Monday, October 24, 2011

When All You Need Is A Friend

Assalamualaikum

Satu hari tu bukak YM, cari orang nak kacau hahha jahat kan. Tetibe tersangkut chatting dengan kawan sorang ni. Lme pulak tu. And so these are what my friend told me. Da macam tazkirah la pulak.

1) Stop blaming others. Don't give to much excuses. Kadang-kadang tu cube la muhasabah diri. Pikirkan kenapa certain people do certain things. And I shouldn't be judgmental, perfectionist or demanding sangat. Be considerate kalau nak tegur orang. Berseni, berseni jugak. Tapi jangan berkias sangat, kang berpantun-pantun, kesian orang tu nak paham hihihi. Macam aku, selalu kena sound sebab lumpy sangat. Dia cakap, kalau dengan aku memang kena cakap straight up je. Wuaaaaa T_T Kadang-kadang aku letak 'hahahah' because I don't want to make the conversation sounds so serious. Itupun kena marah. =.=' Maybe aku gelak tak kena pada tempat. Or maybe tak mature. Or terlalu lumpy. Haha. *ok enough*

2) Think of the consequences. Ha ni pasal cakap main lepas or buat something without considering other people's feeling. We don't know what's in their heart. Walaupun diorang ni diam je, tak bermakna diorang setuju dengan apa yang kita buat. "If you did something bad to people and they are giving you a silent treatment, that means you're in a big trouble". Ni la yang my friend cakap pasal self-reflection. Tanya balik, apa niat kita buat sesuatu benda tu? She said something about donation jugak. Ada someone tu nak derma tapi takut orang cakap dia riak, so dia tak jadi nak derma. Hmm, kadang-kadang betul jugak tapi kalau boleh jangan la overthink sangat. Especially kalau bab ibadah ni. Kang sume keje tak jalan. Tak gitu?

3) Proud of who you are. If you're a talkative, then you are. If not, so be it. People will accept you the way you are. But what you want people to view you as, it's all your choice. Complicated, eh? Apa-apapun, sume orang ada kelemahan sendiri kan. Yang kita dok cakap, Peah tu mulut macam dot dot dot, Jenab tu pulak asek buat dot dot dot. Haaa sedar tak kita tengah buat benda yang sama macam Peah ngan Jenab? Tih tih tih.

Pagi tadi kan...aku makan..nasi lemak.

4) Think deep and maturely. "You ask me what I want you to do. I prefer that you move on and stop sounding like the other person is the major fault. Look back deep in you, what's the main reason of you still wanting that person in your life. Is it for the sake of Allah or for the sake of filling the gap in the heart? Might as well fill the gap with the Almighty, the One who loves you for sure, right my dear sister?". Ayat nak makan dalam je kwn aku nihhhhh *mencik3*


5) Always perform your solat. Fuhh serious nampaknya discussion kitorang ni. Kawan aku tanya, "Ishhh camne la kalau someone tu tak pernah solat eh? Camne dia bole cope dengan life dia?". Yela, after we did something, be it solat or anything, we always turn to Allah for His blessings and guidance kan? Aku kate, "Kalau camtu maknanya orang tu confident sangat yang dia boleh act on his own lah. Dia rasa dia tak perlukan Tuhan. Nauzubillah". OMG tak percaya aku respond mcmtu. Tapi Tuhan itu kan Maha Adil, kalau orang dah berusaha, itu lah rezeki Allah nk kasi kt dia. Pasal solat, tu hal dia dengan Allah.

Shhh diam la. Tak nampak ke aku tengah solat ni. 

Kawan aku ni memang garang sikit tapi berhati mulia. *tapi jangan garang sangat eh, aku takut haha* Dia selalu cakap, "Aku ni cakap je kencang tapi actions contradict dengan apa aku buat". Mmg la kan, manusia memang tak lari dari kesilapan. Tapi jangan gunakan tu sebagai alasan untuk buat perkara-perkara yang dilarang Allah. Yang baik tu dari Sang Pencipta kat atas sana, yang buruk tu dari diri kami berdua especially sang penulis entri ni hehe.

Setakat tu je lah.
hidayah shukor


THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment