Sunday, September 30, 2012

Random Stuff About Gegurl

Assalamualaikum

Sume ni hasil kutipan dari facebook. Menarik2.

Ohmyyyy..malu gila kot!

Situation : Boboi and Gegurl tengah gadoh.

Perempuan : diam (merajuk)
Lelaki : Ni nape diam ni? Marah ke?
Perempuan : Takde marah sapa2 ehhhhhh (dalam hati : cepatla pujuk!)
Lelaki : Ok (dalam hati : hmmm tak reti la - terus berlalu pergi)

Sebenarnya perempuan ni bukan nak intan permata bila nak dipujuk. Just kata2 yang mampu membuat dia tenang. Tak perlu bayar apa2 pun. Kalau dulu mak ayah dia pujuk bila dia menangis. Bila dah ada bf or suami, seharusnya lelaki tu yang ambil alih tugas memujuk tu. Tak susah pun sebenarnya pujuk perempuan. Tak perlu bunga, tak perlu coklat. Just kata2 perangsang yang mampu menenangkan dia. Macam mak ayah cakap dulu kalau kita jatuh, "meh sini meh abah tengok..sikit je ni..anak abah kan kuat" *sambil senyum*



 

Bukan kebahagiaan yang membuatkan kita bersyukur.
Tapi bersyukurlah yang membuat kita bahagia :)
Oklah dah ngantok. Not feeling very well. Dengan hidung sumbat nye. Urgh~
 

THANKS FOR READING! :)

Malang Tidak Berbauuuu

Assalamualaikum

Lepas balik PD (diceritakan di entri sebelum ni), aku pegi Sato Auto Car Accessories kat Wangsa Maju. My friend sorang ni temankan sebab dia macam pro ja bab2 keta ni hahaha. Actually ayah bagi pinjam keta dia, senang nak bergerak kat KL ni. Yelah, anak dia ni tak mampu lagi nak beli. Tunggu tahun depan and depan insyaAllah hehehhe. Hmm kalau ayah, dia tak letak pape pon dalam keta tu. Takde hias ape. Just plain. Maybe he was too busy with work, sampai nak letak dua ketul bantal kat belakang pon tak sempat. Heheh joking je ayah :p

*muka bangga* Hehhehe sebab itulah saya dengan berbesar hati ingin mencantikkan kete ayah. Jangan marah ye ayah? Takpe, saya belanja hahahhaahaa. Anyway, I got these for youuuuuu.

Okla tak mahal sangat, lepas kawtim dengan tauke.
Both of these mahal sikit. Tapi slow2 lah kan. Kate nak cantikkan kete hee.
Kalau afford pasang skirting and spoiler macam ni, that would be tooo awesome!!! :D
Sukati hati kan nak modified kete ayah *muke tak bersalah* Ok ok enough for this month. Target hias interior dulu. Hahah tak caye aku excited sangat semalam masa pegi kedai aksesori kete tu. Macam2 nak beli. But limited expenses. Takpe2, nanti kumpul duit lagi *sedapkan hati hahahaha*

Cakap pasal kete kan, masa aku kat PD tu, kawan aku Murni (Moon) suddenly text 

"Aku eksiden. Keta terbalik"

Menyirap darah aku baca wey! Dah la ade activity time tu. Terpaksa la kua dari hall kejap and call Moon. Tak dapat pulak. Lagi la aku panic! Aku teros call Din. Dia kata Moon eksiden kat Jelapang. I guess sebab kat situ kan tempat turun bukit. Tambah pulak pagi tu hujan lebat, jalan pun licin. Ya Allah, aku takle imagine kot. Dah la keta terbalik. Aku try call Moon jugak and dia angkat. Dia dalam ambulans, otw pi Hospital Ipoh.

Took this from her facebook. May Allah protect her :'(
Takde patah kat mane2 tapi kepala dia terhantuk teruk kat cermin keta. Naseb baik la selamat. I don't want to lose my best friend :(:( I was sooooo sad that day but I had to continue with the program kat PD. Jumaat malam tu I tried to text her, luckily she replied. Takut dia tengah tido ke ape kan. So sekarang dia dah kat umah kat Guar Perahu and is taken care by her parents. Moon, I love you too much that I cannot afford to lose you. Kalau hang takdak, sapa nak dengaq cita2 aku wey? Syukur alhamdulillah :')
Ya Allah, kami mohon peliharaan-Mu dan kami mohon mempertaruhkan agama kami dan diri sendiri dan harta benda dan keluarga kami dan tiap-tiap seseuatu yang Engkau berikan kepada kami. 
Ya Allah, jadikanlah kami dalam peliharaan-Mu dan menjadi jiran-Mu dan kami harapkan benar keamanan-Mu dari sekalian kejahatan tiap-tiap syaitan yang ingkar dan kejam serta membesar diri.  Dan kami mohon peliharaan-Mu dari penyakit dan dari manusia-manusia yang zalim, juga dari kejahatan tiap-tiap yang menyukai kejahatan, sesesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
Ya Allah, jadikanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang tetap pendirian, kami mohon dijauhi dari sebab-sebab yang menjadikan penyesalan, baik di masa ini dan akan datang, sesesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. 
Ya Allah, selamatkan kami dari tiap-tiap bala bencana di dunia dan azab di akhirat dan singkirkan kami dari keburukan dunia dan akhirat, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Penyayang."

Allah is The Greatest, isn't He? :')




THANKS FOR READING! :)

Teambuilding at PD

Assalamualaikum

 I was away from KL for 3 days since Thursday. Went to Port Dickson for a teambuilding session. At first I was like, "Man, I'm so not ready for this. Alaaaa mesti ade lectures and all that". But it turned out to be fun anyway! Plus, I got a biiiiggggg room hihihi.

My family was supposed to be here. Apparently they can't :(
This has cheered me up a little bit. Personal pool wehooo ;)
At first malu jugak nak mandi because the windows are not covered. Boleh nampak bilik orang depan hew3.
Kames ritu kitorang bertolak dari office dalam tengahari camtu. Hahaa aku masuk office siap bawak luggage lagi. Bantai jeeeee. We arrived Grand Lexis dalam kul 3pm and then teros pegi Function Room. Ada talk from the bosses and then we headed to our room. Malam tu ada game sikit. 



Our first day ended dalam kul 10 camtu. Pheewww penat gila kot. It was blazing hot that afternoon! Lepas mandi and all that, I jumped on my bed, feeling very comfortable. Tapi bila pikir dok dalam bilik sorang2, it was quite creepy actually. With the sound of water in the pool outside, sangat menyeramkan. Ditambah pulak dengan angin yang bertiup kencang malam tu, sampai tumbang pokok2. Ok tu over the limit bro.

Hahahha beranikan diri amek gamba waktu malam. Nasib baik ade radio era, so pasang lagu jom! :p
 Pagi Jumaat tu ade exercise at 7 then kitorang gi breakfast. Pffttt lapa beb. I had this, ala2 western la konon. Tapi rendang ayam tu tak boleh lepas! Teeheee~
Pasta, sausage and baked bean. Very the mat saleh you!
Balik bilik, snap gamba pool lagi. Sebab tak penah merasa dok dalam hotel camni. Alaaa, cakap jakun je la senang :p

Cantik kan??? :D
 Petang tu ade telematch pulak. We were divided into 4 groups. It was fun! Sume group bersungguh2 nak menang.
Nampak tak semangat tu?
 Hehe this was our last assignment. Comel kan?




Exhausted gile petang tu but my friends ajak main pingpong. Hehe memandangkan dah lama tak exercise, so I guess it's about time to burn some fat. Yea right!

Gemoknya saya. Patulah kena exercise hahaha.
Arief and Najmi.
 That night at 8, kitorang kena pegi rooftop for our dinner and karaoke session. Heheheh bestnya banyak food!

Hawaian-themed dinner.
Mr JJ with Dell's son, Fakhri. Comei gila!!!!
Farouk and Aain.
Me la of course :p
Zainul.
Arief lagi.
Kahkahkahkahkah ni tak boleh belah.
Our family
 

The stars. Suara sedap, bolehla masuk AF nanti.


Dalam kul 11, aku balik bilik sebab dah ngantok sangat. Tetiba masa dalam lif, my senior kat Vandy suddenly appeared and she was about to go downstairs jugak. Omg, of all the places!!! She's working with Shell and diorang pun ade event kat situ jugak. Hehhee. Too bad she had to do some other stuff and I was sleepy as well. Kalau tak, bole la hangout kejap ke ape kan. 

The third day tu, kitorang abes activity dalam kul 11. Before balik KL, Najmi and the gang ajak men archery. Hahahha sumpah tak penah try. Nebes abes!!

Ni kire orang2 yang pro la hehhe.
Bolehlaaa, janji ada gaya kan.
Hahaha ni siap dengan shades lagi.
Hahah dah nampak dah nak kena kat mana. Tangan pon ketaq ja.
Tersasar jauh. Alamak!
Farouk yang tak habes2 dengan phone.
With Atikah Khairiri :D
Amek gamba dulu before balikkkk.
 We had a good lunch kat pekan PD. Aku lapa sangat sebab tak breakfast pagi tu. Adoi.

Sate Hj Samuri. Kuah die cair sikit.
Chicken chop with fries. Takde coleslaw :(
Sampai KL kul 6 petang. Nasib baik ade sehari lagi cuti before masuk office. Kalau tak memang pancit habesssss.


THANKS FOR READING! :)

Wednesday, September 26, 2012

Busuk

Assalamualaikum

Arghhh tak suka himpit2 dalam LRT. Dalam kul 8 lebih camtu, memang sesak gile orang dalam tren. And bila dah berdiri dekat2 camtu, macam2 bau akan keluaq la kan. Tambah orang baru balik keja, dengan peluh suma eeeuuwwww. Seb bek takde yang lepas gas asli dalam tu. Huh. Bila dah sampai Setiawangsa, ramai orang turun. Pheww kosong sikit tren. Baru bole bernapaih.

Masa balik umah, kena across satu flat ni. Ade orang muntah pulak kat hallway tu. Banyak pulak tu adesss. Menusuk kalbu gile. Bila dah masuk dalam lif apartment aku, terbau hancing pulak. Stressnyaaaaa, sapa la yang kencing dalam lif ni. Kuat pulak tu bau dia pffttt.

Aku rasa lama2 kan, deria bau aku boleh hilang kalau camni. Huuuuuu~


Lalalalaa. Malasnya nak packing untuk esok! Dah la kena bawak beg siap2 pi office. Baju apa nak boh dalam beg pon taktau. Aku slow la bab2 pilih baju ni, memang takes time sikit. Dah la ada Hawaiian themed dinner, dress apa lah yang sesuai? Takkan nak pakai tempurung kelapa kot? Kahkahkah takdak keja.

Anyway, Awin pesan beli CoolFever kat dia. Dia teringin nak makan kepsi so beli la jugak. Lagipun aku stay back sat kat office tadi, member2 ajak dinner. Sian diaaaa, cam nak demam ja housemate aku sorang tuuuu. Before balik umah pi Guardian sat, niat nak beli medication untuk diri sendiri jugak.

Minyak cap kapak and panadol, in case sakit kepala yang teruk *selalu ja sebenarnya huuu*
 Hahhaha CoolFever pon jadi isu gak tadi. Awin kata, "Awat dalam ni ada 4 ja? Dia kata kat luaq 6 + 2?". Aku cam besa panic, takut kena scam and kata, "Eh aku salah beli ka? Meh nak tengok sat". *teros amek kotak tu*

"Ohhhh dalam each packet tu ada 2 sheets. Patutlaaaa..."

Dua2 orang pon macam terjawab sendiri. So kami argue la sekeras2nya, patut dia letak la 3 + 1 la kan. Saja ja nak promo, nak bagi nampak 6 + 2 tu banyak. Cisss tactic buat business lettew. Tak baik tau wat kami confuse camtu. Hihihihi.

Hhahahah 6 + 2 pon nak argue keeeee???
 Oklah. Cukup2 merapu. I should start to pack NOW! Hewhewhew~


Don't hurry, give it time, things are the way they have to be. The moment that you're waiting for is coming, only if you give it time.



THANKS FOR READING! :)