Saturday, February 16, 2013

Nasi Beriyani KFC

Assalamualaikum

Hmm at first aku ingat nak delete je blog ni. Haha. Sebab tahap kemalasan nak update tu dah memuncak. Tapi bila pikir2 balik, cam rugi pulak sebab aku dah letak macam2 dalam blog ni. Segala suka dan duka. Eceh. Biar lah nanti boleh tunjuk kat anak cucu nanti - mama pegi sana sini best woooo (masa study dulu je la, sekarang ni terperap kat dalam ofis tu huh!)

Dinner semalam. Late dinner, I mean. Pukul 11 baru nak makan.
Alkisahnya. semalam aku kena stay back kat office. Dah la Jumaat! Like hello, weekend is finally here but I have to stay back kat office sebab ada keja kena buat. Tak boleh nak bawak balik some of it ke umah sebab my work, everything ada kat pc. Hahha naseb la kan. Anyway, pukul 10 malam baru nak terkedek2 kua ofis. Tak sempat lunch pun hari tu. Omg macam sadis gila kan? Hahahha lepas abes keja, terussss aku pegi KFC. Laparrrrrrr. Order Zinger Burger plus dinner plate. Hamek kau memang kebulur habessss. Bila dah sampai umah tu takde la makan semua pun. Tinggal dua ketul ayam. Simpan dalam fridge. Konon buat breakfast esok.

Sooooo, pagi ni bila tengok ayam tu cam takde nafsu la pulak. Takkan makan ayam saje? Nak jugak makan dengan nasi and lauk tapi bahan apa pun tarak kat dapur tu. Tapi takkan nasi plain je kan. Kalau nak buat nasi lemak cam boring pulak. Lagipun halia takde, santan pun tak cukup ngeh3. Teringat yang aku ade beli rempah beriyani dulu. Hehehehehehhe so start google resepi lah! Aku refer kat sini tapi mostly cam memandai je taruk bahan2 sebab kitorang tak kuar beli groceries lagi. Pakai je la ape ade dalam fridge tu.Anyway.

Tumbuk segala bawang yang korang ade - bawang besar, bawang putih, bawang merah. Nak blend pun bole. Aku terlebih rajin sebab saja nak guna lesung batu yang baru dibeli ngeh3 motip sangat kan.
Tumis bawang tadi dengan tomato dipotong dadu, kulit kayu manis and bunga lawang. Kalau ada buah pelaga, letak lah jugak ok? Lepas tu masukkan serbuk beriyani yang dibancuh dengan air. Aku letak jintan manis sekali. Ohh disebabkan yogurt takde, aku guna susu sejat. Sukati aku je. Muahahha kalah MasterChef uollssss!
Bila dah letak garam and gula, masukkan ayam KFC tadi. Aku potong kecik2. Ghupe macam nak buat kurma pun ade. Housemate pun terjenguk-jenguk ape la die ni nak masak kan. "Kau nak masak ape ni?". "Err aku sendiri pun tak sure lagi. Men hentam je hahhaha" - boleh?
Untuk NASI, masak asing dalam rice cooker. Aku letak olive oil jugak. Tapi next time, maybe kena kurangkan sikit sebab this time nasik jadi oily sangat. Tak best and tak sihat ye tuan-tuan puan-puan sekalian.

Tak cara lah kalau tak makan beriyani ngan papedom kan. Kalau ade kuah dal ke salad ke, lagi best kot.
Ok so nanti gaul je nasi putih yang korang masak ngan lauk ayam tadi. Masak lagi sekali dalam rice cooker. Bila dah siap tu, letak la bawang goreng ke daun ketumbar ke. Seriousss kalau ade yogurt lagi best urgh.

Tada!!! Ni la nasi beriyani KFC saya yang serba kekurangan bahan2. Tapi takpe, habis jugak seperiuk. Muahahhaa.
Jemput makan naaaa :)
Ok selamat mencuba ye!

 
THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment