

I'm lost for words but I want to say is I'm starting to get a little bit


 *sigh*

Oh Allah, sometimes it's hard for me to understand what You really want to happen.

But I trust You.

I know You will give me what's best.

p/s : I miss Moon. I miss telling her everything.


THANKS FOR READING! :)

Tuesday, October 16, 2012

La Tahzan Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum

"Dan Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati Padahal Kamulah Orang-orang Yang Paling Darjatnya Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"

I knew this would come.

Patutlah hari ni rasa tak sedap ati jeeeee.

Everyone has their bad day. 

Apparently, mine's today.

And I was all alone just now. 

Cry my heart out.

Nah. Won't do something like that.

Wait, probably I will.


Kadang-kadang kita bertanya di mana salah nya.

Dalam solat? Semasa pergaulan? Adab dengan ibu bapa?

Betul, kita tak mampu nak bertahan bila diduga.

Sebab ujian Allah memang pahit untuk ditelan.

Memang dashyat untuk dilalui.

Tapi sabar dan taqwa tu indah.

Lagi indah kalau kita paham kenapa kita kena hadapi semua ni.

Bukankah ujian yang diturunkan tu tanda kasih sayang dari Allah?

Bukankah Allah menguji manusia tidak lain hanyalah untuk meningkatkan iman mereka?

  Bukankah Allah dah janjikan syurga untuk hamba-hambaNya yang beriman?

Jadi kenapa merungut?

"Be not sad (or afraid), surely Allah is with us"
Surah At-Taubah ayat 40.


Will I be okay? Yes, no, maybe?

THANKS FOR READING! :)

Monday, October 15, 2012

Sedu Sedan

Assalamualaikum

Aku call umah tadi. Stress betul line Maxis tak berapa elok. Ingatkan kat office ja camtu huhu. Rasa nak marah pun ada. 

"Mama, nak mintak tolong boleh tak? Nak pinjam RM200 sikit, nak bayaq kat kawan. Lagi seminggu dapat gaji. Nanti akak bayar balik"

"Oooo. Pasai beli tudung nak buat jual hari tu ka? Heheh. Ok ok. Alaa dalam account mama cam tak cukup duit. Nanti mama bagitau ayah naaaa"

*hung up*

5 minutes later...

"Hello akak. Mama dah habaq kat ayah. Dalam account ayah betul2 ada RM200 tapi takle la nak transfer semua, kena tinggal at least RM10. Takpa ka bagi kat akak RM190 ja? Haa hat balance ada la ni cukup dak buat makan semua?"

"Haaa ok ja ma. Takpa takpa. Thank you tauuuu....."

"Ok la. Mama nak tidoq dulu ni. Sakit kepala sangat pasai pa tah"

*hung up*

Terus ayaq mata aku jatuh.

Sebak. Terharu.

Taktau pasai pa emotional sangat malam ni. Dengar suara mama yang macam tak sihat tu kot? The truth is, aku rasa dah banyak menyusahkan orang. Bukan takat kat office ja, tapi kat parents aku jugak. Awat yang suddenly tacink nih???? Mungkin sebab aku penat sangat hari ni. Dah la kena sound sebab buat salah. Ahhh tapi memang salah aku, buat keja nak cepat siap je. At last kena re-do. Tak ke buang masa camtu? Lepas tu dengan keja lain yang ntah tetiba datang dari suma arah. Hahahah multitasking tetiba. Aku pon taktau aku patut buat keja tu ka tak. Tapi orang cakap, jangan memilih sangat. Buat ja, dapat experience sebanyak mungkin. Pikir positif. Tu ja aku pegang la ni. Dan harus ditanam dalam diri orang lain jugak *tetiba???!!!!*


Ok jap, entri ni sepatutnya jadi entri sedih. Tapi takpa. Hmm lagi satu, aku anak sulung, seharusnya aku la bagi duit kat parents kan. Eh tak kesah la sulung ka bongsu, tanggungjawab sebagai anak tu kita takle nak lari. Segan jugak dengan mak aku tadi sebab call semata2 nak mintak duit. Tapi sifat seorang ibu ni, camna dia susah sekali pun, dia takkan biar anak dia susah jugak. Mesti nak tolong punya. I'm sure suma ibu macam tu. Macam mak aku, dia takle tolong cara A, dia pikiaq cara B. Bukan takat duit ja. In every aspect of my life. Sejak aku masuk sekolah sampai la ni. And I'm so proud of her!


Abu Hurairah (RA) berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah (SAW) dan bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab,
"Ibu kamu"
Dia bertanya,
"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab,
"Ibu kamu"
Dia bertanya lagi,
"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab,
"Ayah kamu"


Okla takmau bebel banyak sangat. The truth is, I miss home. Can't wait for Raya Haji to come. But thinking about all those things that will come in between - they gave me extra headache. 

Work life balance, please?
Imma need some more of that.


p/s: Why so serioussssss?? I hate it when I'm being so seriousssssssssss
. Like seriously seriousssssssssss.


THANKS FOR READING! :)

Sunday, October 14, 2012

Burger Bakar + Jalan TAR

Assalamualaikum

This week? Alhamdulillah walaupun penat tapi ada jugak masa spend dengan kawan2 sume. Hehhee. Kames lepas Awin ajak pi makan Burger Bakar kat Seksyen 2. Yang bestnya lepas order tu, kami tunggu tak sampai 5 minit burger dah sampai. Dengar kata selalunya kena beratur panjang and tunggu sejam lebih. Hihihih rezeki kami la malam tu.

Baru kuaq umah. Lif lambat nak mati. Kami amek gambar dulu naaa.

Pilih pilih. Macam2 adaaaaa.

Basic single chicken burger. Kenyang wey!

Dayang and Awin. Pffftt layan gila makan tepi jalan.

Sabtu pagi pulak pi amek Sabi kat LRT Masjid Jamek. Pastu pi parking keta kat Sogo. Sementara tunggu Mia dari Subang, kami makan McD sat. Hari tu hujan lebat pulak, end up jam teruk along Jalan Pahang huhu. Tu yang lapaq sangat tuuuu.

Hahhahah takdak keja. Lepas dah siap suma. Ni la camwhore ye adik2?
Nampak tak Sabi? Mana oh manaaaaa????
Sian makcik ni. Tunggu pakcik lettew. Hahhaha tetibe.
Kitorang gi makan kat kedai sushi dalam Sogo tu, tak ingat pulak nama die ape huhu.


Haaa Restaurant Sogo lah nama dia! Hhahaha. Yangni amek set, teriyaki chicken + miso soup + salad + edamame. Hmm bolehlaaaa, takde pape yang extraordinary pon tapi sebab murah so aku order je hehe.
Tuang je miso soup dalam mangkuk nasik, kan senang.
Kua je Sogo tu, mata kitorang melilau la carik tudung. Haaaa yang betolnye aku pegi Jalan TAR ni sebab nak borong tudung. Hat tri-tone tu. Kan sekarang ni pakat dok gila tudung fesyen camtu. Aku mintak Sabi passkan kat akak dia. Bolehla dia jual kat member2. Hihihih ceq pon nak buat business sikit tapi sebelum tu nak test market dulu. For start, beli la 20 helai dulu, orang panggil satu kodi. Bolehla kan. Kita tengok camna insyaAllah. Kot2 ada rezeki hehe.

Nampak tak beg plastik besau tu? Tu la hasil borong saya.

Rambang mata tengok baju+kain+tudung cantek2 hokeh??
Mia dengan inai. Semangat nak pi buat kat Jalan Masjid India. Sebelah tangan RM10. Pi kaih try!
Budak ni terjumpe kat surau City Square. Tetibe bagi cocoa crunch kat aku. Awwwwww~
Ni hasil borongan jugak. Ade maxi + jacket + shawl. Niat nak pakai masa kenduri member nanti. Arrghhh segan pulak nak pakai huh.
 Ahad pagi pulak tak wat ape. Dok umah men laptop hehe. Ohhh and masak mee kuah. Tapi tak jadi sangat sebab kuah ceroi (cair) pastu tak cukup bahan bla bla bla. Hhahaha banyak songeh la kau Hidayah.
 

Malam tu buat jugak butter cake tapi tak jadiiiii. Sedih gila kot. And rasa sangat down. Memang haku takde bakat buat kek rupenye hewhew. Kena pegi kelas la cemniiii. Hahhah emo pulakkkk.


p/s : My friend pesan it's all about timing and patience. Ye, bawak2 bersabar ok? :)


THANKS FOR READING! :)