Monday, January 9, 2012

It's Time for Her

Assalamualaikum

Satu malam tu aku ajak Kimi semayang Maghrib.

Kimi : Akak, kena semayang berapa? *as in berapa rakaat*
Akak : 3 rakaat. Ok, kalau taktau ikut akak eh. *sengih mcm kerang busuk*

Lepas abes semayang, aku pun start tadah tangan berdoa. Kimi pun ikut sama.

Kimi : Akak, Kimi taktau nak baca apa.
Akak : Haa Kimi baca la doa. Mintak kat Allah apa2 yang Kimi mau.
Kimi : Hehehe Kimi nak kereta remote. Pastu Kimi nak mintak jangan ada alien kacau keluarga kita.

Alien? Bapak random gila adik aku ni haha. Maybe dia nak cakap orang jahat kot? But my point is, when you're a kid, you have nothing to worry about kan. Masa kecik2, the things yang aku pikir just pasai cite cartoon kat TV, computer games and nak makan ape. Tak payah nak pikir pasai esaimen yang bertimbun, pocket money yang makin berkurang sebab shopping and travel, pasangan hidup (takdela stress pon hihihi no pressure) and sakit hati sana sini (ok tu over sikit). What I mean is, nak jaga hati dan perasaan orang lain. Makin besar, makin banyak yang nak kena consider. Eh betul ke ape aku cakap neh?

Suddenly aku teringat kat arwah mak. Pemergian arwah memang kitorang tak expect. Kalau Allah nak tarik nyawa, bila-bila pun Allah boleh buat.


إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ
  Maksudnya :
“  Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

So kita yang still hidup ni kenalah  mendoakan arwah so diringankan seksaan di dalam kubur insyaAllah. Ohhh lupe pulak nak bagitau. Memang certain orang belah utara panggil nenek diorang dengan panggilan 'mak'. Kalau aku, maybe da terbiase dengar mama (as in my real mom lol) panggil 'mak' kat arwah nenek. Ok, back to the story. And masa baca doa tu I told Kimi, 'Nanti sedekah la surah al-Fatihah kat mak. Kimi tau baca kan?'.

I miss my grandma. I really do.

**********************************
The Beginning
'Mak, akak mintak maap kalau ada salah silap na?'
Aku tak expect tu la last time aku tengok mak. Lepas cium tangan and pipi dia, aku rasa cam tenang gile. Sebab aku tau dia dah tak marah-marah kat aku huhu. Aku pun tutup pintu kete sambil lambai tangan kat mak. Lepas pakcik2 aku bawak mak, kami satu family terasa kehilangan. Tapi untuk kebaikan mak jugak. Hmm kami kena bersiap nak pegi Kuala Lumpur petang ni, cousin aku nak kawen. So mama mintak diorang tolong jaga mak. Almost 3 bulan lebih mama jaga mak since mak sakit, so this time biarlah anak-anak mak yang lain jalankan tanggungjawab diorang pulak kan. Starting Jumaat tu la, dua orang anak lelaki mak akan jaga dia. Mama sebenarnya kalau boleh, nak diorang bawak balik mak ke Kuala Lumpur. Tapi takpelah kalau diorang nak jaga kejap kat Bagan Dalam tu. Bukan umah orang lain pun, umah ayah diorang jugak. Lagipun, diorang bole cari orang nak tolong diorang jaga mak. Ye ah, diorang takle nak tengok mak 24-7 sebab sorang tu keje kat Kuala Lumpur and sorang lagi da ade family kat Sabah so kena cari orang jugak.

Kerenah
Memang aku admit, bukan senang nak jaga orang tua ni. