Tuesday, August 9, 2011

Kasih Kepada Ibu Bapa

Assalamualaikum

Tadi tengok Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (best kan sebut nama penuh hehe) kat Astro Oasis yg berbincang psl 'Anak Derhaka' dengan dua orang tetamu jemputan, Ustaz Asyraf, juara Imam Muda (heeeee) dan Nur Haniza (tak kenal tapi mesti la die ade contribute something sbb tu dijemput kn). Menarik jgk isu ni sbnrnye tp session tu half and hour je. Pstu ade iklan lg (phm2 la iklan kt Mesia sume nk lme2 je kannn). So total session tu rsenye dlm 20 mins je kot? Or less. But I hope they'll talk more about this issue. Ni some of the things yg diorg sentuh dlm forum tu.  

1) Anak derhaka ni dtgnya dr seorang anak yg pd mulanya derhaka pd Allah spt tak solat etc. Bila diri seseorang anak tu tiada pengisian rohani, makanya terjadilah kes mcm tenking ibu, abaikan bapa dan sebagainya. Ya Allah, mtk dijauhkan dari perkara2 mcm tu. Sedih tgk kes org hanta ibu bapa ke umah org2 tua, abaikan ibu bapa smpai x amek tau hal ehwal kebajikan dorg lgsung and mcm2 lg kt tv/newspaper. Haih.

2) Wlaupn kita ni sensitif orgnya tp klau boleh, jgnlah trase hati dgn ibu kita sgt. Ckp 'ah' pn tak sbnrnye. T_T Cthnye, ada sbb ibu x bg kita keluar lewat2 mlm, especially klau kita perempuan. Kan bahaya kua mlm2, kang jd pape sape yg ssah? Kita x igt ke mse kecik2 dlu ibu lah yg byk layan kerenah kita? Mcm mengada-ngada nk mainan, tgk yg baru skit sume nk angkut blk umah (akulah tu! :p).

3) Klau kita derhaka dgn ibu bapa, kita tak akan dpt keberkatan hidup dr Allah. Hidup akan penuh dgn keresahan. Allah tu kn Maha Adil. Wlaupn kita rasa kita hidup senang tp klau anak derhaka, suatu hari nnt Allah akan membalas jgk pbuatan dia tu. Penah tak dgar cite sorg anak derhaka yg kakinya melekat di kubur ibunya? Hmm..mengikut cite org2 kampung, dia suka meninggi suara mse ibu dia hidup lg. Mse pengebumian tu, dia dtg skali la skali. Tgk2 kaki die tsangkut mcamane tah. Org kampung da berusaha nk kluarkan dia dari kubur ibu dia tp x berjaya. Anak tu pon meronta-ronta nk mlpskan diri smbil meminta maaf kt ibunya. Lps 4,5 hari, anak tu meninggal dunia kt atas kubur mak dia jgk. Mungkin sbb tak tahan dgn terik matahari, tak mkn dan minum ataupun terlalu sedih dgn dosa yg dia dh buat kt mak dia. Amek pengajaran dr cite ni ye. :)

Ya Allah :'(

4) Nur Haniza ckp, dia slalu kirim duit gaji kt ibubapa dia. Alhamdulillah. Aku bhrp dpt buat mcm tu gak (tp skrg ni hampeh satu keje pn belum dpt lg ape kesssssss). Dia ckp lg, wlaupn kita ada harta setinggi gunung dan slalu kirim duit kt ibubapa kita, itu masih belum cukup utk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka. Besar tau? 

Oklah, sbnrnye byk lg ley ulas psl forum td tp tak reti sgt hehe. Ini je yg aku dpt conclude. Klau ada salah dan silap, mtk ditegur ye. Sesungguhnya sy ni hanyalah manusia biasa, tak lari dr kesilapan (cewah!!! *clap clap clap*). Anyway, kt bwh ni ade sajak utk ibu (aku cilok mne aku pn tak igt haha).

***************************************

Renungkanlah kwn2..sementara ibu kamu masih ada kt dunia ni..hargailah beliau :)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang pa lin g cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang palin g risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ..... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah,alfatihah.


***************************************

Best kan best kan? Saaaaaaaaaaaayang Mama! Dan Ayah juge. ;)


Alamak! Lupe nk ckp something. Selamat bersahur, berpuasa dan bertarawikh kpd semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada. Moga Ramadhan kali ni membawa seribu erti kepada kita dalam mengecapi nikmat berpuasa dan memberi ruang kepada kita untuk meningkatkan amalan kepada Allah swt. Wallahualam.

     hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment