Tuesday, September 18, 2012

Life is Short

Assalamualaikum

Baru lepas call parents aku. Tetibe rindu menebal. Mengada kan. Padahal baru balik Penang weekend ritu hihi. Berapa kali dah aku suruh mama doa mintak permudahkan urusan aku kat sini. Hehe aminnnnn. Anak dia sorang ni loghat sikit. Sat2 mintak tu, mintak ni. Terpaksalah mama dengar aku membebel tak henti2 pasal urusan kat dunia ni. Thank you mom :')

Me with arwah mak (my atok)
 Dinner
Alhamdulillah kenyang makan laksa beli kat stesen LRT tadi. Memang masyuk la kalau hirup kuah laksa tu. Licin habes mangkuk tu hehe. Rezeki pulak bila housemate bawak balik sate. Dapat makan 2 cucuk pon jadi lah hehee. Rase kalau everyday camni, dinner dalam 4,5 hengget, bole jimat woo. Bole saving sikit heeee.

Sambung Master
Semalam tarikh tutup Khazanah scholarship. Aku dah submit application since last week sebab takut busy dengan benda lain. So aku buat siap2. Now tengah apply MARA pulak but I know dah closing date. Erk tapi tak sure pulak. I read somewhere it stated dateline in October? Ahhh takpela, I just want to give it a try. Tapi takutnye nak bagitau Justin nanti? Hadoi. Tadi aku tanya HR, dahla unpaid leave bole amek for just 1 year ja. Aku punya course tu sampai one and a half year. Gimana tu noks???

Baitul Muslim
Haa benda ni aku dah dengar since kat Vandy lagi. Tapi masa tu cam, "Eeuuuwww watpe nak pegi mende nih? Geli la geli la. Awal lagi kot??". 

Actually sekarang pon rase macam tu jugak. Hahahah memang betol. Sebab rasa cam muda lagi and terlalu awal nak tau pasal benda ni. Kalau belajar awal2 pun nanti lupa kan? Kahkahkahkah tapi Dihah ajak jugak pegi. Kawan kami Aida Rahayu dok semangat promote kat fesbuk dia. So howwwwwww? To go or not to go? Ahhh aku tak ready *procrastinate*


Keja Keja Keja
Aku pon taktau camna nak describe. Ada yang ok, ada yang tak. Ada awkward moment. Ahhh benci nya diri ni sebab penuh dengan negative thinking. Patut la awet tua. Kahkahkah. Anyway, it's true, aku tak jumpak lagi apa aku cari. Masalahnya, apa yang aku cari sebenarnya????

Muhasabah Diri
Masa bulan puasa hari tu, boleh kata rajin jugak bukak alQuran. Tapi sekarang ni??? Nampak sangat tak ikhlas kan? Astagfirullah. Kenapa la berat sangat nak bukak kitab Allah tu, sedangkan kalau baca status kat facebook, mata sampai tak kelip2. Sanggup stay up sebab nak baca comment orang/browsing gambar2 - cam stalking ja?? Hahah Hidayah. 

Hasil stalking tadi. Ok this is TOTALLY random. I just thought this is kinda cute hihih.
Berbalik kepada topik kita. Ya, hidup itu sementara *tetiba*. Betul. Even dalam alQuran pun Allah ada mention (rasanya ada banyak lagi):
 
Surah al-Imran ayat 185

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya"

Surah al-Hud ayat 15

"Barang siapa mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan"

Surah al-Isra' ayat 18-20

"Barang siapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahanam; dia akan memasukinya dala keadaan tercela dan terusir"

"Dan barang siapa mengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik"

"Kepada masing-masing (golongan), baik (golongan) ini (yang menginginkan akhirat), kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalangi"

Surah al-Harsy ayat 18

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan"

[copypaste je] 
Rasulullah s.a.w., pula mengingatkan umatnya mengenai kehidupan dunia dengan hadis yang berikut: 

137- عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُونَ فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ. (مسلم)

137- Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia,  dan khasnya oleh perempuan,  kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan."

(Muslim)

Adoi, ada pulak mention pasal kaum Hawa kat situ. Nampak kan? Dunia ni memang best, macam2 kita boleh buat. It just depends on us how we utilize what Allah has given us. Tak salah nak enjoy tapi berpada2 lah. Jangan ingat dunia je, but prepare ourself for akhirat as well. Kadang2 aku tengok budak2 zaman sekarang partay tak agak2. Tengah2 malam dok melepak lagi, buat apa tah.

Sume ni untuk ingatkan diri sendiri jugak. We might not know what will happen to us, to our family, to the one we loved. Sebab tu kena bersedia. Sebab tu dalam rukun Iman ada tercatat, Percaya kepada Qada' dan Qadar.

Nah something for you guys.


Anyway, terkezut tengok sedutan movie yang jadi isu tu - Innocence of Muslims. Tak tengok habes pon. Terkedu. Terkesima. Sebab ada manusia yang sanggup main2kan Rasulullah camtu. Ya Allah, dah akhir zaman sangat nihhhhh. Takutnye :'(
Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ( al-Imran ayat 147)

p/s: Oklah aku ngantok, aku nak tido.


THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment