Tuesday, October 9, 2012

Splendid Saturday

Assalamualaikum

Weekend aku terisi jugak hari tu. Hari Sabtu my Honey Bee aka Sabi ajak pegi Jalan Telawi 2 Bangsar, amek pakej Celcom untuk staff PETRONAS. Tapi ended up orang tu tak boleh buat kat situ, dia suruh pegi TTDI Damansara jugak. Kena call corporate line, buat appointment then baru boleh regsister for the package. Huhhhh banyak sungguh cubaan! Sabi cakap takpelah, next week dia try pegi Damansara pulak. Kecian. Pastu Mey pulak call Sabi ajak hang-out. Dia ada meeting kat KL, kalau tak terperuk la dia kat Kerteh tu. Hahhaha sorry dude. So kitorang gi amek Mey kat LRT Universiti then terus gerak gi MidValley.
Sabi yang malu2 nak amek gamba kat tengah mall. Hahhaha aku kire ape. Janji ade gamba.
Ok pastu Mey (kot) suggest pi makan Zenmai Sushi. Hahha walaupun aku dah makan sushi semalam tapi tak kesah pon. Kalau pasai sushi je, aku on! Hihihihi.



Nampak tak sapa yang semangat sangat nak bergambar ni? Hahhahahah. Ok ok disebabkan lapaq sangat, I ordered two dishes.

Mentaiko Spider Roll
Aburi Salmon Mentai - salmon yang disalai. Err agak mentah, which I don't really like.
But it tastes good kalau makan dengan soy sauce.

Orang2 PCG pakai ipad je sekarangggggggg. Nyampah uollz!
Mey order Firecracker Roll. Tapi dia tak suka. So I ended up finishing them all hahahhaa.
Ni la cara2 nak pegang chopstick ye kawan2.
Sabi belanja Ice-cream Waffle for dessert. Thanks Bee!
Hot Green Tea
Lepastu kitorang boring taktau nak pegi mane dah. Mey ajak pegi IKEA, which is totally random. Duhhh sape saje2 nak pegi lepak IKEA? Hhahahahha well, we do.

Macam ada 'nur' di situ. Ohhh kalau ye pon Mey, buang la tag KUL dari airport tu. Semangat beno.
Taktau ape motip. Diorang kate, haaa ni la tempat Dayah baking nanti. Apekah??? Hhahaharrrr~
Bersantai kejap. Buat2 macam umah sendiri. Hah mana tau kan satu hari nanti. Aminnnnn.
Ok sofa ni aku memang dah cop dah. Sekali dengan spot yang Mey duduk tu. Pergh best kot kalau duduk sambil layan movie :D:D:D
Bagi yang taktau, kat IKEA ni system dia senang ja. Kita salin code tu, then dekat2 kaunter nanti ada cam 'gudang' besar yang diorang simpan suma perabot2 tu (which diorang tak assemble lagi la of course). So cari la ape yang kita nak, according to the code. Yang korang nampak dalam gamba before ni sume for display only. Ok paham tak explanation saya ni??? Takpaham, pegi la IKEA seniri. Thanks.
Kesian kan takde orang nak amek gamba kitorang? Hahhah ni pon nyorok2 dari orang. Takut orang nampak. Ahhh pikir ape pasal orang? LOL tetiba emo~~~~
Comfy gila katil ni. Sikit lagi aku nak bermalam kat IKEA.
Dah habes pusing2 tu, aku beli la satu meja ni untuk oven aku. Well, meja kecik ja. Mey pon ade beli gak, I think desk lamp ngan curtain kot. Lepas aku anta Sabi ngan Mey kat LRT Universiti balik, aku teros pegi Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Nak visit Acu & Maksu aku before diorang pegi Haji. Uwaaa teringin kot!

PakNgah & Makngah pun mai sama. Depa dok kat Shah Alam.Yang hujung kiri and kanan tu cousin aku.
Semoga Allah merahmati perjalanan Acu & Maksu. InsyaAllah :')
Before depa nek bas pi KLIA, Maksu tanya aku, nak pesan apa2 tak? 

"Haaa maksu doa la kami suma murah rezeki, sihat sumanya satu family. Err lepas tu doa....."

Tak sempat aku sambung...

"Mintak jodoh yang baik ka?"

Hhahahahahhaha tak expect langsung benda tu keluar dari mulut Maksu. Memahami sungguh! Aku pon hangguk2 ja la. Hehhe. Pastu MakNgah aku tambah, "Haaaa Dayah ni berniat sangat nak pi umrah"

"Haaa doakan yangtu jugak tau Maksu!" <- muka excited.

Aku pun tersipu2 malu dan tersengih macam kerang busuk *gedik gila ok?*


Ramai gila oranggggg. Bukan orang gila ye?

Kak Shida cakap, pegi haji/umrah tu macam kenangan terindah. Pffftttt bilakah dapat ku lakar memori itu? Hahhahahhaahah sila muntah.

THANKS FOR READING! :)

1 comment:

  1. jap tgh carik mana gmbr ak mkn sushi dgn kak nelly...xdakkk..aiseyyyman...lol =0

    ReplyDelete