Saturday, December 22, 2012

Braces (First Check-Up)

Assalamualaikum

Baru balik kenduri officemate kat Kem Wardieburn Setapak. Dekat gila ngan umah aku hehe. Tapi still datang lambat. Ada urusan pagi tadi hehehe. Congrats Shazmeer & Dr Sue Ann! Barakallahulakuma :)

Me fat. Enuff said. =.='
 Sekarang ni tengah hujan ni. Bestnya tido. Aku dah la ngantok. Awal pulak aku bangun pagi tadi. Aku sendiri pun terkejut. Sebab nye? Nak pegi jumpe dentist. Sebab nye? Nak wat braces. Hehee tapi hari ni tak pasang lagi. Just check up, amek mould gigi and x-ray. Lepas survey sana sini, pastu tanya kawan2, aku decide nak pegi Klinik Dr Zarin kat Ampang. Orang cakap murah and treatment dia bagus, tak menyakitkan hehe.

Actually tak susah pun nak cari tempat dia tapi disebabkan ramai orang, plus, shop lots yang dekat2 and sempit, so aku tend untuk miss junction. Pastu dah lepas ke mane2. Hahaha target nak sampai before 9, sebelum klinik bukak. Bila dah sesat2 camtu, aku end up sampai 15 minit lambat!

Keta parking kiri kanan. Tetiba pulak kat situ ada pasar pagi. Hahaa. Nasib laaaaa.
And akibatnye, perghhh ramai orang!! Dah la aku walk-in je, lagi la kena tunggu lama. Macam2 aku buat - men fesbuk, instagram dan sewaktu dengannya sebab nak hilangkan boring. Sampai nak abes bateri phone. Hehee dalam 1130 baru diorang panggil nama aku. Time tu baru nak nervous sikit tapi alaaa chillex jeeee *konon nye la* :p

Doctor : Ohhh haa awak nak buat braces eh?
Me : Ye doctor.
Doctor : Meh saya nak check gigi awak dulu. Duduk duduk.
Me : Ok *nganga mulut*
Doctor : *pause kejap* Hmmm interesting.....
Me : *erkk???*

Hahahah I knowwww. Gigi aku bertindih, and even ada naik sampai kat gusi. Sebab tu kalau bergambar, I jarang tunjuk gigi. Segan youuuuuuuuuuu hehehe. Why nak buat braces sangat nih? Actually since sekolah nak buat tapi tak cukup duit. Sekarang ni bole la guna duit gaji yang ade kan. Alhamdulillah.


Doctor explain, dia akan pasang braces dulu baru cabut gigi. Sebab dia nak bagi gigi2 tu suma longgar dulu. Ehhh wait, did I tell you berapa batang gigi aku kena cabut? EMPAT batang wey! 2 gigi atas and 2 bawah. Haaaaa ni baru rasa kecut perut. Ketaq lutut suma aih. There goes my precious teeth! Sobssss~

So for now, dia akan amek acuan gigi pastu wat x-ray. Dia ada tunjuk software yang dia guna bila nak analyse pasal gigi patient. Cam agak cool jugak la. Hahhh masa moulding tu, rasa macam plastisin masuk dalam mulut. Rasa macam tengah makan tepung. Hahaha tapi bape second je, benda mould tu dah keras. So dia kuarkan dari mulut aku. And kat mould tu cam ade darah, aku suspect gusi berdarah. Nampak sangat kurang vitamin. Huh!

Sumber google ye. Ni la benda plastisin tu. Rasa nak muntah pun ada.
Ni pun contoh X-Ray je. Gigi aku takde la tersusun camni hehheh.
Doctor cakap, for today session kena bayar RM250. Total dalam RM3750 (deposit RM500 lepastu bayar RM100-150 every month). So kalau nak proceed, kena buat appointment (walk-in pun bole) kat counter depan. Kejap je sebenarnya nak jumpe doctor, yang lama nya sebab kena tunggu. Bila dah bayar2 tu, aku set appointment untuk pasang braces. Fully booked hah! Last2 ada kosong on 28 January 2013 (Monday), which is the day after Thaipusam. Hopefully hari tu cuti ganti hehehe.

Nah nah amek details Dr Zarin. Highly recommended by my friend :)
 Ohhh so emm ape lagi aku ley cite eh. Selagi tak pasang braces, selagi tu takle cite detail2 sangat. Excited je nak tunggu hujung bulan depan but at the same time, nervous!!! Aku punya la dok pikir hari ni. Betul ke decision aku buat ni? Perlu ke? Hahahah very the drama queen kan. Takpelah, macam mama cakap, beauty is pain. Kahkahkah diva la sangat!!!

Kawan aku cakap braces is a good investment la. Takkan dah tua baru nak buat? Time tu dah tak sanggup tahan sakit kot. Huuuu. Aku dah baca2 blog orang, suma cakap pakai braces ni awal2 memang seksa sikit la. Hoho cuak tak ingat nih. Tapi takpela, I still have one more month to eat those roti canai, nasi ayam, laksa. Lalalalalalaaaaa. 

Ok aku tengah tunggu Madihah datang, nak tunjuk koleksi tudung beliau. Harharhar.

p/s : wish me luck! *fingers crossed*


THANKS FOR READING! :)

8 comments:

  1. hai assalamualaikum... saya pun ada cadang nak gi klinik tu jgak... cume tak tahu jalan..susah tak nak pergi ?

    ReplyDelete
  2. Saya pun buat kat klinik Dr.Zarin. Baru 2 bulan pakai. Dah pakai ring & cabut gigi 2 batang, next month cabut lagi 2, sebab sekarang tak ready lagi in fact fully booked kot. Hahaha. Kalau walk-in memang kena bersabar sikit tunggu. Happy wearing ! :D

    ReplyDelete
  3. @nurhaziqah
    Waalaikumusalam.. Nak pegi arah Ampang tu mmgla xssah kn.. Tapi tricky sikit nk cari klinik dia.. Jalan sempit and bole termiss junction.. ritu pn guna GPS je heheh :p
    @N
    Heheh itulah!! Ritu smpai klinik lmbt bpe minit jeee.. Isnin ni appointment psg bracket.. Alalalaa cuaknye nk cabut gigi.. kena 4 btg pulak tu huhhhh =.='

    ReplyDelete
  4. kte da gi da... klinik dia kecil je kan... tp kte pakai lambat lagi... rmai gila org... cuma harga dia reasonable...hidayah, awk dah pakai nanti update blog k... hehe

    ReplyDelete
  5. @nurhaziqah
    Heheh dh pakai dh ponnn.. tp xde mse plk nk update blog ni.. aah mmg harga dia ok je ;)

    ReplyDelete
  6. yeke...then dia cabut gg awk terus ke pas psg? ke belum cabut lg?

    ReplyDelete
  7. Hi,

    nak tanya, lepas bayar downpayment kalau kena cabut gigi, harga asing ke termasuk cabut gigi ye?

    ReplyDelete
  8. Braces are great , is cute when you wearing it :D . I still missing the time I was waaring braces :D . Here is some great information I would like to share with you , http://www.dentistskl.com . Hope you enjoy the dentist blog :D

    ReplyDelete