Sunday, September 23, 2012

Entri Yang ke 208

 Assalamualaikum

Fwahhh baru perasan entri aku dah masuk 200 lebih. Hahahah tapi bukan aku nak cakap pasal tu pon. Tajuk memang takde kena mengena dengan entri.
******************************

Anyway. Gambar yang menimbulkan spekulasi. Berape kali dah orang tanya, "Dayah, ni kau ke?". 

"Ye sayang, ini adalah saye"

Erk, budak kat bawah ni tak macam muka aku ke??

Naturally tembam and gigi berterabur. Aku la tu. Hahahahhahahaa :))
Kalau yangni gamba aku mase kecik, caye tak? HUA3~
Ok tu iklan kejap. Tengah nak hilangkan ngantok. Baru balik amek Awin kat KLIA tadi. Arrival kul 930 tapi 1030 baru nampak batang idong. Aish penat tol hari ni. Nak rewind jap bole? Satgi kita cakap pasai Awin na?

Hari ni aku purposely bangun lambat sebab nak rest cukup2 *kemonnn macam la selalu bangun awal pon hahaha*. Pffttt this week busy gak la kat opis. Tapi tu cite kat opis, sila tolak ke tepi ye? Plan dengan cousin aku nak pi umah Kak Aini kat Gombak. Dia cakap nak mai kul 3 lebih so aku pon melenggang ah. So bangun2, cam besa, pi dapoq. Tengok apa yang ada. Pastu rasa cam takmau lunch. Tau tak sebab apa? *secara tiba2 kan tanya soklan camnih?*
  • Dalam fridge takde food yang best
  • Turun beli makanan kat bawah is too troublesome
  • Malas nak masak
  • Malas
  • Malas
  • Malas
So obviously my answer is "semua di atas". Hahah tapi sebab lapaq yang amat sangat, hari ni wat bihun goreng and bergedil ayam. Men belasah je la ape yang ada dalam fridge tu. Wat bergedil yang hangit tapi housemate tetap suka. Oh bahagia.

Bergedil ke nugget? Hhahah lantak la. Kesian kena goreng sampai hitam tsk tsk tsk.
Tetiba time baru nak goreng bihun tu, cousin aku text cakap dah sampai. Cessss kena troll ka apa? Kata KTM kat Kajang tu rosak? Ingatkan dia sampai lambat lagi. As usual, aku akan menjadi kalut dan menggelabah yang amat. Sampai membebel sorang2. Hahah ok tu over.

Bungkus la satu kat diri seniri and cousin. Kesian dia tunggu lama kan hihihih *bodek siot*
Sampai umah Kak Aini dalam kul 530. Ayah cam besa, akan call tanya aku pi mana suma. Huhuhu. Bodyguard dari jauh la katekan. Anyway, tadi Kak Aini dok men2 dengan pet dia. Husband dia dah pi keja masa tu. Hmm sekor nama Baba, lagi sekor nama Bubu. Dulu boh Paiz & Paizah tapi tak elok la pulak letak nama manusia kat binatang, kan? :p

Sugar glider, baru 3 bulan. Suka melompat kat orang.
Mata boooolaaaattttt. Titew shukew!
Baguih gila makan seniri.
Nak tidoq dah. Kena dodoi dulu. Hamboih manje nyewwww.
Lepas maghrib tu aku ngan cousin bertolak pi KLIA. Sampai sana dalam kul 9, kira awal la jugak. Pi jalan2 sat.
Hahahha lama tak pi KLIA. Jakun sat takpa kot? :p
Kat tangan tu adalah pau ayam yang sedap untuk Awin. Beli kat Taman Melati hihih.
Coklat Ciuman *whatttha?*
Lama nya tak makan coklat nih. Mahal nya diorang jual kat Mesia nih T_T
Nostalgia la. 5 taon yang lalu. Kat sini family aku hantar masa nak pi Vanderbilt dulu sobsobsob *tetiba sedih??*
Ni paling takle bla. Ade pulak kipas-susah-mati Jung Il Woo dok tunggu dia sampai *sapa dia aku pon tak kenai*
Sampai2 ja mamat tu, suma pakat dok jerit. Most of them mestila kaum pompuan kan. Sapa lagi yang dok minat k-pop nih? Ohhh ade jugak laki eh. Okay!

Punya la bising masa mamat tu lalu. Sampai ada pakcik tu cakap, "Camni la Melayu..dok minat kpop..bla bla bla...". Nada sarcastic gila, macam marah. Tapi betoi la, mamat tu lambai tangan ja, suma sorak. Aku dok nampak dari jauh ja, muka tak clear sangat. Pfffttt memang femes betoi dia ni. Aku pon cari la sapa gerangan yang depa dok tergila2 ni.
 
 Ohhhh hensem and jambu. Patot la.

 Hahah lepas tu aku taktau dah apa jadi kat segerombolan manusia yang dok terkejar mamat ni tadi. Anyway, yang kami tau, kami nak pi dinner. Late dinner. Sebab perot pon dok bunyi2. Aku hantaq Aap kat Kolej UIA pastu aku ngan Awin pi makan kat Bangi. 

Ana Ikan Bakar Petai. Besaq gak kedai dia.
Siap timbang sotong lagiiii.
Tomyam sedap tapi pedas sikit.
Sotong goreng tepung wajib ada. My request hahhaa.
Ikan tilapia bakar petai.
Not bad not bad
Ni la housemate aku Awin, teman gossip hahahhaa.
Awin yang lapaq sangat. Tapi dia tak suka sangat lauk kat situ. Dia kata tawar sikit. Alaaa orang dah penat travel, mesti la tak lalu makan. Cuba tengok aku, always berselera although dah kul 11 malam huahuahua.

Dia dok cita pasai ada sorang mamat ni nama A. Very the lady's man. Yela, hensem kan. Memang ramai kawan pompuan dia. Hat jenis friendly terlebeyyyy. Nak dijadikan cita, most of gegurl yang rapat ngan dia, dok cita la masalah peribadi depa - duit tak cukup, stress study, kucing merajok takmau makan, keta rosak dan sebagainya. Dan salah sorang mangsa adalah Cik B. Satu hari Cik B heran camna classmates suma boleh tau cita pasai personal life dia. Siap gelak2 bagai. Rupa2nya mamat A yang pi cita kat budak2 laki, apa yang gegurlssss suma dok luah kat dia selama ni.

Tak make sense kan perbuatan mamat A tu????
Aku marah gile ngan mamat A tu. Dah la betrayer. Sweet talker. Lagi satu, yang die pegi kepoh2 cite kat budak2 laki lain tu kenape??? Eeeee mesti dia buat2 concern kat pompuan, bajet caring. Padahal nak korek rahsie orang. Lepas tu jadi bahan lawak die pulak. Aduiiii kalau aku jadi pompuan2 tu mesti malu gile. Tak suke ah laki camtu. Cam mami jarummmmmm.

Ok kenapa saya harus emo malam ni? Hahhahaha.

Ok ok. Lepas makan tu kami balik umah teros. This time, mama pulak text tanya kat mana. Sebab risau anak dia tak sampai2 umah lagi. Adoi.

Sampai umah in 30 mins later. Letak2 barang, Awin kuakan suma souvenirs dia beli kat Glasglow. Best nyaaa, barang kat sana suma murah2. Jeles betoi grrrrr.

Pelekat yang dapat atas flight. Letak kat kerusi, nanti pramugari tau la nak buat apa. Hehehe baguih nya.
Got this cute little thing from her. Thanks Awin! :D
Ni obviously bukan untuk aku hahah. Awin beli 7 helai baju baby for only 7 pound.
Hadoiii murah sangat nih. Dah la comei2. Nak pi Glasglow sekarang boleh?
Ok tu ja la aktiviti untuk hari ni. Esok cam nak rest lagi. Tengok la camna.
Alhamdulillah for everything. Oh ye. Jumaat lepas ade tazkirah pasal "to be grateful with what you have". So people, I want to list some of them here:

Alhamdulillah sebab Allah bagi nikmat Islam dan Iman.
Alhamdulillah sebab still boleh bernafas kat bumi Allah.
Alhamdulillah sebab still ada ayah & mama. *and family jugeeee*
Alhamdulillah sebab ada officemates yang best and helpful.
Alhamdulillah sebab dijauhkan dari penyakit.
Alhamdulillah sebab dapat keja yang baik.
 Alhamdulillah sebab still ada 5 pancaindera *walaupun kadang2 telinga tak bape nak dengar*

Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!  :')

 
p/s: yeyyy oven dah boleh guna!


THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment