Saturday, May 26, 2012

So Long Dearest Friends

Assalamualaikum

Where should I start? I am so thankful for all those moments with my friends at Philips. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat-Mu. Aku bersyukur sangat dengan kebahagian ini. Heheehee happy sangat! :)

Walaupun hakikatnye, aku sedih sangat nak tinggal kawan2 kat Philips. Terase 3 bulan tu kejap sangat. Rase cam kenal diorang dah lama. Sangat2 rapat. Wuwuuuuu wahai hati, sila lah jadi kuat dan sabar T_T

Ni dalam ofis aku. Diorang dah remove cubicle, transfer gi ofis baru kat Batu Maung. Sebab tu nampak kosong kat belakang. Sume ni Graduate Trainee, macam aku jugak.


This is my boss, Lai Ling. Cantik kan? I mean, her. Hahaha, obviously la kan. Seriously, she's the best boss ever!!! *Lai Ling, ni bukan bodek ok?* :p


Ni pulak masa vendor visit. Nama dia Sung Jin Shin. Gamba ni diamek menggunakan iPhone beliau.


With Ji Ting, intern kat sini.
Ok ni part paling best. Masa farewell party aku. Ngahaha terase bahagia oh time ni. Mule2 aku risau gak takut tak ramai orang datang. Aku reserve kat Nurul Ikan Bakar for 15 people je, and order 3 set ikan bakar + nasi + lauk. Sekali yang datang lebih dari 20 orang. Mule la aku nak menggelabah kan. Pffftttt sambutan yang hangat nampak. Heh heh mestila, gathering ramai2, sape tak suke? :p



Diorang belikan aku kek!! Chocolate+raspberry cheesecake. Sedap gileeeeee. Fwahhh terharu saya. Tak expect pun dapat kek hehehe. Terima kasih kawan2 yang awesome! :')





Yang teramat sayang :')
Lepas kena tempek icing kek. Urghhh takpe2, ade lori ade bas. Ade hari bole balas.
Adeh. Ni camwhoring dalam kete. Otw gi Hospital Pantai. Da la kena paksa amek gamba jugak. Aku tengah drive kot =.='

 
Kitorang gi visit Aini ngan Nazrah. Diorang accident kat Southbay, kena langgar dengan apek mane tah. Kejam kan? Kesian member2 aku tu. Nazrah la paling teruk kot, siap patah gigi. Ya Allah, syahdu nya aku tengok dia nak makan. Kena suap pastu bole makan bubur je sebab baru lepas operation. :(:(:(:(

Get well soon ok kawan2? Be strong!! Aja2 fighto :D
Pas berjam2 kat hospital, kitorang amatlah penat. Oleh itu, haruslah kita dinner. Gi makan kat Pak Husin Tomyam. Sume muka keletihan (yang kanan tu paling obvious) :p

 
Budak paling kuat makan :p
Goodbye Philips :')
:) I'm so blessed. Alhamdulillah :)


We may be miles apart but when you smile, I smile :)


THANKS FOR READING! :)

Friday, May 25, 2012

Kids Are Adorable

Assalamualaikum

Yezzzaaaa. Saya lama menyepi. Dan saya tahu itu.

Last Saturday my mom buat kenduri arwah for my grandma. It's been 5 months since she passed away. Hmm mostly sedara2 yang datang. My friends ade jugak - Mony ngan Murni. Baly n da gang tak datang puleeeee. Bajet jauh lettew dok belah pulau hihihi. Aku suke sebab ramai budak2 comel and diorang tak sombong dengan Kak Dayah *muke bangga, like a boss*











Hahahah ok tu je. Sorry niat nak tunjuk gamba budak2 ni. Tak tau la camne bole masuk muke aku pulak. Har har har.





THANKS FOR READING! :)

Friday, May 4, 2012

Congrats Dena Bahrin!!

