Monday, October 31, 2011

Sunday Is The Day!

Assalamualaikum *sorry entri ni super long sbb byk benda aku nk bleter kali ni haha*

Ohhhh myyyyyy Coach shayeeeeee kene taik burong (suara sengau2 siket..ketuk nakkkk???). Hahahha takdeeeee, singgah jap kat perhentian Tapah ni, time nak kua kete, sedappp je sekor burung ni melepas kat beg aku. Beg baru. Urgh, tak sopan sungguh! Ok2 tu sume iklan jap. Yang sebetolnye aku dr KL, on the way nak balik Penang. Haaa mesti korang tertanya2 kenapa aku gi KL kan (perasan lettewwww).

Ok jap. Asl aku cm hyper smcm? =.='

Actually Jumaat lps, aku dapat call from Petronas, katenye dapat interview. Orang HR tu tanya bole tak datang hari Ahad. At first pelik gak kenape nak wat time weekend tapi takpelah, takkan nak tangguh kan. Kang diorang cakap aku tak interested nak keje ngan diorang lak. Huishhh mane bole tak berminat. In fact, I really put high hope on this one. Kalau dapat keje ngan Petronas, memang aku bersyukur. Sangat.

So, kitorang gerak Sabtu petang from Penang and sampai kat Villa Suria (dekat UITM Puncak Alam) dalam pukul 10 malam. Tu umah PakNgah aku, dia yang offer nak tumpangkan kitorang satu malam hihih terima kasih ngah!! Pagi ahad tu dalam 8 lebih, kitorang satu family gerak ke KLCC lepas say goodbye and mintak tips sikit from PakNgah ngehehheheehehhee.

Ok. To be honest, banyak je benda yang jadi yang buatkan aku tak sedap hati. Benda-benda yang lemahkan semangat aku before interview. Kire bad premonition aaa. First, lupe nak salin alamat tempat interview tu. Memang la kat KLCC tapi ada Tower 1 and 2 kan. Seb bek bole online, check yahoo mail. Time tu da pukul 9.30 and interview scheduled pukul 10. Arghhh kalat tahap maksimum. Tapi aku buat cool je walaupun ayah aku da nak start bebel2. Heh heh (sengih macam kerang busuk). Pastu, tak print out Declaration Form Petronas but aku pikir takpelah, lagipun da anta thru email. And seb bek, orang HR tu tak cakap ape2. Lagi satu, aku tatau nak describe feeling before interview tu. Selalunya aku akan cuak tahap cipan the night before. But kali ni, aku siap tido nyenyak lagi. Nak kate fully prepared, memang sumpah tak. Last minute lagi ade lahhh. Takpe2 cool2. Orang utagha cakap, 'ikut dan' la apa yang nak terkeluar dari mulut aku masa interview hahahaha. Pelik pelik pelik. Haiyooonyooyoo. Ntah la, maybe the job was not meant for me afterall? Omg sheeshhhh taknak pikir bukan2. Rezeki sume kat tangan Tuhan. Yang penting, sekarang ni aku kene all-out and tawakal je. Doa banyak2!!!!

Ok. Sekali lagi. Awat aku berceghita macam makcik Bedah ni?

Haip. Kat lobby, aku sign log book, amek pass and terus naik level 43. Parents and adik2 aku takle naik so diorang pegi shopping and makan kot. Orait. Sampai2 je, sorang HR lady ni suro aku isi form, tulis short essay pasal 'Why Petronas should hire you?' and get prepared for a case study. Masa sampai tu, aku tengok bilik 4307 (tempat interview aku) ada 2 orang laki tengah interview sorang ni. Time tu aku dengar orang tu cakap semangat gile, sangat2 impressive. Ok, aku da start rase down. Tapi takpe, rilek2. Masa tu dah pukul 10 lebih and HR cakap aku maybe kena tunggu lagi sejam sebab interviewers ade hal awal pagi tadi so interview session start lambat sikit. Macam tu la. Aku pun ooo seb bek, ada masa nak wrap-up mana yang patut kan. Pastu HR tu explain, kalau untuk Structured Interview (SI) ni, ada 3 stages; one-on-one interview, case study and role play. And tu sume last for about 2 hours. Aku memang taktau langsung; in fact tak pernah attend interview yang macam ni. Yang aku penah, one-on-one interview MARA mase lepas SPM dulu, before gi Vanderbilt. Huhhh sesungguhnya aku memang kampung time ni lol. Tapi before datang, aku ada la research sikit and baca blog orang pasal SI ni. At least ade la idea sikit kan. Tapi aku ingatkan lepas satu stage, ada break pastu baru start another stage. Rupenye2 interview session tu continuous; means lepas abes one-on-one interview, diorang akan terus proceed ke case study. Aku da start cuak sket sebab aku dapat case 'Value Profile' yang aku rase aku takde clue sangat and masa nak prepare tu less than an hour, dengan nak isi form lagi, tulis essay lagi. You have to think fast and sharp. Aaaaa masa tu agak menggelabah la tapi aku try cool down and tak panic so that aku takkan blank. Aku ingat jugak kawan aku cakap, takyah tau facts pun takpe janji ko pandai elaborate points ko. Walaupun ko wat generic statement pun, biarlah mende tu make sense and meaningful. Ok aku pun start writing down few points. Alhamdulillah.

Time tu ada dua orang tengah tunggu for interview jugak. Tapi both are experienced candidates and dorang kene interview kat bilik lain. Ok aku macam da banyak bebel tapi aku tak cite how did my interview go kan hak3. Nak cite boleh tapi for me, bek korang pegi merasa sendiri la SI Petronas tu macam mane. Best yang teramat sebab dua-dua interviewers sangat sporting and baik. Such a great experience, indeed. Alhamdulillah, they made it easy for me. Diorang banyak guide aku through  SI and banyak bagi nasihat. And honestly, mule-mule memang nervous tapi lepas tu rasa macam discussion je. Macam ayah cakap jugak, treat interview tu as sembang2 kat kedai kopi je so that takkan rasa pressure.

Kalau one-on-one interview tu, aku rasa sume orang bole buat. Even better than me, of course. Diorang suro cite pasal diri sendiri, tanya pasal strength, interest. InsyaAllah boleh jawab punye. And make sure jawapan korang kena realistic. Yela, takkan korang cakap in 5 or 10 years, korang berharap akan jadi CEO Petronas. Even diorang yang interview tu pun cakap, walaupun diorang da keje lama under Petronas, post CEO tu sangatlah jauh lagi to be reached bahasa tunggang langgang, ade aku kesahhhh??). Korang cakap la nak jadi Senior Engineer ke, Manager ke; benda-benda yang korang minat la. Macam aku, aku cakap nak jadi Senior Process Engineer sebab aku minat courses yang aku amek kat Vanderbilt dulu blablabla and aku explain la sebab2 mengarut yang lain ehek. Then diorang tanya top 3 working places yang aku nak. Aku jawab sume kat Malaysia tapi kalau diorang nak hantar aku kat mana dalam dunia pun, aku terima je hikhikhik (ok tolak tempat yang ada perang huh).


Ok abes soal selidik pasal diri, diorang proceed dengan case study. Session ni sangat interesting sebab at one point, kitorang cakap pasal ipong, which takdela susah (tipuuu wuwuwuuuu) sangat untuk aku walaupun aku bukan iPhone-geek kan hikkk. Tapi ada la slack sikit sebab aku mula2 tu macam almost blank bila kena summarize pasal article yang aku dapat tu. Tapi diorang ni baik and dorang tolong aku stimulate ideas. Then lepas tu aku pon cakap la blablabla. Aku rasa part ni aku ok lagi tapi the thing is, aku lambat pick-up sikit and aku amek masa nak paham problem statement (pemahaman aku dulu dapat A perrr how come???). Time ni best sebab diorang nak tengok cara korang berpikir and what ideas you have. Cakap je ape korang rasa sebab takde jawapan yang betol or salah. Diorang kate, 'Tengok, kitorang ni interview takde pon skema jawapan ke ape. Just tell us what you think'. Lepas tu role play. Part ni interesting sebab diorang memang betol2 berlakon. Situation yang aku dapat is, aku sorang Planning Manager and Director atas aku cakap deadline for satu project ni di-push-forward from 10 days to 3 days je. So aku kene arahkan staffs aku untuk keje extra kuat. So diorang dua jadi staffs aku. Haaaa memang dalam meeting room betollah, dengan expression tak puas hati and so on sebab diorang kene keje overtime. Actually, diorang nak tengok macamana kita nak handle pressure and think fast. Next situation, diorang jadi Union Representative pulak. Diorang kate pekerja da mengadu kena letih buat banyak keja and by right, sape2 yang keje overtime kena la dibayar gaji ke ape ke. So kat sini aku rasa aku lack of confidence sikit sebab aku tak aggressive sangat and nampak macam kekurangan idea. Tapi ape-apepun, walaupun diorang fire2 ko, diorang akan bagi tetap bagi few advices. There are times yang kita akan face critical situation macam ni, catching up with project deadline, issue pasal staffs etc. And sebagai bos, how you react to all sorts of problem depends on your ability to think deep and outside the box. I think sume tu useful advices sebab banyak lagi benda yang aku kena belajar. Tapi whatever is it, I really hope one day I can be successful like them. And lastly, diorang tanya dua soklan; 'Tell me about a situation you had in the past and how you handle with it (good or bad experience, diorang just nak tengok macamane kita solve problem)' and another one, 'Tell us something that you have to learn fast'. Haaa ni memang diorang nak korang elaborate dengan detail; recognize problem statement, cite EVERY step yang korang amek and the result from your actions.

All in all, aku rse lega sebab dah abes interview. And it was a good one! Although aku rse banyak je karutan and pointless statement tapi aku happy sebab dah sampai tahap ni. Itula, memang frust sikit sebab aku rasa aku bole all out lagi. Bile da abes interview, baru terpikir, 'asal aku tak jawab macam tu eh? asal tak jawab macam ni' and so on la. Tapi aku takde rase down sangat2 sampai nak terjun bangunan sebab both my panels are very supportive and awesome hehhee. Overall, aku rase interview aku bole improve lagi. Kalau aku pass, memang rezeki aku ah. Aku memang serah 100% kat Allah. Aku bersyukur semuanya dipermudahkan dan aku ada keluarga n kawan2 yang selalu support aku. Ayah and mama la paling banyak tolong kasi moral support and kasi point untuk interview hihihi thank you to both of you sebab selalu ada untuk akak. And kawan2 yang kasi tips especially Bae and Adil, kepada kawan2 yang dengar aku bebel2 neves and yang selalu sokong aku, mekasehhhh :')

Okla da banyak cite, pape pun, make sure korang doa yang aku dapat keje ni ok??? Hhahah just kidding. Walaupun aku jeles tengok kawan2 aku sume da keje, aku pecaye rezeki tu kat mana2 je, sume Allah da tetapkan. Yela, mane tak jeles, profile pic letak gamba kat rig, gamba nak upload yang pakai coverall je, and fb comment pun sume pasal keje. Nak mencelah pun kecut perut tih tih tih. Tapi tu maknenye sume orang da grow up and focus sume orang now is career kan? Aku happy tengok kawan2 aku da bekerjaya and aku hope sangat my turn will be soon. Kalau dapat keje offshore ke kat plant ke, tambah2 company besar macam Petronas, tu memang dreams come true. Please please please? Fingers crossed!

Bye bye bye bye bye bye bye~

Fine, aku sorang je pakai working attire on Sunday. Hmphhh.
Satu family anto g intebiu hihihihi~

Open your eyes and look around you. There are times when you have a tough situation but later what you get is a good news. This is all Allah's work and one day you'll say to yourself, 'Hey I didn't miss a single thing in life. Allah just wants me to learn and be grateful'. Betol takkkk? XD
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment