Saturday, September 22, 2012

Perhentian Island Trip Part 1

Assalamualaikum

Dari hari tu nak update pasal trip pi Pulau Perhentian tapi asek delay ja hehe. Kami bertolak dari Penang hari Kames pukul 11 malam - 30 August 2012. Megat and the gang mai amek aku kat umah dengan keta baru beliau fuh3. Berjam2 nak pi Kuala Besut, jalan pulak hat jenis bengkang bengkok punya. Pening kepala aku huhu. Sampai2 kat Kuala Besut dalam pukul 6 lebih camtu, kami pon singgah la semayang kat surau situ. Gelap lagi time tu. Agak2 matahari nak naek, kami pi tepi laut sat, konon nak amek gambar sunset. Tapi..

Gangnam style forever! *facepalm*
Cool kan? Cool kan? Hehehe~
Megat si driver dengan bangga tunjuk keta baru beliau iaitu Vios TRD. Salute la kat hang kumpoi duit bulan2 hehe.
Dah cerah sikit, kami pi kedai makan sat nak breakfast. Aku belajaq word baru "Teh-O-Beng" which is Teh-O-Ais. Hahaha peliknya kalau sebut, ceq tak besa aih. Uihhh time ni lapaq tak ingat.

Ohhh aku kalau lapaq takle wat muka comei camni dah.
Dah kenyang suma, baru la bergerak pi jeti Kuala Besut. Dok bayaq la apa la, pukul 10 camtu depa kata bot dah mai. 

Hang nampak dak apa aku nampak, kat situ tu?
Bergambaq sat padahal depa dah panggil suroh nek bot hahaha.
Dah la kena bawak beg berat. Seb bek tak jatuh dalam laut ja.
Sapa stalk kami ni??? Hahahahaha~
Naik2 bot tu, hmmphhhh rasa nikmat gila. Release tension sebab tak masuk keja. Hahhahaha kami dah janji, sapa yang sebut pasal keja - Selene ka, shipping ka, contractor bagai, KENA denda seringgit. Sengal tak sapa yang buat rule tu?? Oh Megat.

Bang, jangan tido kat sini bang. Kena tauk (buang) dalam laut nanti hihihi. Megat semangat gila. Amar cam besa, cool ja.
Dengan darling I. Bestnye honeymoon hahhaha.
Suka!
  Sampai2 kat Pulau Perhentian Besar, rasa nak snap gambaq banyak2. 
Cantik!!!!!!!!!!!!!!!!!










So kami check in kat Samudera Chalet. Amek pakej 3 hari 2 malam untuk RM290, termasuk hotel+food+snorkelling. Ceq nak habaq mai, jangan amek la pakej dengan chalet ni. Bek ampa pi hotel yang grand sikit, Awana ka apa ka. Harga lebih kurang sama. Comfortable pulak tu. Hahhahah tak pasal2 menghasut orang. Tapi betul. Accomodation tak best sangat pastu bilik sempit sikit. Bilik air toksah cakap la. Memang takmau cakap pon.

Hmm so malam tu tak buat apa sangat. Masing2 penat. Lepas dinner tu, lepak sat pastu tidoq. Tu ja aktiviti kami first day. Part 2 bakal menyusul. Excited nak snorkelling!


THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment