Tuesday, January 29, 2013

What A Disaster!

Assalamualaikum

Terkebil-kebil aku tengok keta aku yang kena rejam baling dengan batu. Speechless terus. Rasa marah sangat tapi taktau kat sapa. Penambah stress kan?

Hari Rabu lepas aku kat KLIA, tengah tunggu boarding. Dalam pukul 9 camtu, ada sorang pakcik ni call, katanya Pengerusi Persatuan Penduduk kat kawasan flat aku. Fine la. Lepas tu dia cakap, "Eh awak turun bawah tengok kereta awak ni. Abes pecah tingkap belakang. Bonet depan pun kemek. Ada orang baling batu agaknya".

Like. Seriously. Oh. My. God.

Aku tergamam kejap and still tak percaya, "Camna saya nak turun, saya kat KLIA ni. Pakcik sure ke tu kereta plat PKxxxx? Saya nak balik Penang ni, camna????????" - tanda soal menunjukkan betapa aku panik dan buntu dan arghhh semuanya.

"Takpe takpe pakcik cover keta kamu dengan kain dulu. Takut hujan ke ape. Nanti kamu pegi la buat report polis"

Aaaaaa dugaan apakah ini? Sapakah yang durjana sangat tu? Itew tak sukewwww :(

Lepas call ayah, aku disuruh balik Penang dulu *yolah, da bayar tiket flight mahal kot hoho*. Sampai2 airport Penang tu memang teros takde mood ah. Kesian family aku. Dah la adik aku yang bongsu tu dok cakap, "Eyyy akak gemok akak gemok". Sambil cucuk2 perut aku. Hahahha sabar je la. Seb bek ko adik aku. Kalau takkkkk...

Pagi esoknya (Kames), ayah kata "Jom siap2 kita pi KL".

"Are you seriously serious, ayah?". Aku cakap dalam hati je la. Aku pun baru bangun tido time tu. Otak masih belum berfungsi sepenuhnya. Ya ayah, saya ikut ayah. Jom! 

Sesampainya kami di flat xxxxx, iaitu rumah sewa aku, aku ternampak keta putihku tersadai kat tempat parking. Sadis.

Jeng jeng jeng suspense betul.
Windscreen belakang memang pecah tapi still one piece. Bonet belakang pun kemek.
Bonet depan tidak kurang hebatnya. Boleh tahan kemek *sambil lap air mata*
Aku pun taktau la apa motif dia buat camni kat keta orang. Dok practice lontar peluru kot? Hari sukan nak sampai dah. Nak tau tak orang tu baling dengan apa? Ni ha batu kat bawah ni. DUA bijik amek hang!
 
Batu yang jadi kaki peti ais tu. Sampai nya hati mu wahai penjenayah.
Ada orang kata nampak batu tu jatuh dari atas. Hujan batu? No no no. Kalau tak, dah ramai dah arwah. Kami suspect orang tu baling dari tingkat atas and aim betul2 atas keta aku. Satu kat bonet depan, satu kat tingkap belakang. Kami tak rasa dia nak mencuri ke ape. Aku tak letak ape2 pun dalam keta. Maybe saja2 hobi masa lapang? Sungguh tak berhati perut orang tu! Kalau ya pun tensen, jangan lepas kat keta aku woi.

 Kames tu kami settle kan police report semua. Malam tu photographer mai amek gambar. Adoiii rasa macam tengah shooting CSI pun ada. Heheh ok tu over. Then aku ngan ayah pi dinner kat Tat Nasi Ayam, Sri Rampai. Ayah order nasi ayam special, which ada nasi lebih. Aku pi gatai order nasi burung puyuh. Kolestrol tinggi ohoi. Hahahah bia la, aku lapar gila kot. Saja nak try something new hehehe.

Nampak cedap kan? Tih tih tih,
Jumaat pagi pegi breakfast dulu. Lepas tu pegi antar keta kat workshop. Banyak documentation kena buat. Nak kena claim insurans la apa la. Aku sign suma document tu sambil menyumpah2 kat orang yang buat naya tu. Errgghhhh. Aku dah la mintak cuti Jumaat tu. Semuanya hanya sia2. Percutianku terganggu. Tidakkkkkk.

Aku mintak roti telur. Tapi dia bagi roti canai + telur setengah masak. Apekah. Aku salah order kah?
Dah mintak tukar. Dapat pun roti telur hehehe.

I don't know how I'll survive without this guy here. Yes Ayah, me love you so much! You are my superhero. You're always there for me. *sob sob sob*

Petang Jumaat tu lepas settle semua, kami bertolak balik Penang. Penat betul. Ahad tu pulak nak kena balik KL. Hahhh pasal bas pun ada cita nya sendiri. Aku nek bas Transnasional, bertolak dari Penang pukul 3. Dalam pukul 7 tu bila dekat Ulu Bernam, bas tu berhenti kat R&R. Rupa2nya minyak brek kering/bocor. Gila kauuuu. Cuak kot. Dah la hujan time tu *memang drama habes aku rasa time ni*.

Driver cakap bas yang kitorang naik tu adalah bas spare and takdak dah bas ganti. Kalau nak tunggu bas lain, semua still kat Ipoh. Aku call ayah, ayah just cakap "Akak sabaq naaaa". Last2 bas tu jalan jugak. tapi guna gear rendah. End up sampai dalam pukul 9 malam. Itu pun kena turun kat Hentian Duta. Haih berjuta kali. 

Sobs. Aku patutnya holiday 4 hari tapi end up jadi macam ni. Semuanya berpunca dengan orang yang baling batu tu. Ohhh aku lupa. Aku lupa yang Allah dah tetapkan macam ni. Mungkin Allah nak uji. Mungkin juga ya.

I will forgive that person but I won't forget what he/she did to me.

 
THANKS FOR READING! :)

Sunday, January 6, 2013

Weekend!

Assalamualaikum

I had a great weekend! Well, except for one thing where I had stomach ache and it was pretty bad. Urghhh.

Anyway. Friday night was awesome!!!! I met my schoolmate, Dhuha Johari. Dah 12 tahun tak jumpe beb! Lepas office, Nadia and me pegi the Curve. Ya Allah, punya la jem. Seb bek Dhuha tak marah sebab kitorang lambat teeheeeee.

Bila first time jumpak Dhuha, I was like "Omg you look different!!!" *jaws drop*

At first we had our late dinner at Little Penang. Then we moved to Dome and I ordered Hot Chocolate. Best oooo minum hujan2.
 

Thanks Nadia. Saja nak try amek gamba guna iPhone 5 hg kn :p
Wanting to chat more (tetiba malam tu macam banyak pulak nak stori mori kan), kitorang pegi lepak McD pulak. It was a looooong night indeed.



Then came Saturday. Cooked nasi lemak ayam for lunch. Tapi nasi lembik!!! So sad.




Itadakimasu!! ;)
Petang tu Mia call ajak tengok movie kat MidValley. Jack Preacher is a great movie! You guys should go and watch. Well, maybe sebab aku suka cita detective. And maybe sebab Tom Cruise raawwwrrrrrrrr.


Heading to The Gardens and had dinner at Italiannies.




Cafe Mocha
Bread dipped in vinegar + olive oil
Complimentary from the house
Spagetthi & Meatballs
Chicken Milanese
Angel Hair Pomodoro
Tortellini - forgot the name in menu
Tartufo

Mia, Capik, Aliya, me, Sabi and Daly
Masa ni perut aku dah rasa tak sedap. Haizzzz then tetiba pedih kat ulu hati pulak. Suma yang aku makan terasa nak muntah. Loya. Aku cam, haih asal pulak ni????

Diorang belikan aku Liquid Gaviscon pastu tunggu aku kua masuk toilet. Sebab aku muntah balik apa yang aku makan. Struggle gilaaaaaa. Time tu aku ingat katil ja. Rasa nak tidooooo.

Aku mintak tolong Capik drive kan balik, sebab dia nak tumpang ke Wangsa Melawati, which dekat dengan umah aku. Thanks to him sangat2. And the rest too. Sorry sebab korang takle lepak lama2.  Aku mintak Capik drive pegi klinik terus sebab tak tahan sangat. Ulu hati rasa pedih, macam dicucuk2. Takle berdiri straight. Last2 doctor bagi ubat gastrik and angin. Dia tak check detail2 pun. Aku just takut ulser perut sebab before this tak penah jadi lagi camni huhu.

Takpelah sakit tu penghapus dosa kecik . Kan?

Sekadar gambar hiasan :p
  
p/s: Find a heart that will love you at your worst and arms that will hold you at your weakest.



 


THANKS FOR READING! :)