Thursday, March 29, 2012

Bidadari Impian KBD Part #1

Assalamualaikum

Slot ni disampaikan oleh Fatimah Syarha, seorang novelist. Orang panggil Ustazah Cinta. Comel orangnye. Sejuk hati tengok. Suara dia, Ya Allah lembut gile. Cair aku dengar hehee. 

Sis Fatimah started the session by mentioning sabda Rasulullah s.a.w,
"Ada EMPAT wanita mulia yang juga penghuku segala wanita. Mereka itu ialah Asiah binti Muhazim (isteri Firaun), Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa a.s), Khadihah binti Khuwalid (isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhamad (puteri kesayangan Rasulullah s.a.w).
Bayangkan eh. Orang yang hidup sebumbung dan tidur sebantal dengan kita adalah seorang yang tidak beriman kepada Allah, Sang Pencipta. Tu yang Asiah ni rasa sepanjang hidup dia. Asiah berpegang teguh kepada akidah walaupun Firaun seksa dengan kejam sekali (kaki dan tangan diikat lepas tu kena pukul lagi tsk tsk tsk).

"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak"

Wahhh berani kan dia cakap macam tu dekat Firaun, seorang pemerintah, seorang suami. Berapa ramai kita boleh jadi sekuat tu? Sanggupkah kita pertahankan akidah kalau kita dalam situation macam ni? Yang tak kuat tu sudah tentu2 hanyut. Gara2 terlalu sayang, walaupun si suami tu rosak imannya, kita nak jugak ikut sekali. Tetibe teringat cite Ustazah Zawiyah (bakal menyusul...tungguuuu..hehe)

\
 Pesanan untuk semua wanita yang cantik dan solehah sekalian. Letak Allah nombor SATU dalam diri kita. If we can't change the situation (like Asiah), what we can least do is control our response. Kalau kita rasa benda tu salah, jangan pulak kita ikut (instead, follow our good instinct). Dekatkan diri dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah untuk teguhkan iman kita. Kalau baca Al-Quran, hati rase tenang kan? Bak kate Wardina ;)

Kadang2 kita rasa aduhai, beratnya ujian ni. Kita persoalkan, kenapa orang benci aku? Kenapa hidup aku susah? Allah tak sayang aku ke? Kenapa orang lain tak kena uji macam aku ni? Kita kena ingat, setiap manusia tu berbeza. Allah bukan tak sayang, Allah just nak kita belajar faham orang lain, faham character masing2. Allah nak kita jadi pandai solve problem so that kita kerah sikit otak yang lama membeku itu. Hehe. Kalau hidup takde dugaan, tak fun la kan. Macam main game, mesti ade challenge die. Kalau asek menang je, boring la kan? Bek takyah main (tetibe rindu nak main rockband hehehe)..

Words of wisdom sikit (cecece)....

"Iman bukanlah penjara di jiwa"

"Lembutmu mematahkan keangkuhannya"

"Jadikan Allah sebagai sebab permulaan dan pengakhiran hidup"


p/s : menyempat lagi update blog mase tengah training..heh3~~

THANKS FOR READING! :)

Wednesday, March 28, 2012

Teaser #2 KBD

Assalamualaikum

Some of my favorite quotes during Konvensyen Bidadari Dunia (KBD).

"If you feel complete, you don't have to show off" - jangan bangga diri ye

"Macam mana suka pun kita dengan seorang lelaki yang nak kahwin dengan kita, ALWAYS hormat pandangan wali" - yep, parents' blessing is important!

"Always say everytime, saya gembira dan bersyukur"


"We always use the mirror to see what other people think of us. Change that! Use it to look at yourself and muhasabah"


"Always smile at everyone at least for 7 seconds untuk sampai kat hati dia. 7 sec tu syarat wajib, more than that sunat hehhee.."


"2 tips for happy family : jemaah 5 waktu for parents & anak2 and makan sama2" - men lagi afdhal jemaah kat masjid tapi ape salahnye sekali sekala buat kat rumah kan? hehe..

"Indahnya jadi solehah bilamana kau sudah ada ciri keibuan sebelum kahwin lagi"

"Jangan betulkan atau communicate dengan anak2 time anak buat salah sahaja. Sentiasa communicate, nasihat dan puji bila perlu" - puji ikhlas ok, don't overdo it heh

"Jangan buka gelanggang I miss you, gelanggang asmara jika anda tak ready untuk mengahwininya sebagai suami/isteri yang sah" - Ustazah Robiah Hamzah (love her so much!)

"Rindu pakwe makwe kalau tak jumpa even 1,2 hari. Rasulullah SAW kita rindu nak jumpa tak?" - Fatimah Syarha

"Sabar itu senjata wanita" - Ummi Rose (if I'm not mistaken)

"Doa : Ya Allah jadikanlah aku menyintaiMu lebih dari aku menyintai air sewaktu dahaga"

"Cari pasangan yang boleh bawa kita ke syurga"

"Cantik itu pada hati bukan pada luaran bukan pada pakaian"

"We emphasize so much on our physical self. But Allah says the best cloth is taqwa. Purify our heart with taqwa" - by my beloved Wardina Safiyyah

Too much info already. Not a teaser anymore kan HAHA. Tak rugi pegi konvensyen ni. Sebab dapat banyak ilmu!!! :) A GOOD preparation to be a GOOD daughter and mom (insyaAllah). And most importantly, Allah's loyal servant. Alhamdulillah :)

Kat PICC. Kalau tak gi konvensyen, tak dapek la nak pakai jubah mama ni heheh... :p


THANKS FOR READING! :)

This Week Kita Relax

Assalamualaikum

Ade training hari ni kat Vistana Hotel pasal Measurement System Analysis. Yang kelakarnye, bole pulak sesat tsk tsk tsk. Jangan terkejut kalau one day orang bawak aku jalan2 and tetibe aku over-excited, "Wah! Best gile tempat ni". Padahal da penah pegi 32648126482 kali. Lol. Nasib baik pagi tadi ade Johara Pagi Era yang sudi meneman daku. Gelak sorang2 je dalam kete tadi <--- kes stuck dalam jam lama sangat kehkehkeh.

Penang Bridge ni asek jam je. Aku swim kang. *gambar hiasan*
Tadi banyak food yang hotel serve for lunch. Omaiii banyak gak aku bantai. Burp kenyang gilos. Tahan jugak le ngantok sebab training tu mainly lectures. Ade jugak team assignment sikit. Oklah. Tapi aku sorang je pompuan mase tu. Bahahaa awkward la jugak. Redah je. Nak wat camne, supervisor yang tolong sign up kan training ni hehehe. Kita hanya mengikut arahan *tangan atas dahi*

Balik keje, pegi withdraw duit jap pastu gi Billion beli groceries sket. Kahkahkah macam surirumah berjaya, mama siap pesan beli bawang la ape la. Bila lagi nak merasa kan hihih. Lepas tu pegi amek Kimi balik sekolah. Aku terfriendly pulak hari ni pegi sembang dengan makcik guard sementara tunggu bebudak tu kuar. Time tu ade mat2 bangla tengah letak tar atas jalan. Lagi la makcik tu bebel2 sebab nanti kacau kete parents yang nak amek anak diorang. Pastu bas sekolah pulak kena berhenti jauh sebab takde parking spot da. Hehehe layan jugak makcik ni bercerita. Orang berumur ni banyak celoteh nye kan hehe. Seronok dengar. Aku? Hmphh awal2 da parking jauh *konon nak exercise*

Sampai umah, mama da siap masak kari ikan sembilang dengan sambal udang. Pergh nikmat betul. Alhamdulillah syukur2. Hari ni not bad lah. Tak penat sangat. Esok pon. Sebab ade training lagi. Bole kate minggu ni lepak sikit la. Dahle Isnin amek cuti (sebab pegi KBD hehe). Takde lah aku kat office mengadap keje2 yang datang melayang itu hihihi. But I have to prepare for Friday (maybe have to stay back HUHUHU takle balik kul 3 warghhh). And weekend also, get ready kalau kena panggil masuk production line T_T

Ku berserah kepadaMu Ya Allah. Jadikanlah semuanya baik dan berjalan lancar untuk aku dan keluargaku. Aku bersyukur atas segala nikmat yang kau berikan sampai ke hari ini. Alhamdulillah :)

Song for the day heeee~~


THANKS FOR READING! :)

Monday, March 26, 2012

Teaser #1 KBD

Assalamualaikum

So much in love with the song teeeheeee~~

"Apabila wanita itu telah melakukan solat 5 waktu, puasa pada bulannya, taat pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya; Masukkan kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai "
Riwayat Ibn Majah


THANKS FOR READING! :)

Wednesday, March 21, 2012

Kemas Bilik Sikit + MLM Sikit

Assalamualaikum

Pagi tadi menyempat aku singgah Kedai Wahab jap dengan mama, nak beli baju kurung moden. Konon nak pakai mase Konvensyen weekend ni. Hihiih asek pakai baju yang same jeeee. Okla tu, da lme tak sopink baju2 camtu. Takpe, esok first gaji masyukkkkk yeahhhh~~

Ya, kami tidak sabar menanti ngeh3 (picture taken yesterday, thanks to Din) :p
Ehem ehem since tak pegi keje hari ni kan, diri ni terpanggil untuk mengemas bilik. Huahuahua baju sume lipat elok2 dalam almari, alas meja solek ganti dengan yang baru, kemas ketas2 atas meja study. Mop lantai? Erk tu tunggu kejap bole tak hahaha.

Tengah kemas2 tu tetibe Daly call, kate nak ajak gi tengok F1 Sabtu ni. Gahhhhhh tak dapek la nak join sebab nak gi Konvensyen tu. Dah la aku jarang pegi event2 camtu, unless ade orang ajak *hihihihi*. Tapi takpe, nanti insyaAllah kalau aku dapat keje kat KL, aku hangout selalu ngan ko eh Daly terchenta <3

Ommoooo dari tadi asek dok repeat mende alah ni. Kelakar2, taktahan gile :p




THANKS FOR READING! :)

Berehat Di Taman Syurga Allah

Assalamualaikum


Rasulullah SAW pernah bersabda “Seseorang tidak akan masuk syurga sekiranya mempunyai secubit pun perasaan sombong. Maka ada hamba Allah yang bertanya: Jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasut yang cantik?Rasulullah SAW menjawab “Allah itu Maha Cantik dan Allah mencintai kecantikan. Sombong itu adalah mengejek dan menolak kebenaran dan merendahkan orang lain” (Bukhari) 
I've been fascinated by her beauty ever since Spanar Jaya hehe. And when she wrote Realiti Cantik Yang Tak Berapa Cantik in her official page, I macam lagi lah..salute sangat kat dia!! Still merendah diri walaupun bole kata satu Malaysia dah kenal sape Wardina Safiyyah ni. Nama secantik orangnye, bukan? Hehe :D

Ohhhh btw hari ni aku amek MC, tak pegi keje. Sebab semalam mata aku bengkak teruk, merah pulak tu. Ni sume sebab pakai contact lens ergh benci gile. Malam2 letak ice pack. Yeahhhhh nice. Nasib baik da gi amek ubat, so da surut la sikit. Mintak2 by Friday, mata aku tak merah da hehe.

Hah SEBAB APE? Nak jumpe mereka ini lah!! 

The pretty ladiessss :)
Tau tak pasal Konvensyen Bidadari Dunia kat Putrajaya International Convention Centre (PICC)? Further bole bace kat SINI. Daftar selagi belum terlambat!!! Kalau Admin da reply email, bole print details and pegi claim 'fast ticket'. Kalau tak sempat, claim mase hari pendaftaran (Sabtu pagi) pun takpe. Tentative seperti berikut (ni yang eksaited ni hehe) :

 

 Pilihan Jumlah Bayaran Pendaftaran adalah (1) RM100 RM200 - Untuk penyertaan sahaja atau (2) RM350 RM450 - Untuk Penyertaan + Pek Makanan. * Kadar sah adalah sehingga 29 Feburari 2012

Mule2 tanak pegi sebab mahal kan. Tapi sebab ade promotion RM100 tu, ape lagi, aku ajak terus Ted ngan Dihah pegi skali. Rindu bangat sih sama ex-roomates aku itu hihihi. Excited gile nak pegi KL Jumaat ni :D:D:D:D

Wardina, you're such an inspiration to all Muslim women out there, including me. Looking forward to meet you. And all other speakers as well. Tidak sabar untuk menimba ilmu. InsyaAllah. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan oleh Allah. Amin.



Browsing kejap tadi, terbace pasal kes Wardina buat itu, buat ini. Haishhh kenapa certain orang selalu nak cari keburukan orang lain? Manusia bergaduh, syaitan jadi suka hati. Pikir-pikirkan la.


THANKS FOR READING! :)

Sunday, March 18, 2012

Thousand Years

Assalamualaikum

Me being bored on a Sunday evening. The sky is clear. And the trees are singing :)

Put this on repeat mode :D


I'm homesick of my home called Vandy :'(

THANKS FOR READING! :)

Jorge and Alexa Narvaez

Assalamualaikum

What can be more cute than these? :D



Awwwwwwwww~~~ :')


THANKS FOR READING! :)

Zero Doesn't Mean Empty

Assalamualaikum

Abes sudah Raja Lawak Musim 6. Gara-gara menganggur dulu, dapat gak aku ikut cite ni ngeh3. Tapi masih terngiang-ngiang lagu yang kumpulan Zero nyanyi.


"Tiada keretaku bawa ko jalan-jalan..
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya..
Apalagi belanja mahu baya berian..
Kahwin sama kamu..


Bukannya ku tidak suka sama kamu..
Tapi takut hidup ko kan sengsara..
Kerana aku cinta..
Aku lepaskan ko sama..
Orang lain..."

Hahaha melody yang best. Google kejap, rupe2nye memang lagu dari Sabah bah. Lagu diorang. Jom le layan.


Suke ah tengok mase final hari tu. Orang kampung sume sambut meriah 3 adik-beradik ni. Semangat kekitaan katekan. Siap dengan budak2 menari lagi. Seronok rase kan. Bagus orang Kudat ni hehe.

Muda lagi diorang ni. Yang adik tu (kanan sekali) baru 19  kyaaa~


Teringin nak dok kampung :')

THANKS FOR READING! :)

My Future Dream :)

Assalamualaikum

I'm not particularly looking for someone but yeah, we can just plan but Allah decides everything kan. HAHA sebenarnya aku ternampak kat fesbuk tadi ade sorang senior aku yang baru engaged. And kaler baju diorang, hmppphh my favorite color!!!! :D

Sorry curik gamba korang kejap hehe.
Congrats Khairi and Ika!! Seronok tengok hehe. Anyway, aku pon mule lah nak pikir pasal wedding theme aku nanti. Flowery sket, macam wedding dalam taman. Tapi definitely kne ade peach color. Or something like baju diorang ni. Hihihihihi *evil grin*

Peach roses wajib ade!
Next, ribbon yang comel :)
 
Double LIKE! <3
Eva Longoria. Suke dress camni. Flowy. Tak nampak gemok sangat HAHA.
Ruffle pon bole menutup kegemokan juge kihkihkih.
Macam pwincess kan. 
I wish to have a pillow talk with my girlfriends hihih. Kan best kalau ada orang yang satu kepala dengan kita? Ohhh tapi bila perempuan duduk ramai2, nanti mulelah nak out of topic. And some of the interesting topic is this one hahhaaaa. Great job si cantik! :p



 
  


Kaler lagi satu belum dipikirkan lagi. Maybe navy blue? Hihihi. Ok. Sekian sesi berangan saya.

In another world, I will make you stay. Yes, in my dream :) 


THANKS FOR READING! :)

Saturday, March 17, 2012

Pakcik Sepet

 








 Boleh hensem lagi tak??????? *nosebleed*

Mana si Sepet saya ni? Hihihihi~


THANKS FOR READING! :)

Stay Strong Gal

Assalamualaikum

HAHA been mengarut already for some of my recent posts. Now we're talking about real issues here. Cewahhh kate Quality Engineer kan. Ommooo hell week for me, I should say. Lai Ling takde pulak, can't reach her often kalau nak consult pape. 

Siyes tengahari tadi rase nak nangis. As a QE, kalau kita salah bagi instruction, silap2 nanti kita kena jawab if there is a customer return (now ni takde la lagi). We have some issues in the line right now and I have to make sure everyone follow the procedure. Erghhh rase macam makcik yang menyebok ok? Kena check on everything. Dah la kena cakap kat Manager (read : Manager <-- top management person), "Eh you kena ikut procedure yang betul tau. You need to bla bla bla". Omg as a newbie, who has the guts to say that to their manager? Yang betulnye saya kurang confidence teehee. Yeahhh, maybe I menggelabah lebih. Tapi just takut kena sound dengan Lai Ling nanti kalau I approve any procedure without seeking her advice first. But the process people need to run the production and ship the units already! Esok and Ahad. Aiyakk..mati la I if anything happen afterwards (customer complain ke ape). But most important lesson, I need to be calm and don't panic. If don't know anything, just ask people around. Communication is vital.

Penyejuk hati HAHAHA. Kenapa begitu comel wahai Toma?
Eh I think ade sorang this Chinese guy yang cute. Enough Dayah, enough.
Ok I wrote enough already. HAHAH but I'm still glad I've been surrounded by people that I called friends. Kames ritu balik pukul 10, sorang2. Can you imagine that? Balik tido, bangun2 bertolak awal pukul 7. Just now I got home at 8pm. Orang lain da lama balik pukul 3 tadi. Hua3. Memang hectic minggu ni. Alhamdulillah this week went smooth, but of course there were bumps everywhere. Phewww phewww. Kawan2 yang bagi support, thanks ok? I love you guys.

