Friday, September 14, 2012

Oh Ayah Ibu

Assalamualaikum

Since Isnin ni cuti Hari Malaysia, aku tanya mama, weekend ni nak aku balik Penang tak? Because I don't have any major thing to do pon kat KL ni. Except for my friend's wedding on Saturday. So niat nak balik Penang lepas kenduri tu la. Ok. So she answered, "Ikut akak la, kalau rasa nak balik, balik la. Tak balik pon takpa".

Aku pn cam hmm ok. Letak phone. Lepas tu aku pikir, "Balik je lah. Aku bukan buat ape pon this week". Lagipun ada barang aku nak bawk balik dari Penang.

Tapi aku tak bagitau mama yang aku decide nak balik. Lepas tu aku call umah lagi sekali, hari apa tah tak ingat.

Aku : Mama dok buat pa?
Mama : Oooo dok kemas2 bilik akak ni. Haaa Pak Long Dollah nak mai tidoq umah kita.
Aku : Laaa depa nak tidoq bilik akak ka? Adoiii semak gila kot.
Mama : Heheh bukan kemas sebab Pak Long Dollah nak mai. Depa tidoq kat bilik bawah. Mama kemas sebab akak nak balik la.
 Aku : Erk.

Nampak tak hint yang mama bagi? So secara automatik nya aku 'diharuskan' balik Penang disebabkan beliau bersemangat menyambut kepulangan anak dia sorang ni. Aduyaiiiii mama ku.

Anyway aku asek emo lately. Kalau cakap dengan ayah, asek rasa nak marah2. Sikit2 nak melenting. Kenape lah jadi camni?=.='
 
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:

 
Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

#Hargailah kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka masih hidup di dunia ini. 

Anak yang soleh sentiasa mendoakan dan mengingatkan ibu bapanya. 
Sesungguhnya anugerah yang paling berharga di dunia ini adalah kedua-dua ibu bapa.


p/s: Bila dah jauh, baru terasa nak appreciate. Biasalah manusia.

THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment