Tuesday, September 11, 2012

Tazkirah Malam Ni

Assalamualaikum

Hari ni ngan esok aku ada training kat PLC Bangi. Sempat jumpe officemate aku Najmi kejap sebab dia PIPE kat situ hehehe. Nak jumpe junior2 aku, diorang tak habes kelas lagi. Takde rezeki agaknye hehe. Hari ni kepala ringan la sikit, tak macam semalam. On the way balik dari office semalam, aku agak berserabut. Macam2 aku pikir. Pasal keja, family, future la especially. Tapi aku ni jenis kalau pikir, habeh sakit satu kepala. Padahal benda tu bukan bole solve pon. Hhahaha saja cari penyakit. Anyway. Sampai ja umah, terdengar ceramah kat masjid sebelah flat ni. Ape yang ustaz tu cakap, kena pulak dengan situation aku time tu. Something about, "Tidakkah kamu mengerti bahawa jalan yang sukar itu adalah baik untuk kamu?". Haha some sort. Terdiam jap aku buat seketika.

Ok apapun meh ceq nak summarize the rest of ceramah tu.

He mentioned that there will be 3 classes of human during the Judgement Day, as promised by Allah swt. Sila rujuk Surah Al-Waqiah (surah yang ke-56) ye. Puak2 tersebut adalah: 

1. Golongan yang terutama (Muqarrabin)

Golongan ni Ustaz tak sentuh sangat. Aku rasa sebab depa ni suma hat umat2 terdahulu. Sikit ja zaman kita. Wallahualam. Depa ni dapat rasa nikmat syurga and group yang paling dekat dengan Allah. Senang cita, dapat service yang tip-top la. Siap ada bidadari lagi. Apa depa mau, Allah bagi. Subhanallah, bestnya kan? 

2. Puak Kanan (Ashabul Maimanah)

Haaa puak ni, ada jugak umat2 terdahulu tapi most of them dari zaman2 kita la. Nak jadi puak ni dak? Dapat masuk dalam bottom list pun jadi lah kan? Patutnya kita berlumba2 nak masuk group ni sebab nanti Allah dah janji, group ni for sure akan bahagia dalam syurga. Depa nanti rasa cam dok dalam taman, ada sungai and buah2an, environment pon sangat menenangkan. Aku google tadi, ada satu blog tu mention yang sapa tergolong dalam puak ni (lelaki), paling koman pon Allah bagi 72 bidadari. But worry not! Buat isteri2 solehah, anda akan menjadi ketua bidadari, takde hal lah :p

3. Puak Kiri (Ashabul Mash'amah)

Depa ni pulak, hat dok langgar perintah Allah. Hat takmau dengaq cakap. Tempat depa mestila kat Neraka Jahanam. Group ni, masa kat dunia, asek dok kejaq gheta (harta) and lupa kat Allah. Buat dosa sesuka hati pastu takmau tobat. Nak nyesal pun tak guna dah sebab Allah dah hantaq depa kat neraka wat selama2nya. Nauzubillah, takut gila kan?
Lagi satu, Ustaz ada mention pasal Jalan Kebaikan, which is al-'aqabah'. Errr actually aku tak berapa paham sangat yang ni. Maybe boleh refer ayat Quran kat bawah.

[QS al-Balad [90]: 11-16]
فَلا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ * فَكُّ رَقَبَةٍ * أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ * يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ * أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ *
Namun ia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu, apakah jalan mendaki lagi sukar itu? Yaitu membebaskan budak; atau memberi makan pada hari kelaparan, kepada anak yatim yang memiliki hubungan kerabat atau orang miskin yang sangat fakir. (QS al-Balad [90]: 11-16).
Kalau nak lagi clear, bek baca the whole surah. Hmm yang aku paham, kalau tengok kat ayat 1-10, Allah ada mention yang manusia ni kadang2 suka bermegah dengan kekayaan depa. Ada yang bongkak, rasa depa yang paling powerful. Dah lupa ka Allah yang cipta depa? Tsk tsk tsk.

Kat sini aku just tak paham apa ayat ni try nak habaq :
Dalam beberapa ayat selanjutnya mereka diingatkan tentang sejumlah kenikmatan yang yang telah Allah SWT berikan kepada mereka. Kenikmatan itu berupa organ tubuh yang amat penting dan berguna bagi manusia, yakni dua mata, lidah dan dua bibir; juga kenikmatan amat besar lainnya berupa petunjuk Allah SWT yang terang-benderang tentang dua jalan: jalan kebaikan dan jalan keburukan. 

Apa kaitan nikmat dengan jalan2 tu? Maybe Allah nak habaq yang one of His nikmat is petunjuk Dia? When does it apply? Jalan kebaikan tu 'amalan2 baik kita di dunia' ataupun 'petunjuk Allah'? Aaaa stressnya bila tak paham T_T
 
Ok moving forward. Ni aku saja2 nak tambah. Sebab lately asek rase susah hati je. Rase cam nak marah pon ade. Ish ish tak baik begitu bukan?
Ketahuilah bahawa bersikap sabar adalah lebih baik daripada menahan kemarahan. Menahan kemarahan itu boleh dikatakan sebagai suatu perbuatan berpura-pura sabar, iaitu memaksa diri untuk menjadi sabar, padahal sebenarnya dia tidak sabar.
Ali r.a berkata :
"Bukanlah suatu kebaikan jika yang banyak itu hanyalah anak-anak dan hartamu sahaja, tetapi yang sebenarnya kebaikan ialah apabila banyak ilmu pengetahuanmu, besar kesabaranmu dan engkau sangat penyantun. Hendaklah pula engkau jangan merasa bangga dengan banyaknya beribadat kepada ALLAH SWT. Jika engkau berbuat kebaikan, pujilah serta bersyukur kepada Nya."

Cakap pasai sabaq ni, aku rasa sedih bila artikel pasal sorang suami yang benti keja sebab nak jaga wife dia yang tetiba ja lumpuh. Ya Allah, tabahnya hati laki tu. Bukan senang nak jaga orang sakit ni. Further boleh baca kat sini http://abil4fauziah.blogspot.com/.

Ok tu ja. Sorry membebel banyak2 hihih. 





THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment