Wednesday, September 12, 2012

Panic Moments


Assalamualaikum

Panic a.k.a menggelabah. Hahah come on, moment2 ni applicable untuk orang kalut cam aku sahaja. Tettttt! :p

Opppsss I didn't mean to put my pic here :p
 On the way balik dari Bangi tadi jem nak mampus. Stress aku. Nasib baik la kena drive untuk pegi training je. Sebab tu aku prefer naik LRT hehe. Haa pastu ade satu motor ni menyelit between keta aku and mpv ni. Terkejut aku!!!! Aduuuiii sikit lagi motor dia nak terbalik, bawak laju pulak tu. Kalau aku pedeghaih keta tadi dah berlanggar dah. Diorang ni tak sayang nyawa ke? Rase nak mencarut jeeeee!!!!! Janganla speeding, please. Saya paham anda nak bergegas pulang ke rumah memandangkan sudah pukul 7 malam tapi anda harus ingat yang tersayang di rumah. Ok? Aku takpe, aku naik keta. Kalau accident pon, at least injury tu takde la as major as motorist. Tapi pape pon, mintak dijauhkan la dari kemalangan sume ni puh3. Aku kalau tengok motor yang bawak style rempit, mule la nak naik angin. Da la time tu aku super duper lapa. Lagi la aku rase nak marah!! Tu takpe lagi. Masalahnye sekarang, asal aku cepat rase lapa?????!!!!

Oleh sebab itu, kat ofis aku dah ready dengan snack suma. Kot2 terasa nak menguyah. Hahhaha ini memang tidak membantu diet langsung!
hahahahha tak herannn!! :p

Ok jap ni dah menyimpang jauh. Aigooo dah dua hari tak masuk ofis. Abesla abesla. Keje berlambak. Aku actually baru balik kedai bunga. Kak Hasanah baru call tadi, mintak belikan barang sikit. Nak kena bawak untuk Raya Decor esok. Ingat nak pegi Sri Gombak, sekali kat area umah aku ade pulak kedai yang aku cari. Hehehhe rezeki ler! Dah semangat2 sume, sekali time nak bayar tu, tengok purse ade 2 hengget je. Aku cam the sh@#%#$^%^#%^$@%$#@t!! Aku siap beli banyak barang kot. Malu gile! Dengan muka setebal doploh inci, aku pon bertanya adik tu pasal mesin ATM. "Oh ade, kat 7e". Fuhhhh lega aku. Cepat2 gi withdraw duit pastu bayar. Camne aku boleh buat kesalahan yang memalukan ni? Omaigod!!!

Lagi satu, penah tak encounter, bila korang dah dalam lif and pintu dah nak tutup, tetiba ade orang nak masuk? Duh mesti la penah kan. Hahha mesti menggelabah nak hold 'open' button tu kan. Yang aku pulak, kalut sangat, terus pegi tekan 'close'. Hmpphhh sangat membantu bukan???

Ok cukup cukup sudah memalukan diri sendiri. Kthxbye~

~Video di bawah tiada kaitan dengan entri~




THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment