Sunday, October 28, 2012

Raya Dengan Family

Assalamualaikum

How was your Eid? Mine is so-so. Takdela raya sangat. Sebab nye hari Jumaat tu aku sampai umah kul 5 pagi padahal bertolak dari KL kul 8 malam hari Kames. Can you imagine that???? 

Huhuu memang pagi tu aku tidoq tak ingat dunia la. Dengan penatnya lagi hewhewhew. Petang tu baru kalut cari baju nak pi beraya umah tok. Pakai baju raya taun2 lepas sudahhhhh.

Me and my sister, Hazirah. 
Semalam before pi umah tok, kami singgah Tesco sat sebab tok pesan belikan bahulu and kuih raya heheh. Sementara tunggu mama, aku menyempat lagi beli kasut yang kiut miut ni.






Then sampai la umah tok. Well, menu hat simple2 ja. Tapi simple tu yang best kan?


Hari ni pulak, mama ajak pi kenduri sempena Hari Raya Aidiladha. Dapat la jugak merasa makan daging korban heheh. Sedap bila cicah dengan air asam. 


Lepas pi kenduri tu, mama hantar aku pi facial. Huhuhu muka dah teruk dah. Sampai Elise bising2 kat aku sebab cuci muka tak betul. Aku pulak tersilap pakai moisturizer. Dah muka jadi berminyak pulak. Tu pun kena tegur. Hahhaha takpa2, demi masa depan. Eh.

Lepas tu kami pi Tesco (lagi sekali) sebab konon nak dinner Nasi Arab. Tengok2 kedai tu tutup. Before tu terdetik pulak mama nak tanya "Eh akak tak jumpak Murni ka?". 

Pas solat Maghrib kat Tesco, terus Murni call aku. "Wehhhh hang kat mana?? Aku baru jumpak ayah hang tadiiii. Aku kat Tesco nii". Excited bunyi nya. Cam tak jumpak 10 taon. Hahhaha. Aku pon sudah lama tak ketemu beliau. Tapi tengok dia dah ok dah walaupun baru pas accident ritu huhuuu. Tu la, bila kita ingat kat orang tu, orang tu pun ingat kat kita. Kan.

Tamat sesi bersembang dengan Murni. Lepas tu kami satu family decided nak pi makan kat Kapitan, Perda. Irah dok gadoh nak makan nasi sangat. Memang raaaaamai gila orang. Laku betoi depa ni berniaga. Very the suspense bila ada sorang pakcik ni tetiba menjerit kat tukang masak tu sebab hantar order lambat. Alaaa rilek2 la pakcik, orang ramai kot. Kitorang pon tahan sabar je tunggu nasi nak sampai ni. Bukan pakcik sorang okay? Camtulah aku bermonolog dalam hati. Tengok2 pakcik tu dah blah. Eh.
Seb bek Chicken Beriyani Claypot sampai duluuuuuu.



Teh-O-Laici

Yezzzzaaaa ni yang aku tungguuuu. Butter naan with Tandoori Chicken. Sedap baq hang!
 Kenyang sungguh!!!! Alhamdulillah. Then masa balik tu my best friend, Baly send satu gamba. Actually dari pagi tadi dia dok cakap dia nervous. Hahha aku dah agak dah sebab apa.

Happy Engagement Day buat kawan saya, Hambaly. Jaga Ain elok2 ye bro? Yeyyyy tak lama lagi kitorang ley makan nasi minyak hihihihihihi :)
 Happy nya kawan2 aku nak kahwin!!! May Allah bless you both and grant you happiness sampai bila2 ^___^

Ohhh before masuk tido tadi, mama ada tunjuk gamba ni. Gelak besar la aku. Such an old photo. Aku pon tak ingat. Time ni aku baru 2 taon. Tapi asal macam dah tadika????

Kaki pendek tak jejak tanah. Pastu pandang tempat lain. Hahahha spoiler betul.

p/s : esok nak balik KL dah. mintak2 tak jem teruk. tolongla.


THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment