Monday, March 25, 2013

Cabut Gigi Yawwww

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, aku akan kongsi pengalaman aku cabut gigi dekat Klinik Dr Zarin. This is my third appointment. Aku pegi dalam kul 3 petang and doctor panggil sejam lepas tu. Ramai orang weyh eventhough on weekdays. Anyway, doctor ada tanya, "Awak rasa berapa lama awak akan pakai braces ni?". Aku dengan confident cakap, "2 tahun". Doctor tersenyum je, "Awak pasti ke? 2 tahun tu kalau awak komited, every month datang jumpe saya. Itupun saya rasa dalam 2 tahun setengah jugak. Itu tak termasuk dengan dawai tercabut la ape la".

Hehheh terdiam di situ. "Ok la doctor. Saya target 3 tahun". *huuuu nanges*

Amaran : Gambar gigi di bawah boleh menggelikan sesetengah orang. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, anda ditegah untuk scroll ke bawah untuk mengelakkan muntah, tak lalu makan malahan tidak boleh tidur malam. Sekian dari pihak penaja. *aku sendiri pun geli-gelian tengok gambar gigi aku hehhe* 

Mula2, doctor akan BIUS gusi dan jugak lelangit. Time ni takde la sakit sangat. Lepas tu korang rase kebas. Then doctor akan cabut gigi guna playar. Boleh tahan ganas jugak die ni. Ye lah, takkan nak cabut slow2, cepat pulak kang ubat bius tu hilang. So hari ni cabut 2 batang gigi dulu. Lagi seminggu camtu, baru cabut lagi dua *abes gigi mak uollssss*

Ok, payment pulak. Total RM125, tak termasuk berus gigi (RM7) and berus kecil untuk bersihkan celahan gigi (RM3). Doctor akan bagi ubat tahan sakit dan beberapa cotton ball - gambar akan menyusul.

Kalau dari depan, tak nampak sangat gigi aku berlubang. Mungkin sebab gigi aku memang bertindih and yang kena cabut tu happens to be di sebalik gigi yang lain. And doctor pasang separator kat gigi geraham, atas ngan bawah.

Pandangan sisi dari sebelah kanan. Sejuk wooo masuk angin.
Dari sebelah kiri pulak. Bila dah bius tu rasa cam cucuk botox kat bibir pulak.


Ubat tahan sakit.
Beberapa cotton balls.
Beli berus gigi yang baru. Yang lama dah berusia 2 bulan dan perlu diganti.
Berus kecil yang sangat2 membantu.
For dinner aku beli triple cheesy wedges kat KFC. Lapar betul sebab tengahari makan sandwich telur je. Ok jom. Makan makan. Ubat bius ni tak hilang lagi. Mintak2 boleh ler menahan sakit gigi nanti.


Tu je yang aku boleh share. Kalau ada apa2 soklan sila drop di comment box ye :)


THANKS FOR READING! :)