Saturday, December 29, 2012

Dinner at Wadi Hadramawt!

Assalamualaikum

Semalam kami lapaq yang teramat sangat. Actually Awin memang dah plan nak buat farewell dinner konon2 kat Watep sebab Watep kena outstation kat Jepun hewhewhew bestnyaaaa. Malam tu teringin pulak nak makan Nasi Arab so kami pi Wadi Hadramawt kat Jalan Ampang. Simpang nak masuk kedai tu cam tricky sikit. Sebab takdak lampu traffic line masuk kanan. Dah la jalan jem time tu, orang tengah balik keja. Anyway.





The prices are not bad at all. Sebab portion dia sangat banyak. Satu meal tu boleh makan 4 orang. Kitorang order satu Chicken Madghout and satu Lamb Madghout. Sharing is caring hehe.


Ni mango juice aku. Sedap!
 
 
Agak2 cam bosan bole la buat prank kat waiter.
Tapi lepas tu anda kena bersiap sedia untuk dihalau kua kedai.
Tomato sauce ala Arab. Tapi pedas yang amat. Menyengat.
Hahhh ni la nasik yang sedap ituuuuuuuuuuuuu.

'Roti canai' Arab hehee.
Humus. Dimakan bersama roti.
Semangat gila tak mintak manager dia amekkan gamba kitorang??? Oh sangat malu.
Watep, aku, Awin, Hana. Housemates ^_^
 



Malam tu nasib baik mata masih segar untuk drive balik. Kami pulang dengan perut kenyang dan senang hati. Alhamdulillah.
 
THANKS FOR READING! :)

Friday, December 28, 2012

Rezeki Itu Hak Allah

Assalamualaikum

Bole tak aku nak cakap alhamdulillah sangat2 sebab mama pass interview Cosway? Ya Allah, betapa pemurahnya Kau kat mama aku :')

Before this kalau call umah, mesti mama cita pasal dia kena pi product training la, baca pasal products Cosway, beli barang2 Cosway sebab nak cukupkan points and so on. Sekarang ni, mama just kena extend dia punya network (cari anak2 buah - macam multi level marketing pule). Lepas tu insyaAllah dah boleh pilih tempat untuk bukak kedai. Hopefully dapat kedai yang dekat dengan umah la. Takyah jauh2 nak ulang alik. My pray will always be with you mama. Good luck!
Her dream is mine too :')

Anyway, cakap pasal kedai, aku pun berhasrat nak ada satu jugak. Heheheh actually nak promote blog shop aku ngan member sorang ni. Baru je start Christmas ritu (perlu ke mention???). Konon2 nak buat side income. Tak tak ni pelaburan masa hadapan ok? Mana tau nanti jadi apa2 kat aku yang menyebabkan aku terpaksa berhenti kerja (opppss simpang malaikat 44 la kan) tapi Allah sebaik-baik Perancang antara semua. Kita terima ja. Cewaaaahhh tak pasal2 korang dapat tazkirah free hihihi. So atleast aku ada la back-up plan untuk generate income. Teringin jugak nak bukak buat bisnes besar2 macam Radiusite, Qoma, Al-Humaira' sume tu. Tapi apakan daya, ku tiada model yang cantik dan kamera yang canggih untuk ku tunjuk kat semua. Hihihih apa2 pun, korang kena like Facebook page blog shop kitorang yang baru itu okay? Pastuh pastuh kalau rajin, visit la blog jugak.

And alhamdulillah jugak, dah 100 orang like. Muahahaha ni suma berkat adik2, sepupu sepapat dan kawan2 yang tolong promote. Hopefully lepas ni bertambah la ye *wink* 

Yayyyyyyyyyyyyy <3
Although sambutan tu agak slow tapi aku pecaye rezeki kat mana2, asalkan kita berusaha. Teringat sekali tu masa aku berjalan nak buang sampah. Yela bila dok flat, tong sampah besar semestinya kat Ground Level, bukan cam umah teres yang tong sampah yang just dua tiga tapak je dari pintu umah. Hehe. Aku ternampak sorang makcik ni dok menyapu kat tepi tong sampah tu. Baju pun nampak lusuh. Sekali sekala dia menjenguk kat dalam tong tu nak tengok kalau2 ada benda yang dia boleh jual, maybe? Or barang yang dia boleh recycle untuk kegunaan sendiri? Oh sedih. Anyway, masa aku dah dekat tu, makcik tu tengah carik2 barang lagi. Bila aku tengah masukkan plastik sampah dalam tong, makcik tu cakap "Terima kasih nak". Ya Allah, tersentap aku dengar. Sedih nya! Terima kasih sebab buang sampah? Lagi menyayat bila anak dia ada kat tepi tu sekali, tengah naik basikal rasenye. Maybe umah dia jauh sikit so dia suruh anak dia cycle sebab takut anak dia penat berjalan. Macam2 aku pikir lepas hari tu. Tapi tu la cara makcik tu cari rezeki, walaupun terpaksa membelek2 sampah yang dah dibuang oleh orang ramai. Takpe, janji keje tu halal di sisi Allah. Hopefully Allah mudahkan urusan makcik tu and family dia. Rezeki Itu Hak Allah bukan?

Doa Dimurahkan Rezeki
 
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Such a powerful dua'. May Allah bless all of us. Take care boys and girls :)

p/s: Jangan lupe 'Like' and Order!!!! ^___^


THANKS FOR READING! :)

Saturday, December 22, 2012

Braces (First Check-Up)

Assalamualaikum

Baru balik kenduri officemate kat Kem Wardieburn Setapak. Dekat gila ngan umah aku hehe. Tapi still datang lambat. Ada urusan pagi tadi hehehe. Congrats Shazmeer & Dr Sue Ann! Barakallahulakuma :)

Me fat. Enuff said. =.='
 Sekarang ni tengah hujan ni. Bestnya tido. Aku dah la ngantok. Awal pulak aku bangun pagi tadi. Aku sendiri pun terkejut. Sebab nye? Nak pegi jumpe dentist. Sebab nye? Nak wat braces. Hehee tapi hari ni tak pasang lagi. Just check up, amek mould gigi and x-ray. Lepas survey sana sini, pastu tanya kawan2, aku decide nak pegi Klinik Dr Zarin kat Ampang. Orang cakap murah and treatment dia bagus, tak menyakitkan hehe.

Actually tak susah pun nak cari tempat dia tapi disebabkan ramai orang, plus, shop lots yang dekat2 and sempit, so aku tend untuk miss junction. Pastu dah lepas ke mane2. Hahaha target nak sampai before 9, sebelum klinik bukak. Bila dah sesat2 camtu, aku end up sampai 15 minit lambat!

Keta parking kiri kanan. Tetiba pulak kat situ ada pasar pagi. Hahaa. Nasib laaaaa.
And akibatnye, perghhh ramai orang!! Dah la aku walk-in je, lagi la kena tunggu lama. Macam2 aku buat - men fesbuk, instagram dan sewaktu dengannya sebab nak hilangkan boring. Sampai nak abes bateri phone. Hehee dalam 1130 baru diorang panggil nama aku. Time tu baru nak nervous sikit tapi alaaa chillex jeeee *konon nye la* :p

Doctor : Ohhh haa awak nak buat braces eh?
Me : Ye doctor.
Doctor : Meh saya nak check gigi awak dulu. Duduk duduk.
Me : Ok *nganga mulut*
Doctor : *pause kejap* Hmmm interesting.....
Me : *erkk???*

Hahahah I knowwww. Gigi aku bertindih, and even ada naik sampai kat gusi. Sebab tu kalau bergambar, I jarang tunjuk gigi. Segan youuuuuuuuuuu hehehe. Why nak buat braces sangat nih? Actually since sekolah nak buat tapi tak cukup duit. Sekarang ni bole la guna duit gaji yang ade kan. Alhamdulillah.


Doctor explain, dia akan pasang braces dulu baru cabut gigi. Sebab dia nak bagi gigi2 tu suma longgar dulu. Ehhh wait, did I tell you berapa batang gigi aku kena cabut? EMPAT batang wey! 2 gigi atas and 2 bawah. Haaaaa ni baru rasa kecut perut. Ketaq lutut suma aih. There goes my precious teeth! Sobssss~

So for now, dia akan amek acuan gigi pastu wat x-ray. Dia ada tunjuk software yang dia guna bila nak analyse pasal gigi patient. Cam agak cool jugak la. Hahhh masa moulding tu, rasa macam plastisin masuk dalam mulut. Rasa macam tengah makan tepung. Hahaha tapi bape second je, benda mould tu dah keras. So dia kuarkan dari mulut aku. And kat mould tu cam ade darah, aku suspect gusi berdarah. Nampak sangat kurang vitamin. Huh!

Sumber google ye. Ni la benda plastisin tu. Rasa nak muntah pun ada.
Ni pun contoh X-Ray je. Gigi aku takde la tersusun camni hehheh.
Doctor cakap, for today session kena bayar RM250. Total dalam RM3750 (deposit RM500 lepastu bayar RM100-150 every month). So kalau nak proceed, kena buat appointment (walk-in pun bole) kat counter depan. Kejap je sebenarnya nak jumpe doctor, yang lama nya sebab kena tunggu. Bila dah bayar2 tu, aku set appointment untuk pasang braces. Fully booked hah! Last2 ada kosong on 28 January 2013 (Monday), which is the day after Thaipusam. Hopefully hari tu cuti ganti hehehe.

Nah nah amek details Dr Zarin. Highly recommended by my friend :)
 Ohhh so emm ape lagi aku ley cite eh. Selagi tak pasang braces, selagi tu takle cite detail2 sangat. Excited je nak tunggu hujung bulan depan but at the same time, nervous!!! Aku punya la dok pikir hari ni. Betul ke decision aku buat ni? Perlu ke? Hahahah very the drama queen kan. Takpelah, macam mama cakap, beauty is pain. Kahkahkah diva la sangat!!!

Kawan aku cakap braces is a good investment la. Takkan dah tua baru nak buat? Time tu dah tak sanggup tahan sakit kot. Huuuu. Aku dah baca2 blog orang, suma cakap pakai braces ni awal2 memang seksa sikit la. Hoho cuak tak ingat nih. Tapi takpela, I still have one more month to eat those roti canai, nasi ayam, laksa. Lalalalalalaaaaa. 

Ok aku tengah tunggu Madihah datang, nak tunjuk koleksi tudung beliau. Harharhar.

p/s : wish me luck! *fingers crossed*


THANKS FOR READING! :)

Tuesday, December 18, 2012

Conciousness!

Assalamualaikum

For the time aku menjejakkan kaki ke Twin Tower Fitness Centre dengan Daly *eh dia dah selalu pegi* Pegi gym kejap pastu masuk sauna. Perghhh best kot. Bagus untuk blood circulation. Bersyukur sebab kalau staff, dapat masuk gym dengan free. Heheh tapi masalahnye, aku ni malas sangat nak turun gym. Errrggghhhh betulla badan rase dah berat sangat. In 6 months aku rase dah naik 3-4 kg. Gile kau! Makin montel. Makin membulat. Sampai ade orang tegur, "Eh kau cam tembam sikit je sekarang? Bahagia ke ape??"

Hahhaha apekah. Don't jump into conclusion, my friend. Salah benar tekaan mu itu.

Tahla, lately sume benda rasa nak sumbat dalam mulut ni. I need something to chew. Haahh ni la akibatnya. Spare tyres merata-rata hhihihi. I don't know why tetiba conscious sangat pasal weight, beauty and all that. Grrrr padahal dah beli macam2 product, takdela menjadi sangat kat badan/muka aku nih. Maybe aku tak consistent kot? Hmm maybe maybe *dahi berkerut*

Anywayyyy, tengah menunggu kotak kedua Beutskin Essence. Harharhar tengok kat blog, orang cakap benda ni effective. Aku pun try la sekotak hari tu. Not bad sebenarnya *ni kes ada orang tegur kulit aku dah cerah hoyeah hoyeah*. Awal2 memang la tak nampak effect dia. Tapi lama2 pakai, insyaAllah ok. Takpe, hajat korang nak dapat kulit cantik cam Adira akan tercapai tak lama lagi :)

Jom jom pakat try!
Hmm lagi satu. Lepas dah survey + browsing + tanya orang, aku bertekad nak buat braces. Yezzzaaa dah lama aku tunggu, in fact since form 4 kot. Sebab time tu boleh buat kat hospital kerajaan, dapat free pulak tu. Tapi tak sempat la pulak. Masa tu dah kena pindah pi MRSM Langkawi. Hah anyhow. Aku dah call Klinik Dr Zarin kat Ampang sebab member aku ada wat kat situ. Price reasonable, service dentist pun bagus. Tapi for first time patient, bole walk-in je and doctor akan amek acuan gigi. Then baru lah set appointment untuk cabut gigi/pasang wire terus. We'll see. Tetiba kecut perut pulak.

Ok. On another note. Kawan2 aku ni pun satu. Lepas sorang, sorang member aku anta invitation kawen. Hahaha dugaan apakah ini? Batch MRSM aku dulu rasanya dah dekat 10 orang selamat bernikah. Alhamdulillah. Aku happy untuk korang :)

Hahahha jiwang dok?

p/s:  Will you love me, even with my dark side? - Kelly Clarkson, Dark Side

THANKS FOR READING! :)

Sunday, December 16, 2012

Girls' Night Out - Singapore!

Assalamualaikum

End of year is approaching. New year resolution? Not just yet! Heheh secret laaaaa :p

Alhamdulillah I've completed 6 months probation kat PETRONAS and yes, lots of task to be done nanti *sigh*. But I'm soooo grateful with what Allah has given me so far. I won't forget that :)

Anyway, now that it's school holiday *actually tak related pun haha*, Daly ajak kitorang gi sleepover kat apartment Aliya. Yezzzzaaaa she finally got transferred to Singapore, bole la kitorang tumpang umah dia. Menjimatkan belanja di samping merapatkan silaturahim. Eh.

Day 1 - Sabtu 8 December 2012

Senang je nak masuk Singapore ni. All you need is a Passport and an auto-pass. Auto pass ni kire cam Touch n Go la, ade credit. Specially for foreign vehicles yang nak masuk Singapore and you have to apply for it. Submit form mase nak masuk border tu pun takpe. Tapi time tu I think diorang dah start guna Auto-Pass yang baru (on the right) so everytime nak masuk parking mall, machine tu taknak accept card kitorang and kuakan balik card tu. End up kitorang kena amek tiket and bayar cash cam biasa. What's the point kan? Hahhaha last2 baru kitorang tau, untuk card baru, kitorang boleh scan kat machine tu (macam TnG), instead of insert dalam slot. Patutla machine tu muntah balik. Haha.
Convenient yet confusing. Hahha takpe, next time pegi, dah tau dah ape nak buat :p

Kitorang punye la penat Sabtu pagi tu. Aliya pulak half-day hari tu. Dia balik2 umah, tengok kitorang tak mandi ape sume lagi. Tengah melepak depan TV. Hahahah sooooo exhausted man! Drive dari KL ke Singapore, dalam 4 jam lebih including jam kat KL. Urgh benci nya jam. Jam kepala aku.

Masing2 muka tak mandi. Tunggu nak terjun dalam swimming pool je haha.
Segan dengan Aliya yang dah bangun awal2 pagi and pegi keja. Eh dah balik pon!
Cantek gilaaaa apartment dia.
Jacuzzi. Aaaaaa heaven!


Orchard Road




















The ship hotel. Ade swimming pool kat atas tu. Brrrr~
Singapore at night :)





Baru tawu kenapa diorang panggil Merlion. Sebab Mermaid + Lion. Duh!


Day 2 - Sunday 9 December 2012


And second day tu kitorang still penat cam biasa. Hehe so bangun agak lambat jugak. Lepas breakfast, kitorang 'check-out' dari umah Aliya. Hihihi jom pegi Johor Premium Outlet pulak!



Trip from umah Aliya (A) sampai laa JPO (B). JPO ni memang tepi highway je, Exit 253 hewhewhew~








Kitorang bertolak dari Kulaijaya dalam kul 7 malam. Sampai umah dalam kul 1. Perghhh exhausted betol. Dahla esoknye masuk office. Memang Monday blues habesssssssss.

Okla itu je. Nanti aku upload gamba mase pegi Legoland dengan family pulak. Heheh December is vacation time! *sebab I know next year mesti takde masa nak jalan2 punye*

Ohhh 2013, please be kind to me. To us. Ameen.

p/s : sorry post macam cincai je. dengan malas nak elaborate sume. hahaha aku ngantok! 

THANKS FOR READING! :)