Thursday, November 3, 2011

All Those Mixed Feelings

Assalamualaikum
Whenever you are distressed, worried or confused, just close your eyes, take a deep breath and say: Oh Allah; I love You! I know it's your plan, and I put my complete trust in you. You are with me always, and I will succeed because I have supplicated to you. Please protect me and bless me. Ameen.

Found this on facebook. Can I say I'm all distressed, worried AND confused? :'(
Nope, I'm more to worried. I'm just scared of what my future might look like. Urgh, I hate uncertainties. And much more. Sobs.

Ya Allah, if this is really for me, then grant me. If not, let your strength help me to accept your tests. The moment that changes tomorrow - it could be right now. O Allah, You know best. :)
"Forgive and forget. That's what they say. It's a good advice, but it's not very practical. When someone hurts us, we want to hurt them back. When someone wrongs us, we want to be right. Without forgiveness, old scores are never settled; old wounds never heal. And the most we can hope for, is that one day we'll be lucky enough to forget."-Meredith (Grey's Anatomy)
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Wednesday, November 2, 2011

Less Words The Better

Yeah, say more with fewer words.
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Takde Tajuk Kot

Assalamualaikum

Hari ni si Kakashi tu dok diam pulak time aku mandikan dia, slalunya menggelupor cam hape. Maybe sebab dia tau aku nak bagi carrots kot. So dia behave hik3. Kalau everytime pun macam ni kan senang sikit keja aku hihihi. Haaa time ni dia tengah lap2 badan.

kelepiaq habeh ayaq kena muka aku huh
*mesti korang tapaham ahhahaa padan muke*
Ni sebenarnya arnab adik aku. Tapi since adik aku busy sket (cewah bole pulak adik lagi busy dari kakak??) so arnab tu kurang kasih sayang la. Kesian kan, da la takde kawan sobs. Keja aku ngan mama, bagi Kakashi makan. Aku je kadang2 mandikan dia. Sebenarnya aku pun teringin nak ada kucing sendiri. Tapi parents aku cakap, susah nak jaga especially sebab dia suka b***k merata hikhik. Masa kat Vandy dulu, aku penah bela anak kucing. Tapiii kucing aku tu memang behave, baik sangat. Tak membuang merata2 *masuk bakul, angkat sendiri ni kui3*


Ni la kucing aku. Comei an? Tengok muke pun tau, memang manja abes ni. Sebab tu aku saaaaaayang dia hihihi. Tapi aku dah bagi dia kat orang len sebab nak balik Malaysia kan. Tak mampu den nak bayo tambang dia aih. Tapi lepas tu rindu gile lah kottt. Esok lusa la aku cite pasal dia eh. Sebab nanti kalau aku start, jadi sedih pulak. HAHAHHAHA yelah tuuu :p Actually tu je nak cite hari ni. Bye.


p/s : semalam aku mimpi pasal katak..orang cakap nanti dapat duit banyak..muahaha bole caye keee? sape la nak kasi..berangan la sangatttt..afterall, mimpi tu mainan tido kan? :p

hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, November 1, 2011

::SchaAwal::

Time ni diorang pegi Korea. Awal de penggambaran kat sane. Scha pun ape lagi, mesti la teman kan hik3.







sweet sweet sweet sweet sweet sweet sweet sweet sweet sweet sweet 

That's when you know you found somebody really special. When you just shut up for a minute and comfortably share silence.

hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Carta Hati Sapeeeee

Assalamualaikum


Ni baby aku hik3. Everytime drive, mesti pasang lagu. Even nak pegi kedai yang tak jauh dari umah pon kena pasang. Apetah lagi kalau amek Kimi ngan Irah dari sekolah. Wajib. Balik2 tu terpaksa la diorang dengar suara aku yang sumbang ni keh3 padan muke. Kalau aku kua ngan Moon, konfem melalak je keje kitorang dua heh heh. Tambah kalau kat radio kua lagu fevret. Perghh bole rosak gegendang telinga sape2 yang mendengar lol.


Sememangnya aku memang suka nyanyi. Paling best kalau nyanyi dalam shower masa kat MRSM dulu. Kenape eh? Aku rase an, bile korang nyanyi dalam shower, sore korang jadi sedap semacam, macam bergema2 macam tu. That's why la ramai2 wat choir masa mandi eventhough the real is, kat lua sore macam @!$$#^$#@!~%!$#%@#$!#!@#!#@@! termasuklah saya. Ihiks~!!

Lain la macam najwa latep tu. Beliau siap main gitar dalam kete lagi. Salute untuk someone yang lagi muda dari aku, aku panggil budak kecik la hihihi. Bukan senang nak main gitar woo, nampak je senang (walaupun aku memang tak penah try main ngeeee). Tapi pape pun, aku suke practice nyanyi dengan kawan2. Yang extra best tu, kalau orang tu pandai men instrument. Aku takde la terer pun bab2 note ke hape, sume men taram and kalau agak2 tak sedap tu, kawan aku direct je sound 'Ko tak sesuai aa nyanyi lagu ni'..'Erk kalau ko stick ngan lagu tadi lagi best kot'..muahahahha da kate penyanyi cap ayam. Aku nyanyi for fun je. Bole hilangkan stress, bole kasi happy di kala kesedihan. Ewah3 nak start emo nampak???? Takde ah.

Okla nak out dulu bye bye bye ^___^


Everyday, I fight back the urge to text you or talk to you; telling myself if you wanted to talk to me, you would.

hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Monday, October 31, 2011

Sunday Is The Day!

Assalamualaikum *sorry entri ni super long sbb byk benda aku nk bleter kali ni haha*

Ohhhh myyyyyy Coach shayeeeeee kene taik burong (suara sengau2 siket..ketuk nakkkk???). Hahahha takdeeeee, singgah jap kat perhentian Tapah ni, time nak kua kete, sedappp je sekor burung ni melepas kat beg aku. Beg baru. Urgh, tak sopan sungguh! Ok2 tu sume iklan jap. Yang sebetolnye aku dr KL, on the way nak balik Penang. Haaa mesti korang tertanya2 kenapa aku gi KL kan (perasan lettewwww).

Ok jap. Asl aku cm hyper smcm? =.='

Actually Jumaat lps, aku dapat call from Petronas, katenye dapat interview. Orang HR tu tanya bole tak datang hari Ahad. At first pelik gak kenape nak wat time weekend tapi takpelah, takkan nak tangguh kan. Kang diorang cakap aku tak interested nak keje ngan diorang lak. Huishhh mane bole tak berminat. In fact, I really put high hope on this one. Kalau dapat keje ngan Petronas, memang aku bersyukur. Sangat.

So, kitorang gerak Sabtu petang from Penang and sampai kat Villa Suria (dekat UITM Puncak Alam) dalam pukul 10 malam. Tu umah PakNgah aku, dia yang offer nak tumpangkan kitorang satu malam hihih terima kasih ngah!! Pagi ahad tu dalam 8 lebih, kitorang satu family gerak ke KLCC lepas say goodbye and mintak tips sikit from PakNgah ngehehheheehehhee.

Ok. To be honest, banyak je benda yang jadi yang buatkan aku tak sedap hati. Benda-benda yang lemahkan semangat aku before interview. Kire bad premonition aaa. First, lupe nak salin alamat tempat interview tu. Memang la kat KLCC tapi ada Tower 1 and 2 kan. Seb bek bole online, check yahoo mail. Time tu da pukul 9.30 and interview scheduled pukul 10. Arghhh kalat tahap maksimum. Tapi aku buat cool je walaupun ayah aku da nak start bebel2. Heh heh (sengih macam kerang busuk). Pastu, tak print out Declaration Form Petronas but aku pikir takpelah, lagipun da anta thru email. And seb bek, orang HR tu tak cakap ape2. Lagi satu, aku tatau nak describe feeling before interview tu. Selalunya aku akan cuak tahap cipan the night before. But kali ni, aku siap tido nyenyak lagi. Nak kate fully prepared, memang sumpah tak. Last minute lagi ade lahhh. Takpe2 cool2. Orang utagha cakap, 'ikut dan' la apa yang nak terkeluar dari mulut aku masa interview hahahaha. Pelik pelik pelik. Haiyooonyooyoo. Ntah la, maybe the job was not meant for me afterall? Omg sheeshhhh taknak pikir bukan2. Rezeki sume kat tangan Tuhan. Yang penting, sekarang ni aku kene all-out and tawakal je. Doa banyak2!!!!

Ok. Sekali lagi. Awat aku berceghita macam makcik Bedah ni?

Haip. Kat lobby, aku sign log book, amek pass and terus naik level 43. Parents and adik2 aku takle naik so diorang pegi shopping and makan kot. Orait. Sampai2 je, sorang HR lady ni suro aku isi form, tulis short essay pasal 'Why Petronas should hire you?' and get prepared for a case study. Masa sampai tu, aku tengok bilik 4307 (tempat interview aku) ada 2 orang laki tengah interview sorang ni. Time tu aku dengar orang tu cakap semangat gile, sangat2 impressive. Ok, aku da start rase down. Tapi takpe, rilek2. Masa tu dah pukul 10 lebih and HR cakap aku maybe kena tunggu lagi sejam sebab interviewers ade hal awal pagi tadi so interview session start lambat sikit. Macam tu la. Aku pun ooo seb bek, ada masa nak wrap-up mana yang patut kan. Pastu HR tu explain, kalau untuk Structured Interview (SI) ni, ada 3 stages; one-on-one interview, case study and role play. And tu sume last for about 2 hours. Aku memang taktau langsung; in fact tak pernah attend interview yang macam ni. Yang aku penah, one-on-one interview MARA mase lepas SPM dulu, before gi Vanderbilt. Huhhh sesungguhnya aku memang kampung time ni lol. Tapi before datang, aku ada la research sikit and baca blog orang pasal SI ni. At least ade la idea sikit kan. Tapi aku ingatkan lepas satu stage, ada break pastu baru start another stage. Rupenye2 interview session tu continuous; means lepas abes one-on-one interview, diorang akan terus proceed ke case study. Aku da start cuak sket sebab aku dapat case 'Value Profile' yang aku rase aku takde clue sangat and masa nak prepare tu less than an hour, dengan nak isi form lagi, tulis essay lagi. You have to think fast and sharp. Aaaaa masa tu agak menggelabah la tapi aku try cool down and tak panic so that aku takkan blank. Aku ingat jugak kawan aku cakap, takyah tau facts pun takpe janji ko pandai elaborate points ko. Walaupun ko wat generic statement pun, biarlah mende tu make sense and meaningful. Ok aku pun start writing down few points. Alhamdulillah.

Time tu ada dua orang tengah tunggu for interview jugak. Tapi both are experienced candidates and dorang kene interview kat bilik lain. Ok aku macam da banyak bebel tapi aku tak cite how did my interview go kan hak3. Nak cite boleh tapi for me, bek korang pegi merasa sendiri la SI Petronas tu macam mane. Best yang teramat sebab dua-dua interviewers sangat sporting and baik. Such a great experience, indeed. Alhamdulillah, they made it easy for me. Diorang banyak guide aku through  SI and banyak bagi nasihat. And honestly, mule-mule memang nervous tapi lepas tu rasa macam discussion je. Macam ayah cakap jugak, treat interview tu as sembang2 kat kedai kopi je so that takkan rasa pressure.

Kalau one-on-one interview tu, aku rasa sume orang bole buat. Even better than me, of course. Diorang suro cite pasal diri sendiri, tanya pasal strength, interest. InsyaAllah boleh jawab punye. And make sure jawapan korang kena realistic. Yela, takkan korang cakap in 5 or 10 years, korang berharap akan jadi CEO Petronas. Even diorang yang interview tu pun cakap, walaupun diorang da keje lama under Petronas, post CEO tu sangatlah jauh lagi to be reached bahasa tunggang langgang, ade aku kesahhhh??). Korang cakap la nak jadi Senior Engineer ke, Manager ke; benda-benda yang korang minat la. Macam aku, aku cakap nak jadi Senior Process Engineer sebab aku minat courses yang aku amek kat Vanderbilt dulu blablabla and aku explain la sebab2 mengarut yang lain ehek. Then diorang tanya top 3 working places yang aku nak. Aku jawab sume kat Malaysia tapi kalau diorang nak hantar aku kat mana dalam dunia pun, aku terima je hikhikhik (ok tolak tempat yang ada perang huh).


Ok abes soal selidik pasal diri, diorang proceed dengan case study. Session ni sangat interesting sebab at one point, kitorang cakap pasal ipong, which takdela susah (tipuuu wuwuwuuuu) sangat untuk aku walaupun aku bukan iPhone-geek kan hikkk. Tapi ada la slack sikit sebab aku mula2 tu macam almost blank bila kena summarize pasal article yang aku dapat tu. Tapi diorang ni baik and dorang tolong aku stimulate ideas. Then lepas tu aku pon cakap la blablabla. Aku rasa part ni aku ok lagi tapi the thing is, aku lambat pick-up sikit and aku amek masa nak paham problem statement (pemahaman aku dulu dapat A perrr how come???). Time ni best sebab diorang nak tengok cara korang berpikir and what ideas you have. Cakap je ape korang rasa sebab takde jawapan yang betol or salah. Diorang kate, 'Tengok, kitorang ni interview takde pon skema jawapan ke ape. Just tell us what you think'. Lepas tu role play. Part ni interesting sebab diorang memang betol2 berlakon. Situation yang aku dapat is, aku sorang Planning Manager and Director atas aku cakap deadline for satu project ni di-push-forward from 10 days to 3 days je. So aku kene arahkan staffs aku untuk keje extra kuat. So diorang dua jadi staffs aku. Haaaa memang dalam meeting room betollah, dengan expression tak puas hati and so on sebab diorang kene keje overtime. Actually, diorang nak tengok macamana kita nak handle pressure and think fast. Next situation, diorang jadi Union Representative pulak. Diorang kate pekerja da mengadu kena letih buat banyak keja and by right, sape2 yang keje overtime kena la dibayar gaji ke ape ke. So kat sini aku rasa aku lack of confidence sikit sebab aku tak aggressive sangat and nampak macam kekurangan idea. Tapi ape-apepun, walaupun diorang fire2 ko, diorang akan bagi tetap bagi few advices. There are times yang kita akan face critical situation macam ni, catching up with project deadline, issue pasal staffs etc. And sebagai bos, how you react to all sorts of problem depends on your ability to think deep and outside the box. I think sume tu useful advices sebab banyak lagi benda yang aku kena belajar. Tapi whatever is it, I really hope one day I can be successful like them. And lastly, diorang tanya dua soklan; 'Tell me about a situation you had in the past and how you handle with it (good or bad experience, diorang just nak tengok macamane kita solve problem)' and another one, 'Tell us something that you have to learn fast'. Haaa ni memang diorang nak korang elaborate dengan detail; recognize problem statement, cite EVERY step yang korang amek and the result from your actions.

All in all, aku rse lega sebab dah abes interview. And it was a good one! Although aku rse banyak je karutan and pointless statement tapi aku happy sebab dah sampai tahap ni. Itula, memang frust sikit sebab aku rasa aku bole all out lagi. Bile da abes interview, baru terpikir, 'asal aku tak jawab macam tu eh? asal tak jawab macam ni' and so on la. Tapi aku takde rase down sangat2 sampai nak terjun bangunan sebab both my panels are very supportive and awesome hehhee. Overall, aku rase interview aku bole improve lagi. Kalau aku pass, memang rezeki aku ah. Aku memang serah 100% kat Allah. Aku bersyukur semuanya dipermudahkan dan aku ada keluarga n kawan2 yang selalu support aku. Ayah and mama la paling banyak tolong kasi moral support and kasi point untuk interview hihihi thank you to both of you sebab selalu ada untuk akak. And kawan2 yang kasi tips especially Bae and Adil, kepada kawan2 yang dengar aku bebel2 neves and yang selalu sokong aku, mekasehhhh :')

Okla da banyak cite, pape pun, make sure korang doa yang aku dapat keje ni ok??? Hhahah just kidding. Walaupun aku jeles tengok kawan2 aku sume da keje, aku pecaye rezeki tu kat mana2 je, sume Allah da tetapkan. Yela, mane tak jeles, profile pic letak gamba kat rig, gamba nak upload yang pakai coverall je, and fb comment pun sume pasal keje. Nak mencelah pun kecut perut tih tih tih. Tapi tu maknenye sume orang da grow up and focus sume orang now is career kan? Aku happy tengok kawan2 aku da bekerjaya and aku hope sangat my turn will be soon. Kalau dapat keje offshore ke kat plant ke, tambah2 company besar macam Petronas, tu memang dreams come true. Please please please? Fingers crossed!

Bye bye bye bye bye bye bye~

Fine, aku sorang je pakai working attire on Sunday. Hmphhh.
Satu family anto g intebiu hihihihi~

Open your eyes and look around you. There are times when you have a tough situation but later what you get is a good news. This is all Allah's work and one day you'll say to yourself, 'Hey I didn't miss a single thing in life. Allah just wants me to learn and be grateful'. Betol takkkk? XD
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Thursday, October 27, 2011

Europe Trip:Stranded in New York Pt 1

Assalamualaikum

Sunday December 19, 2010
7.00am
Syera yang excited when it comes to tour trip (in a good way ok Syera, don't get me wrong hihih) datang visit aku yang tengah kelam-kabut bersiap. Bilik aku da la macam tongkang pecah. Time tu Syera je kot yang da siap, orang lain ade yang tak ready lagi including me. Like omg kitorang cuak giler sebab flight pukul 10 pagi and kalau international flight, we should be at the airport at least 3 hours early. Ok, kul 8 kitorang bertolak. It takes 15 mins from Vandy to Nashville International Airport (BNA). Nasib baik kat airport tak ramai orang.

9.00am
Kitorang check in barang sume. Seb bek tak kena bayar extra. And budak-budak Vandy yang lain time tu tengah busy nak pegi kenduri Dayana ngan Yeh. So tak ramai la hanta kitorang kat airport sobs. Tapi takpe, at least ade orang call kasi kata-kata semangat. Cewah. Ok da off topic.

Ni la planner kitorang. Cam belacan da ghupe uhuk3~
1.30pm
Atas flight. Walaupun sejam lebih je, aku still nak tido sebab malam tu aku tak tido langsung. Celik-celik mata, sampai la John F. Kennedy Airport. Pastu naik shuttle (baya 50USD kat pacik driver) pegi LaGuardia Airport. Flight kitorang pegi London patutnya pukul 6.29pm tapi dalam pukul 4 camtu, ada orang announce yang semua flight to London kena canceled sebab snow storm. Flight paling awal pun hari Jumaat, which is 5 days later. LIKE *&^@$#R$#^@!$##$!!!! menggelabah sume orang. Macam takde hala tuju terus lepas dengar ape orang tu cakap. Tapi mane boleh macam ni kan, abes la plan kitorang sume waaaaa. Mule la pikir, sementara tu kitorang nak tido maneeeeee?? Takkan nak tido hotel? Mesti ade extra expenses nanti. Lari pulak budget kang. !#%#$$&$$!@!%^%#$!!!! lagi sekali. Huh. Asal la kitorang yang kene, asal la ade snow storm, asal la kitorang tak gerak awal lagi bla3. Mule la nak membebel like always ahahah. Ishhhh kuasa Tuhan kan, nak wat macamane. Ish3~

Bukan kitorang je yang tak bernasib baik. 

And yang meletopkan lagi keadaan is makcik kat counter tu tak helpful langsung. Aku, Adil ngan Mey pegi tanya ada tak earlier flight yang available, contohnye from here pegi Cardiff ke Manchester ke. Makcik tu taktau pun Cardiff kat mane pastu yang marah sangat tu, die geleng-geleng je to every question yang kitorang tanya. Hmmmpppphhhh!!!!! Oh and kitorang tanak la berkampung kat airport tu kan. Kalau boleh nak blah malam tu jugak, pegi la mane-mane pun huhuh desperate sangat kan. 

5.00pm
Bertenang bertenang. Seb bek Mey ngan Bell bawak laptop. Bole gune skype, call orang tu, orang ni, especially kawan Mey yang patutnye amek kitorang kat Heathrow Airport, London. Supposedly, mengikut plan, kitorang akan jumpe kawan Mey kt airport kt sane and naik bas same-same ke Southampton. Dia da siap masak untuk kitorang. Alalalaaa kesiannye. Kesian kat kitorang laaaaa, sebab tadek rezeki hehehekkk. Ok gedik.

Stretching. Still in state of disbelief yang flight kene cancel puh3
Cam amazing race da aku tengok kitorang nih =.='

7.00pm
Ok, settle flight sume. Lepas call sana sini and argue sikit, Adil dapat cari satu flight pegi Manchester (kire cancel pegi London la) untuk kitorang tapi hari Selasa ni, which is 2 hari lagi. Awwwwww Adil (euuww hahhaa). In the meantime, kitorang kena cari hotel kat New York ni. Haih apela nak buat kat bandar yang besau ni. Tapi pikir balik, takpelah maybe takde rezeki. Kot =.=' Maybe we're not meant to go to London. Maybe Allah nak selamatkan kitorang dari snow storm tu haa sape tawu. Hahhaha drama takkk. Or maybe hikmahnye, Syera dapat pegi jalan-jalan NY sebab dia tak pernah jejak kaki lagi. HAHHAHHA gelak sama dieeeeee :))))

Syera merenung masa depan, pikirkan nasib kitorang keh3 drama siutttt
Camne la kehidupan kitorang yang berserabut dalam masa 2 hari ni? Ikutilah pengembaraan lima eh enam sekawan yang penuh dengan cabaran dan carutan. Hahhahahahah poyo je kan. Oh mse ni Yah tak datang lagi, flight dia lambat sikit. Macam-macam drama jugak kat Europe ni nanti. Tapi best bangat sih! Siryes tak tipu. If I have one chance, I'll definitely visit Europe again. Ommmoooo.
Tungguuuuuu tauuuuuuu:D

Macam travellers berjaya takkkkk :p
Next Europe Trip: Stranded in New York Pt 2
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)