Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Mucho Gracias, Amigos

Assalamualaikum

Aku bru balik keje sejam yang lalu. Yep, pukul 11malam. HAHA orang cakap, kalau balik lambat tu either memang style buat keje lambat OR memang habit suke abeskan keje kat ofis. Me? Erk I don't know. Yang aku tau kalau aku still struggle (a bit) nak prioritize things. My bos ajar, when you don't write things down, you don't have the list to follow up. When you have the list then you can set the priority. Baru la dapat check one by one. Tapi ape2 pun, sampai2 ofis, aku selalu berdoa tak dapat email yang menggerunkan. From my bos. Yela since she's in Taiwan right now. I have to be the person in charge. Aiyakkkk susah wehhhhh T_T


Phew phew this week memang challenging habes. Especially today. For the past days, I was so caught up with work and forgot to take care of my health. Nasib baik minggu ni Health Week hehe. Semalam buat Blood Pressure checking dengan Hospital Pantai. Alhamdulillah tak rendah macam yang selalu check kat umah. This time my blood pressure is normal heeee. Pagi tadi lak wat Blood Screening dengan ProLab. Diorang amek sample darah and wat test. Next week baru dapat result. Sample urine pon diorang collect. Doktor cakap darah aku kurang oksigen. Heee sebab tak lama exercise kot *muka sorok bawah katil*. And maybe sebab tidur tak cukup. Huuuu~

Ok tu pasal health. And I don't want to talk about work anymore. At least for now. And since tomorrow is Friday kan. Looking forward to weekend lah, ape lagi! Nak cakap pasal..erk..yeayyy masuk bowling tournament on 12&13 May!!! Suke kot. Da lame tak main heee. Masalahnye sekarang, tehtiba pulak kawan saya sorang ni suruh jadi captain. Gila ke hape. Main pun masuk longkang hewhew. Like seriously. Aku suke bowling tapi nak dapat strike tu memang jangan harap ah. Spare pon jarang2. Team tu kena ade 2 guys and 4 girls. Kawan saya tu cakap team die tak cukup lagi sorang. Sebab tu saya diajak masuk. Kena buliiiii T_T

Selasa ritu ade sorang akak tu tegur, "Adik ni ade mix Arab2 ke?". The heck. Tak macam Arab langsung!! Pentipu gile haha. Pastu bile aku cakap aku grad US, die macam "Fuyooooo". Erk bagi aku kan. It doesn't matter kalau ko grad mane2 pon. Janji ko ade that soft skills (communication skill especially) and you can present yourself in front of people. With confidence, of course. For me, I don't think I have that *secara jujurnya*. Still belajar2 untuk jadi peramah dan confident bila bercakap dengan orang. Another thing is, my director penah pesan, "There's no use if you have the info/knowledge but you don't know how to use it". See? I might graduate from US University but do I have strong fundamental in Chemical Engineering? Maybe not!! HAHA *salahkan diri sendiri sebab tak pay attention dalam kelas dan selalu krogh krogh krogh*

On a different note, I suddenly remember. My friend sorang ni penah cakap, "Dayah, doakan aku berjaya dalam career and life. Yeayyy terima kasih. LOL"

"InsyaAllah la. Ko da dapat keje kat XXXX tu, bright future pe. Actually kan, it depends on how long you want to stay there. Bukan senang nak dapat keje kat XXXX tu (contoh terdekat aku) HAHA. So jangan lepaskan chance. Keh3 macam ibu penyayang takkkkk. Tapi honestly, ko cam pandai bawak diri je? Kalau ade orang nak perlekeh ko ke ape, ko pandai fire balik. Kalau macam aku ni, senyap je. Senang2 orang nak pijak kepala (macam aku keje sekarang ni). Takut jadi camtu ooo. Sebab keje aku ni, kena make sure opinion aku accounted in the discussion. Kalau aku diam je, it means aku takde contribution to my team. Heheheh tu je tazkirah untuk malam ni" *panjangnya reply...macam jawab soklan SPM heh*

Bukan senang nak impress orang kan? Ok, enough scaring myself already. Tu je la. Da pukul 1230 malam. Aku ngantok sesangat ni. Pening kepala pun ade. Esok nak pegi keje lambat ah *hihihihihi mode sesuka hati*

Whatever it is, things won't change. Because I never told you. That I love you already.


Nak gelak everyday aci takkkk? Thank you friends!!!!! :)

THANKS FOR READING! :)

Thursday, March 1, 2012

Semalam 29 Februari

Assalamualaikum

Cik Dairi, ade 2 benda aku nak gitau ko hari ni;
First, aku sedih kecewa frust tertekan dan sewaktu dengannya.
Second, tajuk entri takde kaitan dengan content pon.


1. I can't focus any longer. Help! Aku confuse ape aku nak and ape aku perlu. Takde sebarang planning dibuat sebab aku takut kegagalan. Ya, aku memang takut nak amek risk. Lagi satu, aku memang susah nak tetapkan hati. Asyik berubah-ubah. And I hate it. *eh emo pulak kau dayah?*

2. Decision decision! Quick quick! Under certain circumstances, you can't expect people to wait for you to give the answer. Because you know you should stand firm in whatever you're deciding. *ok vague sangat lantak ah* Ahhh applicable to anything. Even relationship. *tetibe je.takde point lettew*

3. Work life yang average. Pegi keje, jumpe girlfriends yang best pastu lunch sme2. Buat keje, then balik umah. The same routine everyday. Bored? Nah. I've been working for the past 2 weeks only. Still early to judge, aite?
4. Clumsiness yang makin menjadi-jadi. I freaking hate this to death. On the outside, aku maybe nampak tenang (hahah perasan je tapi ade orang penah cakap la!) tapi aku kadang2 kalut sikit. Da la suke membebel tak tentu pasal. Merungut. Macam2 lagi lah! Ade someone tu penah pesan kat aku, jangan clumsy sangat. Die tak suke, maybe? *orang da taksuke nak buat camne kan.HAHAH luahan perasaan hape nehhhh* :( Yelaaaaaa, sape laaaa yang bole tahan kan? :(

5. I think I'm not going anywhere. Ye I'm stuck. Wase sucks gila. Terkedek-kedek macam siput bebi. Ohhh kawan sorang ni penah tanya kenape siput bebi jalan lambat? Jawapan - sebab die dok pikir die ni siput ke bebi sebenarnye. KAHKAHKAH agak logic di situ :p

6. Pinky and the brain is killing me. Why do I have to think deeply about something that's not so important? Benda2 lain taknak pikir pulak. Kejamnya kau wahai otak2. *eh banyak pulak?* Nak semayang pon tak khusyuk. Asek teringat those unnecessary things. Mane dengan setan yang dok berbisik2 lagi. Urghh takle concentrate!

7. Pengisian rohani yang berkurangan. Perlu tarbiyahkan diri. Tapi kalau sorang2, memang susah nak komited kan? Sekarang ni nak bace Quran sekali sehari pon susah. Bajet busy mengalahkan CEO ptuiii! Waaaaa I think I need my own personal ustazah! :( 

8. Hidayah Allah. Where are you? Ok point ni nak elaborate panjang sket. *eh bole ke?* Hahah sukati aa blog aku. Ehem. Let's be serious. Ok ok tadi. Aku tak paham terjemahan satu ayat ni.
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [Surah al-Anbiya ayat 1]
Kalau sekali bace macam takpaham kan? Lol rasenye tak susah pon tapi sebab aku bace dalam keadaan tertekan (seperti yang diberitahu kepada Cik Dairi), aku tak memahami maksud die. Pastu bile aku bace blog senior aku ni, kebetulan die ade letak ayat yang same and explanation sikit. Thank you Allah kerana pertanyaan aku dijawab secara instant!:D Rupe2nye ayat ni nak inform kita pasal hari kiamat. And have you ever wonder, ayat ni diturunkan masa zaman para nabi lagi (berkurun dah), untuk peringatan sume manusia. And sampai kat kita hari ni. So kalau pikir2, maknanya hari kiamat dah dekat sangat la kan? Takutnyeeee =.='

POINT nye kat sini, aku rase macam makin jauh dengan Dia. Mungkin sebab tu hati jadi tak terang? Mungkin sebab tu selalu rase susah hati? Cakap je semayang 5 waktu (berusaha!berusaha!) tapi still buat benda2 yang Dia marah. Kenape bole jadi camtu eh? Try la bace Hijab Yang Menghalang Daripada Mendapat Hidayah Allah kat sini. Mane tau dapat betulkan kesalahan diri. Cecece.

Aiyakkkk. Mane lah Hidayah Allah nak datang kalau dok loqlaq macam aku ni heh. Ehhh Hidayah Allah tu bukan untuk non-muslim jeee tau. Orang Islam pon bole dapat Hidayah jugak. Contohnye, berhijrah dari kejahilan ke ketaqwaan. Memilih untuk tukar imej kepada bertudung is one of them. Alhamdulillah kalau sape2 yang dah buat. Tu kire dapat Hidayah la tuuuuu :)

And you know what amazed me the most? This kid. Baru kenal Islam in few years but very knowledgeble and taat mengamalkan ajaran agama Allah. Aku? Da hidup 22 tahun dalam Islam tapi....???? T_T


When is MY turn?


THANKS FOR READING! :)

Saturday, February 25, 2012

Hari-hari Ku Bermula

Assalamualaikum

Officially I'm in love with Jamie McAvoy! *hahah tetibe* Takde lah, I was watching Atonement just now. Another 30 mins nak habes, tetibe kne tukar Raja Lawak 6 sebab satu family nak tengok. Hehehhe takpe at least kawan aku da gitau ape ending Atonement tu *hahah spoil gile kan*

Anyway. Nak update sket (or maybe banyak) setelah seminggu bekerja hehe. 

Monday
Before 8 am da sampai Philips. Ade briefing dari pagi sampai petang. Memang ngantok sket sebab tak cukup tido ergh. On the way balik tu kan, Ayah was driving then aku mengadu sket sebab penat seharian dengar lecture. Hehe mengade2 tak. Tapi memang exhausted pon, rase tak bersemangat sangat. Then suddenly Mey call tau. Aku terkzut gile sebab lme gak kitorang tak contact (a month ago kot), tetibe die ambush pongpangpongpang hahaha but in short, "Dayah, aku nak bagitau ada satu vacancy kat Kerteh ni (under Petronas Chemical). Tapi nanti ko keje dengn kawan aku la, nme die Norma. Boss die nak cari orang cepat2. Since ko pon da pegi SI tu, aku rase ko bole dapat InsyaAllah. Ko send la latest resume ko. Position die ni deal dengan costing, guna Aspen sebijik cam kite guna mase kat Vandy dulu. Memang apply sangat2 la". Omg!!! I can't breathe!! *ok agak over di situ* Time tu mata aku bersinar2. Cakap pon tetibe kuat, bersemangat teros! Tula, tadi sedih sangat sebab penat hahha. Apelagi, malam tu jugak aku send resume+cover letter. Tak kesah la tido lambat ke ape. Allah ni memang sayang kita kan, suka bagi surprise2 macam ni :)

Tuesday
 Pagi tu briefing lagi. Dengar orang lecture, aa ngantok lagi tapi lepas lunch tu kitorang masuk production area. Haha pakai smock macam angkasawan der! Super lawak FC okay? Dalam kul 3, kitorang kne jumpe supervisor masing2. Alhamdulillah, dapat ketua yang baik and her name's Lai Ling. Cantik dan tinggi pule tu. Macam Lina Teoh (knal tak?) tapi Chinese version punye meh hihihi. Then aku teringat kawan2 Intel aku. Teringin nak jumpe so ajak diorang dinner. Tempat, diorang decide keh3. Lagipun ayah ade mnde nak kena settle lepas keje (yes aku pegi keje dengan ayah aku HAHA). So pukul 6 lebih, kitorang kumpul kat Nurul's Ikan Bakar. Ayah aku datang pick-up aku kat Nurul's kul 7.30 camtu. Then again, Mey sms aku. It says (hasil edit aku hiks), "Aku da print resume ko tapi Norma tu tak datang pulak meeting kat tempat keje aku. Lagipun ko kne betulkan email address ngan structure resume ni bagi mantop sket. Baru la boss die nak hire ko hehehe". Fuuhhh nasib baik Mey cakap macam tu. And kebetulan pulak Norma tak datang office Mey. So aku sempat edit resume aku malam tu. Time ni aku pikir, Allah memang nak sangat tolong aku this time :)

Wednesday
Pagi tu meeting kat production pukul 9. Memang everday kne gather and Production Manager akan summarize sume problems yang occur within the production. So I think yang involve dengan meeting tu just Quality, Reliability, Software and Equipment Engineers je kot. Then sume orang discuss and try to solve the problems. Tapi kitorang Graduate Trainee berdiri kat situ diam je la. Observe and listen la kot hehehehhe. Agak ternganga2 bile diorang kuarkan term2 baru pastu process yang kitorang tak familiar. It was a great experience, though. Petang tu kul 4 ade meeting dengan boss kitorang, Scott, omputih. Teringat kat Doc V tetibe HAHAA. Kul 5 tu ade lagi satu meeting dengan QA dept tapi Lai Ling cakap takpayah pegi sebab die pon ade something else going on. Die suro aku balik je hehee. Mey sms lagi, "Weh resume ko aku da pass kat Norma (yang hardcopy la) tapi die nak softcopy pulak sebab boss die pegi outstation. Lagi cepat ko send, lagi cepat boss die dapat resume ko. Pc kat office aku hang  pulak damn".

Thursday
Hari ni aku rase tak sehat gile. Badan pun sakit2 *my body in shock sebab keje ke hahah ngeng* Pagi tu macam taknak pegi keje tapi ahhh mengada la baru 4th day, takkan nak MC pulak kan. Pakse diri jugak la. Aku rase food poisoning sebab lunch semalam huhu. Ape aku breakfast, sume muntah balik. Pagi tu da la mengantok gile so aku minum coffee. Lepas lunch tu, about one hour later aku muntah lagi. Aaaaaa rugi je ape aku makan tadi =.=' Alhamdulillah petang tu da ok sikit. Lai Ling suro masuk production, study sendiri and buat tour so that kite tawu ape function every machine kat situ. Well, takde la detail sangat. At least tau the whole process secara briefly. Sebab my role as a Quality Engineer (still a Graduate Trainee) is to do inspections, macam polis yang busy body gituh HAHAA. Ohhh aku da send updated resume kat Norma tu. And die da pass kat boss die. Mey suro aku doa banyak2 dapat post kat Kerteh tu. Memang aku doa la weh. Kalau da memang rezeki aku, Allah bagi la kan? Kalau tak dapat pun, aku redha je. Bukannye aku tak berusaha kan. I tried my best :)

Friday
Tengahari tu aku lunch kat area Masjid Bayan Baru dengan dengan budak2 Intel-Baly, Nabil, Wansyah (today is his last day at Intel huhu), Lina (orang yang paling bersedih huu), Pika and sorang lagi tak kenal hehee. Hari ni sume orang bole balik by 3pm tapi ayah ade meeting pulak. So aku kne tumpang Kak Fana. Balik2 tu umah bukak email, bace emel yang Mey forward. Boss Norma tu kate nak consider resume aku. Tapi die still tunggu resume from other potential candidates dari HR (yang lambat itew) and ex-UTP. Huhuh terasa diri ini kerdil sangat kalau nak dibandingkan dengan mereka2 itu. Dapat ke tak dapat eh? Risau2.

Ok kesimpulannya, aku happy je keje kat Philips Lumileds ni. Kawan2 pon gila2 kot. Sronok sangat. Intan and Shafira, hampa memang best la. Bagi aku gelak everyday keh3. My officemates Kak Siti, Kak Fana, Jasdep, Din and Muhsin. My kawan2 trainees yang baru, Ting and Loges. Thank you everyone! But I have to admit, kalau Petronas offer keje, insyaAllah aku tak tolak kot hehe. It all depends on your luck and rezeki kan. Pray hard! Gambatte!

Kesimpulan kedua (bole pulak), he's my new crush *dengan bangga*

The eyes!!! *melting*
Yes yes I'm happy. Don't worry about me. I'm gonna find someone like you. Eh.
 

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, February 14, 2012

Medical Check-Up

Assalamualaikum

Since awal taon ritu, Kimi suke buat macam ni. Counting the days for my mom's birthday, which is on 26th February. Bile die tick hari ni, die cakap, "Haaa hari ni hari kekasih. Tapi tak boleh ni. Ni orang Kristian punya". HAHAA mane die tau nih? Mase die tengok Fairy OddParents (omg aku tengok jugak???) pon, mak and ayah Timmy tengah menari. Aku tanya, "eh depa dok buat apa tu?". Die cakap, "depa ni kekasih". LULZ!!!!! *facepalm*

But that's NOT my point today. HAHA~

Actually tadi aku pegi wat medical check-up, nak masuk keje next week. Alhamdulillah, dapat jugak keje kat Philips sementara tunggu Petronas kan (ntah dapat ke tidak huhu). And so aku ajak mama pegi klinik dekat2 umah je. And I requested a female doctor *ngade takkk* Sebab nanti takde la segan sangat hehe. Haaa doctor tu chinese and agak berumur la. Nampak energetic lagi. A little bit clumsy macam saya hehe. Tapi tu yang kelakar tuuuuu :p Mase masuk2 bilik, doctor tu terus tanya,


Terkejut guwe!! Tengok gak perut kot2 buncit ke ape. Tak jugak. Mimik muka doctor yang sungguh serius membuatkan aku cuak secara mendadak.

"Eh tak la doctor. Tak pregnant pon"

"Oooo...Takdelah...kalau you pregnant, tak boleh buat x-ray tau"

Fuh. Ingatkan ape tadi. Kalau pregnant, memang tak bole buat x-ray. Bahaya, radioactive tuuuu. Mula2 buat urine test, check blood pressure, ukur berat and tinggi. That kind of things. Berulang-alik aku kuar masuk bilik doctor sebab she has other patients to treat too. Mase x-ray lagi la (agak) kelam-kabut sikit. Doctor suruh aku get ready (salin baju sume) dalam bilik x-ray tu. Then tetibe doctor tu ade phone call. Belum sempat aku bukak tudung, doctor datang balik.

"You da siap aaa?".

""Eh belum la"

"Ok ok nanti bagitau"

Mase doctor da ready nak buat scanning tu, ade another phone call pulak. Busy betul doctor niiii. Hahahha keras la aku sorang2 kat situ. Kan kena letak tangan kat pinggang, dagu atas alas besi and all that? Eerkk. Cam pelik je pose aku ni so aku pon let loose, goyang badan sana sini sementara tunggu doctor datang balik. Tengok aku tengah rilek2, doctor pon cakap,

"Eh eh belum scan lagi maa"

Bile die datang pon tatau hahaha. Dia ingatkan aku da nak blah ke ape. "Ye ye tau tau", aku cakap dalam hati. Gelak je lah. Doctor ade ajar tarik nafas lepas dia cakap 1,2,3 tapi time tu aku TERbuat awal. HAHA doctor da start bising,

"Aiyak..belum tarik napas lagi..belum...Ok..1,2,3...Siap!!!!"

Uish semangat!! Aku cite kat mama, doctor tu cam kalut sikit tapi funny la. Mama gelak je sebab die kate doctor tu memang macam tu. Jenis semangat2 sikit. Tapi aku suke je hehehe. Before this, when Kimi was about 2 or 3 years, my mom came to the clinic. And suddenly Kimi hilang ntah ke mane! The doctor herself semangat pegi cari Kimi kot2 he went outside keeee. Then rupe2nye Kimi pegi belek2 ubat kat belakang counter. Sampai doctor suruh nurse pegi carik sekali. Hehe suke explore budak kecik nih! :p

Ok tu je la kot update for now. Medical check-up is done and I'm good to go hehe. Nasib baik bole buat kat mane2 clinic and claim later from the company. Aaaa pasni dah takle tido lambat. And takle bangun lambat jugak sob sob.

Sometimes I wish we weren't strangers T_T

THANKS FOR READING! :)

Wednesday, February 8, 2012

Dayah Membebel

Assalamualaikum

Ok tetibe rase blog aku ni da macam blog ilmiah and ada unsur2 keagamaan *tapi bagus what?* And banyak betul pasal kawen relationship padahal umo baru 22, masih mude dong! Betul betul betul tapi lepas ni aku rase nak pulak focus on my daily life, walaupun takde benda nak diupdate semenjak bergelar penganggur tegar! har har har.

Semalam aku takle tido. Punca tak dikenal pasti tapi da golek sana sini still takle lelap. Penyakit apekah aku ini? Maybe disebabkan hobi aku yang suke berangan sebelum tido. Yes, you you got it right. Berangan. Eh eh tapi kadang2 jelah ok? Ni sume penangan bace blog orang2 best macam AimieHabban, HanaFedora, Nurulism. Tenkiu lah sebab menceriakan hidop aku yang bole dikatakan plain ni heheheh.

In life, aku teringin nak buat macam2 tapi tak tercapai pon lagi hahha (mungkin sebab tak keje and takde gaji lagi). I mean, I want to TRAVEL! Tak kesah la dalam Malaysia terchenta atau obersea. Tapi kalau dapat gi UK ke Aussie ke pehtu settle down kat sane, tu memang a dream come true habaq hang! HAHAHA ni bukan menagih simpat tapi sebab penangan baca blog2 ni amatlah kuat. I told you. Mencik.


Ok cut the crap Dayah. Berangan tak ingat dunia. 

"Takkan lari gunung dikejar"
Mak kawan aku cakap yang camnih. Another way to say, rezeki ada kat mana2 *sebab aku still tak dapat keje lagi* Menunggu Petronas ni bagai bulan jatuh ke riba do hak3. Eh lupe pulak. Actually 20hb ni aku akan start keje as Graduate Trainee Engineer kat Philips (tempat keje ayah aku). Offer letter je belum sampai lagi. To be honest, aku tak suka mindset segelintir orang (cewah berpuitis kau sekarang?). Bila dapat keje kat company ayah, orang akan cakap "Hmmphhh kilang ayah die. Patut r dapat masuk".

"Hello? Aku apply sendiri tau? Kat jobstreet. And aku pegi interview tu ikot procedure, macam orang lain. Takde shortcut2"

Ewah emosional nampak? *kadang2 garang ler jugak*

HAHAH. Aku tak suke emo2. Tapi bila dah duduk umah lama sangat, ni la jadi nye. Otak jadi jam. Seb bek la ade kengkawan turun Penang untuk menghappykan aku yang berduka ni HAHAHA! Nanti aku hapdet pasal itu okeh? Mama suro jogging tapi aku berat punggung. Berat semuanya. Heh. Aku memang malas berjogging (kenapekah aku sangat jujur di sini???) Nanti husben aku kena orang yang rajin bersukan, baru dapat memotivatekan diri aku untuk beriadah. Apekah motif perenggan ni????

So sementara tunggu masuk Philips ni, aku hope Petronas bole bagi aku good news. Sebab manager yang intebiu aku ritu cakap by early February da bole dapat result. To be able to kumpul duit banyak2, pegi travel *again*, contribute to my parents and have a happy life - that's what I want. Tapi aku takot amek chances. Banyak benda aku bole buat lepas graduate but I refused to. Kejamnye kau wahai hati. Kejamnye jari sebab menaip kebenaran. HAHAHHAHAAA~
Ni la entri paling malas aku. Dah2 pegi buat keje masing2.

THANKS FOR READING! :)

Saturday, January 21, 2012

Suatu Hari di KL

Assalamualaikum

Update! Update! Hehe I went to KL last Tuesday for Petronas interview. Chichat session sebenarnye, alaa 20 mins je. Ok now where do I start? Encik Ayah yang baik hati sudi temankan. Selasa malam tu jugak, ayah rushing pegi Bagan Dalam nak beli tiket bas sebab Chinese New Year kan, banyak yang sold out. Ayah taknak drive sebab takut penat. Aku kate biarla aku drive tapi die tak kasi huhuuu. So kitorang bertolak Rabu malam kul 12.30. Aku kalat sebenarnye, sebab prepare last minute lepas tu tak cukup tido dalam bas. Ngahahah we'll see what happens next. Kul 3 pagi camtu, aku mule ngantok pastu terlelap. Sedar2 da kul 4. Driver bas bawak laju gile, melayang2 kau. Tengok2 da sampai depan stesen Pudu. Urgh stress. Tapi takpe.

Stesen Pudu pulak tak bukak lagi so kitorang bejalan kaki gi Masjid Negara. Pagi2 buta lak tu. Sunyi, dengan orang2 tido tepi longkang la, kat bus-stop la. Scary tapi naseb baik ade ayah teeheee. Halfway tu naik teksi sebab pancit bejalan hahhaa. Pas mandi and semayang subuh kat situ, kitorang gerak gi stesen LRT Masjid Jamek. Bejalan kaki jugak. Hahah exercise la katekan. Alhamdulillah kul 7 tu kitorang sampai KLCC. Aku da lelong2 da sebab ngantok lulz. Ohhh yang aku kalat lebih tu sebab tetibe interview pukul 8.30 pulak. Diawalkan. Yeay.
Pagi2 da makan roti canai dengan teh susu.
Berselera sungguh. Penat berjalan mungkin?
Minum teh panas je. Menggelabah prepare for
interview haha. Mata sebam lagi ergh.
Part ni yang important actually. The interview part. Yang lain2 tu aku bebel2 je hahah as usual. Mase tunggu kat lobby tu, Cik Shazlein datang jemput. Orangnye tinggi, cantik and sweet. Cewah bodek nampak. Tapi ni kebenaran nak wat cane hehe. Ade sorang UITM student datang jugak name Shida, die amek programming. Fuhhh cuak ni nak compete. Actually die pun taktau position ape Petronas nak offer, die just dapat email and tak penah datang SI lagi. Ni first time la kirenye. Tapi die baru je abes intern under Petronas, peluang die cerah gak la nak dapat.Then die masuk interview dulu.

My turn. Ade 2 interviewer, due2 manager. Basically dorang cite what the post is all about. Non-technical, deal dengan data, ade presentation within the department and kena jumpe customers/clients. So diorang tanya..

1. Firstly tell me about your background.
2. Are you interested with this position?
3. Penah keje tak before ni? Pegi interview mane2 tak?
4. Why Petronas? Scholar mane dulu?
5. You da penah pegi SI kan? How was it?
6. Lets say ade engineer post within Petronas, you nak resign post ni tak?
7. How long are you willing to stay within the department?
8. Kalau you dapat post ni, ade ke kawan2 nak sewa umah sume?
9. If you're hired, bile bole start keje?

Tu je yang aku ingat kot. Alhamdulillah diorang tak tanya pasal technical sangat. Well, takde kot heheh. Banyak kali jugak diorang emphasize yang post ni non-technical. Sebab sorang tu bagitau, diorang offer kat few candidates tapi ade yang tolak. Diorang takut aku rase wasted sebab keje something yang bukan major aku. Tapi aku cakap, aku ni fresh graduate so aku nak gain experience dulu, tak kesah ape post pon. Lagipun before ni aku penah deal dengan data sume sebab amek independent study bla bla aku goreng2 je la tunjuk yang aku memang interested hehe. Aku siap cakap, aku bersyukur kalau dapat masuk Petronas. HAHAHAH bolehkah macam itu? Aku cakap aku bole keje lepas raya cina. Diorang kate oh bagusla sebab kitorang pun nak cuti jugak hehehehe. Erm aku tanya diorang pasal workload, environment, pasal department itself, the training, ade chance pegi site ke tak (heheh semangat nak jadi engineer tu still berkobar lagi) and aku de tanya background interviewer jugak. Well, basically interview tu macam informal je. Da name pun chitchat session.

Aku tanya gak pasal previous executive for that post. Actually, department tu (Petroleum Management Unit) ade vacancy sebab executive diorang got married and ikut husband pegi Japan tih3. Lepastu aku tanya bile result kua. Hmm since diorang pun nak cepat2 cari replacement, diorang just cakap as soon as possible. Lagipun aku rase esoknye (Jumaat) still ade another session. So chances aku agak tipis di situ. Heheh tapi takpela, alhamdulillah da abes. Kalau ade rezeki, ade la. Kalau takde, maybe rezeki aku kat tempat lain kot? Actually the interview wasn't bad as I thought. Tak susah pun tapi sebab aku neves sikit, aku tak elaborate banyak pasal point aku. Tapi ayah pesan, in fact, banyak kali kot. Be confident no matter what. :]

Hahah confident macam ni? Lol.
Sorry vain kejap lepas interview :p
Mase aku interview kan, ayah pegi stesen Pudu nak tuka tiket balik. Patutnye kitorang balik Penang midnight nanti tau tapi kalau bole nak balik awal lagi. Lagipun interview da abes by noon. So at last dapat tuka to 5pm although orang tu kate seat da almost full. Memang musim orang balik kampung kan? Then ayah datang KLCC balik and aku cakap aku nak jumpe kawan2 nanti. Ayah kate die segan nak join so while waiting for my friends kua office, aku teman ayah lunch kat RASA Food Arena, 4th floor kat KLCC. Lepas Mia sampai, ayah pun pegi membawa diri. Cewah. Alaa ayah aku pegi jalan2 kat Bukit Bintang. Amek angin hihi.

By 1230 sume orang da smpai. Yeay I ♥ my girlfriends!
Bae, Fadhe, Aliya, me, Mia. Pipi sape paling tembam? Har3.
Petronas and DayaBumi people.
Haih kawan2 aku da kurus.
Aliya yang semangat contact2 orang suro lunch sekali. Thank youuuuuu :) Nak sembang2 banyak lagi tapi at 1 sume orang kena masuk office balik. Ade yang office jauh2 pun sanggup datang nak lunch sekali. Terharu2 :')
The happiest people do not necessarily have the best things. The simply appreciate the things they have.
Syaf yang sampai lambat sikit. Acap yang malu2 kucing.
It's time to say goodbye to KL and my friends. Aku ajak ayah temankan pegi Kinokuniya kejap. Guess what I've bought?

Jeng3. Tak pasal2 bace. No harm kan keh3.
Actually my friend yang recommend beli ni. Motif? Erk perlu ke hahhaa. Anyway. Lepastu my dad and I gerak to Pudu. Semayang and have lunch there. Masuk2 je food court kan, sume orang jerit2, 'Mai mai makan sini encik. Nasi ayam, nasi goreng sume ade'. Da la datang dekat2 tau. Even yang kedai hujung sane pun semangat promote kedai makan diorang siap lambai2 tangan lagi. Hahah aku cam omg what is this??!!!! Tak penah2 orang buat macam ni. Dok kedai masing2 cam biase dah la. Tauke2 kedai yang dok promote2 tu sebenarnye orang Indonesia. No offense, maybe cara diorang buat business macam tu kot?

Last2 kitorang pegi kat kedai yang 'pendiam'. Makcik tu tengah
sebok menggoreng kot, tak perasan kitorang datang.
Nama kedai tu Gerai Seri Langgar Melaka.
Makanan sedap, price pun affordable. Makan warung kan :p
My dad makan nasi goreng ayam.
Siap bole tambah sup lagi hehe.
Almost 5pm so kitorang pun tunggu kat terminal bas. Since jam teruk, kitorang terpaksa tumpang bas lain sebab bas kitorang stuck kat Hentian Duta. Kitorang tengok, aik tak sampai 10 orang pun passangers? Orang kat Pudu cakap ticket da nak sold out. How come? Rupe2nye driver bas gitau, diorang memang macam tu. Malas. Adoiiii nasib baik ayah paksa gak diorang tuka tiket. Ade je kosong tapi saje taknak bagitau. Cesssss3. Kalau tak memang pancit la nak tunggu pukul 12 nanti. Nasib baik dalam bas, driver tu pasang ceramah Ustaz Azhar Idrus. Hahaha kelakar gile kot. Tabik kat ustaz. Aku sambil pejam pun bole senyum2 lagi. Nasib baik takde orang nampak aku gelak sorang2 ngeheheehe. Tapi sampai umah je memang penat sangat2. Sampai hari ni pun tak hilang lagi. Rase nak demam je huhuhu.Help.

Ok tu je la nak update hari ni. Sorry for the long post. I'm just extremely happy dipermudahkan interview, dapat jumpe kawan2 time lunch and ultimately, for having such a great dad yang sanggup amek cuti, temankan saya sampai KL. :):):):)

Thank you ayah. I love you. I don't know how to express how I'm grateful to have a dependable, noble and kind-hearted dad like you. But I have one thing for you and mama.
I can't wait until the day that I finally get to say, "Mom, Dad, you don't have to work anymore. Relax. I can support you. Thank you for everything that you've done for me"
Please pray for me will ya?

p/s: eh ade orang kate pegi chitchat session jugak. update me please? :)
 hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, January 17, 2012

Petronas Called?

Assalamualaikum

Hahha tajuk nak gempak je kan. Bukan nye dapat offer keje lagi. Not yet (hahha perasan) Takde lah. Pukul 3.30 tadi dapat call from HR Petronas. It's an invitation for a chit-chat session under PMU (Petroleum Management Unit) Department. Dia cakap it's a non-technical post - Technical Data Management Unit. Dia suro datang hari Kames tau. Pastu aku pun macam eh cepatnye, dua hari je lagi? Kalau KL tu sebelah umah takpela haha. Ok2 pape pun aku accept offer tu tapi cam wondering jugak la. Patutnye chit-chat session ni before SI (Structured Interview) kan? Aku da pegi SI dah 2 bulan lepas. Takkan aku kena pegi lagi SI pasni? Huhuhuhuhu~~

Ade kemungkinan kalau aku tak pass chit-chat ni, maybe takde chance nak masuk Petronas da. Diorang pun, mesti nak amek orang yang power2 je kan. Agak pressure di situ. Tapi ape2 pun, kalau nak something tu mesti la kena effort sket. Sebab aku pikir, da pegi SI so sekarang tunggu diorang bagi offer letter je la kan. Takkan kena pegi interview lagi. Debush!!!!! Kesenangan takkan datang bergolek cik kak.

Kalau ada rezeki aku, ade la. Thank you Allah for giving me this opportunity.

Alhamdulillah.


"Bukan senang nak jadi senang"
hidayah shukor 

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, December 6, 2011

Susahnye Nak Pikir Title

Assalamualaikum

Semalam aku mimpi katak lagi. This time aku siap patahkan kaki katak tu lagi. Betapa kejamnye aku hahaa. Tapi saje la gugel tadi, orang kate tu tandanya kita akan rugi (usaha jadi sia-sia), takpun akan berlaku perpisahan. Aaaaaa what is this? *facepalm* Hahhaha tapi taktau betol ke tak. Takle pecaye sangat kan. Sume tu ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui. *sedapkan hati lol* 

Nak kabo pasal Petronas sebenarnye. Dah sebulan pegi SI tapi diorang belom panggil aku lagi. Diorang cakap aku pass interview and offer letter will be sent once it's ready. Tapi sampai sekarang tak dapat pun lagi? Hmm so last Tuesday aku call, tapi kali ni HR tu cakap IF ada placement, nanti diorang contact. That means aku kena tunggu lagi la kan? Tapi itula, sekarang ni aku tak sure aku ni dapat ke tak keje tu? Ahh frust.

Cite Seagate pulak. Baru je dapat call tadi, ada interview Khamis ni pukul 3. Post test engineer rasenye. Ya Allah, rezeki aku ke kali ni? Da penat berbulan-bulan menanam anggur dan segala jenis buah yang ada kat dunia ni. Mintak-mintak dapat. At least aku takde la tertunggu-tunggu Petronas yang entah bila nak call tu. HR Petronas tu kate the whole process can take up to 6 months. Mau berjanggut gue. So dari aku dok membuang masa dan menambah lemak, baik aku berdoa aku dapat keje kat Seagate ni. It's time for me get fresh air, definitely. Haha dok terperuk dalam umah, dah gemok macam tong. T_T

Gemok tak gemok, asal boring je masuk dapur. Kih kih kih. Oooo aaa weekend ritu aku wat butter cake. *muke tak bersalah* Tak susah pun nak buat kek ni. Ikut resipi yang mama jumpe dalam Mingguan Jelita keluaran bile tah.

Bahan-bahan : 250g butter, 220g gula kastor (tapi kiteww kurangkan sebab kitewww tak shukeww manis sangat tawwww *omg*), 250g self-rising flour, 1 sudu besar susu cair, 4 biji telur, 1 sudu teh esen vanila. Suhu oven 180 Celsius, bakar for 45 mins. Ok thanks y'all *tetibe*

Aku letak gamba kek tu kat fesbuk. Heh. Rasenye tak ramai yang penah rase kek aku. Yang penah budak-budak Vandy je la. Tapi ramai pulak bukan Vandy yang like? Hahaha diorang taktau rase kek tu camne, tah-tah tak sedap keeee haaaa. Heheheh takpee, mungkin tu dorongan dan sokongan untuk aku buka kedai kek satu hari nanti. Yeahhhhhhhhhhh *muke bersemangat*

My very own bakery shop.
Angan-angan jangan dibiar terus tinggal angan-angan.
Buktikan suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.
InsyaAllah ^___^

So don't just dream..ACT!! Haaa cakap pasal angan-angan, tak semena-mena (what?) aku terjumpe la pulak quote ni. Nice one dude.
Adakalanya, kita perlu pandang ke cermin dan jerit 'sedar diri' kuat-kuat. Percayalah, Mitsubishi tak pernah pun keluarkan kereta Wira dan Lancer itu bukannya Proton yang buat. Yang Wira tetaplah Wira, selamanya.
Mantap siot! Terase macam ditampar-tampar berulang kali. Haha.
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Monday, October 31, 2011

Sunday Is The Day!

Assalamualaikum *sorry entri ni super long sbb byk benda aku nk bleter kali ni haha*

Ohhhh myyyyyy Coach shayeeeeee kene taik burong (suara sengau2 siket..ketuk nakkkk???). Hahahha takdeeeee, singgah jap kat perhentian Tapah ni, time nak kua kete, sedappp je sekor burung ni melepas kat beg aku. Beg baru. Urgh, tak sopan sungguh! Ok2 tu sume iklan jap. Yang sebetolnye aku dr KL, on the way nak balik Penang. Haaa mesti korang tertanya2 kenapa aku gi KL kan (perasan lettewwww).

Ok jap. Asl aku cm hyper smcm? =.='

Actually Jumaat lps, aku dapat call from Petronas, katenye dapat interview. Orang HR tu tanya bole tak datang hari Ahad. At first pelik gak kenape nak wat time weekend tapi takpelah, takkan nak tangguh kan. Kang diorang cakap aku tak interested nak keje ngan diorang lak. Huishhh mane bole tak berminat. In fact, I really put high hope on this one. Kalau dapat keje ngan Petronas, memang aku bersyukur. Sangat.

So, kitorang gerak Sabtu petang from Penang and sampai kat Villa Suria (dekat UITM Puncak Alam) dalam pukul 10 malam. Tu umah PakNgah aku, dia yang offer nak tumpangkan kitorang satu malam hihih terima kasih ngah!! Pagi ahad tu dalam 8 lebih, kitorang satu family gerak ke KLCC lepas say goodbye and mintak tips sikit from PakNgah ngehehheheehehhee.

Ok. To be honest, banyak je benda yang jadi yang buatkan aku tak sedap hati. Benda-benda yang lemahkan semangat aku before interview. Kire bad premonition aaa. First, lupe nak salin alamat tempat interview tu. Memang la kat KLCC tapi ada Tower 1 and 2 kan. Seb bek bole online, check yahoo mail. Time tu da pukul 9.30 and interview scheduled pukul 10. Arghhh kalat tahap maksimum. Tapi aku buat cool je walaupun ayah aku da nak start bebel2. Heh heh (sengih macam kerang busuk). Pastu, tak print out Declaration Form Petronas but aku pikir takpelah, lagipun da anta thru email. And seb bek, orang HR tu tak cakap ape2. Lagi satu, aku tatau nak describe feeling before interview tu. Selalunya aku akan cuak tahap cipan the night before. But kali ni, aku siap tido nyenyak lagi. Nak kate fully prepared, memang sumpah tak. Last minute lagi ade lahhh. Takpe2 cool2. Orang utagha cakap, 'ikut dan' la apa yang nak terkeluar dari mulut aku masa interview hahahaha. Pelik pelik pelik. Haiyooonyooyoo. Ntah la, maybe the job was not meant for me afterall? Omg sheeshhhh taknak pikir bukan2. Rezeki sume kat tangan Tuhan. Yang penting, sekarang ni aku kene all-out and tawakal je. Doa banyak2!!!!

Ok. Sekali lagi. Awat aku berceghita macam makcik Bedah ni?

Haip. Kat lobby, aku sign log book, amek pass and terus naik level 43. Parents and adik2 aku takle naik so diorang pegi shopping and makan kot. Orait. Sampai2 je, sorang HR lady ni suro aku isi form, tulis short essay pasal 'Why Petronas should hire you?' and get prepared for a case study. Masa sampai tu, aku tengok bilik 4307 (tempat interview aku) ada 2 orang laki tengah interview sorang ni. Time tu aku dengar orang tu cakap semangat gile, sangat2 impressive. Ok, aku da start rase down. Tapi takpe, rilek2. Masa tu dah pukul 10 lebih and HR cakap aku maybe kena tunggu lagi sejam sebab interviewers ade hal awal pagi tadi so interview session start lambat sikit. Macam tu la. Aku pun ooo seb bek, ada masa nak wrap-up mana yang patut kan. Pastu HR tu explain, kalau untuk Structured Interview (SI) ni, ada 3 stages; one-on-one interview, case study and role play. And tu sume last for about 2 hours. Aku memang taktau langsung; in fact tak pernah attend interview yang macam ni. Yang aku penah, one-on-one interview MARA mase lepas SPM dulu, before gi Vanderbilt. Huhhh sesungguhnya aku memang kampung time ni lol. Tapi before datang, aku ada la research sikit and baca blog orang pasal SI ni. At least ade la idea sikit kan. Tapi aku ingatkan lepas satu stage, ada break pastu baru start another stage. Rupenye2 interview session tu continuous; means lepas abes one-on-one interview, diorang akan terus proceed ke case study. Aku da start cuak sket sebab aku dapat case 'Value Profile' yang aku rase aku takde clue sangat and masa nak prepare tu less than an hour, dengan nak isi form lagi, tulis essay lagi. You have to think fast and sharp. Aaaaa masa tu agak menggelabah la tapi aku try cool down and tak panic so that aku takkan blank. Aku ingat jugak kawan aku cakap, takyah tau facts pun takpe janji ko pandai elaborate points ko. Walaupun ko wat generic statement pun, biarlah mende tu make sense and meaningful. Ok aku pun start writing down few points. Alhamdulillah.

Time tu ada dua orang tengah tunggu for interview jugak. Tapi both are experienced candidates and dorang kene interview kat bilik lain. Ok aku macam da banyak bebel tapi aku tak cite how did my interview go kan hak3. Nak cite boleh tapi for me, bek korang pegi merasa sendiri la SI Petronas tu macam mane. Best yang teramat sebab dua-dua interviewers sangat sporting and baik. Such a great experience, indeed. Alhamdulillah, they made it easy for me. Diorang banyak guide aku through  SI and banyak bagi nasihat. And honestly, mule-mule memang nervous tapi lepas tu rasa macam discussion je. Macam ayah cakap jugak, treat interview tu as sembang2 kat kedai kopi je so that takkan rasa pressure.

Kalau one-on-one interview tu, aku rasa sume orang bole buat. Even better than me, of course. Diorang suro cite pasal diri sendiri, tanya pasal strength, interest. InsyaAllah boleh jawab punye. And make sure jawapan korang kena realistic. Yela, takkan korang cakap in 5 or 10 years, korang berharap akan jadi CEO Petronas. Even diorang yang interview tu pun cakap, walaupun diorang da keje lama under Petronas, post CEO tu sangatlah jauh lagi to be reached bahasa tunggang langgang, ade aku kesahhhh??). Korang cakap la nak jadi Senior Engineer ke, Manager ke; benda-benda yang korang minat la. Macam aku, aku cakap nak jadi Senior Process Engineer sebab aku minat courses yang aku amek kat Vanderbilt dulu blablabla and aku explain la sebab2 mengarut yang lain ehek. Then diorang tanya top 3 working places yang aku nak. Aku jawab sume kat Malaysia tapi kalau diorang nak hantar aku kat mana dalam dunia pun, aku terima je hikhikhik (ok tolak tempat yang ada perang huh).


Ok abes soal selidik pasal diri, diorang proceed dengan case study. Session ni sangat interesting sebab at one point, kitorang cakap pasal ipong, which takdela susah (tipuuu wuwuwuuuu) sangat untuk aku walaupun aku bukan iPhone-geek kan hikkk. Tapi ada la slack sikit sebab aku mula2 tu macam almost blank bila kena summarize pasal article yang aku dapat tu. Tapi diorang ni baik and dorang tolong aku stimulate ideas. Then lepas tu aku pon cakap la blablabla. Aku rasa part ni aku ok lagi tapi the thing is, aku lambat pick-up sikit and aku amek masa nak paham problem statement (pemahaman aku dulu dapat A perrr how come???). Time ni best sebab diorang nak tengok cara korang berpikir and what ideas you have. Cakap je ape korang rasa sebab takde jawapan yang betol or salah. Diorang kate, 'Tengok, kitorang ni interview takde pon skema jawapan ke ape. Just tell us what you think'. Lepas tu role play. Part ni interesting sebab diorang memang betol2 berlakon. Situation yang aku dapat is, aku sorang Planning Manager and Director atas aku cakap deadline for satu project ni di-push-forward from 10 days to 3 days je. So aku kene arahkan staffs aku untuk keje extra kuat. So diorang dua jadi staffs aku. Haaaa memang dalam meeting room betollah, dengan expression tak puas hati and so on sebab diorang kene keje overtime. Actually, diorang nak tengok macamana kita nak handle pressure and think fast. Next situation, diorang jadi Union Representative pulak. Diorang kate pekerja da mengadu kena letih buat banyak keja and by right, sape2 yang keje overtime kena la dibayar gaji ke ape ke. So kat sini aku rasa aku lack of confidence sikit sebab aku tak aggressive sangat and nampak macam kekurangan idea. Tapi ape-apepun, walaupun diorang fire2 ko, diorang akan bagi tetap bagi few advices. There are times yang kita akan face critical situation macam ni, catching up with project deadline, issue pasal staffs etc. And sebagai bos, how you react to all sorts of problem depends on your ability to think deep and outside the box. I think sume tu useful advices sebab banyak lagi benda yang aku kena belajar. Tapi whatever is it, I really hope one day I can be successful like them. And lastly, diorang tanya dua soklan; 'Tell me about a situation you had in the past and how you handle with it (good or bad experience, diorang just nak tengok macamane kita solve problem)' and another one, 'Tell us something that you have to learn fast'. Haaa ni memang diorang nak korang elaborate dengan detail; recognize problem statement, cite EVERY step yang korang amek and the result from your actions.

All in all, aku rse lega sebab dah abes interview. And it was a good one! Although aku rse banyak je karutan and pointless statement tapi aku happy sebab dah sampai tahap ni. Itula, memang frust sikit sebab aku rasa aku bole all out lagi. Bile da abes interview, baru terpikir, 'asal aku tak jawab macam tu eh? asal tak jawab macam ni' and so on la. Tapi aku takde rase down sangat2 sampai nak terjun bangunan sebab both my panels are very supportive and awesome hehhee. Overall, aku rase interview aku bole improve lagi. Kalau aku pass, memang rezeki aku ah. Aku memang serah 100% kat Allah. Aku bersyukur semuanya dipermudahkan dan aku ada keluarga n kawan2 yang selalu support aku. Ayah and mama la paling banyak tolong kasi moral support and kasi point untuk interview hihihi thank you to both of you sebab selalu ada untuk akak. And kawan2 yang kasi tips especially Bae and Adil, kepada kawan2 yang dengar aku bebel2 neves and yang selalu sokong aku, mekasehhhh :')

Okla da banyak cite, pape pun, make sure korang doa yang aku dapat keje ni ok??? Hhahah just kidding. Walaupun aku jeles tengok kawan2 aku sume da keje, aku pecaye rezeki tu kat mana2 je, sume Allah da tetapkan. Yela, mane tak jeles, profile pic letak gamba kat rig, gamba nak upload yang pakai coverall je, and fb comment pun sume pasal keje. Nak mencelah pun kecut perut tih tih tih. Tapi tu maknenye sume orang da grow up and focus sume orang now is career kan? Aku happy tengok kawan2 aku da bekerjaya and aku hope sangat my turn will be soon. Kalau dapat keje offshore ke kat plant ke, tambah2 company besar macam Petronas, tu memang dreams come true. Please please please? Fingers crossed!

Bye bye bye bye bye bye bye~

Fine, aku sorang je pakai working attire on Sunday. Hmphhh.
Satu family anto g intebiu hihihihi~

Open your eyes and look around you. There are times when you have a tough situation but later what you get is a good news. This is all Allah's work and one day you'll say to yourself, 'Hey I didn't miss a single thing in life. Allah just wants me to learn and be grateful'. Betol takkkk? XD
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)