Assalamualaikum

Kenal Dena Bahrin? Cucu Sarimah tu? Tengok tak lagi video ni? HAHA *mode excited* Diorang dah kahwin!! Ohh sangat lah sweet hehehe. Sekarang ni trend orang kawen muda kan? Ya Allah, how lucky she is to met someone like him. I mean, he approached her the right way :')


Ommmoooo sangat2 terharuuuuu! *macam dedicate kat aku pulakkk HAHA* Terus cair melebur haku menengok nye. Taktahan air mata niiiiiii T_T

Kalau nak cite yang tacink2 lagi, silelah ke blog beliau. Ala2 cite Farah Lee kite hehe. The best part:

Me : " Kenapa awak masuk minang saya? "
Him: " Sebab saya jatuh cinta dengan awak & saya tahu awak boleh jadikan saya lelaki yang lebih baik."

Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in heaven,together,forever."



Sincerely,dena bahrin


Hopefully~!!! :)
Subhanallah! Allah's The Greatest kan??? :')


THANKS FOR READING! :)

Untitled

Assalamualaikum

1. Went to grandad's house at Bagan Dalam. Seronok jumpe sepupu sepapat yang still kecik. Meriah kot.. Lari sana sini, especially this kid :p

 My cousin Danish yang super duper cute. Macam anak mat saleh. Putih melepak yang amat sangat.

2. Ahad lepas bawak Irah kua outing kat Pizza Hut dekat Sunshine.

Thanks mama amekkan gamba. Anak2 mama da beso kan kekkekeeee :p
I ordered Creamy Carbonara Fettuccine. Carbonara sauce along with Shitake mushrooms, sliced chicken rolls and roasted onions - from Pizza Hut's website
YUMMYYY!!!!!
[source:kampungboycitygal.com]
3. Semalam lepas office hour, pegi main bowling dengan budak2 PD kat BJ Complex - Azlan, Man, Aini, Ada ngan Aisyu. Seb bek aku bawak Student Card, so kena baya RM3.50 je, and RM2 for shoes. Hehe. Semangat gile kan kitorang pektis? :p My teammate Khori and others takle join disebabkan hal2 tertentu so me and Ada je yang ade.  Oklah, kitorang improved kot! I dapat 123 points for the first game, 124 for the second one hehehhe. It was really fun!!!! Kawan2 pon jenis gila2 punya. Ohh I'm so blessed ^^_

4. OMG handphone aku jatuh dalam jamban!! Dah la baru beliiiiii T_T Terpaksa aku seluk tangan dalam tu. Ahhhh tak kireeeeeeee. Tapi EUUUWWWW!!!!

Cat, I know, right? =.='
5. Tadi mase nak balik umah, jam teruk gile atas Penang Bridge. Ommmooo da la minyak nak habes. Cuak gak aa, kang tak pasal2 aku kena menapak kete kat tepi bridge. Erk. Anyway. Aku paling tak suke kalau mase tengah jam tu, tetibe ade driver mencelah laju and tak bagi signal. Seb bek aku perasan, kalau tak dah  berlanggar dah huhuuu. Da la datang dari mane2 and ade certain tu potong queue ikut emergency line. Helllooo where's your patience? Ok tu je ketidakpuasan untuk kali ni hehehhee :p

Jom layan lagu ni jap.


Counting the days - 2 weeks to go sobsobsob.

Bye y'all. 



Thanks for making me laugh everyday. Alhamdulillah :)



THANKS FOR READING! :)

Sunday, April 29, 2012

Busy Busy Busy

Assalamualaikum

 Pagi Jumaat ritu buat medical check-up. Pastu petang pegi post sume borang2 yang sepatutnye hehe. Done done done. And now I'll just have to wait for the medical check up result. Ommooo neves gak sebab doctor tu macam super strict. Takut tak lepas pulak. Dah la bile tengok x-ray, tulang belakang aku tak straight kot (maybe faktor keturunan). Tapi before this wat medical check-up, doctor tak penah cakap mende ni harmful ke ape. Tapi maybe akan selalu sakit belakang. Patut laaa =.='

Busy betul this week. Jumaat tu aku tak masuk ofis pon. Kalut sikit ah, dengan nak pegi LHDN lagi, isi borang, wat medical check-up. Seb bek sume da habes. Pape pun, kite just tunggu result Isnin ni. Mintak2 medical check-up pass huuu T_T

Received this last Wednesday. Alhamdulillah Praise to Allah :')
Malam tu pegi shopping la ape lagi! HAHA pegi Tesco beli sling bag. Then gerak pegi Sunway Carnival pulak. Masuk parkson, beli blouse, suar slack ngan purse (yey atlast dapat pon cari haha). Then pegi Watson beli Silky White loose powder. Ni sume sebab sorang beautician tu cakap, aku tak sesuai pakai compact powder. Sebab nanti die clog sume liang2 pori aku pastu naik la white heads and segala mak nenek kat muka ni. Tapi loose powder ni mahal sket aaaaa T_T

A translucent loose powder for that finishing touch after your liquid foundation. This product gives you a soft and natural look. Eliminates shine with its oil-free formula. Available in 2 Asian shades.
Ok tu kisah hari Jumaat. Hari Sabtu pulak, pegi lunch kat Hammerbay dengan Baly, Fahmi and Acap. Haha actually aku tak makan pon sebab pagi2 da belasah makan omellete McD :pYang lain2 da siap tunggu kat Sunshine, nak main bowling. Heheheh da lama kot tak main. Excited gileeeee. Jalan nak pegi Sunshine dari area Queensbay pon aku da teragak2 KAHKAHKAH Penang celup betul. Seb bek tak tersasar jauh ke tengah pekan ke ape. And bowling time was fun!! Too bad Mony tak dapat join sebab pegi KL huuuu. Ok la kot. First round dapat 125, second 103 (kalah dengan Baly). Aaaa mati aku Isnin ni, Bukhari n da geng da la nak ajak practice kat BJ Complex. Memang kaw2 kena ah dengan diorang. Lauk2 HAHAHHA. Pray for me people :p

Petang tu pegi melawat future home (cewah!) kat Bertam Perdana dengan family terchenta. Haha bile taun tah nak siap. Tak sabar lak nak dok sini :D

Huuu rumahku syurgaku. Takle masuk tengok dalam umah sebab diorang tengah buat parit.
Lepas tu pe lagi, pegi makan la hehe. Perut pon da kruk kruk sebab tak makan dari tengahari.

Bihun sup tulang and sirap selasih. Makan di kala petang. Angin sepoi2 gitu. Bliss :p
I'm so grateful to have them as my parents <3 
Malam tu Kak Siti call nak ajak kua tapi aku still kat area Kepala Batas mase tu dengan family. Sayangnye tak dapat kua dengan beliau huhuhu. Tapi terkejut gak dapat call dari die hehe. Anyway, it's good to know there's always someone who will remember us kan? Kawan sekolah rendah kot. Tapi tak penah jumpe since aku balik Malaysia. Grrrr asek salah timing jeee. Yang sorang lagi pulak, da dapat keje kat KL. Bile laaa nak jumpe huuu.

Find someone who isn't afraid to admit they miss you. Someone who knows you're not perfect, but treats you as if you are. 

Aku da nak resign 23May ni. Tetibe rase rindu kat kawan2 Philips :'(

 
THANKS FOR READING! :)

Friday, April 27, 2012

Another New Beginning

Assalamualaikum

"Dayah, rase nak resign je camni. Sedih laaaaa. Takutnya bila buat salah"

"Waaarghh I sudah pening woo. Mata mau buta tengok microscope hari2. Tomorrow have to come work at 7am pulak"

"Memang kena tido ofis ah malam ni. Bawak bantal selimut suma sekali ah senang hahahhaa"

"Aiyakk..cannot go back now. Ade problem dalam production line maaa..."

