Monday, September 26, 2011

Kecik Hati Keeeee

Assalamualaikum

Igt tak ade satu hari tu aku trse dgn someone? Then tjumpe wall post ni. Ehem curi kejap hihi. Sme2 amek iktibar ye! ^_^

*****************************************

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati jugak adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

I'm so confused...

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what that means.

Ayah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa diri dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia..
Anak : Uiiiii..tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah : Kerana orang yang menhina kita tu adalah peringatan daripada Allah.
Anak " *blur garu2 kepala*
Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian tu? Kerana Dia nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak : Ooooo...okkkk...
Ayah : Lagi parah kalau kita pun cerita pada kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..". Jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah tu akan lesap.
Anak : Gulp! *termakan cili*

Sooooo...the conclusion is, jgn mudah trasa hati...mknanya kita tak redha dgn Allah..nnt Allah pn tak redha dgn kita...Na'uzubillah.

Ayah tambah lagi, "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu, seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah telah menutup aib dan kelemahan kamu. Dan letakkanlah sepenuh kepercayaan pada Allah. Percaya. Sesungguhnya Allah tak akan sia-siakan kamu"

*****************************************

Alright peeps. Does that ring any bell to you? Because for me, it did. Iman di dada tidaklah begitu kuat tapi aku yakin, kasih sayang Allah terhadap kita teramatlah banyak, melimpah ruah. Jika diberi kesusahan, itu adalah ujian buat kita. Untuk meningkatkan iman dan mendekatkan diri kepada-Nya. Dan jika diberi kesenangan, itu juga ujian. Untuk menguji sejauh mana tahap kesyukuran kita terhadap nikmat kurniaan-Nya. Aku ni ckp je pndai, aplikasi belum tentu. Sama2 lah kita berubah ke arah kebaikan dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Ohhh comics ni dpt from sni.

Kadang aku terpikir, layakkah aku menerima ujian Allah? Tapi layakkah aku dikurniakan rahmat Allah? 
Ahhhh. Confuse. Complicated. Tapi apa-apapun..

قُلْ إِنْ تُخْفُوا ما في‏ صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَ يَعْلَمُ ما فِي السَّماواتِ وَ ما فِي الْأَرْضِ وَ اللَّهُ عَلى‏ كُلِّ شَيْ‏ءٍ قَديرٌ [surah Ali Imran ayat 29]


Katakanlah:" Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa- apa yang ada di langit dan apa- apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


hidayah shukor

THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment