Thursday, December 22, 2011

He's Perfect


When you found someone who's perfect for you, you could never ask for more heeeeeeeeeeeee ^____^

hidayah shukor


THANKS FOR READING! :)

Tuesday, December 6, 2011

Susahnye Nak Pikir Title

Assalamualaikum

Semalam aku mimpi katak lagi. This time aku siap patahkan kaki katak tu lagi. Betapa kejamnye aku hahaa. Tapi saje la gugel tadi, orang kate tu tandanya kita akan rugi (usaha jadi sia-sia), takpun akan berlaku perpisahan. Aaaaaa what is this? *facepalm* Hahhaha tapi taktau betol ke tak. Takle pecaye sangat kan. Sume tu ketentuan Allah Yang Maha Mengetahui. *sedapkan hati lol* 

Nak kabo pasal Petronas sebenarnye. Dah sebulan pegi SI tapi diorang belom panggil aku lagi. Diorang cakap aku pass interview and offer letter will be sent once it's ready. Tapi sampai sekarang tak dapat pun lagi? Hmm so last Tuesday aku call, tapi kali ni HR tu cakap IF ada placement, nanti diorang contact. That means aku kena tunggu lagi la kan? Tapi itula, sekarang ni aku tak sure aku ni dapat ke tak keje tu? Ahh frust.

Cite Seagate pulak. Baru je dapat call tadi, ada interview Khamis ni pukul 3. Post test engineer rasenye. Ya Allah, rezeki aku ke kali ni? Da penat berbulan-bulan menanam anggur dan segala jenis buah yang ada kat dunia ni. Mintak-mintak dapat. At least aku takde la tertunggu-tunggu Petronas yang entah bila nak call tu. HR Petronas tu kate the whole process can take up to 6 months. Mau berjanggut gue. So dari aku dok membuang masa dan menambah lemak, baik aku berdoa aku dapat keje kat Seagate ni. It's time for me get fresh air, definitely. Haha dok terperuk dalam umah, dah gemok macam tong. T_T

Gemok tak gemok, asal boring je masuk dapur. Kih kih kih. Oooo aaa weekend ritu aku wat butter cake. *muke tak bersalah* Tak susah pun nak buat kek ni. Ikut resipi yang mama jumpe dalam Mingguan Jelita keluaran bile tah.

Bahan-bahan : 250g butter, 220g gula kastor (tapi kiteww kurangkan sebab kitewww tak shukeww manis sangat tawwww *omg*), 250g self-rising flour, 1 sudu besar susu cair, 4 biji telur, 1 sudu teh esen vanila. Suhu oven 180 Celsius, bakar for 45 mins. Ok thanks y'all *tetibe*

Aku letak gamba kek tu kat fesbuk. Heh. Rasenye tak ramai yang penah rase kek aku. Yang penah budak-budak Vandy je la. Tapi ramai pulak bukan Vandy yang like? Hahaha diorang taktau rase kek tu camne, tah-tah tak sedap keeee haaaa. Heheheh takpee, mungkin tu dorongan dan sokongan untuk aku buka kedai kek satu hari nanti. Yeahhhhhhhhhhh *muke bersemangat*

My very own bakery shop.
Angan-angan jangan dibiar terus tinggal angan-angan.
Buktikan suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.
InsyaAllah ^___^

So don't just dream..ACT!! Haaa cakap pasal angan-angan, tak semena-mena (what?) aku terjumpe la pulak quote ni. Nice one dude.
Adakalanya, kita perlu pandang ke cermin dan jerit 'sedar diri' kuat-kuat. Percayalah, Mitsubishi tak pernah pun keluarkan kereta Wira dan Lancer itu bukannya Proton yang buat. Yang Wira tetaplah Wira, selamanya.
Mantap siot! Terase macam ditampar-tampar berulang kali. Haha.
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Friday, December 2, 2011

Europe Trip:Stranded in New York Pt 2

Assalamualaikum

Monday December 20, 2010
Lastly kitorang dapat tido nyenyak malam tadi sebab jumpe hotel yang murah eh affordable tih tih tih. Memang tak plan pun nak datang NY so tengahari tu kitorang just jalan-jalan buang masa je la haha. Kitorang pegi Times Square, tempat yang selalu tourist (macam we all) datang. Adil kate, tak kesah la nak pegi mane-mane pun janji by 7, kene pegi Brooklyn Bridge. Nak bawak Syera jalan-jalan le tuuu hihihihihih.

View dari hotel kitorang. Pergh, NY ni penuh dengan bangunan je kan? 
Belakang tu Empire State Building.
Tak salah aku kalau nak naik atas sekali kena baya $22.
Kitorang tak penah naik pun hihi tapi
basically dapat tengok the whole NY city la.
Pegi je Macys tapi tak shopping ape pun. Sebab nak save beb!
More malls to come kat Europe nanti hihi :p
Adil kat mane-mane pun nak makan. Makan nasi pulak tu.
Kat tengah-tengah bandar NY =.='
Model sesat. Tu je yang mampu cakap.
Dari pagi sampai malam, penuh dengan manusia je.
Tapi biaselah, kalau tak, takdenye dapat title
'The city that never sleeps'. Macam key-ell juge hik.
Haaa kat sini selalunye ramai orang bertenggek
tapi this time takde pulak. Tapi best dok atas tangga ni,
dapat tengok the whole city. Cantik view die.
Brooklyn Bridge. Penat beb nak jalan huhu.
Time sunset la paling cantik! Paling romantic. Cewah.
Nampak tak line tu? Haaa matsaleh kan rajin cycling.
So pedestrian yang tengah syok sight-seeing tu,
kene la careful sikit dengan diorang. Takut terlanggar pulak.
Kang tak pasal-pasal kene sound hehek.
New York at night. Kat sini banyak stalls,
banyak makanan halal jugak alhamdulillah.
Nama pun melayu kan,  malam-malam pun nak cari nasi.
Nasib baik pakcik2 Arab memahami kitorang hihihi.
Malam tu, kitorang dinner kat Jaya Malaysia Restaurant. Memang heaven kot, tengah2 NY dapat makan char koey teow ngan air laici. Terbaekkk!! Owner kedai tu chinese, bole cakap melayu. Siap puji2 lagi Mey ngan Adil 'woahhhh very handsome boys aaaa'. Pe lagi, kembang kucup diorang heh. Kitorang pompuan tahan gelak je lah. Hih hih hih *gelak tak ikhlas*

New yorker la sangat. Last2 cari mamak jugak. Hahaha.
Sembang punye sembang, sampai pukul brape tah. Lepas tu, Syera mintak temankan die pegi Times Square. Since yang lain da penat, diorang balik dulu and krogh3.

Tuesday December 21, 2010
Pagi tu, aku terbangun sebab dengar suara sape tah bising2. Aku suspect Syera lettew hihihh. Die suro cepat sebab takut kitorang terlepas flight kat LaGuardia Airport. Lepas check out hotel, kitorang dok kat lobby, nak tuka bus schedule kitorang. Tapi nak access internet pun kene baya. Kedekut taik hidung masin la do! 

Da siap check in sume so kitorang tunggu kat Terminal 10, boarding pukul 3.20pm. Flight ni transit kat Atlanta dulu. Hahhahahah Atlanta memang dekat giler da dengan Nashville!! Kalau flight gi Manchester ni kene cancel jugak, memang kitorang balik Vandy lah. Give up. NOT!

Pancit weh. Ala-ala Amazing Race gitu! :p
Aku dapat seat in between dua pakcik, businessman kot. Baju formal pastu asek dengan ipad je hehh. Aku tak tido pun all the way dalam flight sebab da minum large caramel iced coffee McD tengahari tadi. So jadi high semacam haha. Penat memikirkan ape yang bakal terjadi. Hahahah takdelah. We survived!! Update later-later ok? Kang berjela-jela pulak entri ni, bosan pulak membaca. *hahaha sape la yang nak bace pun*

Trimas everyone. Bye.
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)