Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Makan makan makan!

Assalamualaikum

Sebenarnye kan, mama da start tanya bila la aku nak start belajar masak. Hui hui soalan cepu mas nampak. Camne nak masak, bangun2 makanan dah tersedia? Kah kah sila lempang diri sendiri. Ok ok dulu mase college aku rajin je memasak *buat2 rajin padahal procrastinate tanak buat esaimen heh*. Masak makanan bujang je, konfem tak dapat lawan masakan emak2. Paling pandai pon aku buat char koey teow je, yang lain sume aku pandai2 je *ewah tiru ayat johan nampakkk?*

Kawan2 aku sume pandai masak especially budak2 Johor. Kenapekah begitu yek? Mungkin ada faktor keturunan? Nasi dagang, nasi tomato, nasi lemak, ayam masak merah, kuih lapis, agar2 santan, you name it. Malaysia boleh! (apehal?) Wahh memang isteri pilihan betul ni keh3 *mereka lah bukan saya*

Cholocate Cake Trifle
dessert yang paling ohsem aku penah buat (aku je la yang perasan hak3)





Cakap pasal makanan kan, ada certain food yang aku tak makan. Well bukan tak boleh tapi ngade2 tak nak makan. Sebab tak suke. Da lme aku nak buat list sebenarnye. Heheheh. Termengada lebih?

1. Ayaq nyok (kelapa) - Minuman/makanan yang berunsurkan kelapa memang cannot go. I mean, makan kelapa tu as buah *paham ke tak ni?* Inti kuih ketayap pon aku tengah try nak biasakan sekarang. Santan tu lain cite, die larut dalam kari.

2. Ayaq tebu - Lebih kurang same macam ayaq (= air) nyok jugak.

3. Timun - Hahaha ni paling aku takpaham kenapa aku mesti benci sayur (ke buah) ni. ergh tak suke. sebab rase die pelik. Haha sukati je. Okla, rase tawar. Tak best.

4. Bawang - Kalau makan sate kan orang kasi bawang+timun yang raw? Memang aku takkan sentuh. Hahha padahal kne makan untuk neutralkan carbon kat sate yang kita makan tu. Bawang goreng aku da bole makan sekarang yey! Timun is still a no no.

5. Durian - Eskrem durian bole la telan. Ade skali tu mase form 4, klasmet2 aku bawak durian datang skola! Memang berlari ke langit lah aku. SAKL (suka hati kau la)

6. Sambal belacan + petai - I know I am not the kampung girl. Ehhhh cousin aku baru umo 6 taon da makan sambal belacan. Kau ade? Hak hak poyo kejap. Tapi memang aku tak suke petai pon, sebab bau die. Pastu nanti bila kencing...hurm *seniri mau tau la*

7. Susu - Surrender la yang ni. Tapi since mama suruh minum susu kambing, makin suke pulak. Maybe sebab die takde bau kot. Tapi kalau susu tepung tu memang takle la, nak termun saya (termun : cara comel nak cakap termuntah euww haha).

So aku pun terjumpe lah (padahal pegi godek2 fesbuk) gamba2 aku dengan food (motip?). Bukan orang selalu buat penutup entri dengan gamba (sendiri) ke? Hak hak hak. Ok jangan marah aku merepek je. Terlebih sudahhh.

mase 1st year kot? diorang ni memang rajin wat open house. ketembaman terserlah (obvi sangat kan!)
makanan penuh dalam mulut. biaselah, time makan MEMANG orang ni lah suka snap gambar. silekan2
my bajet-ayu pose kat steak house. tengah tunggu lamb chop hew hew!
erk nak order sume yang dalam menu bole? *ok sile kluar sekarang*

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, December 6, 2011

Susahnye Nak Pikir Title

Assalamualaikum

Semalam aku mimpi katak lagi. This time aku siap patahkan kaki katak tu lagi. Betapa kejamnye aku hahaa. Tapi saje la gugel tadi, orang kate tu tandanya kita akan rugi (usaha jadi sia-sia), takpun akan berlaku perpisahan. Aaaaaa what is this? *facepalm* Hahhaha tapi taktau betol ke tak. Takle pecaye sangat kan. Sume tu ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui. *sedapkan hati lol* 

Nak kabo pasal Petronas sebenarnye. Dah sebulan pegi SI tapi diorang belom panggil aku lagi. Diorang cakap aku pass interview and offer letter will be sent once it's ready. Tapi sampai sekarang tak dapat pun lagi? Hmm so last Tuesday aku call, tapi kali ni HR tu cakap IF ada placement, nanti diorang contact. That means aku kena tunggu lagi la kan? Tapi itula, sekarang ni aku tak sure aku ni dapat ke tak keje tu? Ahh frust.

Cite Seagate pulak. Baru je dapat call tadi, ada interview Khamis ni pukul 3. Post test engineer rasenye. Ya Allah, rezeki aku ke kali ni? Da penat berbulan-bulan menanam anggur dan segala jenis buah yang ada kat dunia ni. Mintak-mintak dapat. At least aku takde la tertunggu-tunggu Petronas yang entah bila nak call tu. HR Petronas tu kate the whole process can take up to 6 months. Mau berjanggut gue. So dari aku dok membuang masa dan menambah lemak, baik aku berdoa aku dapat keje kat Seagate ni. It's time for me get fresh air, definitely. Haha dok terperuk dalam umah, dah gemok macam tong. T_T

Gemok tak gemok, asal boring je masuk dapur. Kih kih kih. Oooo aaa weekend ritu aku wat butter cake. *muke tak bersalah* Tak susah pun nak buat kek ni. Ikut resipi yang mama jumpe dalam Mingguan Jelita keluaran bile tah.

Bahan-bahan : 250g butter, 220g gula kastor (tapi kiteww kurangkan sebab kitewww tak shukeww manis sangat tawwww *omg*), 250g self-rising flour, 1 sudu besar susu cair, 4 biji telur, 1 sudu teh esen vanila. Suhu oven 180 Celsius, bakar for 45 mins. Ok thanks y'all *tetibe*

Aku letak gamba kek tu kat fesbuk. Heh. Rasenye tak ramai yang penah rase kek aku. Yang penah budak-budak Vandy je la. Tapi ramai pulak bukan Vandy yang like? Hahaha diorang taktau rase kek tu camne, tah-tah tak sedap keeee haaaa. Heheheh takpee, mungkin tu dorongan dan sokongan untuk aku buka kedai kek satu hari nanti. Yeahhhhhhhhhhh *muke bersemangat*

My very own bakery shop.
Angan-angan jangan dibiar terus tinggal angan-angan.
Buktikan suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.
InsyaAllah ^___^

So don't just dream..ACT!! Haaa cakap pasal angan-angan, tak semena-mena (what?) aku terjumpe la pulak quote ni. Nice one dude.
Adakalanya, kita perlu pandang ke cermin dan jerit 'sedar diri' kuat-kuat. Percayalah, Mitsubishi tak pernah pun keluarkan kereta Wira dan Lancer itu bukannya Proton yang buat. Yang Wira tetaplah Wira, selamanya.
Mantap siot! Terase macam ditampar-tampar berulang kali. Haha.
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Thursday, September 22, 2011

Marble Cake Pengubat Hati

Assalamualaikum

Beberapa hari lps, saya kecik ati dgn seseorg. Trase sket dgn dia tp xpelah, mungkin dia ada sbb knp dia buat mcm tu. Dan bkn mcm ini. Hehe. Tapi seperti biasa, nk menghilangkn rasa sebak di dada kita haruslahhh baking yeay! And so, recipe ni dpt from sorg makcik kt umah sy. Sukalah bile tau ade org pndai baking and rjin share recipe hihi. Sy tau ade sorg kwn sy Syera yg reti wt marble cake. Sedap pulak tu. Kdg2 time open house kt Vandy, die slalu je wt marble cake. Anyway, rupe2nye ta susah pn buat kek ni. Hihi.

sorry lighting tak berape bagusss
MARBLE CAKE
250g mentega 
2 cawan tepung kek
1 cawan gula (guna gula halus tauuuuu)
6 biji telur (amek 4 je telur putih)
3 sudu serbuk coklat
1 sudu teh esen vanilla

Alhamdulillah menjadi for the first time hih hih hih. Haaa simple kan. Firstly, mix together eggs+butter+sugar. Msuk esen vanilla then tepung kek. Asingkan lebih kurang 1/3 adunan (lg sikit lg bgus sbb tkut klau choc byk sgt nnt pahit lak) and msukkan serbuk choc. Tuang adunan yg mule2 td (bkn yg choc tu) dlm baking tray. Pstuuu haaa bru tuang yg choc kt ats skali. Finally kacau cake batter dgn lidi ke garpu ke, wt la corak2 ikut creativity hihi. Jgn kacau ganazz sgt nnt kang nmpk comot. Tp org kate, seni itu abstract kn. So ikut suke korg lah keh3.

Selamat mencuba kawan2! 

Oh nk promote blog kwn sy ni Atika Che Omar. Tingin gle nk ade blog mcm ni. Bilekah ituuuuuu? 

Nak jugak please?
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)