Wednesday, March 7, 2012

Jarak Antara Dua Hati

Assalamualaikum


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali.

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
 Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/jarak-antara-dua-hati/#ixzz1oU61YKDT


THANKS FOR READING! :)

Sunday, March 4, 2012

Kewafatan Rasulullah saw

Assalamualaikum

Bagaimana hati KITA tidak bergetar merindui Baginda?

Bagaimana roh KITA tidak terkesan dgn Baginda?

Bagimana hati KITA lupa perintah agar mencintainya?

Bagaimana hati KITA tidak terikat dalam merindui Baginda?

Bagaimana hati KITA tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Baginda?

Kalaulah Baginda masih hidup.....

:(

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu.

 

THANKS FOR READING! :)

Macam Princess

Assalamualaikum

Baru pas tengok Walimatul Urus Lisa Surihani & Yusry KRU Part 2. First impression, cantiknye Lisa!!!! *eh tu bukan da selalu ke?* Ohh wedding theme yang simple dan kemas. Salute to them sebab bersederhana for the reception. Bagus2. Bukan ape, takut nanti buat grand2 sangat tup tup.....? *ok sila sambung sendiri* Ini peringatan untuk semua. Lagipun, kan tak baik membazir? HAHA eh tapi tapi dah gitau mama, mine nanti nak buat dalam dewan jugak. Bukan dewan yang badminton court tu ye hihihi. At least dewan tu ade carpet la cecececeeee. 
Kau yang teristimewa :')

"Lisa nak rase macam princess"

Awwwhh suwit sangat. But Lisa, you already are :) Congrats to Lisa and Yusry!! May Allah bless you guys in the dunya and akhirah. Yusry, silalah jaga Lisa yang gorgeous itu. Heh heh heh. Untunglaaaaaa Yusry :p

Alhamdulillah. Diorang da selamat bernikah. They've stepped into another level, with more responsibilities to come. Seronok kan, when we found someone just right for us. Rase nak buat orang tu rase special all the time. Rase nak buat orang tu happy. Walaupun kita sedar kita ni tak perfect, we'll try our best to make our loved one feel comfortable. Try la bace entri Encik BoxerKedut ini. Tersentuh.

Anyway. What if someone special said this to you, "I'm not gonna be all sweet to you and treat you like a princess". What say you? What do you feel?

Ok, for me, I terdiam terus. Speechless. Because those words crushed my heart into pieces. So very much. T_T And I'm not gonna put any expectation to anyone again.

Nowadays jarang nak jumpe lagu2 sentimental camni except Neyo, Christina Perri, Avril Lavigne and some others (ni retis omputih je ok, Melayu mostly pass hehe). Yang lain sume da merepek2. Video clip pon ntah ape2, takde kne mengena dengan lagu pon. HAHAHHA ok tetibe aku membebel ni apeshal??


p/s: Just come as you are. 

THANKS FOR READING! :)

Saturday, March 3, 2012

Malam Pertama Saad Bin Muaz

Assalamualaikum

shared from here

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.

Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.
Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, "Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali".

Lalu Rasulullah bekata, "Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin".

Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut.

Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.

Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. "Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita". Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.

Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, "Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi". Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.
Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita? 


THANKS FOR READING! :)

Friday, March 2, 2012

Janet Devlin X-Factor 2011

Assalamualaikum

Budak yang nervous and tak confident dengan diri sendiri. Macam saya.
Tapi dia hebat. Saya tak.


Suara yang comel hehehe. Btw the song titled 'Your Song' by Elton John.

It's a little bit funny, this feeling inside
I'm not one of those, who can easily hide
I don't have much money, but boy if I did
I'd buy a big house where we both could live

If I was a sculptor, but then again no,
Or a man who makes potions in a traveling show
I know it's not much, but it's the best I can do
My gift is my song and this one's for you

And you can tell everybody, this is your song
It may be quite simple but now that it's done
I hope you don't mind, I hope don't you mind
That I put down in words
How wonderful life is while you're in the world

I sat on the roof and kicked off the moss
Well a few of the verses, well they've got me quite cross
But the sun's been quite kind while I wrote this song,
It's for people like you, that keep it turned on.

So excuse me forgetting, but these things I do
You see I've forgotten, if they're green or they're blue
Anyway the thing is, what I really mean
Yours are the sweetest eyes I've ever seen.

Like like like!

Here's another video of her on youtube.


THANKS FOR READING! :)

Thursday, March 1, 2012

Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Assalamualaikum 


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid,Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?” Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya. Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan. Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka. Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”. Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .. Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” . 

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, ” Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”. Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini. Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup."

Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.
Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”.

Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk ”Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini. Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi. Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka. Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk. Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini. Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3; “...pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu"

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

sumber : sini


THANKS FOR READING! :)

Semalam 29 Februari

Assalamualaikum

Cik Dairi, ade 2 benda aku nak gitau ko hari ni;
First, aku sedih kecewa frust tertekan dan sewaktu dengannya.
Second, tajuk entri takde kaitan dengan content pon.


1. I can't focus any longer. Help! Aku confuse ape aku nak and ape aku perlu. Takde sebarang planning dibuat sebab aku takut kegagalan. Ya, aku memang takut nak amek risk. Lagi satu, aku memang susah nak tetapkan hati. Asyik berubah-ubah. And I hate it. *eh emo pulak kau dayah?*

2. Decision decision! Quick quick! Under certain circumstances, you can't expect people to wait for you to give the answer. Because you know you should stand firm in whatever you're deciding. *ok vague sangat lantak ah* Ahhh applicable to anything. Even relationship. *tetibe je.takde point lettew*

3. Work life yang average. Pegi keje, jumpe girlfriends yang best pastu lunch sme2. Buat keje, then balik umah. The same routine everyday. Bored? Nah. I've been working for the past 2 weeks only. Still early to judge, aite?
4. Clumsiness yang makin menjadi-jadi. I freaking hate this to death. On the outside, aku maybe nampak tenang (hahah perasan je tapi ade orang penah cakap la!) tapi aku kadang2 kalut sikit. Da la suke membebel tak tentu pasal. Merungut. Macam2 lagi lah! Ade someone tu penah pesan kat aku, jangan clumsy sangat. Die tak suke, maybe? *orang da taksuke nak buat camne kan.HAHAH luahan perasaan hape nehhhh* :( Yelaaaaaa, sape laaaa yang bole tahan kan? :(

5. I think I'm not going anywhere. Ye I'm stuck. Wase sucks gila. Terkedek-kedek macam siput bebi. Ohhh kawan sorang ni penah tanya kenape siput bebi jalan lambat? Jawapan - sebab die dok pikir die ni siput ke bebi sebenarnye. KAHKAHKAH agak logic di situ :p

6. Pinky and the brain is killing me. Why do I have to think deeply about something that's not so important? Benda2 lain taknak pikir pulak. Kejamnya kau wahai otak2. *eh banyak pulak?* Nak semayang pon tak khusyuk. Asek teringat those unnecessary things. Mane dengan setan yang dok berbisik2 lagi. Urghh takle concentrate!

7. Pengisian rohani yang berkurangan. Perlu tarbiyahkan diri. Tapi kalau sorang2, memang susah nak komited kan? Sekarang ni nak bace Quran sekali sehari pon susah. Bajet busy mengalahkan CEO ptuiii! Waaaaa I think I need my own personal ustazah! :( 

8. Hidayah Allah. Where are you? Ok point ni nak elaborate panjang sket. *eh bole ke?* Hahah sukati aa blog aku. Ehem. Let's be serious. Ok ok tadi. Aku tak paham terjemahan satu ayat ni.
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [Surah al-Anbiya ayat 1]
Kalau sekali bace macam takpaham kan? Lol rasenye tak susah pon tapi sebab aku bace dalam keadaan tertekan (seperti yang diberitahu kepada Cik Dairi), aku tak memahami maksud die. Pastu bile aku bace blog senior aku ni, kebetulan die ade letak ayat yang same and explanation sikit. Thank you Allah kerana pertanyaan aku dijawab secara instant!:D Rupe2nye ayat ni nak inform kita pasal hari kiamat. And have you ever wonder, ayat ni diturunkan masa zaman para nabi lagi (berkurun dah), untuk peringatan sume manusia. And sampai kat kita hari ni. So kalau pikir2, maknanya hari kiamat dah dekat sangat la kan? Takutnyeeee =.='

POINT nye kat sini, aku rase macam makin jauh dengan Dia. Mungkin sebab tu hati jadi tak terang? Mungkin sebab tu selalu rase susah hati? Cakap je semayang 5 waktu (berusaha!berusaha!) tapi still buat benda2 yang Dia marah. Kenape bole jadi camtu eh? Try la bace Hijab Yang Menghalang Daripada Mendapat Hidayah Allah kat sini. Mane tau dapat betulkan kesalahan diri. Cecece.

Aiyakkkk. Mane lah Hidayah Allah nak datang kalau dok loqlaq macam aku ni heh. Ehhh Hidayah Allah tu bukan untuk non-muslim jeee tau. Orang Islam pon bole dapat Hidayah jugak. Contohnye, berhijrah dari kejahilan ke ketaqwaan. Memilih untuk tukar imej kepada bertudung is one of them. Alhamdulillah kalau sape2 yang dah buat. Tu kire dapat Hidayah la tuuuuu :)

And you know what amazed me the most? This kid. Baru kenal Islam in few years but very knowledgeble and taat mengamalkan ajaran agama Allah. Aku? Da hidup 22 tahun dalam Islam tapi....???? T_T


When is MY turn?


THANKS FOR READING! :)