Monday, March 25, 2013

Cabut Gigi Yawwww

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan, aku akan kongsi pengalaman aku cabut gigi dekat Klinik Dr Zarin. This is my third appointment. Aku pegi dalam kul 3 petang and doctor panggil sejam lepas tu. Ramai orang weyh eventhough on weekdays. Anyway, doctor ada tanya, "Awak rasa berapa lama awak akan pakai braces ni?". Aku dengan confident cakap, "2 tahun". Doctor tersenyum je, "Awak pasti ke? 2 tahun tu kalau awak komited, every month datang jumpe saya. Itupun saya rasa dalam 2 tahun setengah jugak. Itu tak termasuk dengan dawai tercabut la ape la".

Hehheh terdiam di situ. "Ok la doctor. Saya target 3 tahun". *huuuu nanges*

Amaran : Gambar gigi di bawah boleh menggelikan sesetengah orang. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, anda ditegah untuk scroll ke bawah untuk mengelakkan muntah, tak lalu makan malahan tidak boleh tidur malam. Sekian dari pihak penaja. *aku sendiri pun geli-gelian tengok gambar gigi aku hehhe* 

Mula2, doctor akan BIUS gusi dan jugak lelangit. Time ni takde la sakit sangat. Lepas tu korang rase kebas. Then doctor akan cabut gigi guna playar. Boleh tahan ganas jugak die ni. Ye lah, takkan nak cabut slow2, cepat pulak kang ubat bius tu hilang. So hari ni cabut 2 batang gigi dulu. Lagi seminggu camtu, baru cabut lagi dua *abes gigi mak uollssss*

Ok, payment pulak. Total RM125, tak termasuk berus gigi (RM7) and berus kecil untuk bersihkan celahan gigi (RM3). Doctor akan bagi ubat tahan sakit dan beberapa cotton ball - gambar akan menyusul.

Kalau dari depan, tak nampak sangat gigi aku berlubang. Mungkin sebab gigi aku memang bertindih and yang kena cabut tu happens to be di sebalik gigi yang lain. And doctor pasang separator kat gigi geraham, atas ngan bawah.

Pandangan sisi dari sebelah kanan. Sejuk wooo masuk angin.
Dari sebelah kiri pulak. Bila dah bius tu rasa cam cucuk botox kat bibir pulak.


Ubat tahan sakit.
Beberapa cotton balls.
Beli berus gigi yang baru. Yang lama dah berusia 2 bulan dan perlu diganti.
Berus kecil yang sangat2 membantu.
For dinner aku beli triple cheesy wedges kat KFC. Lapar betul sebab tengahari makan sandwich telur je. Ok jom. Makan makan. Ubat bius ni tak hilang lagi. Mintak2 boleh ler menahan sakit gigi nanti.


Tu je yang aku boleh share. Kalau ada apa2 soklan sila drop di comment box ye :)


THANKS FOR READING! :)

Saturday, February 16, 2013

Nasi Beriyani KFC

Assalamualaikum

Hmm at first aku ingat nak delete je blog ni. Haha. Sebab tahap kemalasan nak update tu dah memuncak. Tapi bila pikir2 balik, cam rugi pulak sebab aku dah letak macam2 dalam blog ni. Segala suka dan duka. Eceh. Biar lah nanti boleh tunjuk kat anak cucu nanti - mama pegi sana sini best woooo (masa study dulu je la, sekarang ni terperap kat dalam ofis tu huh!)

Dinner semalam. Late dinner, I mean. Pukul 11 baru nak makan.
Alkisahnya. semalam aku kena stay back kat office. Dah la Jumaat! Like hello, weekend is finally here but I have to stay back kat office sebab ada keja kena buat. Tak boleh nak bawak balik some of it ke umah sebab my work, everything ada kat pc. Hahha naseb la kan. Anyway, pukul 10 malam baru nak terkedek2 kua ofis. Tak sempat lunch pun hari tu. Omg macam sadis gila kan? Hahahha lepas abes keja, terussss aku pegi KFC. Laparrrrrrr. Order Zinger Burger plus dinner plate. Hamek kau memang kebulur habessss. Bila dah sampai umah tu takde la makan semua pun. Tinggal dua ketul ayam. Simpan dalam fridge. Konon buat breakfast esok.

Sooooo, pagi ni bila tengok ayam tu cam takde nafsu la pulak. Takkan makan ayam saje? Nak jugak makan dengan nasi and lauk tapi bahan apa pun tarak kat dapur tu. Tapi takkan nasi plain je kan. Kalau nak buat nasi lemak cam boring pulak. Lagipun halia takde, santan pun tak cukup ngeh3. Teringat yang aku ade beli rempah beriyani dulu. Hehehehehehhe so start google resepi lah! Aku refer kat sini tapi mostly cam memandai je taruk bahan2 sebab kitorang tak kuar beli groceries lagi. Pakai je la ape ade dalam fridge tu.Anyway.

Tumbuk segala bawang yang korang ade - bawang besar, bawang putih, bawang merah. Nak blend pun bole. Aku terlebih rajin sebab saja nak guna lesung batu yang baru dibeli ngeh3 motip sangat kan.
Tumis bawang tadi dengan tomato dipotong dadu, kulit kayu manis and bunga lawang. Kalau ada buah pelaga, letak lah jugak ok? Lepas tu masukkan serbuk beriyani yang dibancuh dengan air. Aku letak jintan manis sekali. Ohh disebabkan yogurt takde, aku guna susu sejat. Sukati aku je. Muahahha kalah MasterChef uollssss!
Bila dah letak garam and gula, masukkan ayam KFC tadi. Aku potong kecik2. Ghupe macam nak buat kurma pun ade. Housemate pun terjenguk-jenguk ape la die ni nak masak kan. "Kau nak masak ape ni?". "Err aku sendiri pun tak sure lagi. Men hentam je hahhaha" - boleh?
Untuk NASI, masak asing dalam rice cooker. Aku letak olive oil jugak. Tapi next time, maybe kena kurangkan sikit sebab this time nasik jadi oily sangat. Tak best and tak sihat ye tuan-tuan puan-puan sekalian.

Tak cara lah kalau tak makan beriyani ngan papedom kan. Kalau ade kuah dal ke salad ke, lagi best kot.
Ok so nanti gaul je nasi putih yang korang masak ngan lauk ayam tadi. Masak lagi sekali dalam rice cooker. Bila dah siap tu, letak la bawang goreng ke daun ketumbar ke. Seriousss kalau ade yogurt lagi best urgh.

Tada!!! Ni la nasi beriyani KFC saya yang serba kekurangan bahan2. Tapi takpe, habis jugak seperiuk. Muahahhaa.
Jemput makan naaaa :)
Ok selamat mencuba ye!

 
THANKS FOR READING! :)

Friday, February 15, 2013

Pasang Bracket!

Assalamualaikum

Sooorrrrryyyy ada orang tu tertunggu2 saya update pasal entri ni. Hehehe. Anyway, aku pi klinik on 28 January for second appointment - pasang bracket. The moment that I've been waiting for! Heheheh nervous la jugak. Supposedly appointment pukul 230 tapi pukul 3 lebih baru doctor panggil.

At first doctor check dulu condition gigi. Dia tanya confirm ke nak proceed sume. Aku tanpa berpikir panjang teros jawab "Ye doctor!" - muke bersemangat!


Then doctor pun start buat scaling. Rasa ngilu la jugak. Purpose buat scaling ni sebab nak buang plaque yang melekat kat gigi kita tuh. Tak lama pun after few minutes, doctor suruh kumur. Tipu la kalau tak berdarah kan. Lepas kumur tu rasa gigi cam bersih gilaaaa. Hahaha nak selalu buat scaling lah :p 


Ok lepas scaling, doctor suruh tunggu kat luar dulu. Lepas 10 minutes camtu, doctor panggil balik. Masa tu lah pasang bracket. Dr Zarin kate kena pakai bracket dulu dalam sebulan camtu, baru la cabut gigi. Masa dia tengok gusi aku, dia kata kena wat small surgery. Menyirap jugak darah mendengar tapi wat dunno je dulu. Hahhaha. Anyway, masa pasang wire tu, rasa cam dia tarik2 gigi kita. Oh before tu, nurse akan lekat bracket kat gigi kita guna dental nye 'glue', macam bonding agent gituh.


Dah siap pasang suma, terasa excited sikit. Tapi uncomfortable la pulak. Sebab rasa cam ada something dalam mulut. Rasa cam halimah jongang kejap. Tak boleh nak tutup mulut properly. Once nak rapatkan bibir je, besi akan bergesel dengan gusi. Mula2 aku pakai tu ade la ulser tapi lepas tu dah okayyy. Hmmmpphhh memang la awal2 susah sikit nak makan tapi doctor bukannya pakaikan bracket sampai gigi belakang pon. So end up aku makan cam biase je. Siap makan nasik lagi. I guess sebab belum cabut gigi and pasang full braces kot. Hhahahaha hujung bulan February ni siaplah kau Dayahhhhhh.

Muka mengantuk tunggu doctor lama sangat.
Nampak sangat motip nak tunjuk braces kan.
Thanks to Nadia sebab temankan aku pegi jumpe Dr Zarin. Dah lewat petang time tu, kitorang lapa gile. Teros pegi Madam Kwan kat Pavilion.




Beef noodles.
Fish and chips.

Hhahahahah tengokla hasil die. Makan lebih dari orang yang tak pakai braces! Aku ni memang kuat makan rupanya hewhewhew.

Sekarang bila amek gambar, dah boleh tunjuk gigi. Heheheh.

p/s: never looked back!

 
THANKS FOR READING! :)

Tuesday, January 29, 2013

What A Disaster!

Assalamualaikum

Terkebil-kebil aku tengok keta aku yang kena rejam baling dengan batu. Speechless terus. Rasa marah sangat tapi taktau kat sapa. Penambah stress kan?

Hari Rabu lepas aku kat KLIA, tengah tunggu boarding. Dalam pukul 9 camtu, ada sorang pakcik ni call, katanya Pengerusi Persatuan Penduduk kat kawasan flat aku. Fine la. Lepas tu dia cakap, "Eh awak turun bawah tengok kereta awak ni. Abes pecah tingkap belakang. Bonet depan pun kemek. Ada orang baling batu agaknya".

Like. Seriously. Oh. My. God.

Aku tergamam kejap and still tak percaya, "Camna saya nak turun, saya kat KLIA ni. Pakcik sure ke tu kereta plat PKxxxx? Saya nak balik Penang ni, camna????????" - tanda soal menunjukkan betapa aku panik dan buntu dan arghhh semuanya.

"Takpe takpe pakcik cover keta kamu dengan kain dulu. Takut hujan ke ape. Nanti kamu pegi la buat report polis"

Aaaaaa dugaan apakah ini? Sapakah yang durjana sangat tu? Itew tak sukewwww :(

Lepas call ayah, aku disuruh balik Penang dulu *yolah, da bayar tiket flight mahal kot hoho*. Sampai2 airport Penang tu memang teros takde mood ah. Kesian family aku. Dah la adik aku yang bongsu tu dok cakap, "Eyyy akak gemok akak gemok". Sambil cucuk2 perut aku. Hahahha sabar je la. Seb bek ko adik aku. Kalau takkkkk...

Pagi esoknya (Kames), ayah kata "Jom siap2 kita pi KL".

"Are you seriously serious, ayah?". Aku cakap dalam hati je la. Aku pun baru bangun tido time tu. Otak masih belum berfungsi sepenuhnya. Ya ayah, saya ikut ayah. Jom! 

Sesampainya kami di flat xxxxx, iaitu rumah sewa aku, aku ternampak keta putihku tersadai kat tempat parking. Sadis.

Jeng jeng jeng suspense betul.
Windscreen belakang memang pecah tapi still one piece. Bonet belakang pun kemek.
Bonet depan tidak kurang hebatnya. Boleh tahan kemek *sambil lap air mata*
Aku pun taktau la apa motif dia buat camni kat keta orang. Dok practice lontar peluru kot? Hari sukan nak sampai dah. Nak tau tak orang tu baling dengan apa? Ni ha batu kat bawah ni. DUA bijik amek hang!
 
Batu yang jadi kaki peti ais tu. Sampai nya hati mu wahai penjenayah.
Ada orang kata nampak batu tu jatuh dari atas. Hujan batu? No no no. Kalau tak, dah ramai dah arwah. Kami suspect orang tu baling dari tingkat atas and aim betul2 atas keta aku. Satu kat bonet depan, satu kat tingkap belakang. Kami tak rasa dia nak mencuri ke ape. Aku tak letak ape2 pun dalam keta. Maybe saja2 hobi masa lapang? Sungguh tak berhati perut orang tu! Kalau ya pun tensen, jangan lepas kat keta aku woi.

 Kames tu kami settle kan police report semua. Malam tu photographer mai amek gambar. Adoiii rasa macam tengah shooting CSI pun ada. Heheh ok tu over. Then aku ngan ayah pi dinner kat Tat Nasi Ayam, Sri Rampai. Ayah order nasi ayam special, which ada nasi lebih. Aku pi gatai order nasi burung puyuh. Kolestrol tinggi ohoi. Hahahah bia la, aku lapar gila kot. Saja nak try something new hehehe.

Nampak cedap kan? Tih tih tih,
Jumaat pagi pegi breakfast dulu. Lepas tu pegi antar keta kat workshop. Banyak documentation kena buat. Nak kena claim insurans la apa la. Aku sign suma document tu sambil menyumpah2 kat orang yang buat naya tu. Errgghhhh. Aku dah la mintak cuti Jumaat tu. Semuanya hanya sia2. Percutianku terganggu. Tidakkkkkk.

Aku mintak roti telur. Tapi dia bagi roti canai + telur setengah masak. Apekah. Aku salah order kah?
Dah mintak tukar. Dapat pun roti telur hehehe.

I don't know how I'll survive without this guy here. Yes Ayah, me love you so much! You are my superhero. You're always there for me. *sob sob sob*

Petang Jumaat tu lepas settle semua, kami bertolak balik Penang. Penat betul. Ahad tu pulak nak kena balik KL. Hahhh pasal bas pun ada cita nya sendiri. Aku nek bas Transnasional, bertolak dari Penang pukul 3. Dalam pukul 7 tu bila dekat Ulu Bernam, bas tu berhenti kat R&R. Rupa2nya minyak brek kering/bocor. Gila kauuuu. Cuak kot. Dah la hujan time tu *memang drama habes aku rasa time ni*.

Driver cakap bas yang kitorang naik tu adalah bas spare and takdak dah bas ganti. Kalau nak tunggu bas lain, semua still kat Ipoh. Aku call ayah, ayah just cakap "Akak sabaq naaaa". Last2 bas tu jalan jugak. tapi guna gear rendah. End up sampai dalam pukul 9 malam. Itu pun kena turun kat Hentian Duta. Haih berjuta kali. 

Sobs. Aku patutnya holiday 4 hari tapi end up jadi macam ni. Semuanya berpunca dengan orang yang baling batu tu. Ohhh aku lupa. Aku lupa yang Allah dah tetapkan macam ni. Mungkin Allah nak uji. Mungkin juga ya.

I will forgive that person but I won't forget what he/she did to me.

 
THANKS FOR READING! :)

Sunday, January 6, 2013

Weekend!

Assalamualaikum

I had a great weekend! Well, except for one thing where I had stomach ache and it was pretty bad. Urghhh.

Anyway. Friday night was awesome!!!! I met my schoolmate, Dhuha Johari. Dah 12 tahun tak jumpe beb! Lepas office, Nadia and me pegi the Curve. Ya Allah, punya la jem. Seb bek Dhuha tak marah sebab kitorang lambat teeheeeee.

Bila first time jumpak Dhuha, I was like "Omg you look different!!!" *jaws drop*

At first we had our late dinner at Little Penang. Then we moved to Dome and I ordered Hot Chocolate. Best oooo minum hujan2.
 

Thanks Nadia. Saja nak try amek gamba guna iPhone 5 hg kn :p
Wanting to chat more (tetiba malam tu macam banyak pulak nak stori mori kan), kitorang pegi lepak McD pulak. It was a looooong night indeed.



Then came Saturday. Cooked nasi lemak ayam for lunch. Tapi nasi lembik!!! So sad.




Itadakimasu!! ;)
Petang tu Mia call ajak tengok movie kat MidValley. Jack Preacher is a great movie! You guys should go and watch. Well, maybe sebab aku suka cita detective. And maybe sebab Tom Cruise raawwwrrrrrrrr.


Heading to The Gardens and had dinner at Italiannies.




Cafe Mocha
Bread dipped in vinegar + olive oil
Complimentary from the house
Spagetthi & Meatballs
Chicken Milanese
Angel Hair Pomodoro
Tortellini - forgot the name in menu
Tartufo

Mia, Capik, Aliya, me, Sabi and Daly
Masa ni perut aku dah rasa tak sedap. Haizzzz then tetiba pedih kat ulu hati pulak. Suma yang aku makan terasa nak muntah. Loya. Aku cam, haih asal pulak ni????

Diorang belikan aku Liquid Gaviscon pastu tunggu aku kua masuk toilet. Sebab aku muntah balik apa yang aku makan. Struggle gilaaaaaa. Time tu aku ingat katil ja. Rasa nak tidooooo.

Aku mintak tolong Capik drive kan balik, sebab dia nak tumpang ke Wangsa Melawati, which dekat dengan umah aku. Thanks to him sangat2. And the rest too. Sorry sebab korang takle lepak lama2.  Aku mintak Capik drive pegi klinik terus sebab tak tahan sangat. Ulu hati rasa pedih, macam dicucuk2. Takle berdiri straight. Last2 doctor bagi ubat gastrik and angin. Dia tak check detail2 pun. Aku just takut ulser perut sebab before this tak penah jadi lagi camni huhu.

Takpelah sakit tu penghapus dosa kecik . Kan?

Sekadar gambar hiasan :p
  
p/s: Find a heart that will love you at your worst and arms that will hold you at your weakest.



 


THANKS FOR READING! :)