"Regret datang sini aa? Now you know how I feel"

Begitulah keluh kesah kawan2 saya sejak akhir2 ni. Keje makin tough nampak gayanya. This week agak 'fun' sebab macam2 benda jadi. Jumpa benda2 yang kitorang tak penah face dalam line selama ni. Fuh3. New discovery. New challenge. Kena discuss and decide cepat so that we won't miss any shipment. But I don't think things went that bad. Not really. Like my boss pesan, bila kita prioritize things, we'll see things clearer.

And one thing I realize is that; No matter how you hate your job, you have to learn to love it. Kalau tak, dalam kepala kita ni asek pikir nak resign je. I know Quality Assurance is not my thing but in my mind, I pikir pasal nak belajar, nak cari experience, nak dapat kawan2 baru *hihihihi*. In fact, I did. Raaaaamai kawan, I should say. Seronok. Your life won't be stressful as it is if you know what you're doing. Betul, kadang2 stress keje sampai rase nak berhenti on that spot. Like, immediately. "Nah boss, my resign letter. Tata". But we won't know what it is like kalau kita tuka keje kan? Ntah2 lagi susah kat luar sana. Haaa camtu la pesan Production Manager kitorang, Nai. Don't compare yourself to others. It's just a matter of how far you want to push yourself to the limit. Nai tu cakap, die dulu amek education (cikgu tuuu). Sekarang da jadi Manager. Salute lah! Tapi memang aku respect Nai ni sebab dia sangat responsible, fast-thinker and very friendly. You'll enjoy working with him, trust me.

HAHHAHAAH memang selalu terjadi. Always.
Ok actually aku saje nak cakap what are some good and bad news yang jadi this week. Recap la konon2. Sape nak dengar? :p

Good News

1) Dah bukak akaun ASB (dari minggu lepas kot). Hoyeh2 serunuk. Menabunglah demi masa depan anda dan anak2 anda. Eceh!!

2) Boss cakap "You dah bagus sekarang. Tak sia2 I ajar you *muka boss bangga kejap*. Kalau you resign, I banyak rugi woo.." Boss cakap lepas aku hantar resign letter. Erk T_T

3) Berjaya jual Lens Tamron yang sudah berkurun tidak digunakan. Last guna masa pegi beach house kat Florida. Oklah, good deal. Duit tu bole guna nak buat kenduri arwah mak :')

4) Isnin nanti kawan saya ajak practice bowling. Yeahhh, eksaited2. *alamak tapi..tapi..bakal terasa awkward*

5) Dapat offer letter from Petronas. Dapat agak lambat (a week later than it should be) and sekarang aku tersangat la rush nak prepare all those documents. Esok taktau la sempat masuk office ke tak. Nak pegi medical check up la, post borang2 la ape la. Hewhewhew inilah dinamakan cobaan rintangan dugaan!

6) Tengah work out ngan Pesah nak cari umah kat area Seri Kembangan/Bukit Jalil/Sungai Besi. Yang dekat dengan LRT and dekat dengan Sapura (cari balance point sebab Coh keje Sapura, aku lak kat KLCC). Ngeh3 so far jumpe satu umah ni (studio unit) harga RM900 sebulan (share 2 orang so sorang RM450 - okla tu sebab dok KL huhuuu). Tapi sekarang tengah tunggu la7 Bndlord confirm. Lagipun kena baya deposit 3ribu lebih. Gilo ke. Terketar2 kitorang nak baya. Da la baru nak masuk keje. Simpati lah kami wahai tuan rumah....

7) Aku bersyukur sangaaaaaatttttt sebab dapat parents yang sangaaaatttt helpful. Dari mula2 aku nak masuk sekolah, sampai aku nak masuk keje pon sanggup tolong aku settle kan important matter. Teman aku pegi sana, sini. Belikan aku itu, ini. Melayan kerenah anak sulung sorang ni. Yes aku memang manja sangat dengan parents. Bukan manja yang merengek2 suara gedik tu *opppsss sorry tercakap direct*. No no no. Like, so not me HAHAH. I guess I'm too dependent on my parents. Especially my mom. Kalau ade problem, mesti nak datang mengadu. Perempuan lebih memahami perempuan, bukan? Kalau ayah pulak, aku takle nak mengadu lebih2 sangat. Nanti tak pasal aku kena sound balik HAHAA.

So aku rase, kalau aku da keje kat KL nanti, aku takdela depend kat diorang sangat kan? Maybe one day diorang yang akan depend kat aku (wah!!!!). Mane tawuuu hihih. Aku nak belajar jadi berdikari and tak mengharapkan ibu bapa. 

Bad News

1) Graduate Trainee tak dapat dental card. Huwaaaa ini adalah amat stress. Terkubur jugak hasrat aku nak buat braces sekarang. Kalau tak, at least dental card tu bole compensate some of the expenses for braces. Urgh kecewa kecewa!

2) I don't think I can afford Iphone 4 at the moment. Dan ini amat mengsedihkan saya. 

3) Semalam. Aku hingus teruk. Dalam meeting air hidung dok meleleh, dah la tak bawak tisu. Sorry sedikit tidak senonoh di sini. Malu seyh. Sampai Nai tegur, "Dayah keja kuat sangat sampai sakit2". HAHAHAH tak pasal2. Yang betolnye, aku banyak makan sotong (ok now I know kenapa cholestrol tinggi heh). Da tau idong tu sensitip tapi still nak makan jugak. Sedap kot!!! Biasalah manusia....

4) Ok ni kelakar. Semalam mati2 aku ingat ade training kat Vistana Hotel. Sampai2 sane, sorang pon takde. Bila tanya receptionist, memang confirm takde training yang aku sign up tu. Cis cis cis terasa tertipu. Rupenye2 baru aku tau, kalau HR tak hantar notification email, maknanya training tu tak on la. Aku men assume je la, mane aku tau! Da terlambat bebeh! Aku kena baya 3 hengget duit parking. Oh duitku melayang. Duit minyak jugeeeee. Sampai2 ofis buat muka tebal kejap sebab the day before dah heboh kat sume orang "esok aku de training yey. esok aku bole rilek2 yey. makan sedap yey". 

YEAY =.='

Ok tapi pape pon, Good news > Bad news kan? So aku nak risau ape? HAHAH. 

On a different note, Ayah de pesan, "Bila kat Petronas nanti, akak kena keja rajin2. Apa akak belajaq kat Philips tu, akak try apply. Absorb apa yang penting. Jangan malas2"

Gulps. Rajin macam ni ke, ayah?

Tapi saya tak sekecil semut. Hihihi~
Aku bukan malas nak keje kat Philips tu. It's just aku rase macam "Am I doing the right thing here? Wait, apa aku buat kat sini?". Hah gitu la perasaanye. Kadang2 tension gak. Tapi aku selalu ingat quote ni.

Whenever you are distressed, worried or confused, just close your eyes, take a deep breath and say:

“Oh Allah; I Love You! I know it’s your plan, and I put my complete trust in you. You are with me always, and I will succeed because I have supplicated to you”

Janji Allah tu pasti. Aku tak pecaye nak dekat 6 bulan aku tunggu Petronas ni. Betapa tingginya kesabaran ini puhpuhpuh. Honestly, memang rase nak give up je mase mula2 tunggu surat sampai. Sebab tu aku taknak mengharap sangat and start life yang baru kat Philips. Aku tanak buat mindset yang aku KENA keja kat Philips ni sebab terpaksa. End up, aku enjoy keje aku kat situ. In fact, I've prepared mentally if I have to stay at Philips. Tapi dapat better opportunity, alhamdulillah. Rezeki2

Actually, one of my friend's dad said this, "Bila kita mula putus asa, masa tu la rezeki datang".

Pergh tamparan hebat tu. Betul gak ape pacik tu cakap. Terase kejap. Alhamdulillah. Betapa besarnya kuasa Allah. Baru teringat, mama cite mase offer letter sampai umah kan. Masa tu mama tengah sidai baju kat belakang and ade orang tengah tebang rumput (menggambarkan keadaan yang sangat bising). Then tetibe mama terdetik nak amek purse yang tertinggal dalam kete. Bila kua umah je, terus datang sorang brader moto ni, hantar parcel. Takde van PosLaju ke ape ke. Moto kapcai bese je (sorry brader!). Orang takkan perasan brader tu posmen. Hew2 kalau tak, silap2 kena gi amek kat PO kat BM. Alamatnye lagi lambat aku dapat offer letter. Da la sume documents kena submit before 30 April.