I miss my friends Intan, Fira and Kak Farah. Intan and Fira kena datang Sabtu ni sebab diorang start da start keje shift. So can't see both of em on Friday wuwuwuuu. You know why, rindu nak bebel2 kat diorang and yet they still layan me. HAHA me so childish kan?

Kena tahan la..dah kate nak keje kuat2 kan? Hehe :D


THANKS FOR READING! :)

Monday, March 12, 2012

Keistimewaan Seorang Insan Bergelar Ayah

Assalamualaikum

Ayah....
walaupun aku tiada bakat untuk berpuisi seperti rakan di bawah ini, aku harap kau sedar betapa aku bersyukur mendapat orang ayah sepertimu. Alhamdulillah :)

*******************************************************



Assalamualaikum

Saya ada menemui satu artikel ini. Saya ingin berkongsi kepada anda semua. Sebuah artikel mengenai keistimewaan seorang ayah. Saya pasti, semua orang mempunyai ayah bukan? Samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ayah mahupun ibu tiada pengganti, sesaat kita dilahirkan, mereka tetap ibu dan ayah kita. Tiada sesiapa dapat mengubah kebenaran tersebut.
Pada suatu ketika, ada seorang anak kepada seorang wanita bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-kerut dengan badannya yang mulai terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.  Anak wanita itu bertanya kepada ayahnya:

 ‘Ayah,mengapakah wajah ayah semakin berkerut dan badan ayah makin hari makin terbongkok?’

 Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang santai di beranda.

 Ayahnya menjawab : sebab aku lelaki’.

Hanya perkataan itu yang diungkapkan dari mulut ayahnya. Anak wanita itu seolah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya lalu berkata,  ‘aku tidak mengerti’

 Ayah hanya tersenyum lalu dibelainya rambut anak wanita itu dan terus menepuk-nepuk bahunya dan kemudian ayahnya berkata,
‘anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki’

 Anak wanita itu bertambah bingung.

 Kemudian anak wanita itu menghampiri ibunya pula lalu bertanya,
 ‘ibu, mengapa wajah ayah semakin berkerut dan badannya semakin hari semakin terbongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?’

 Lalu ibunya menjawab,
‘anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya  memang keadaannya sedemikian’

 Sehinggalah anak wanita itu meningkat dewasa tetapi dia masih mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi mengenai persoalannya sebelum ini.

 Hingga pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu, seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata satu rangkaian kalimat sebagai jawapan kepada persoalannya sebelum ini.

‘ Saat ku ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi.’

‘ Ku ciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya’

‘ Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya’

‘ Ku berikan keperkasaan dan mental yang kuat  yang akan membuat dirinya pantang menyerah,demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dikerah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.’

‘ Ku berikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya  selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya.’

‘ Ku berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam situasi apa jua sekalipun, walau anak-anaknya jarang melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman dan saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang membuatkan dia berasa nyaman bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara.’

‘ Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan padanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isterinya agar tetap berdiri, bertahan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.’

‘ Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya demi kehidupan keluarganya.’

‘ Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga agar dapat digunakan sebaik-baiknya dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.’

Terbangun anak wanita itu dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa sehingga menjelang subuh. Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, dan ketika ayahnya berdiri, anak wanita itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata ‘ AKU MENDENGAR DAN MERASA BEBANMU AYAH’.

Mari kita kembali mengingati segala perngorbanan ayah kita yang tidak pernah meninggalkan kita sejak kita dilahirkan hinggalah kita meningkat dewasa. Terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan samada kita tahu dan di luar pengetahuan kita. Kita sebagai anak, jangan sesekali membenci ayah kita, jangan sesekali menderhakanya padanya, jangan sesekali melukakan hatinya.

Jika anda merasakan ayah anda selalu mengongkong anda, ingatlah, satu hari nanti kaum adam yang sedang meningkat remaja ini juga akan menjadi seorang ayah. Mereka juga akan memikul tanggungjawab sebagaimana yang ayah mereka tanggung sebelum ini.

 Andai kata kita seorang ayah, mahukah kita melihat anak gadis kita disentuhi lelaki yang bukan muhrim? Mahukah kita melihat anak gadis kita berpeleseran di jalanan dan mahukah kita melihat anak kita menjadi seorang manusia yang tidak berguna pada masa akan datang? 

Jika tidak, hargai perngorbanan ayah anda, sayangi ayah anda sepenuh hati dan doakan mereka samada ketika mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia, sesungguhnya, mereka mengharapkan doa dari seorang anak yang soleh.. amin..


kredit: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/keistimewaan-seorang-insan-yang-bergelar-ayah/#ixzz1ouACawKm



THANKS FOR READING! :)