Saturday, January 21, 2012

Say Alhamdulillah

Assalamualaikum

Source: Aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur
Orang Islam itu tidak ajaib. Tetapi, orang beriman diiktiraf sebagai menakjubkan. Kenapakah orang beriman mencapai tahap yang menakjubkan? Hal ini kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.


Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia berSYUKUR, maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya" - Hadith riwayat Muslim.

Di pagi aman dan damai ini, saya teringat sebuah kisah Rasulullah tentang erti syukur. Baginda Rasulullah SAW akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya, malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah pernah menceritakan bahawa Baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.

Pernah pada suatu hari Baginda pulang ke rumah dengan lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

Lalu Baginda bertanya, "Belum ada sarapan Ya Khumaira?"


Khumaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah, "Belum ada apa-apa Ya Rasulullah".


Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata, "Jika begitu aku berpuasa hari ini" tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya.

Baginda lalu bertanya, "Mengapa engkau memukul isterimu?"


Soalan itu dijawab oleh si suami dengan gementar, "Isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah diberikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia".


Sahut Baginda, "Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu".


Pernah Baginda bersabda, "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah-lembut terhadap isterinya".


Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah bunyi sendi Baginda Rasulullah SAW sedang bergesel di antara satu sama lain.

Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat. Adakah tuan hamba sedang sakit?".


Lalu baginda menjawab, "Tidak Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar".


Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya, " Kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan?".


Akhirnya Rasulullah SAW mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempit, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya, "Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya?".


Lalu Baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya?".

Baginda menambah, "Biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak".


Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.

Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri baginda menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan alasan untuk merasa lebih daripada orang lain di depan orang ramai mahupun ketika bersendirian.

Walaupun pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda tetapi Baginda masih lagi berdiri di malam-malam sepi untuk terus beribadah kepada Allah. Pernah Baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri. Fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah tuan hamba telah dijamin syurga. Mengapa tuan hamba masih bersusah-payah sebegini?"


Baginda menjawab dengan tenang, "Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur".


*Terharu dengan sifat Rasulullah yang sangat bersyukur :)


Lihat pada apa yang ada barulah kita bersyukur. Jangan dikenang apa yang tiada nanti kita kufur.
Bye korang! :)
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Suatu Hari di KL

Assalamualaikum

Update! Update! Hehe I went to KL last Tuesday for Petronas interview. Chichat session sebenarnye, alaa 20 mins je. Ok now where do I start? Encik Ayah yang baik hati sudi temankan. Selasa malam tu jugak, ayah rushing pegi Bagan Dalam nak beli tiket bas sebab Chinese New Year kan, banyak yang sold out. Ayah taknak drive sebab takut penat. Aku kate biarla aku drive tapi die tak kasi huhuuu. So kitorang bertolak Rabu malam kul 12.30. Aku kalat sebenarnye, sebab prepare last minute lepas tu tak cukup tido dalam bas. Ngahahah we'll see what happens next. Kul 3 pagi camtu, aku mule ngantok pastu terlelap. Sedar2 da kul 4. Driver bas bawak laju gile, melayang2 kau. Tengok2 da sampai depan stesen Pudu. Urgh stress. Tapi takpe.

Stesen Pudu pulak tak bukak lagi so kitorang bejalan kaki gi Masjid Negara. Pagi2 buta lak tu. Sunyi, dengan orang2 tido tepi longkang la, kat bus-stop la. Scary tapi naseb baik ade ayah teeheee. Halfway tu naik teksi sebab pancit bejalan hahhaa. Pas mandi and semayang subuh kat situ, kitorang gerak gi stesen LRT Masjid Jamek. Bejalan kaki jugak. Hahah exercise la katekan. Alhamdulillah kul 7 tu kitorang sampai KLCC. Aku da lelong2 da sebab ngantok lulz. Ohhh yang aku kalat lebih tu sebab tetibe interview pukul 8.30 pulak. Diawalkan. Yeay.
Pagi2 da makan roti canai dengan teh susu.
Berselera sungguh. Penat berjalan mungkin?
Minum teh panas je. Menggelabah prepare for
interview haha. Mata sebam lagi ergh.
Part ni yang important actually. The interview part. Yang lain2 tu aku bebel2 je hahah as usual. Mase tunggu kat lobby tu, Cik Shazlein datang jemput. Orangnye tinggi, cantik and sweet. Cewah bodek nampak. Tapi ni kebenaran nak wat cane hehe. Ade sorang UITM student datang jugak name Shida, die amek programming. Fuhhh cuak ni nak compete. Actually die pun taktau position ape Petronas nak offer, die just dapat email and tak penah datang SI lagi. Ni first time la kirenye. Tapi die baru je abes intern under Petronas, peluang die cerah gak la nak dapat.Then die masuk interview dulu.

My turn. Ade 2 interviewer, due2 manager. Basically dorang cite what the post is all about. Non-technical, deal dengan data, ade presentation within the department and kena jumpe customers/clients. So diorang tanya..

1. Firstly tell me about your background.
2. Are you interested with this position?
3. Penah keje tak before ni? Pegi interview mane2 tak?
4. Why Petronas? Scholar mane dulu?
5. You da penah pegi SI kan? How was it?
6. Lets say ade engineer post within Petronas, you nak resign post ni tak?
7. How long are you willing to stay within the department?
8. Kalau you dapat post ni, ade ke kawan2 nak sewa umah sume?
9. If you're hired, bile bole start keje?

Tu je yang aku ingat kot. Alhamdulillah diorang tak tanya pasal technical sangat. Well, takde kot heheh. Banyak kali jugak diorang emphasize yang post ni non-technical. Sebab sorang tu bagitau, diorang offer kat few candidates tapi ade yang tolak. Diorang takut aku rase wasted sebab keje something yang bukan major aku. Tapi aku cakap, aku ni fresh graduate so aku nak gain experience dulu, tak kesah ape post pon. Lagipun before ni aku penah deal dengan data sume sebab amek independent study bla bla aku goreng2 je la tunjuk yang aku memang interested hehe. Aku siap cakap, aku bersyukur kalau dapat masuk Petronas. HAHAHAH bolehkah macam itu? Aku cakap aku bole keje lepas raya cina. Diorang kate oh bagusla sebab kitorang pun nak cuti jugak hehehehe. Erm aku tanya diorang pasal workload, environment, pasal department itself, the training, ade chance pegi site ke tak (heheh semangat nak jadi engineer tu still berkobar lagi) and aku de tanya background interviewer jugak. Well, basically interview tu macam informal je. Da name pun chitchat session.

Aku tanya gak pasal previous executive for that post. Actually, department tu (Petroleum Management Unit) ade vacancy sebab executive diorang got married and ikut husband pegi Japan tih3. Lepastu aku tanya bile result kua. Hmm since diorang pun nak cepat2 cari replacement, diorang just cakap as soon as possible. Lagipun aku rase esoknye (Jumaat) still ade another session. So chances aku agak tipis di situ. Heheh tapi takpela, alhamdulillah da abes. Kalau ade rezeki, ade la. Kalau takde, maybe rezeki aku kat tempat lain kot? Actually the interview wasn't bad as I thought. Tak susah pun tapi sebab aku neves sikit, aku tak elaborate banyak pasal point aku. Tapi ayah pesan, in fact, banyak kali kot. Be confident no matter what. :]

Hahah confident macam ni? Lol.
Sorry vain kejap lepas interview :p
Mase aku interview kan, ayah pegi stesen Pudu nak tuka tiket balik. Patutnye kitorang balik Penang midnight nanti tau tapi kalau bole nak balik awal lagi. Lagipun interview da abes by noon. So at last dapat tuka to 5pm although orang tu kate seat da almost full. Memang musim orang balik kampung kan? Then ayah datang KLCC balik and aku cakap aku nak jumpe kawan2 nanti. Ayah kate die segan nak join so while waiting for my friends kua office, aku teman ayah lunch kat RASA Food Arena, 4th floor kat KLCC. Lepas Mia sampai, ayah pun pegi membawa diri. Cewah. Alaa ayah aku pegi jalan2 kat Bukit Bintang. Amek angin hihi.

By 1230 sume orang da smpai. Yeay I ♥ my girlfriends!
Bae, Fadhe, Aliya, me, Mia. Pipi sape paling tembam? Har3.
Petronas and DayaBumi people.
Haih kawan2 aku da kurus.
Aliya yang semangat contact2 orang suro lunch sekali. Thank youuuuuu :) Nak sembang2 banyak lagi tapi at 1 sume orang kena masuk office balik. Ade yang office jauh2 pun sanggup datang nak lunch sekali. Terharu2 :')
The happiest people do not necessarily have the best things. The simply appreciate the things they have.
Syaf yang sampai lambat sikit. Acap yang malu2 kucing.
It's time to say goodbye to KL and my friends. Aku ajak ayah temankan pegi Kinokuniya kejap. Guess what I've bought?

Jeng3. Tak pasal2 bace. No harm kan keh3.
Actually my friend yang recommend beli ni. Motif? Erk perlu ke hahhaa. Anyway. Lepastu my dad and I gerak to Pudu. Semayang and have lunch there. Masuk2 je food court kan, sume orang jerit2, 'Mai mai makan sini encik. Nasi ayam, nasi goreng sume ade'. Da la datang dekat2 tau. Even yang kedai hujung sane pun semangat promote kedai makan diorang siap lambai2 tangan lagi. Hahah aku cam omg what is this??!!!! Tak penah2 orang buat macam ni. Dok kedai masing2 cam biase dah la. Tauke2 kedai yang dok promote2 tu sebenarnye orang Indonesia. No offense, maybe cara diorang buat business macam tu kot?

Last2 kitorang pegi kat kedai yang 'pendiam'. Makcik tu tengah
sebok menggoreng kot, tak perasan kitorang datang.
Nama kedai tu Gerai Seri Langgar Melaka.
Makanan sedap, price pun affordable. Makan warung kan :p
My dad makan nasi goreng ayam.
Siap bole tambah sup lagi hehe.
Almost 5pm so kitorang pun tunggu kat terminal bas. Since jam teruk, kitorang terpaksa tumpang bas lain sebab bas kitorang stuck kat Hentian Duta. Kitorang tengok, aik tak sampai 10 orang pun passangers? Orang kat Pudu cakap ticket da nak sold out. How come? Rupe2nye driver bas gitau, diorang memang macam tu. Malas. Adoiiii nasib baik ayah paksa gak diorang tuka tiket. Ade je kosong tapi saje taknak bagitau. Cesssss3. Kalau tak memang pancit la nak tunggu pukul 12 nanti. Nasib baik dalam bas, driver tu pasang ceramah Ustaz Azhar Idrus. Hahaha kelakar gile kot. Tabik kat ustaz. Aku sambil pejam pun bole senyum2 lagi. Nasib baik takde orang nampak aku gelak sorang2 ngeheheehe. Tapi sampai umah je memang penat sangat2. Sampai hari ni pun tak hilang lagi. Rase nak demam je huhuhu.Help.

Ok tu je la nak update hari ni. Sorry for the long post. I'm just extremely happy dipermudahkan interview, dapat jumpe kawan2 time lunch and ultimately, for having such a great dad yang sanggup amek cuti, temankan saya sampai KL. :):):):)

Thank you ayah. I love you. I don't know how to express how I'm grateful to have a dependable, noble and kind-hearted dad like you. But I have one thing for you and mama.
I can't wait until the day that I finally get to say, "Mom, Dad, you don't have to work anymore. Relax. I can support you. Thank you for everything that you've done for me"
Please pray for me will ya?

p/s: eh ade orang kate pegi chitchat session jugak. update me please? :)
 hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Friday, January 20, 2012

Reason


I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You :)

hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Assalamualaikum

Hari tu temankan adik aku beli char koey teow. Da jadi fevret food aku la pulak ngehehe. Ni sume penangan char koey teow kat Permatang Pauh hari tu. Sedap gile. Lagi sedap sebab ada orang belanja. Not!


 Hah aku pun hulur doploh hengget suro dia beli 4 bungkus char koey teow. Amek kau tapi bukan sume untuk aku ok. Pastu aku tengok dalam purse. Dang tinggal seploh hengget je. Belek2 purse kot2 ada resit yang bole dibuang. At least kempis sikit purse tu. Tetiba jumpe RM5 kt celah2 kad. Hahaha rezeki2. Happy kejap. 

Ada satu habit kawan aku ni (well habit ke eh) dia selalu simpan some of her money kat tempat2 yang lain dalam purse tu. So purpose? Kalau kat main compartment tu duit da takde and tetiba jumpe extra money, tak ke happy? Hahaha that way bole prevent kite from over spending jugak kan. Sebab kite ni, kalau nampak duit banyak je, mule nak habiskan. 


Kekekekeee tu saje pesanan khidmat untuk korang and diri aku jugak.

Peace yo!

hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Amalina oo Amalina

Assalamualaikum

Korang! Bace pasal Amalina Che Bakri tak? Ala yang score 17A1 dalam SPM tu, taon 2004 rasenye. Kabooommm kannn? Erk tapi betul ke dorang cakap die ni social la, tak pakai tudung sume da? Korang bace la kat sini. Gamba2 die pun orang sebar merata2. And youtube pun ade video Amalina explain what really happened.

Dulu mase aku kat US, heboh kes Sufiah Yusof tu. Terkejut gak. Genius maths and masuk Oxford mase umo 13 taon. Pergh. Aku mase tu tengah nangis takmo duduk asrama kot. Kah3. Ok2. Hmm kadang2 pikir, culture shock sangat ke kalau dok overseas? Tapi kenape sampai nak jual diri? Aku bace die jadi camtu sebab kesempitan hidup and ade bad history dengan ayah die. Waalahualam. Walau ape pun, alhamdulillah dengar kate Sufiah da bertobat. Further bole bace kat sini.

Berbalik kat kes Amalina pulak. Ade kawan aku cakap, 'Asal orang nak sebok2 private life Amalina ni? Kutuk as you want but Amalina sekarang tengah siapkan her own medical book'. Hebat kan siap tulis buku lagi. It's true we don't meddle into other people's business. Sampai nak upload personal photos die sume. Tapi kita pun taktau full story kan. Hanya Allah and family dia yang tau. Tak reti sangat nak nasihat2 ni sebab aku pun bukanlah sape2 so bace la pesanan2 ni.


Sume manusia buat salah kan. Bila kita tengok luaran orang tu, tak pakai tudung, social lebih ke ape ke tapi maybe ibadah dia lagi banyak dari kita kan. Maybe dia dah berjaya dalam hidup atas usaha sendiri. Rezeki masing2. Ape2 pun Allah lagi mengetahui. So bersangkalah baik. Kalau betulla apa yang diorang bagitau kat newspaper sekarang ni, kita berdoa untuk Amalina. Doakan untuk kita sekali so that jangan cepat buruk sangka kat orang. 
Don't judge a book by its cover and pray for the best for her :]

Macam2 kan. Ape jadi dunia sekarang ni? Ritu aku tengok kat fb ada orang cakap kiamat tahun ni tau. Fuhhh hebat nye sape yang ley predict tu? Pandai2 je la. *rolls eye* Tapi mati tu bole jemput kita bila2 masa je kan? Mungkin lagi 5 minit. Mungkin lagi 5 tahun. Mungkin 50 tahun. Who knows? Mungkin lepas update blog? =.='

Sedarlah. Kita bukannya lama sangat pun kat dunia ni. Ye? :)
Asal tetibe rase cam ustazah pulak ni
hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

Tuesday, January 17, 2012

Petronas Called?

Assalamualaikum

Hahha tajuk nak gempak je kan. Bukan nye dapat offer keje lagi. Not yet (hahha perasan) Takde lah. Pukul 3.30 tadi dapat call from HR Petronas. It's an invitation for a chit-chat session under PMU (Petroleum Management Unit) Department. Dia cakap it's a non-technical post - Technical Data Management Unit. Dia suro datang hari Kames tau. Pastu aku pun macam eh cepatnye, dua hari je lagi? Kalau KL tu sebelah umah takpela haha. Ok2 pape pun aku accept offer tu tapi cam wondering jugak la. Patutnye chit-chat session ni before SI (Structured Interview) kan? Aku da pegi SI dah 2 bulan lepas. Takkan aku kena pegi lagi SI pasni? Huhuhuhuhu~~

Ade kemungkinan kalau aku tak pass chit-chat ni, maybe takde chance nak masuk Petronas da. Diorang pun, mesti nak amek orang yang power2 je kan. Agak pressure di situ. Tapi ape2 pun, kalau nak something tu mesti la kena effort sket. Sebab aku pikir, da pegi SI so sekarang tunggu diorang bagi offer letter je la kan. Takkan kena pegi interview lagi. Debush!!!!! Kesenangan takkan datang bergolek cik kak.

Kalau ada rezeki aku, ade la. Thank you Allah for giving me this opportunity.

Alhamdulillah.


"Bukan senang nak jadi senang"
hidayah shukor 

THANKS FOR READING! :)

Procrastinate

Assalamualaikum

"Ala rilek la, exam next week kan? Sempat lagi study"
"Prof kate homework due Rabu depan eh? Yessss3"
"Ok ok. Esok ah aku stat buat assignment tu"
"Nanti2 la aku pegi jumpe TA" - TA tu teaching assistant, macam tutor la

Esok? Nanti? Kenapa bukan sekarang? 

Hihihi ni la nmenye procrastinate. Maksudnya melengah2kan, melambatkan something padahal benda tu penting and patut dibuat segera. Sape yang suka assignment yang bertimbun kan? Exam yang susah? Hahaa aku pun tak suka tapi selalu je delay buat homework and study for exam. Biase lah tu. Kadang2 esok due, malam tu baru terhegeh2 nak buat. Exam da nak dekat tapi malam tu kalut2 hafal formula bagai (walaupun dalam exam bole bawak cheat sheet). Kalau sape taktau cheat sheet is sekeping kertas prof kasi bawak mase exam, prepare beforehand. Korang bole tulis formula ke teori yang korang susah nak ingat and complicated. Especially kelas chemical engineering. Heat Transfer, Fluid Mechanics. Urghh stress2.

Back to men'delay'kan keje ni. Mase kat Vandy dulu, kalau nak buat homework, kadang2 kena guna laptop. Kena guna spreadsheet or certain software. Oleh itu laptop haruslah di depan mata. Facebook, YM, skype sume online. Konon2 nak tanya kawan kalau ade yang tak paham. Konon nye la kan haha. Bila homework susah sikit, nanti aku skip2 soklan lepas tu nanti banyak lubang heh3. Last2 tengok, dang banyak lagi rupenye soklan aku tinggal lol. Bila dah almost give-up, tutup buku pastu sambung esoknye. Laptop tak tutup pulak kan. Hahah mule la melagha. And homework tu bila nak siap ntah. Lalalalaaaa~

Tapi siryes aku rindu zaman kolej dulu. Tak pecaye pulak aku da abeskan 4 tahun kat US, amek Chemical Engineering. And berjaya grad jugak. Alhamdulillah. Walaupun rase2 result aku lauk je hihihi. Pape pun, rase lega sangat da abes. Paling stress masa final year kot. Banyak keje kena buat for senior design project. Kawan aku kat UTP pun da bebel2 pasal FYP (final year project) diorang. Penat memang penat weyy. But. There is no success without effort and sacrifice. Aku ni belum kategori berjaya sepenuhnya la kan sebab belum ade job and career hehe. I still have a long journey awaits. But I praise Allah for everything He gave me up until now. Family + Friends = Happiness

 Hmm but maybe happy sangat da grad then aku procrastinate lagi.

 "Taknak apply keje awal2 la. Nak enjoy2 dulu lepas grad bole tak?"

Hahhahaah yes that's me. Aku start apply keje lambat jugak la. Sebab time tu aku tak sure nak sambung study or keje. Then bila aku da decide nak keje dulu, time tu da tak banyak vacancy. And now I'm still waiting for a job offer. Aku segan sebenarnye nak bagitau kawan2 yang aku dapat interview kat sini, kat sana, sebab takut nanti tak pass, kang malu je. Hahhaha asek tak confident je. So far kawan2 aku ramai yang da keje. Keje hebat2 pulak tu. Salute. So kalau aku dah confirm betul2 dapat position, insyaAllah aku bagitau korang ye. :) And remember, as my senior posted on facebook; Allah's aid is only a du'a away

ok jom bace!
Bersabarlah. Janji Allah tu pasti :')

Goodnight~
 hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)