Friday, December 28, 2012

Rezeki Itu Hak Allah

Assalamualaikum

Bole tak aku nak cakap alhamdulillah sangat2 sebab mama pass interview Cosway? Ya Allah, betapa pemurahnya Kau kat mama aku :')

Before this kalau call umah, mesti mama cita pasal dia kena pi product training la, baca pasal products Cosway, beli barang2 Cosway sebab nak cukupkan points and so on. Sekarang ni, mama just kena extend dia punya network (cari anak2 buah - macam multi level marketing pule). Lepas tu insyaAllah dah boleh pilih tempat untuk bukak kedai. Hopefully dapat kedai yang dekat dengan umah la. Takyah jauh2 nak ulang alik. My pray will always be with you mama. Good luck!
Her dream is mine too :')

Anyway, cakap pasal kedai, aku pun berhasrat nak ada satu jugak. Heheheh actually nak promote blog shop aku ngan member sorang ni. Baru je start Christmas ritu (perlu ke mention???). Konon2 nak buat side income. Tak tak ni pelaburan masa hadapan ok? Mana tau nanti jadi apa2 kat aku yang menyebabkan aku terpaksa berhenti kerja (opppss simpang malaikat 44 la kan) tapi Allah sebaik-baik Perancang antara semua. Kita terima ja. Cewaaaahhh tak pasal2 korang dapat tazkirah free hihihi. So atleast aku ada la back-up plan untuk generate income. Teringin jugak nak bukak buat bisnes besar2 macam Radiusite, Qoma, Al-Humaira' sume tu. Tapi apakan daya, ku tiada model yang cantik dan kamera yang canggih untuk ku tunjuk kat semua. Hihihih apa2 pun, korang kena like Facebook page blog shop kitorang yang baru itu okay? Pastuh pastuh kalau rajin, visit la blog jugak.

And alhamdulillah jugak, dah 100 orang like. Muahahaha ni suma berkat adik2, sepupu sepapat dan kawan2 yang tolong promote. Hopefully lepas ni bertambah la ye *wink* 

Yayyyyyyyyyyyyy <3
Although sambutan tu agak slow tapi aku pecaye rezeki kat mana2, asalkan kita berusaha. Teringat sekali tu masa aku berjalan nak buang sampah. Yela bila dok flat, tong sampah besar semestinya kat Ground Level, bukan cam umah teres yang tong sampah yang just dua tiga tapak je dari pintu umah. Hehe. Aku ternampak sorang makcik ni dok menyapu kat tepi tong sampah tu. Baju pun nampak lusuh. Sekali sekala dia menjenguk kat dalam tong tu nak tengok kalau2 ada benda yang dia boleh jual, maybe? Or barang yang dia boleh recycle untuk kegunaan sendiri? Oh sedih. Anyway, masa aku dah dekat tu, makcik tu tengah carik2 barang lagi. Bila aku tengah masukkan plastik sampah dalam tong, makcik tu cakap "Terima kasih nak". Ya Allah, tersentap aku dengar. Sedih nya! Terima kasih sebab buang sampah? Lagi menyayat bila anak dia ada kat tepi tu sekali, tengah naik basikal rasenye. Maybe umah dia jauh sikit so dia suruh anak dia cycle sebab takut anak dia penat berjalan. Macam2 aku pikir lepas hari tu. Tapi tu la cara makcik tu cari rezeki, walaupun terpaksa membelek2 sampah yang dah dibuang oleh orang ramai. Takpe, janji keje tu halal di sisi Allah. Hopefully Allah mudahkan urusan makcik tu and family dia. Rezeki Itu Hak Allah bukan?

Doa Dimurahkan Rezeki
 
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Such a powerful dua'. May Allah bless all of us. Take care boys and girls :)

p/s: Jangan lupe 'Like' and Order!!!! ^___^


THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment