Sunday, April 29, 2012

Busy Busy Busy

Assalamualaikum

 Pagi Jumaat ritu buat medical check-up. Pastu petang pegi post sume borang2 yang sepatutnye hehe. Done done done. And now I'll just have to wait for the medical check up result. Ommooo neves gak sebab doctor tu macam super strict. Takut tak lepas pulak. Dah la bile tengok x-ray, tulang belakang aku tak straight kot (maybe faktor keturunan). Tapi before this wat medical check-up, doctor tak penah cakap mende ni harmful ke ape. Tapi maybe akan selalu sakit belakang. Patut laaa =.='

Busy betul this week. Jumaat tu aku tak masuk ofis pon. Kalut sikit ah, dengan nak pegi LHDN lagi, isi borang, wat medical check-up. Seb bek sume da habes. Pape pun, kite just tunggu result Isnin ni. Mintak2 medical check-up pass huuu T_T

Received this last Wednesday. Alhamdulillah Praise to Allah :')
Malam tu pegi shopping la ape lagi! HAHA pegi Tesco beli sling bag. Then gerak pegi Sunway Carnival pulak. Masuk parkson, beli blouse, suar slack ngan purse (yey atlast dapat pon cari haha). Then pegi Watson beli Silky White loose powder. Ni sume sebab sorang beautician tu cakap, aku tak sesuai pakai compact powder. Sebab nanti die clog sume liang2 pori aku pastu naik la white heads and segala mak nenek kat muka ni. Tapi loose powder ni mahal sket aaaaa T_T

A translucent loose powder for that finishing touch after your liquid foundation. This product gives you a soft and natural look. Eliminates shine with its oil-free formula. Available in 2 Asian shades.
Ok tu kisah hari Jumaat. Hari Sabtu pulak, pegi lunch kat Hammerbay dengan Baly, Fahmi and Acap. Haha actually aku tak makan pon sebab pagi2 da belasah makan omellete McD :pYang lain2 da siap tunggu kat Sunshine, nak main bowling. Heheheh da lama kot tak main. Excited gileeeee. Jalan nak pegi Sunshine dari area Queensbay pon aku da teragak2 KAHKAHKAH Penang celup betul. Seb bek tak tersasar jauh ke tengah pekan ke ape. And bowling time was fun!! Too bad Mony tak dapat join sebab pegi KL huuuu. Ok la kot. First round dapat 125, second 103 (kalah dengan Baly). Aaaa mati aku Isnin ni, Bukhari n da geng da la nak ajak practice kat BJ Complex. Memang kaw2 kena ah dengan diorang. Lauk2 HAHAHHA. Pray for me people :p

Petang tu pegi melawat future home (cewah!) kat Bertam Perdana dengan family terchenta. Haha bile taun tah nak siap. Tak sabar lak nak dok sini :D

Huuu rumahku syurgaku. Takle masuk tengok dalam umah sebab diorang tengah buat parit.
Lepas tu pe lagi, pegi makan la hehe. Perut pon da kruk kruk sebab tak makan dari tengahari.

Bihun sup tulang and sirap selasih. Makan di kala petang. Angin sepoi2 gitu. Bliss :p
I'm so grateful to have them as my parents <3 
Malam tu Kak Siti call nak ajak kua tapi aku still kat area Kepala Batas mase tu dengan family. Sayangnye tak dapat kua dengan beliau huhuhu. Tapi terkejut gak dapat call dari die hehe. Anyway, it's good to know there's always someone who will remember us kan? Kawan sekolah rendah kot. Tapi tak penah jumpe since aku balik Malaysia. Grrrr asek salah timing jeee. Yang sorang lagi pulak, da dapat keje kat KL. Bile laaa nak jumpe huuu.

Find someone who isn't afraid to admit they miss you. Someone who knows you're not perfect, but treats you as if you are. 

Aku da nak resign 23May ni. Tetibe rase rindu kat kawan2 Philips :'(

 
THANKS FOR READING! :)

Friday, April 27, 2012

Another New Beginning

Assalamualaikum

"Dayah, rase nak resign je camni. Sedih laaaaa. Takutnya bila buat salah"

"Waaarghh I sudah pening woo. Mata mau buta tengok microscope hari2. Tomorrow have to come work at 7am pulak"

"Memang kena tido ofis ah malam ni. Bawak bantal selimut suma sekali ah senang hahahhaa"

"Aiyakk..cannot go back now. Ade problem dalam production line maaa..."

"Regret datang sini aa? Now you know how I feel"

Begitulah keluh kesah kawan2 saya sejak akhir2 ni. Keje makin tough nampak gayanya. This week agak 'fun' sebab macam2 benda jadi. Jumpa benda2 yang kitorang tak penah face dalam line selama ni. Fuh3. New discovery. New challenge. Kena discuss and decide cepat so that we won't miss any shipment. But I don't think things went that bad. Not really. Like my boss pesan, bila kita prioritize things, we'll see things clearer.

And one thing I realize is that; No matter how you hate your job, you have to learn to love it. Kalau tak, dalam kepala kita ni asek pikir nak resign je. I know Quality Assurance is not my thing but in my mind, I pikir pasal nak belajar, nak cari experience, nak dapat kawan2 baru *hihihihi*. In fact, I did. Raaaaamai kawan, I should say. Seronok. Your life won't be stressful as it is if you know what you're doing. Betul, kadang2 stress keje sampai rase nak berhenti on that spot. Like, immediately. "Nah boss, my resign letter. Tata". But we won't know what it is like kalau kita tuka keje kan? Ntah2 lagi susah kat luar sana. Haaa camtu la pesan Production Manager kitorang, Nai. Don't compare yourself to others. It's just a matter of how far you want to push yourself to the limit. Nai tu cakap, die dulu amek education (cikgu tuuu). Sekarang da jadi Manager. Salute lah! Tapi memang aku respect Nai ni sebab dia sangat responsible, fast-thinker and very friendly. You'll enjoy working with him, trust me.

HAHHAHAAH memang selalu terjadi. Always.
Ok actually aku saje nak cakap what are some good and bad news yang jadi this week. Recap la konon2. Sape nak dengar? :p

Good News

1) Dah bukak akaun ASB (dari minggu lepas kot). Hoyeh2 serunuk. Menabunglah demi masa depan anda dan anak2 anda. Eceh!!

2) Boss cakap "You dah bagus sekarang. Tak sia2 I ajar you *muka boss bangga kejap*. Kalau you resign, I banyak rugi woo.." Boss cakap lepas aku hantar resign letter. Erk T_T

3) Berjaya jual Lens Tamron yang sudah berkurun tidak digunakan. Last guna masa pegi beach house kat Florida. Oklah, good deal. Duit tu bole guna nak buat kenduri arwah mak :')

4) Isnin nanti kawan saya ajak practice bowling. Yeahhh, eksaited2. *alamak tapi..tapi..bakal terasa awkward*

5) Dapat offer letter from Petronas. Dapat agak lambat (a week later than it should be) and sekarang aku tersangat la rush nak prepare all those documents. Esok taktau la sempat masuk office ke tak. Nak pegi medical check up la, post borang2 la ape la. Hewhewhew inilah dinamakan cobaan rintangan dugaan!

6) Tengah work out ngan Pesah nak cari umah kat area Seri Kembangan/Bukit Jalil/Sungai Besi. Yang dekat dengan LRT and dekat dengan Sapura (cari balance point sebab Coh keje Sapura, aku lak kat KLCC). Ngeh3 so far jumpe satu umah ni (studio unit) harga RM900 sebulan (share 2 orang so sorang RM450 - okla tu sebab dok KL huhuuu). Tapi sekarang tengah tunggu la7 Bndlord confirm. Lagipun kena baya deposit 3ribu lebih. Gilo ke. Terketar2 kitorang nak baya. Da la baru nak masuk keje. Simpati lah kami wahai tuan rumah....

7) Aku bersyukur sangaaaaaatttttt sebab dapat parents yang sangaaaatttt helpful. Dari mula2 aku nak masuk sekolah, sampai aku nak masuk keje pon sanggup tolong aku settle kan important matter. Teman aku pegi sana, sini. Belikan aku itu, ini. Melayan kerenah anak sulung sorang ni. Yes aku memang manja sangat dengan parents. Bukan manja yang merengek2 suara gedik tu *opppsss sorry tercakap direct*. No no no. Like, so not me HAHAH. I guess I'm too dependent on my parents. Especially my mom. Kalau ade problem, mesti nak datang mengadu. Perempuan lebih memahami perempuan, bukan? Kalau ayah pulak, aku takle nak mengadu lebih2 sangat. Nanti tak pasal aku kena sound balik HAHAA.

So aku rase, kalau aku da keje kat KL nanti, aku takdela depend kat diorang sangat kan? Maybe one day diorang yang akan depend kat aku (wah!!!!). Mane tawuuu hihih. Aku nak belajar jadi berdikari and tak mengharapkan ibu bapa. 

Bad News

1) Graduate Trainee tak dapat dental card. Huwaaaa ini adalah amat stress. Terkubur jugak hasrat aku nak buat braces sekarang. Kalau tak, at least dental card tu bole compensate some of the expenses for braces. Urgh kecewa kecewa!

2) I don't think I can afford Iphone 4 at the moment. Dan ini amat mengsedihkan saya. 

3) Semalam. Aku hingus teruk. Dalam meeting air hidung dok meleleh, dah la tak bawak tisu. Sorry sedikit tidak senonoh di sini. Malu seyh. Sampai Nai tegur, "Dayah keja kuat sangat sampai sakit2". HAHAHAH tak pasal2. Yang betolnye, aku banyak makan sotong (ok now I know kenapa cholestrol tinggi heh). Da tau idong tu sensitip tapi still nak makan jugak. Sedap kot!!! Biasalah manusia....

4) Ok ni kelakar. Semalam mati2 aku ingat ade training kat Vistana Hotel. Sampai2 sane, sorang pon takde. Bila tanya receptionist, memang confirm takde training yang aku sign up tu. Cis cis cis terasa tertipu. Rupenye2 baru aku tau, kalau HR tak hantar notification email, maknanya training tu tak on la. Aku men assume je la, mane aku tau! Da terlambat bebeh! Aku kena baya 3 hengget duit parking. Oh duitku melayang. Duit minyak jugeeeee. Sampai2 ofis buat muka tebal kejap sebab the day before dah heboh kat sume orang "esok aku de training yey. esok aku bole rilek2 yey. makan sedap yey". 

YEAY =.='

Ok tapi pape pon, Good news > Bad news kan? So aku nak risau ape? HAHAH. 

On a different note, Ayah de pesan, "Bila kat Petronas nanti, akak kena keja rajin2. Apa akak belajaq kat Philips tu, akak try apply. Absorb apa yang penting. Jangan malas2"

Gulps. Rajin macam ni ke, ayah?

Tapi saya tak sekecil semut. Hihihi~
Aku bukan malas nak keje kat Philips tu. It's just aku rase macam "Am I doing the right thing here? Wait, apa aku buat kat sini?". Hah gitu la perasaanye. Kadang2 tension gak. Tapi aku selalu ingat quote ni.

Whenever you are distressed, worried or confused, just close your eyes, take a deep breath and say:

“Oh Allah; I Love You! I know it’s your plan, and I put my complete trust in you. You are with me always, and I will succeed because I have supplicated to you”

Janji Allah tu pasti. Aku tak pecaye nak dekat 6 bulan aku tunggu Petronas ni. Betapa tingginya kesabaran ini puhpuhpuh. Honestly, memang rase nak give up je mase mula2 tunggu surat sampai. Sebab tu aku taknak mengharap sangat and start life yang baru kat Philips. Aku tanak buat mindset yang aku KENA keja kat Philips ni sebab terpaksa. End up, aku enjoy keje aku kat situ. In fact, I've prepared mentally if I have to stay at Philips. Tapi dapat better opportunity, alhamdulillah. Rezeki2

Actually, one of my friend's dad said this, "Bila kita mula putus asa, masa tu la rezeki datang".

Pergh tamparan hebat tu. Betul gak ape pacik tu cakap. Terase kejap. Alhamdulillah. Betapa besarnya kuasa Allah. Baru teringat, mama cite mase offer letter sampai umah kan. Masa tu mama tengah sidai baju kat belakang and ade orang tengah tebang rumput (menggambarkan keadaan yang sangat bising). Then tetibe mama terdetik nak amek purse yang tertinggal dalam kete. Bila kua umah je, terus datang sorang brader moto ni, hantar parcel. Takde van PosLaju ke ape ke. Moto kapcai bese je (sorry brader!). Orang takkan perasan brader tu posmen. Hew2 kalau tak, silap2 kena gi amek kat PO kat BM. Alamatnye lagi lambat aku dapat offer letter. Da la sume documents kena submit before 30 April.

Ok aku da start neves. Like, seriously neves.

Bismillah.

Bye peeps. 

Banyaknye benda dalam kepala otak ni. Jammed.

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, April 24, 2012

Ketidaksediaan Saya

Assalamualaikum

Mintak maaf atas entri2 yang agak tacink sejak akhir2 ni. Ya, saya akui saya memang kuat beremosi sikit. Sikit je ok? HAHA tipu sangat lettew.

Anyway guys! *tehtiba muka semangat*

Saje nak cakap, everyday pegi keje mesti aku nampak kete ni. Da berbulu mata ni menengok. Makin lama makin banyak pulak kat jalan raya tuh. Jeles ok. Saya, selaku penggemar benda2 comel, amat meminati kereta ini~!! 

Suzuki Swift ^^_ Harga paling murah dalam RM60k kat pasaran sekarang. Not bad la kan? *cewah cakap macam orang kaya tsk tsk tsk* 





Kelaih kelaih kelaih *bak kate Zizan* :p

HAHA ok ok nak cakap pasal keje pulak. This week, alhamdulillah tak busy sangat. Hahaaa memang bersyukur abes lah. Isnin hari tu aku da dapat offer letter dari Petronas. Alhamdulillah Maha Besar Allah. Berbulan aku tunggu. Memang aku cakap, kalau dapat Petronas ni, macam bagai bulan jatuh ke riba kan. Hah Dayah, sekarang bulan da ade kat riba kau. Ape kau nak buat? HAHAHAHHAHAHA!

Berat hati aku nak tinggal Philips Lumileds sebenarnya. Sebab aku rase dah sangat2 close dengan kawan2 satu office, operator and bos aku sendiri. I mean, although aku rase aku takde la perform sangat pun, tapi aku belajar banyak la kat situ. Aku suke sembang dengan kakak2 Line Leader (nampak sangat tujuan masuk production line sebab nak bersembang HAHA tak tak).

Hari tu aku tegur Kak Uma (Prod Line Supervisor), "Eh tadi nampak Kak Uma masuk office, tak pakai smock. Nampak lain eh? Nampak..."

"Nampak cantik kan?" Muka konfiden.

Kak Ija yang ade kat situ pun turut terdiam bersama2 saya. Lepastu semua orang gelak. HAHAH sengal. Akan ku ingat saat2 kita bersama. Cewah. Jiwang pule. Hah alang2 layan la lagu ni jap. Tadi ayah dengar kat Sinar FM. Layan, jangan tak layan~~


Pastu, tadi kat sitting area (entrance office), ade orang jual2 vitamin supplement etc. Kan aku cakap minggu ni Health Week. Aku pun tersangkut la dekat amoi sorang ni, jual colon cleanser. Aku agak tertarik, lalu menarik Kak Farah. Hewhew 4 kotak jugak aku beli. Satu dalam RM20 sebab ade promotion. Bagusla, sebab aku ni kurang lawas sikit. Da la kurang minum air isk isk tak sehat betul. Takpela, we'll give it a try. Kita berikhtiar, betul? Kihkihkih~

Mintak2 effective. Doakan saya kurus plis! :p
Fuwahhhh susahnye nak cari umah kat Key-Ell nih! Gewam2. Kalau la saya ada poket Doraemon, saya nak bentang google map tu. Senang sikit nak tengok. HAHAA *ok random*



Ex-classmate saya nak kawen lagi dua minggu. Saya bagaimana? Ade orang suruh saya cari ehem2. Ingat cari ehem2 macam cari keje kat Jobstreet ke? Kalau berminat, bole tekan 'apply'. Wah!


THANKS FOR READING! :)

Sunday, April 22, 2012

Cantik Macam Heliza?

Assalamualaikum

Dengan rasminya saya suka lagu ni.



Hahah random jap. Ok ok. Entri ni sepatutnya aku tulis Jumaat lepas tapi sebab hari tu aku sakit mata. Lepas balik keje terus tido, tak sempat update blog. Sob sob rase nak nanges kot. Mata jadi merah lagi pastu pedih. Pegi klinik amek ubat titik and antibiotic then doctor cakap, "Jangan pakai contact lens la. Pakai specs macam I (merujuk kepada kacamata bulat yang takde style langsung HAHAA). Semua orang pun nak cantik aaaa?" sambil senyum2. HAHA tak biase kot pakai tudung dengan specs. Takpe doctor, terima kasih atas nasihat anda. Terima kasih di atas ubat2 anda juge :p

Tapi betul, teruk gile aku rase Jumaat malam tu. Taktau la sebab becampur baur dengan keje yang memenatkan tu ke ape. Bayangkan, Khamis tu aku balik pukul 11 malam. Pagi esok bertolak awal pagi pulak. Haihhhh siap muntah2 lagi. Memang sah, I'm getting sick already. Orang tua maaaa T_T

Mom, I don't feel good. Please treat me well.
Anyway, talking about 'sakit hati'. Pagi ni (Ahad) aku mimpi something yang sepatutnya aku mimpi. Ade ke patut aku mimpi orang tu call aku pastu kitorang act like bestfriend? Like OMG macam takkan jadi ok? Sampai beribu tahun aku tunggu pun benda tu tak mungkin jadi. Ommmoo jahat gile kan mimpi2 ni? Even aku da try lupakan, da try tanak pikir. Die nak masuk jugak dalam mimpi. Like ergh, benci gile. HAHAHAH ngengadengade. Heyohheyohheyohhhh~

Aite, enough enough. Benda tu tak penting walaupun penting sebenarnya sebab benda tu buat aku gembira. To be able to hear your voice even in my dream, I feel very honored. Thank you for calling me and talk to me again walaupun dalam mimpi je. But really, I'm scared. I'm not scared to be forgotten by you. At least, not anymore. I'm getting used to it. I know exactly what I should do. Yes, to stop these nonsense in my head. I'm sick of it already. Sick of playing games within myself. And I think I'm gonna burst into tears :'(

What if Real = Imaginary. It can't be right? :p
The more I hate something, the more I fall in love with it. That's why first time we met, I said to myself, "I hate you. SO very much". See what happened now. I told ya.

I hate all these images that keep spinning in my head. All those scenarios, chaos that happened not long ago. I remember the time when we went to beach house at Florida. That was the best time ever. Remember when we were the first to arrive at the house? You remember what was the first time you did to me? Masa tu I asked you guys to eat koey teow/bihun tak sedap yang I buat (sendiri pun tak ingat aiyak!). Remember? Remember now? That was the sweetest thing ever ok!!!! And I was speechless at that time. Sebab tak pernah lagi orang buat macam tu. I'm so touched. Honestly, my tears are running down my cheeks right now. And I don't wanna talk about it anymore :'(

I think this is wayyyy too much already. Bila kita try nak lupakan something, benda tu akan lagi datang. Kenapa eh? Macam ni ke orang cakap one-sided love? Ahhh what am I thinking? I must've been crazy.

Ok, breath in. Breath out. The most important is, although you've forgotten by him, don't you ever forget Him ^_______^
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" [Ar-Ra'd:28]    =')
And tehtiba la pulak aku nak letak gamba Heliza yang cun melecun nehhhhh (random kan??)~~~



Sejuk mata tengok Kak Ija nih. Sweet habes. Awak nak saya jadi cam Heliza dulu baru awak approve ke? KAHKAHKAHKAHHH ok aku da merepek. Adios people :))


Cccuuuakkk nye nak keje esokkkkkk.

THANKS FOR READING! :)

Friday, April 20, 2012

Mucho Gracias, Amigos

Assalamualaikum

Aku bru balik keje sejam yang lalu. Yep, pukul 11malam. HAHA orang cakap, kalau balik lambat tu either memang style buat keje lambat OR memang habit suke abeskan keje kat ofis. Me? Erk I don't know. Yang aku tau kalau aku still struggle (a bit) nak prioritize things. My bos ajar, when you don't write things down, you don't have the list to follow up. When you have the list then you can set the priority. Baru la dapat check one by one. Tapi ape2 pun, sampai2 ofis, aku selalu berdoa tak dapat email yang menggerunkan. From my bos. Yela since she's in Taiwan right now. I have to be the person in charge. Aiyakkkk susah wehhhhh T_T


Phew phew this week memang challenging habes. Especially today. For the past days, I was so caught up with work and forgot to take care of my health. Nasib baik minggu ni Health Week hehe. Semalam buat Blood Pressure checking dengan Hospital Pantai. Alhamdulillah tak rendah macam yang selalu check kat umah. This time my blood pressure is normal heeee. Pagi tadi lak wat Blood Screening dengan ProLab. Diorang amek sample darah and wat test. Next week baru dapat result. Sample urine pon diorang collect. Doktor cakap darah aku kurang oksigen. Heee sebab tak lama exercise kot *muka sorok bawah katil*. And maybe sebab tidur tak cukup. Huuuu~

Ok tu pasal health. And I don't want to talk about work anymore. At least for now. And since tomorrow is Friday kan. Looking forward to weekend lah, ape lagi! Nak cakap pasal..erk..yeayyy masuk bowling tournament on 12&13 May!!! Suke kot. Da lame tak main heee. Masalahnye sekarang, tehtiba pulak kawan saya sorang ni suruh jadi captain. Gila ke hape. Main pun masuk longkang hewhew. Like seriously. Aku suke bowling tapi nak dapat strike tu memang jangan harap ah. Spare pon jarang2. Team tu kena ade 2 guys and 4 girls. Kawan saya tu cakap team die tak cukup lagi sorang. Sebab tu saya diajak masuk. Kena buliiiii T_T

Selasa ritu ade sorang akak tu tegur, "Adik ni ade mix Arab2 ke?". The heck. Tak macam Arab langsung!! Pentipu gile haha. Pastu bile aku cakap aku grad US, die macam "Fuyooooo". Erk bagi aku kan. It doesn't matter kalau ko grad mane2 pon. Janji ko ade that soft skills (communication skill especially) and you can present yourself in front of people. With confidence, of course. For me, I don't think I have that *secara jujurnya*. Still belajar2 untuk jadi peramah dan confident bila bercakap dengan orang. Another thing is, my director penah pesan, "There's no use if you have the info/knowledge but you don't know how to use it". See? I might graduate from US University but do I have strong fundamental in Chemical Engineering? Maybe not!! HAHA *salahkan diri sendiri sebab tak pay attention dalam kelas dan selalu krogh krogh krogh*

On a different note, I suddenly remember. My friend sorang ni penah cakap, "Dayah, doakan aku berjaya dalam career and life. Yeayyy terima kasih. LOL"

"InsyaAllah la. Ko da dapat keje kat XXXX tu, bright future pe. Actually kan, it depends on how long you want to stay there. Bukan senang nak dapat keje kat XXXX tu (contoh terdekat aku) HAHA. So jangan lepaskan chance. Keh3 macam ibu penyayang takkkkk. Tapi honestly, ko cam pandai bawak diri je? Kalau ade orang nak perlekeh ko ke ape, ko pandai fire balik. Kalau macam aku ni, senyap je. Senang2 orang nak pijak kepala (macam aku keje sekarang ni). Takut jadi camtu ooo. Sebab keje aku ni, kena make sure opinion aku accounted in the discussion. Kalau aku diam je, it means aku takde contribution to my team. Heheheh tu je tazkirah untuk malam ni" *panjangnya reply...macam jawab soklan SPM heh*

Bukan senang nak impress orang kan? Ok, enough scaring myself already. Tu je la. Da pukul 1230 malam. Aku ngantok sesangat ni. Pening kepala pun ade. Esok nak pegi keje lambat ah *hihihihihi mode sesuka hati*

Whatever it is, things won't change. Because I never told you. That I love you already.


Nak gelak everyday aci takkkk? Thank you friends!!!!! :)

THANKS FOR READING! :)

Monday, April 16, 2012

Ade Ke Patut? Lagi-lagi Isu Mahasiswa~

Assalamualaikum

Semalam, ayah ade bukak cite pasal pemansuhan PTPTN tuh. Pastu terkeluar jugak pasal cite kat bawah ni.



Haaa ape kaitan nye? Student buat demonstrasi, perhimpunan tunjuk perasaan tu sume bermula sebab isu pemansuhan hutan Tan Sri Tajudin Ramli. Betul tak? Aku tak pandai nak berdebat pasal ni sebab ilmu politik aku sangatlah cetek. Aku paham perasaan bila dapat tau, ade orang lain yang dapat pinjaman berjuta2 tapi dapat lepas camtu je. Gile tak aci kan? Aku rase niat diorang ni, bukannye nak mintak kerajaan mansuh sangat pun, diorang just nak human right. Sangat tak adil kalau dipikirkan. But still, kita taktau apa sandiwara yang berlaku di sebalik kejadian yang samar2 ni. Dah la nak dekat pilihanraya ni. Hmm paham2 la hehe.

Bagi sape yang nak PTPTN nak dimansuhkan, tapi pelajaran ke laut, ape gunenye? Ingat sume mende kat dunia ni free ke? What you give you get back. Aku pun, kena baya balik loan MARA ikut percentage yang ditetapkan. Kalau ko dapat CGPA 4.0 lain cite ah, takpayah bayar terus. Sudah terang lagi bersuluh. Fair bukan? Jadi, tanyalah diri anda. Layakkah anda dimansuhkan dari membayar pinjaman pelajaran? 

Anyway, korang ce try tengok video ni. Ade rase berapi2 sikit tak? 


Panasnye aku tengok video ni. Tak habis2 dengan "hak berhimpun, perlembagaan". Dok ulang dari awal Bosan ah dengar. Aku benci orang yang suke potong cakap orang. Tak respect langsung. Pastu bole pulak cakap, "Cik, hormat sikit cik. Keluhuran perlembagaan ni". Tengok cara dia bercakap dengan pegawai DBKL camne. Dunia ini bukan pentas debat semata. Mana pegi kesopanan dan kesusilaan anda wahai abang pakcik baju biru? Orang berbudi, kita berbahasa kan.

Ok aku pun da menyimpang jauh. Tapi geram jugak tengok video tu. Haih haih. Lagi satu yang ni.


Sampai pemimpin sendiri pun boleh buat macam ni. Sedih.



THANKS FOR READING! :)

Sunday, April 15, 2012

Too Much Chocolate!!!

Assalamualaikum

Fuh I was soooo exhausted today. And I got a headache. Sebab cuaca terik sangat kot hari ni. I guess my silau-ness is getting critical already. And now I have a runny nose. Erghh what a day T_T

Anyway, this morning I baked a chocolate cake for my sister. Hehe sebab hari tu da janji. Pastu kitorang pegi melawat die kat hostel.

Hahha buruk nye presentation. 
Anyway, talking about chocolate. Did I tell you it's the best remedy for stress? HAHAH it is! Well, that day I managed to finish one bar of Cadbury choc. Ommmoooo choc is so my BFF :p

Hahahha this one lah! Sanggup tinggalkan keje jap sebab nak beli :p

Ohh I used this mase nak bake choc chip cookies dulu. Hehe :p
And this is a must. Pour on top of cakes/muffins/pancakes. Hmmmm so yummy!!!

My fav now ;)

THANKS FOR READING! :)

Assalamualaikum

Am baking with loveeee <3

THANKS FOR READING! :)

My Shopping List for Today

Assalamualaikum


Best gak cerekarama ni - Landasan Cinta. Suwit2 gitu heh3. Da la setting kat Aussie. Teringin saye nak pegi. Combination Shah Jazzle ngan Tasha Shila. Hihih comel je :p

Pesan Tasha Shila, "Tak salah kalau nak berangan. Sebab angan2 itu boleh jadi kenyataan"

Ok. Let's start dreaming now KAHKAHKAH =))


Went shopping with my mom today. Pheww berjam2 kitorang kat lua. Kalau ade ayah, mesti die tak larat tunggu kitorang. Sorry dad! Ohhh he went to KL yesterday, ade reunion budak2 STAR and ade football game kat Sunway Pyramid. Bestnyeeee gathering kan? Esok baru die bertolak balik.

Ok anyway. At least now I can update my shopping list before I berpindah ke KL nanti. HAHAHA cam poyo lebih! So...

1. Kemeja keje - Partly Done. Well I managed to find one only. Haha. Although after all those long hours...
2. Seluar slack - Partly Done. Beli satu je. For now :p
3. Heels - Partly Done. Not that 4 or 5 inch one! Nasib baik jumpe design yang cantik tadi hehe..  
4. BB Cream White - Done. I think now I can use this already. Pakai lepas moisturizer, then it should be ok. Kulit takkan kering macam selalu hehe.
5. Purse - Pending. Tak sempat nak bli tadi dong.
6. Order contact lens - Done. Waaaa silau makin naik. Patut la rase kabur sikit. Pastu pening kepala jugak. Sales girl tu cakap (have been her customer for the past 5 years hehe), maybe silau tu sebab banyak mengadap laptop and drive waktu malam. Yes, yes, kena kat diri sendiri balik HAHA. End up, kena pakai special contact lens. Mahal pulak tu. Aigoooo T_T
7. Handbag -  Pending. Actually more like handbag yang besar. Boleh letak macam2 benda. HAHA.
8. Seorang pilot yang hensem kacak bergaya dan pemalu serta lelaki tulen

 


Lepas shopping, pegi Cosway pule. Tapi sebab tak tengok catalogue die siap2 and list down things, aku tatau nak beli ape tadi. Mak aku je yang order2 barang Cosway. Kitorang balik umah dalam kul 10 camtu. Fuh fuh shopping sakan anak-beranak. Kesian Kimi kena temankan. Takpe, da upah eskrem kehkehkeh.

Ok tu je la update untuk hari ni. I ngantok ler. Nak tido dulu. Esok nak pegi visit Irah kat hostel pulok. Pagi esok nak buat chocolate cake untuk die. Mesti budak pipi tembam tu suke hehhe :p

Dah. Dah. Tido. Tido. I nak berangan kahwin dengan pilot jugeeeee *penangan Landasan Cinta*


Bestnye tengok gamba kawan2 wat gathering. Jeles betul. Alamak..tapi...tapi... :'(


THANKS FOR READING! :)

Saturday, April 14, 2012

Mak Nak Cantik Juge!

Assalamualaikum

I'm so gonna miss them in one month time :'( Or so. Kalau offer letter dapat cepat la hehe. Rindu rindu rindu!! Saya haruslah mempastikan diri ini berada di Pulau Pinang sekurang2nya 3 minggu sekali hihihi *itu janji saya pada diri sendiri*. Tadi kitorang kua lunch kat tepi Giant tu. Kat kedai tu ade orang akan jerit "air amek kat depan!!!!!!!!". Hahaha itulah kebenarannya. Setiap orang yang pesan, dia akan jerit kepada makcik air (perhatian : makcik air wajib berada jauh dari beliau untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada gegendang telinga). Cam tadi dia akan tanya, "Order air apa?". Aku jawab, "Teh ais" dan beliau akan menjerit "Teh ais amek kat depan!!!!!!". Senang bukan skrip beliau setiap hari? Dan dia akan ulang untuk pelanggan seterusnya. Rase macam nak jerit kuat2 balik, "Baiklahhhh tuan!!!!!!!" *muke bersemangat*

Buah cempelak ade aa tuan?
Oohhh kat bawah ni gamba2 lama, mase tu hujan. Kitorang tercari2 tempat yang best nak lunch. Fira pulak busy and terpaksa datang separately. Memang drama habesss y'all. Last2 makan dekat2 Philips jugak hehehe. Tapi pape pon, nasib baik nasi ayam kat situ sangatlah sedap.

Colorful betul hihihi. Dengan serta merta saya ceria pada hari tu :p
Minum dalam bekas tin. Blerghhh so refreshing! *teh 'O' ais memang favorite*
Fira yang cuba menumbuk Intan gara2 ditinggalkan sob3
Kak Farah yang happy tunggu makanan. Tangan Fira yang menyebok.
Concentrate ape Kak Farah cerita *sampai kerut2*
Ayu ker? Boleh laaaa :p
Yes yes, akan merindui kalian. Nanti jangan lupe aku ye. Hahha kenapa aku macam over sangat ni? Lambat lagi kot nak say farewell. Hehe. Anyway, aku da pikir2 ape supplement nak bawak pegi KL nanti. 

First. Satu2nya susu yang aku boleh minum..kalau yang lain, rase nak termuntah kot..selalu minum Hi-Goat ni malam2, bkn everyday pon hehe..seminggu 4 kali ke camtu...tapi benefit die, esoknye aku akan rase energetic. Yeah. Go Go Power Rangers! *sape tengok sile angkat tangan* Nak tau khasiat die, klik sini.

Susu Kambing Hi-Goat. Dalam tablet pun ade!
Second. Ni aku ade mention jugak. Disebabkan terlalu banyak minum air semut dulu, aku jadi cepat lupa *haha sebenarnya aku pon tatau ape sebabnye*. Tapi every morning aku akan makan 11 biji. Once a day cukuplah. InsyaAllah memori kita akan jadi kuat sebab kismis ni da disertakan dengan bacaan ayat2 suci al-Quran. InsyaAllah2. Sebelum makan, baca bismillah dan selawat ok kanak2 sekalian?

Kismis al-Mustajab
Last one. Hua3 yang ni tak tahan. Aku ngengade je nak try. Oklah, harga die dalam RM30~ camtu. Minum 2 sudu besar setiap pagi dan malam. Kena minum banyak air kosong. Further bole baca kat sini. Haha aku dalam usaha menyeimbangkan collagen dalam badan sebenarnya *tetibe rase insecure sangat???*. Kena start dari muda la kan. Memang nampak leceh nak makan semua benda ni. Tapi orang cakap, kalau kita jadikan something tu routine, insyaAllah takkan susah punye. Percayalah.... Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Cewah. Memandai je. Niat nak kurus pegi mane cik kak? Hihihi.

Jus Perawan Plus Collagen D'Herbs
And I bought this for my mom. Sebab Hanis Zalikha ade promote kat blog die kan hehe. But I don't think it suits me. Haritu lepas makan terus ade allergy kat hidung. Hua3 tak sehsuwai lettew. Takpe2 I'll find other alternative insyaAllah. Yela, Ustazah Bahiyah penah pesan, penjagaan diri seseorang wanita itu amatlah penting. Itu adalah salah satu jalan ke arah menjadi seorang solehah. Allah suka benda2 bersih bukan? :) *eh melalut pule saya ni hihih*

Taken from Hanis Zalikha blog.
Cantiknya mak Hanis. Awet muda yang teramat sangat. Shukew3 :)
Ok tu je lah. Ngantok gile da ni. Esok ade macam2 benda nak buat *konon*. We'll see esok pagi tengahari bangun pukul berape. Oppppsss :p


Yesss da delete. Pasni da takkan nampak nama orang tu. I hope I won't carried by my own imagination again :)

THANKS FOR READING! :)