Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Hari Ku Harus Dipenuhi Dengan...

Assalamualaikum

Hanging Out with Friends
Semalam hectic sangat. Pagi tu pukul 9 pegi office. Yes, kne masuk line although hari Sabtu. Tapi seb bek ade kawan2 yang keje shift Sabtu. Lunch tu makan kat area Masjid Bayan Baru. Sedap jugak food kat situ. Banyak jenis pulak tu. Teringin makan pari bakar hehe.

Bersembang sakan. Tengok2 jam da 1 lebih. Bile da kumpul ramai2, banyak cite la pulop. Kak Farah (yang cool), Fira (aka Sharifah), Intan (si cakap banyak), Muhsin (new dad, congrats!) and Din (the quiet one) hehehe...aku? Si makan banyak kehkehkeh.. Go to work on Saturday is not so bad after all :p

gamba curi kat fesbuk

Quality Time for Myself
Lepas balik keje, solat jap pastu pegi Permatang Pauh, wat facial kat Ejoy Beauty Saloon. Mama memang selalu pegi situ pon. Da kenal orang2 die. And kitorang amek package so takde la mahal sangat hehe. Since aku da dapat gaji (first), aku kena la tolong baya sekali heheh. Dua jam lebih gak wat facial + massage. Waaahhh best2, da la penat keje hari tu kan hehe. Memang nikmat. Tertidur aku jap kat situ HAHA.

Kulit aku memang kering sangat. Everyday pakai moisturizer. Pastu banyak blackheads jugak. Erghhh bile kulit nak licin ni? Kahkahkah berangan laaaa. Dengan waktu keje yang tak menentu, lagi banyak la bendasing2 naik atas muka aku. Nak kulit macam Erra Fazira bule? HAHAHAHAH perasan.
tehtiba
Precious Moment with Family
Malam tu ayah ajak kitorang try restaurant baru bukak kat Jeti Pulau Aman. Well, dekat2 situ la. Tapi on the way tu gelap sangat, takde lampu jalan. Kalau datang siang2 takdela serammmm sangat kot hehehe. Tempat die cantik tapi sadly, service kurang baik. Dah la lambat, pastu silap order pulak tu. Perut masing2 da berbunyi da haih. Kedai baru bukak, sistem pun tak well-established lagi. Management still need to be improved. Cewah tapi betolla. Kitorang sampai around 10, balik dalam 11 lebih. Just imagine that. Order lambat sampai padahal orang tak ramai pun time tu. Takpe2..nanti da lama2, baru kitorang datang balik kot. Bila restaurant diorang da well-managed hehe. Makanan, emm not so bad I think. Ade Malay, Indian, Chinese cuisine (set dish, ade nasi lauk etc). Western pun ade (chicken chop etc). Boleh la...

Semalam baru bukak, dah terus serbu. Sepantas kilat! Kehkehkeh....

Alhamdulillah. Walaupun pack satu hari, tapi aku happy gile. My life is complete hehe. Thank you Allah. Ingat pesan Ustazah Zawiyah, "Selalu bersyukur dengan nikmat Allah. Bila bersyukur, Allah tambah lagi nikmat". It's doesn't matter if your life is average, as long as you're happy. Ehem.


THANKS FOR READING! :)

Thursday, March 8, 2012

It Takes One To Know One

Assalamualaikum

Dalam erti kata lain, seorang pencuri akan kenal pencuri. Orang yang baik akan cenderung kat orang yang baik. Orang-orang yang periang akan berada dalam kelompok orang-orang yang periang. Entri ini sedikit sebanyak ada kesinambungan juga dengan entri silam, iaitu Tidak pernah bertemu, bisakah mengenal?
Perkara ini basic. Ada orang boleh rapat dengan orang-orang tertentu sebab mereka dapat kenal orang-orang yang sama ataupun satu kepala dengan mereka.

Apa yang bestnya dengan kemampuan mengenal ini adalah, anda tak akan kisah apabila orang lain di luar sana tak fahami diri anda, susah nak berinteraksi ataupun selalu mempunyai masalah (have issues) dengan diri anda. Sebab anda tahu tak semua orang macam itu.

Itupun kalau anda jumpa that special someone(s). Bagi orang-orang yang masih tak jumpa orang-orang yang sama 'wavelength' dengan diri mereka, memang hidup akan susah sedikit. Rasa pelik. Serba salah nak hadapi hidup. Apa-apa pun saya doakan kalian dapat menjumpai orang-orang tersebut.

Bagi saya, kalaulah seluruh dunia membenci kamu, tapi ada seorang yang masih tetap percaya kamu, itupun dah memadai. (walaupun sebenarnya cukuplah Allah bagi kita)

Perasaan adanya orang-orang yang mempercayai kita itu best. Ada sense of belonging. Itu yang sampai orang boleh keluarkan kata-kata seperti, "tempat aku kat sini."

Lagi satu perkara yang best adalah, mengenal orang ini membawa keseronokan. Katakanlah anda tahu kewujudan A dan B, dan mereka ini anda dapat rasakan satu kepala dengan anda. Tapi apabila anda cerita pada orang lain, mereka langsung tak kenal, tak nampak potensi yang ada pada A dan B ini. Hanya anda sahaja yang nampak potensi A dan B, sebab kemungkinan besar A dan B pun macam diri anda sendiri jugak, itulah sebabnya anda cenderung pada  A dan B. Dan suatu masa nanti, bila terbuktilah A dan B ni potensi mereka terealisasi, anda rasa puas dan seronok sebab pandangan anda tak salah. Ataupun anda kenal dengan orang lain yang nampak potensi A dan B - itupun sebenarnya boleh buat anda rasa puas.


Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Hanya orang-orang yang mempunyai pengetahuan tahu membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah. Kadang-kadang ada orang sampai pernah cakap, "Orang-orang yang tahu, akan mampu mengenal orang-orang yang bodoh, tapi orang-orang yang bodoh tak akan dapat mengenal orang-orang yang tahu"

Kata-kata ni bukan nak buat anda riak. Kalau anda rasa anda boleh membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah, baguslah kalau macam tu. Tapi dalam masa yang sama pupuk rasa rendah diri. Sebab boleh jadi kita sekarang ni yang bodoh dalam sesetengah perkara, dan kebodohan kita itu memang sangatlah jelas kelihatan di hadapan orang-orang yang mengetahui. Dan kita tak sedar. Faham tak?

Bahawa akan sentiasa ada orang yang lebih mengetahui daripada kita.

Sebab bukan apa. Misalnya, Mungkin ada orang gelabah pergi depan anda cerita pasal macamana seorang lelaki yang mempunyai body tough sebab bodybuilding jadi pasti ramai awek suka. Ataupun bagi perempuan, kawan anda pergi depan anda cerita pasal make-up itu ini, nak kasi cantik supaya lelaki-lelaki akan pandang anda.

Berdasarkan apa yang anda tahu, orang yg lebih kuat tu adalah orang yang dapat tahan marah dia. Membina kekuatan tubuh badan, fizikal tu bagus tapi bukanlah untuk aweks tapi sebab Allah lebih suka mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.

Make-up atau berhias, adalah sepatutnya untuk suami, bukan untuk balak-balak di luar sana. Ok mungkin asal-asalnya anda bolehlah buat muka selenga dengar perbualan tersebut, sebab anda tahu mereka ni orang-orang yang tak faham, keadaan sekeliling yang menjadikan mereka jahil. Tapi bila anda pula jadi 'target' mereka sebab tak sama prinsip dengan mereka, ianya akan membuat anda rasa tidak selesa. Kadang-kadang anda juga mungkin boleh terfikir seperti ini

'Eh bongok dan bodohnya lah korang ni. Obvious kot aku lain daripada korang, disebabkan beberapa perkara yang aku tahu dan pegang. Nanti aku cerita sebab-sebab tu mahu putus kawan pulak nanti, silap haribulan aku cakap kat korang hanya sebab nak tunjuk aku lebih hebat dan faham agama'. Kalau jadi macam tu,cepat-cepatlah beristighfar. Always keep your head cool.Ada peringkat-peringkat dia nak nasihat orang ni.


Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan. Allah itu adil dan Dia sukakan keadilan. The list goes on..
Tahu tak sebenarnya macam mana cara kita pandang orang lain, macam itulah yang sebenarnya menggambarkan diri kita. Apabila kita memandang orang lain dengan penuh hasad dengki, hal yang demikian secara tak langsung menggambarkan betapa busuknya hati kita. Kalau kita pandang orang lain dengan kasih sayang, dengan sangkaan-sangkaan yang baik, mudah-mudahan kita digolongkan dalam orang-orang yang baik. Mungkin kalau sekarang kita masih jahat, tapi dengan melatih diri kita untuk bersangka baik dan seumpamanya, kita mengharapkan Allah - Tuhan yang Maha Halus dan Maha Teliti dalam setiap perkara yang Dia perbuat, Sebaik-baik Pendidik, akan berkenan menghiasi diri kita dengan sifat-sifat terpuji dan memudahkan kita mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Kenapa kita selalu nampak kesalahan orang lain jauh lebih banyak daripada kita nampak kebaikan seseorang? Nabi pun masih menyuapkan makanan kepada nenek tua buta yang selalu sahaja mencela Nabi di hadapan baginda sendiri.

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik dan apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat." (Fussilat : 34-35)
Jadi antara tanda-tanda orang-orang yang sabar adalah, mereka mampu menolak kejahatan dengan cara yang baik, dan berdasarkan firman Tuhan, merekalah orang-orang yang mendapat bahagian besar dari kehidupan dunia dan akhirat.
 
 Tuhan mengajar kita untuk bersikap optimistik dan percaya kepada kebesaran-Nya, percaya kepada kuasa yang ada pada-Nya dan percayakan kehendak-kehendak-Nya yang tak sepatutnya dipungkiri atau dinafikan oleh sesiapapun. Tuhan menyuruh kita membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah. Memberikan hukuman sebagaimana yang diperintahkan, tanpa menambahnya dengan cercaan-cercaan dan hinaan-hinaan yang tak sepatutnya. Dalam agama ini, hukuman adalah peringatan, sebagai suatu bentuk pendidikan, bukannya ruang untuk mencaci dan memaki.
Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: "Nabi s.a.w. didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak. Kemudian beliau bersabda: "Pukullah ia -sebagai hadnya-." Abu Hurairah berkata: "Di antara kita ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan terompah -sandal- nya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebagian orang banyak itu ada yang berkata: "Semoga engkau dihinakan oleh Allah." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan berkata demikian itu, janganlah engkau semua memberikan pertolongan kepada syaitan -dengan menghinanya, sehingga ia menjadi ingin minum arak lagi." (Riwayat Bukhari)
- Artikel iluvislam.com



~Alhamdulillah aku suka dengan kawan2 aku sekarang :D

THANKS FOR READING! :)

Saturday, February 25, 2012

Hari-hari Ku Bermula

Assalamualaikum

Officially I'm in love with Jamie McAvoy! *hahah tetibe* Takde lah, I was watching Atonement just now. Another 30 mins nak habes, tetibe kne tukar Raja Lawak 6 sebab satu family nak tengok. Hehehhe takpe at least kawan aku da gitau ape ending Atonement tu *hahah spoil gile kan*

Anyway. Nak update sket (or maybe banyak) setelah seminggu bekerja hehe. 

Monday
Before 8 am da sampai Philips. Ade briefing dari pagi sampai petang. Memang ngantok sket sebab tak cukup tido ergh. On the way balik tu kan, Ayah was driving then aku mengadu sket sebab penat seharian dengar lecture. Hehe mengade2 tak. Tapi memang exhausted pon, rase tak bersemangat sangat. Then suddenly Mey call tau. Aku terkzut gile sebab lme gak kitorang tak contact (a month ago kot), tetibe die ambush pongpangpongpang hahaha but in short, "Dayah, aku nak bagitau ada satu vacancy kat Kerteh ni (under Petronas Chemical). Tapi nanti ko keje dengn kawan aku la, nme die Norma. Boss die nak cari orang cepat2. Since ko pon da pegi SI tu, aku rase ko bole dapat InsyaAllah. Ko send la latest resume ko. Position die ni deal dengan costing, guna Aspen sebijik cam kite guna mase kat Vandy dulu. Memang apply sangat2 la". Omg!!! I can't breathe!! *ok agak over di situ* Time tu mata aku bersinar2. Cakap pon tetibe kuat, bersemangat teros! Tula, tadi sedih sangat sebab penat hahha. Apelagi, malam tu jugak aku send resume+cover letter. Tak kesah la tido lambat ke ape. Allah ni memang sayang kita kan, suka bagi surprise2 macam ni :)

Tuesday
 Pagi tu briefing lagi. Dengar orang lecture, aa ngantok lagi tapi lepas lunch tu kitorang masuk production area. Haha pakai smock macam angkasawan der! Super lawak FC okay? Dalam kul 3, kitorang kne jumpe supervisor masing2. Alhamdulillah, dapat ketua yang baik and her name's Lai Ling. Cantik dan tinggi pule tu. Macam Lina Teoh (knal tak?) tapi Chinese version punye meh hihihi. Then aku teringat kawan2 Intel aku. Teringin nak jumpe so ajak diorang dinner. Tempat, diorang decide keh3. Lagipun ayah ade mnde nak kena settle lepas keje (yes aku pegi keje dengan ayah aku HAHA). So pukul 6 lebih, kitorang kumpul kat Nurul's Ikan Bakar. Ayah aku datang pick-up aku kat Nurul's kul 7.30 camtu. Then again, Mey sms aku. It says (hasil edit aku hiks), "Aku da print resume ko tapi Norma tu tak datang pulak meeting kat tempat keje aku. Lagipun ko kne betulkan email address ngan structure resume ni bagi mantop sket. Baru la boss die nak hire ko hehehe". Fuuhhh nasib baik Mey cakap macam tu. And kebetulan pulak Norma tak datang office Mey. So aku sempat edit resume aku malam tu. Time ni aku pikir, Allah memang nak sangat tolong aku this time :)

Wednesday
Pagi tu meeting kat production pukul 9. Memang everday kne gather and Production Manager akan summarize sume problems yang occur within the production. So I think yang involve dengan meeting tu just Quality, Reliability, Software and Equipment Engineers je kot. Then sume orang discuss and try to solve the problems. Tapi kitorang Graduate Trainee berdiri kat situ diam je la. Observe and listen la kot hehehehhe. Agak ternganga2 bile diorang kuarkan term2 baru pastu process yang kitorang tak familiar. It was a great experience, though. Petang tu kul 4 ade meeting dengan boss kitorang, Scott, omputih. Teringat kat Doc V tetibe HAHAA. Kul 5 tu ade lagi satu meeting dengan QA dept tapi Lai Ling cakap takpayah pegi sebab die pon ade something else going on. Die suro aku balik je hehee. Mey sms lagi, "Weh resume ko aku da pass kat Norma (yang hardcopy la) tapi die nak softcopy pulak sebab boss die pegi outstation. Lagi cepat ko send, lagi cepat boss die dapat resume ko. Pc kat office aku hang  pulak damn".

Thursday
Hari ni aku rase tak sehat gile. Badan pun sakit2 *my body in shock sebab keje ke hahah ngeng* Pagi tu macam taknak pegi keje tapi ahhh mengada la baru 4th day, takkan nak MC pulak kan. Pakse diri jugak la. Aku rase food poisoning sebab lunch semalam huhu. Ape aku breakfast, sume muntah balik. Pagi tu da la mengantok gile so aku minum coffee. Lepas lunch tu, about one hour later aku muntah lagi. Aaaaaa rugi je ape aku makan tadi =.=' Alhamdulillah petang tu da ok sikit. Lai Ling suro masuk production, study sendiri and buat tour so that kite tawu ape function every machine kat situ. Well, takde la detail sangat. At least tau the whole process secara briefly. Sebab my role as a Quality Engineer (still a Graduate Trainee) is to do inspections, macam polis yang busy body gituh HAHAA. Ohhh aku da send updated resume kat Norma tu. And die da pass kat boss die. Mey suro aku doa banyak2 dapat post kat Kerteh tu. Memang aku doa la weh. Kalau da memang rezeki aku, Allah bagi la kan? Kalau tak dapat pun, aku redha je. Bukannye aku tak berusaha kan. I tried my best :)

Friday
Tengahari tu aku lunch kat area Masjid Bayan Baru dengan dengan budak2 Intel-Baly, Nabil, Wansyah (today is his last day at Intel huhu), Lina (orang yang paling bersedih huu), Pika and sorang lagi tak kenal hehee. Hari ni sume orang bole balik by 3pm tapi ayah ade meeting pulak. So aku kne tumpang Kak Fana. Balik2 tu umah bukak email, bace emel yang Mey forward. Boss Norma tu kate nak consider resume aku. Tapi die still tunggu resume from other potential candidates dari HR (yang lambat itew) and ex-UTP. Huhuh terasa diri ini kerdil sangat kalau nak dibandingkan dengan mereka2 itu. Dapat ke tak dapat eh? Risau2.

Ok kesimpulannya, aku happy je keje kat Philips Lumileds ni. Kawan2 pon gila2 kot. Sronok sangat. Intan and Shafira, hampa memang best la. Bagi aku gelak everyday keh3. My officemates Kak Siti, Kak Fana, Jasdep, Din and Muhsin. My kawan2 trainees yang baru, Ting and Loges. Thank you everyone! But I have to admit, kalau Petronas offer keje, insyaAllah aku tak tolak kot hehe. It all depends on your luck and rezeki kan. Pray hard! Gambatte!

Kesimpulan kedua (bole pulak), he's my new crush *dengan bangga*

The eyes!!! *melting*
Yes yes I'm happy. Don't worry about me. I'm gonna find someone like you. Eh.
 

THANKS FOR READING! :)

Saturday, February 18, 2012

Europe Trip:Paris,We Love You! (Day 2)

Assalamualaikum

{mode : tenang + still eksaited}
Sambungan dari (sini).

Friday, December 24, 2010
Haip haip. Bangun tido dengan bersemangat!! Walaupun sedap berselimutkan comforter tebal, tetap ku celikkan mata ni. Sanggup ku redah angin yang kuat dengan keazaman yang kuat. Yeah! So kitorang mulakan langkah keluar dari hotel dengan harapan tak kena marah lagi pasni. Bagi senyuman yang paling comel kat owner hotel. Konon nye lah! 

Kitorang bergerak ke Pont Des Arts (Bridges of Art). I read over the internet that hundreds of padlocks (love note written on them) have been affixed to the bridge and the key was thrown into the river. Some people like to express how much they value each other that way. Tapi emm tak perasan la pulak padlocks tu sume (ok da perasan lepas tengok video ni balik). Maybe sebab kitorang busy amek gamba. OR maybe, it was just the guys. =.='




Models yang segak bergaya. *mata ke atas*
We stayed there for about 15 minutes, enjoying the weather and beautiful scenery. We then headed to Musée du Louvre (Museum of Louvre). From the internet, it says "The entry costs to all exhibits are nowadays about €9. It should also be noted that entry is free for anyone below the age of 18 or disabled and European students below 26". Wah ade free admission! (unfortunately not for us sob sob). So sape2 yang study anywhere in Europe, you can just show your student card and you're good to go hehhe. Klau camtu everyday pon bole masuk museum. If sebut pasal museum, mesti orang cakap bosan kan? Well, you better believe me!! Sometimes museum can be an interesting place to visit. And fun too! Especially this one. You know why? Check the photos out. Oh and the videos too! Sorry kitorang merepek2 cam biase HAHA :p

This photo was taken after we finished out day trip to the museum. Just to show you the pyramid-looking thing at the back. It was Louvre glass pyramid, completed in 1989 (it was built later than the museum). Tempat masuk museum ni kat bawah pyramid tu. And yes, it is an underground museum. Cool, isn't it?

This is what I'm talking about. Inside the pyramid. Wajib bergambar duluuuu~
And do you know why Louvre Museum is so famous? In fact, it's one of the largest art museum. Siyes besar gile! One day is not enough kalau nak explore all those paintings, architecture and archeology stuff. Most of the paintings sume besar2, and there were a lot of em'! And one of them is Mona Lisa potrait, painted by Leonardo da Vincci. Yang original punye, bukan ciplak2 teeheee.

Ramai sangat orang time ni, couldn't get a clear view.
My friend amekkan. Thanks Syera! (hahah paham ke der?)
Ok. Time tu tetibe ade ramai Japanese tourists datang pulak. And well, you know, Bell and me adalah kipas-susah-mati orang2 bermata sepet (hahah malulah buat pengakuan macam ni! lol). Kitorang mule2 datang tu khusyuk je tengok paintings sume then mata tetibe focus kat those Japanese pulak.

Nampak sangat motif nye! :p
Video ni aku amek mase kat hallway yang penuh dengan paintings yang besar2. Time ni Adil tengah cakap pasal orang Korea. Ape tah die membebel HAHA.Tak perasan langsung kitorang record.



Banyak lagi gamba paintings yang aku amek tapi tak larat nak upload da heheh. Here are some of them. My model hari tu adalah Salman a.k.a Mey.


Kalau tengok betul2, all those paintings nampak real and sangat2 detail. Tapi kitorang takde la tengok sume. In fact, ade yang tak sempat baca info pon sebab banyak section lagi kitorang nak pegi. Tapi ade sorang yang bersemangat waja. Siapekahhh?

Tada! Kalau boleh nak masuk sekali dalam lukisan tu. HAHA!
Sume muka tak bersalah. Yang bersalah adalah tugu tersebut. Ish ish.

Bell yang da penat menunggu.
Ok ok I'm coming.

From right : Socrates, Aristotle, Plato and whooooo?



Haih penat tunggu Syera ngan Adil ni =.='
Takde snow pon tapi agak windy.
Nampak tak ketidakmatangan di situ? Hahha ade kitorang kesah?

Sekitar Louvre Museum. Favorite family photo #1
Asek korang je bergambo. Kasi can aku pulak.
Keep on walking! Favorite family photo #2
So kitorang bergerak menuju our next destination, Notre-Dame, which means Our Lady. Ingat tak cite Hunchback tu? Haa setting die kat tempat ni la (aku tak tengok pon cite tu HAHA).

I think ni exit tempat parking. Sebelah Notre-Dame.
Enjoy the video and the view! Heheh macam kat London pulak ade merpati bagai. Mey dok ulang2 cakap merci beaucoup (thank you very much) sebab itu je word yang kitorang tau mase kat Paris ni HAHA! And lepas2 tu die perli owner hotel yang marah2 kitorang semalam. :p


Notre-Dame is actually a cathedral (church) and a place of worship. Actually church tu memang open for public pon. Kitorang tengok ramai je orang kuar masuk. Cantik kan building dia?

Excuse the boys.
The girls yang sopan. Aha! Favorite family photo #3
Orait pastu hari pon da gelap. Kitorang bergerak ke Basilique du Sacré-Cœur (wah berbelit nak sebut neh!), which means Basilica of the Sacred Heart. According to Mr Google, basilica is 'a large oblong hall or building with double colonnades and a semicircular apse, used in ancient Rome as a court of law or for public assemblies'. Tapi ni Paris-wise punye basilica hehe. And building tu acts as church jugak. Actually banyak je church and historical building yang ade kat Paris ni. Pegi mane2 in Paris pon mesti jumpe attractions. Memang cantik betul :)

Rase tenang tetibe :')
Ok ni video aku tengah lumba naik tangga sorang2 lepas tu tercungap-cungap kepenatan. HAHA. Nak bawak korang tengok bandar from the top.



The sign says, Rue du (Road of) Cardinal Dubois
Basilica of the Sacred Heart, Paris
The view at night :')
Heh. Terharu, terharu jugak. Tapi lepas kitorang turun tangga (on the other side), ada 3,4 orang (macam African) tengah tunggu nak pakaikan kitorang gelang tangan. Alaa kat Malaysia pon ade, macam gelang Sabah tu. Bell sorang je yang dapat lari dari diorang. Cis3. Mase orang tu pakaikan gelang kat aku, dia bebel2, "Is this your husband (refer to Adil)? Wear this. You're gonna get a good daughter". Whatttaaaa? Ergh tak kuasa nya nak melayan. Tapi kang dia kuarkan pisau pulak. So terpaksa dengar tak dengar je la (muke memang tak ikhlas habes). Rupe2nye diorang nak mintak duit (tapi peras ugut punya style). Kalau tak, diorang tak lepaskan kitorang. Scary gile. So kalau sape2 nak jalan kat area2 situ, be careful ye? Aaaaaaa rugi 2 euro aku (lebih kurang 8 hengget). Mahal kan? Bukan cantik pon gelang tuuuu :((

Anywayyyy, after a tiring walk, we treated ourself with Arab food. Dua pinggan besar nasi+ayam kongsi lima orang. Yeahhhh bahagia bahagia!

Lapa gilos
And so, the moment we've been waiting for. Mula2, rase nak balik hotel je sebab perut da kenyang and we felt kinda sleepy. Tapi rase menyesal pulak kalau tak pergi. Our last spot and the reason why people datang Paris; Eiffel Tower !!! Ngehngehngeh *muka bercahaya*. At first, nak pegi esok pagi je tapi nanti tak dapat pulak tengok Eiffel Tower at night. Sebab esok petang da nak bertolak ke Madrid. So we decided to visit Eiffel Tower both tonight and tomorrow morning. HAHAHAH nampak tak ketamakan melanda?

Sejuk oh malam tu. Dengan berangin siap. But we're so fascinated by the lights from that tower. Haha tak kire ape dah. It was a beautiful night :)




Cantiknyeee *pengsan pengsan*
Favorite photo of all times. Eh #4 :p

And that's how we ended our day, and it was a good day. Life is great. Thank you Allah :')


[Credit: Some photos are taken by my friends]


THANKS FOR READING! :)

Thursday, February 16, 2012

Europe Trip : Here We Come, Paris! (Day 1)

 Assalamualaikum

{mode : excited tahap super saiya}
Sambungan dari (sini).

Thursday, December 23, 2010 (6.45am)
At last dapat gak update pasal trip ni!! Hehe ok ok da sampai Paris Austerlitz station. Memang exhausted sangat tapi seronok yang macam tak pecaye, eh aku da sampai PARIS??? Haa gitu la perasaan die kahkahkah. Kitorang lapa gile tapi headed to the hotel first, nak letak luggage and all. Plus, we need to take a bath! It's been a LONG day. Euw. HAHA.

Kanak2 yang kepenatan. Nampak je innocent ni. Padahal...
Ok hotel ni kitorang cari online je. Kat EuroCheapo or Booking.com. Ala korang google je "cheap hotel in europe". Cari hotel yang dekat dengan bus/train station and attractions yang korang nak pegi (murah itu wajib!). Kire location hotel yang paling strategic la. And kalau nak travel nanti, naik subway la senang. Taxi ni selalu mahal tau, dah ler diorang tak paham English sangat. Buat nye kena scam, tak pasal2 kan. And ticket train sume kitorang da book awal2 kat RailEurope, amek global pass. Sebab dia ade buat pakej untuk banyak2 countries - unlimited train travel through 22 countries. How cool is that?? Heheh. So datang Paris hanya berlenggang HAHA. Eh tak tak.

Actually ada drama sikit pasal hotel ni haha. Owner hotel kitorang tu marah sebab dia ingat kitorang girls nak sumbat ramai2 dalam satu bilik (4 orang termasuk Yah nak masuk bilik for 2 people, how come??hahha nak saving nyer pasal). We should pay according to headcount, not per room (tak paham ke?bukan macam Malaysia la,baya satu bilik pastu bole masuk 20 orang.bukan camtu ye?). Takpe tu tak penting. Lepas settle sume2 tu, kitorang kuar jalan2. Time ni Yah tak sampai lagi. She still stuck at the airport because of that snow storm problem.

La Grande Arche de la Défense
The weather was soooo cold. Snow siap turun lagi. Brrrr. Sampai berbalut satu badan. Kat situ ade Christmas Market, I think? Kitorang just jalan2 je, we didn't shop anything. Jalan2 cuti mata tengok those good looking French people hih hih hih *muke jahat*

Chestnuts stall
Kat sini banyak hand-made stuff and artwork. Menarik2 :D

Ok we have reached the scariest place of all. LV store HAHA. Tengok entrance pon da mengigil satu badan. And kitorang window shopping je, tak mampu nak beli keh3 *muke mintak simpati*. Kitorang jumpe gak Malaysian yang shop kat situ (siap satu family lagi.oh wait,I think tu Indonesian heh). And there was this Malay girl (sebaya kot), tengah cakap French dengan sale assistant kat situ. Salute!


Ok jom layan video ni sambil tengok how it looks like in Paris. Time ni hujan renyai2. Poyo je cakap, "Kite kat mane ni? Paris!!"- hadoi haku ler tu. Sangat2 sejuk I cakap you! And people there, blergh very2 stylish. Sangat segan bile berjalan sebelah diorang. Vogue ok? Ala2 America's Next Top Model. Tu baru pedestrians. Kalau model betul? *pengsan*


HAHAH macam pakai selimut! Jom2 gelakkan diri sendiri :))

Kitorang berjalan towards Champs-Elysées. Basically perjalanan malam tu adalah seperti berikut:

A-B-C. Haaa jauh kan berjalan? Memang bakar calori gile!
Tapi from hotel, kitorang naik subway je. Tak dapat la nak jalan!
Singgah kedai Mercs kejap *cewah cam panggil nama member*
Errr..saya nak ini Peugeot bole? *muke takde perasaan kene halau*
TADA!!!! The Champs-Elysées *sengih*
Ramai betul orang nak amek gamba kat sini. Da la tengah2 jalan, kete banyak pulak tu. Tapi tengok orang len rilek je posing kat depan tu, walopon kene horn dengan driver *facepalm*

Ok so kitorang bergerak ke attraction seterusnya! Place de La Conorde. How I wish time tu tak sejuk sangat. Tapi takpe, kitorang tetap bersemangat! Aaaa video takle nak upload sebab memory besar sangat. Kecewa kecewa :(
The Fountain of River Commerce and Navigation
The Obelisk of Luxor
La Grande Roue (Ferris Wheel)
Kanak2 riang kesejukan dengan hidung yang berair.
Eglise de la Madeleine
Tau tak ape yang tertulis kat church tu?  I'm not sure what language that is but it says,
D.O.M.SVB.INVOC.S.M.MAGDALENAE (The Church of St Mary Magdalene). Haa terer tak? *padahal google je* On the way balik tu, kitorang ternampak deretan kedai2 designers such as Chanel. Tapi sume kedai da tutup time tu. Nasib baik, kalau tak kitorang da borong da *ok tipu*

The Petit Palace (Small Palace)
In front of Grand Palais (Great Palace). Ohh happy happy! :)
Overall kitorang jalan area downtown je, tengok historical buildings. Amek gamba sana sini (ntah berape banyak gamba aku snap hahaa). Ok ok badan pon da penat. Aku tak ingat kitorang balik hotel pukul berapa but what I know is, tomorrow there will be more places await us!

Tengah tunggu subway. Badan yang penat meronta2 nak katil HAHA
Yehoooo nanti nak pegi Eiffel Tower! :)

[Credit: Some photos are taken by my friends]


THANKS FOR READING! :)