Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Bidadari Impian KBD Part #1

Assalamualaikum

Slot ni disampaikan oleh Fatimah Syarha, seorang novelist. Orang panggil Ustazah Cinta. Comel orangnye. Sejuk hati tengok. Suara dia, Ya Allah lembut gile. Cair aku dengar hehee. 

Sis Fatimah started the session by mentioning sabda Rasulullah s.a.w,
"Ada EMPAT wanita mulia yang juga penghuku segala wanita. Mereka itu ialah Asiah binti Muhazim (isteri Firaun), Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa a.s), Khadihah binti Khuwalid (isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhamad (puteri kesayangan Rasulullah s.a.w).
Bayangkan eh. Orang yang hidup sebumbung dan tidur sebantal dengan kita adalah seorang yang tidak beriman kepada Allah, Sang Pencipta. Tu yang Asiah ni rasa sepanjang hidup dia. Asiah berpegang teguh kepada akidah walaupun Firaun seksa dengan kejam sekali (kaki dan tangan diikat lepas tu kena pukul lagi tsk tsk tsk).

"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak"

Wahhh berani kan dia cakap macam tu dekat Firaun, seorang pemerintah, seorang suami. Berapa ramai kita boleh jadi sekuat tu? Sanggupkah kita pertahankan akidah kalau kita dalam situation macam ni? Yang tak kuat tu sudah tentu2 hanyut. Gara2 terlalu sayang, walaupun si suami tu rosak imannya, kita nak jugak ikut sekali. Tetibe teringat cite Ustazah Zawiyah (bakal menyusul...tungguuuu..hehe)

\
 Pesanan untuk semua wanita yang cantik dan solehah sekalian. Letak Allah nombor SATU dalam diri kita. If we can't change the situation (like Asiah), what we can least do is control our response. Kalau kita rasa benda tu salah, jangan pulak kita ikut (instead, follow our good instinct). Dekatkan diri dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah untuk teguhkan iman kita. Kalau baca Al-Quran, hati rase tenang kan? Bak kate Wardina ;)

Kadang2 kita rasa aduhai, beratnya ujian ni. Kita persoalkan, kenapa orang benci aku? Kenapa hidup aku susah? Allah tak sayang aku ke? Kenapa orang lain tak kena uji macam aku ni? Kita kena ingat, setiap manusia tu berbeza. Allah bukan tak sayang, Allah just nak kita belajar faham orang lain, faham character masing2. Allah nak kita jadi pandai solve problem so that kita kerah sikit otak yang lama membeku itu. Hehe. Kalau hidup takde dugaan, tak fun la kan. Macam main game, mesti ade challenge die. Kalau asek menang je, boring la kan? Bek takyah main (tetibe rindu nak main rockband hehehe)..

Words of wisdom sikit (cecece)....

"Iman bukanlah penjara di jiwa"

"Lembutmu mematahkan keangkuhannya"

"Jadikan Allah sebagai sebab permulaan dan pengakhiran hidup"


p/s : menyempat lagi update blog mase tengah training..heh3~~

THANKS FOR READING! :)

Monday, March 12, 2012

Keistimewaan Seorang Insan Bergelar Ayah

Assalamualaikum

Ayah....
walaupun aku tiada bakat untuk berpuisi seperti rakan di bawah ini, aku harap kau sedar betapa aku bersyukur mendapat orang ayah sepertimu. Alhamdulillah :)

*******************************************************



Assalamualaikum

Saya ada menemui satu artikel ini. Saya ingin berkongsi kepada anda semua. Sebuah artikel mengenai keistimewaan seorang ayah. Saya pasti, semua orang mempunyai ayah bukan? Samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ayah mahupun ibu tiada pengganti, sesaat kita dilahirkan, mereka tetap ibu dan ayah kita. Tiada sesiapa dapat mengubah kebenaran tersebut.
Pada suatu ketika, ada seorang anak kepada seorang wanita bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-kerut dengan badannya yang mulai terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.  Anak wanita itu bertanya kepada ayahnya:

 ‘Ayah,mengapakah wajah ayah semakin berkerut dan badan ayah makin hari makin terbongkok?’

 Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang santai di beranda.

 Ayahnya menjawab : sebab aku lelaki’.

Hanya perkataan itu yang diungkapkan dari mulut ayahnya. Anak wanita itu seolah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya lalu berkata,  ‘aku tidak mengerti’

 Ayah hanya tersenyum lalu dibelainya rambut anak wanita itu dan terus menepuk-nepuk bahunya dan kemudian ayahnya berkata,
‘anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki’

 Anak wanita itu bertambah bingung.

 Kemudian anak wanita itu menghampiri ibunya pula lalu bertanya,
 ‘ibu, mengapa wajah ayah semakin berkerut dan badannya semakin hari semakin terbongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?’

 Lalu ibunya menjawab,
‘anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya  memang keadaannya sedemikian’

 Sehinggalah anak wanita itu meningkat dewasa tetapi dia masih mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi mengenai persoalannya sebelum ini.

 Hingga pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu, seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata satu rangkaian kalimat sebagai jawapan kepada persoalannya sebelum ini.

‘ Saat ku ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi.’

‘ Ku ciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya’

‘ Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya’

‘ Ku berikan keperkasaan dan mental yang kuat  yang akan membuat dirinya pantang menyerah,demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dikerah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.’

‘ Ku berikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya  selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya.’

‘ Ku berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam situasi apa jua sekalipun, walau anak-anaknya jarang melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman dan saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang membuatkan dia berasa nyaman bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara.’

‘ Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan padanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isterinya agar tetap berdiri, bertahan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.’

‘ Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya demi kehidupan keluarganya.’

‘ Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga agar dapat digunakan sebaik-baiknya dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.’

Terbangun anak wanita itu dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa sehingga menjelang subuh. Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, dan ketika ayahnya berdiri, anak wanita itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata ‘ AKU MENDENGAR DAN MERASA BEBANMU AYAH’.

Mari kita kembali mengingati segala perngorbanan ayah kita yang tidak pernah meninggalkan kita sejak kita dilahirkan hinggalah kita meningkat dewasa. Terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan samada kita tahu dan di luar pengetahuan kita. Kita sebagai anak, jangan sesekali membenci ayah kita, jangan sesekali menderhakanya padanya, jangan sesekali melukakan hatinya.

Jika anda merasakan ayah anda selalu mengongkong anda, ingatlah, satu hari nanti kaum adam yang sedang meningkat remaja ini juga akan menjadi seorang ayah. Mereka juga akan memikul tanggungjawab sebagaimana yang ayah mereka tanggung sebelum ini.

 Andai kata kita seorang ayah, mahukah kita melihat anak gadis kita disentuhi lelaki yang bukan muhrim? Mahukah kita melihat anak gadis kita berpeleseran di jalanan dan mahukah kita melihat anak kita menjadi seorang manusia yang tidak berguna pada masa akan datang? 

Jika tidak, hargai perngorbanan ayah anda, sayangi ayah anda sepenuh hati dan doakan mereka samada ketika mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia, sesungguhnya, mereka mengharapkan doa dari seorang anak yang soleh.. amin..


kredit: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/keistimewaan-seorang-insan-yang-bergelar-ayah/#ixzz1ouACawKm



THANKS FOR READING! :)

Sunday, March 11, 2012

Kenapa Lelaki Mudah Bosan / Chipsmore / Hilang-hilang

Assalamualaikum

Copied from : blog The Other Khairul


Hello lonely girls and playerboys sekalian.

For the past few months I got so so so so so much question about the "Chipsmore Boys" in my formspring. Kalau formspring tu ada button search, tolong lah search dan tengok sendiri soalan-soalan pasal lelaki yang mula-mula suka tapi selepas beberapa hari, dia akan menghilangkan diri. Well, bila aku kata yang lelaki ni jenis makhluk yang mudah bosan, ramai yang macam tak faham.

So, aku fikir-fikir tentang isu ni. Macam mana ya nak kasi si gadis comel ni faham? And then, aku dapat satu idea. How if, aku bagi tahu tentang the real thing yang lelaki selalu alami. Yeah, you all tak akan faham apa yang aku nak cuba sampaikan kalau korang tak "alami"nya sendiri. So now, im gonna show you the Love Story Side Lelaki vs Side Perempuan. Well, di entry ni, korang akan baca apa yang lelaki akan dan sanggup buat bila nampak awek comel. Tapi bila dia dah dapat, dia akan tinggalkan.

Dari pandangan lelaki.

Week 1
Nama aku Lelaki. Tadi, masa aku berjalan-jalan hendak pergi ke kelas, aku ada terserempak dengan seorang gadis comel. Nama dia Siti Saleha. Sekali pandang je aku rasa macam terpikat. Dia nampak pendiam dan baik serta pemalu. Aku suka gila lah kat awek tu. Tapi kalau dia pemalu dan malu-malu bila di tegur, macam mana aku nak steady tackle dia? Lelaki akan jadi amat kekok ketika si perempuan malu-malu. So how?

Week 2
Hari ni aku dan Siti Saleha tu sama kelas lecture. Dia duduk satu baris sama dengan meja aku. Dan hari ni dia pakai tudung serta baju kaler pink. Aku suka awek yang pakai pink. Pinky is sexy. And then masa tengah usha-usha tu dia terperasan yang aku tengah pandang dia. Then aku terus pandang depan. Malu beb. Tapi clearly ah kantoi aku usha dia tadi. Tapi aku buat derk je. Be cool.

Week 3
Sebagai lelaki, aku kena pandai buat first move. Dengan nervesnya, hari ni aku approach dia. Aku tanya dia pasal study, tapi dia jawab sepatah-sepatah je. Cara dia jawab pula macam nak tak nak. Then aku mintak nombor phone dia. Dia kata dia tak ada handphone. Ah, alasan tipikal. Tapi aku tak akan give up. Lelaki never give up. Dengan itu, aku jumpa lecturer aku.  Aku jumpa dia dan mintak dia arrangekan untuk letak aku satu group dengan awek tu.  Lecturer aku tu lelaki dan dia tu kepala gila-gila so dia okaykan je. Gila ah sporting.

Week 4
Hari ni, aku dan Siti Saleha sama kelas dan juga sama group untuk kerja berkumpulan. Aku gila ah happy. Tapi dia macam nak jauhkan diri dari aku je. Aku rasa dia dah tau kot yang aku sukakan dia. Dulu, aku ada baca blog seorang mamat kerek bernama Mr K. Dia kata, perempuan sukakan lelaki yang ada leadership. So, dengan beraninya, aku tawarkan diri sebagai leader untuk kumpulan tu. Ahli group lain tak kisah. Dia diam je.

Memandangkan aku ketua kumpulan, benda pertama yang aku cakap adalah "Okay group, nanti sebelum habis kelas, kasi saya nombor phone korang semua ya. Nanti mudah kalau saya nak arrangekan perjumpaan untuk assignment" So, nak tak nak, dia kena kasi aku nombor phone dia. Itu lah cara aku dapatkan nombor phone dia.

Week 5
Sejak minggu lepas, hampir setiap hari aku texting dengan Siti Saleha. Mula-mula kitaorang cakap pasal study. Tapi lama-lama, aku mula ubah topik kepada topik yang lebih personal. Bila dah masuk bab personal, aku mula la masukkan sedikit ayat-ayat jiwang kasi dia cair. Pastu pandai-padai la buat caring sikit. Nanti sure dia jatuh cinta punya lah.

Week 6
Semalam, aku dengar ada seorang senior minat kat Siti Saleha aku tu. Perh, dia cakap kat depan-depan aku pulak tu. Dia tak tau ke aku cop dia dulu. Awal-awal aku dah dips dia okay. Dan disebabkan terlampau rasa insecure, aku pun bagi tahu la classmate perempuan aku yang aku sukakan Siti Saleha tu. Aku try tanya classmate perempuan aku tu macam mana taste Siti Saleha tu. Mana tau kot-kot aku boleh jadi lelaki idaman Siti Saleha. Biasalah, lelaki akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan girl yang dia suka.

Week 7
Entah kenapa, sejak semalam, aku perasan yang ramai gila orang gossipkan aku dengan Siti Saleha. Aku syak classmate perempuan aku tu bocorkan rahsia la kot. Tapi kan, aku tak tahu nak marah atau pun tak. Sebabnya, bagus juga bila ada gossip ni. Tak perlulah aku nak susah-susah luahkan perasaan. Cuma... is it okay for her? Tak apa ke kalau dia digossippkan dengan aku? Takut juga aku di sebabkan dia kena gossip, dia bencikan aku. Tapi bila aku pandang dia setiap kali kena gossip, dia macam relax je. Kenapa ya?

Week 8
Hari ni, aku luahkan perasaan aku kat dia secara face to face. Dan dia tersenyum je. Perh, aku rasa heaven gila. Akhirnya dia jadi milik aku beb. Setelah berhempas-pulas, hati dia berjaya aku curik. Malam tu, kitaorang texting sampai ke pagi.

Week 9
Aku tak pasti lah kenapa. Tapi aku dah tak rasa excited dengan hubungan aku dan dia. Kalau dulu, bila pergi ke kelas, mesti bersemangat nak jumpa dia. Tapi sekarang, bila pergi kelas, aku pandang dia dah rasa tak ada apa-apa. Nak text dia pun rasa malas. Nak call apatah lagi.

Week 10
OMG guess what? Tadi masa aku pergi ke cafe untuk beli makanan, aku terlanggar awek junior yang comel. Pergh, cair beb tengok pipi gebu dia.

*************
Well apa yang aku tulis di atas adalah based on apa lelaki alami dari side lelaki. Now, mari kita tengok dari side si perempuan.


Dari pandangan perempuan.

Week 2 - week 4
Aku benci seorang mamat ni. Sejak dari minggu lepas lagi dia asyik usha aku. Kawan-kawan aku semua dah perasan. Aku mula-mula dulu buat derk je. Tapi kawan-kawan aku semua dah kecoh kata itu ini. Aku rimas gila. Ada sekali tu, aku tangkap dia tengah usha aku. Bila dah kantoi usha aku, dia cepat-cepat pandang ke lain. Macam ah aku tak nampak.

Dan lebih malang lagi, aku dan dia berada dalam satu kumpulan untuk sebuah assignment. Aku tak tahu la macam mana aku nasib malang sangat boleh group dengan dia. Ni nasib atau kebetulan? Dan yang paling tak boleh blah, dia mintak nombor telephone aku dengan alasan nak buat perjumpaan. Padahal boleh je dia suruh ahli group lain yang bagi tau aku. Tapi aku tak nak argue-argue so aku bagi je la.

Week 5 - week 7
Sejak minggu lepas, dia asyik texting aku. Mula-mula cakap pasal study. Tapi pandai je dia ubah topik dan buat benda-benda kelakar. Dan somehow, aku rasa dia ni sweet juga. Dia pandai jaga hati aku. Dia jugak pandai buat hati aku berbunga-bunga. Dan yang penting, dia caring gila.

Week 8
Aku sebenarnya dah start suka kat dia. Entah macam mana, aku rasa di awang-awangan bila ternampak dia. Nak-nak bila dia luahkan perasaan dia kat aku. Weh syok weh. Dan aku tak mampu kata apa-apa. Aku just mampu senyum je. Hehe.

Week 9
Minggu ni, dia jarang gila contact aku. Kalau dulu setiap hari call and text tau. Sekarang, kadang-kadang bila aku text, dia tak reply pun. Aku call pun kadang-kadang dia tak angkat. Dia tu kadang-kadang baik je layan aku. Dan kadang-kadang, aku rasa dia macam tak nak layan aku langsung. Macam chipsmore. Aku tak tahu lah kenapa. Dulu sebelum aku rapat dengan dia, dia tackle aku macam nak rak. Tapi bila dah dapat, terus dia hilang.

Week 10
Minggu ni, dia langsung tak call or at least, text aku. Aku ada gak try text dia, tapi dia tak pernah reply. Aku call je dia tak pernah angkat. Bila jumpa aku kat kelas, dia bercakap dengan aku nak tak nak je. Di sebabkan terlalu kusut dan serabut. Aku pun buka la Formspring TOKhairul dan tanyakan masalah ini kepada beliau.

*************

So, kalau korang baca balik tentang apa yang sedang berlaku dari side lelaki, mesti korang akan nampak macam 

"Semuanya nampak macam perfect di permulaan cerita. Semuanya berjalan dengan lancar. Lelaki tu suka, then tackle, then dapat. Tapi bila dah dapat, laju je lelaki tu blah. Kenapa? Di mana silapnya?"

The real thing is, tak ada silap di mana-mana. Because, the fact is boys can get bored with you in just a second. Unless, kalau dia berjaya melepasi comfort zone. Mana tak nya? Hari-hari bergayut. Hari-hari nampak muka. Hari-hari lepak-lepak bersama. Siapa tak bosan? Even kalau orang berkahwin pun boleh rasa bosan dengan pasangan masing-masing nak-nak bila dieorang di dalam comfort zone.

So, how to surpass the comfort zone?

Actually, I have no idea about this. Dan bukan lelaki je yang kadang-kadang bosan bila berada dalam comfort zone. Perempuan pun sama. Tapi kemungkinan untuk lelaki tu bosan adalah berganda-ganda lagi tinggi berbanding si perempuan. Apa pun, all you can do is just berdoa.

Well, aku tak tahu cara untuk surpass comfort zone. Tapi antara sebab seseorang gagal dalam comfort zone adalah:
  • Bosan 
  • Tak excited seperti masa mengurat dulu-dulu.
  • Terlampau banyak membuat dosa.
  • Too much "I love you" maybe. Have you ever heard this?

“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padany.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.”

Dan point yang paling sakit sekali adalah "No reasons". Dan bila lelaki to bosan dan dah hilang perasaan tu, mula lah diaorang keluarkan ayat:

  1. Sorry la awak. Saya rasa kita tak ada jodoh
  2. Sorry la you. Saya tak boleh kasi komitmen
  3. Sorry la baby. Awak, hubungan kita rasanya tak akan berjaya.
  4. *Or simply leave you with no kata putus.*

Bagi perempuan yang tanya tentang "Apa sebenarnya yang berlaku", Well, ini lah yang apa sedang berlaku kat korang. Bila korang bercinta tu, cepat la kahwin. Lagi pun best tau kawen ni. Boleh main masak-masak. Boleh main macam-macam. Kalau rindu, boleh hug-hug. Kalau tak kahwin mana boleh. Kan? HAHA.

Apa pun, berdoa lah mintak ada jodoh dan mintak jodoh berkekalan. Berusaha then berdoa. Lagi pun, jodoh tu kan takdir yang boleh diubah. Jodoh tu di kira 50-50 antara korang dan Tuhan. Kalau korang berusaha, ada lah. Kalau tak berusaha, mana nak dapat. Tapi kalau korang bernasib baik, tanpa usaha pun boleh dapat jodoh. Dan kalau korang kurang bernasib baik, korang usaha macam mana pun jodoh tu tak sampai-sampai gak. HAHA. So, fight for it and get married fast-fast.

Dan, harap-harap dah tak ada soalan berkaitan dengan lelaki chipsmore di my Formspring.


Yes, that one thing we girls are afraid of the guys. Takut diorang bosan.


THANKS FOR READING! :)