Ok aku da start neves. Like, seriously neves.

Bismillah.

Bye peeps. 

Banyaknye benda dalam kepala otak ni. Jammed.

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, April 24, 2012

Ketidaksediaan Saya

Assalamualaikum

Mintak maaf atas entri2 yang agak tacink sejak akhir2 ni. Ya, saya akui saya memang kuat beremosi sikit. Sikit je ok? HAHA tipu sangat lettew.

Anyway guys! *tehtiba muka semangat*

Saje nak cakap, everyday pegi keje mesti aku nampak kete ni. Da berbulu mata ni menengok. Makin lama makin banyak pulak kat jalan raya tuh. Jeles ok. Saya, selaku penggemar benda2 comel, amat meminati kereta ini~!! 

Suzuki Swift ^^_ Harga paling murah dalam RM60k kat pasaran sekarang. Not bad la kan? *cewah cakap macam orang kaya tsk tsk tsk* 





Kelaih kelaih kelaih *bak kate Zizan* :p

HAHA ok ok nak cakap pasal keje pulak. This week, alhamdulillah tak busy sangat. Hahaaa memang bersyukur abes lah. Isnin hari tu aku da dapat offer letter dari Petronas. Alhamdulillah Maha Besar Allah. Berbulan aku tunggu. Memang aku cakap, kalau dapat Petronas ni, macam bagai bulan jatuh ke riba kan. Hah Dayah, sekarang bulan da ade kat riba kau. Ape kau nak buat? HAHAHAHHAHAHA!

Berat hati aku nak tinggal Philips Lumileds sebenarnya. Sebab aku rase dah sangat2 close dengan kawan2 satu office, operator and bos aku sendiri. I mean, although aku rase aku takde la perform sangat pun, tapi aku belajar banyak la kat situ. Aku suke sembang dengan kakak2 Line Leader (nampak sangat tujuan masuk production line sebab nak bersembang HAHA tak tak).

Hari tu aku tegur Kak Uma (Prod Line Supervisor), "Eh tadi nampak Kak Uma masuk office, tak pakai smock. Nampak lain eh? Nampak..."

"Nampak cantik kan?" Muka konfiden.

Kak Ija yang ade kat situ pun turut terdiam bersama2 saya. Lepastu semua orang gelak. HAHAH sengal. Akan ku ingat saat2 kita bersama. Cewah. Jiwang pule. Hah alang2 layan la lagu ni jap. Tadi ayah dengar kat Sinar FM. Layan, jangan tak layan~~


Pastu, tadi kat sitting area (entrance office), ade orang jual2 vitamin supplement etc. Kan aku cakap minggu ni Health Week. Aku pun tersangkut la dekat amoi sorang ni, jual colon cleanser. Aku agak tertarik, lalu menarik Kak Farah. Hewhew 4 kotak jugak aku beli. Satu dalam RM20 sebab ade promotion. Bagusla, sebab aku ni kurang lawas sikit. Da la kurang minum air isk isk tak sehat betul. Takpela, we'll give it a try. Kita berikhtiar, betul? Kihkihkih~

Mintak2 effective. Doakan saya kurus plis! :p
Fuwahhhh susahnye nak cari umah kat Key-Ell nih! Gewam2. Kalau la saya ada poket Doraemon, saya nak bentang google map tu. Senang sikit nak tengok. HAHAA *ok random*



Ex-classmate saya nak kawen lagi dua minggu. Saya bagaimana? Ade orang suruh saya cari ehem2. Ingat cari ehem2 macam cari keje kat Jobstreet ke? Kalau berminat, bole tekan 'apply'. Wah!


THANKS FOR READING! :)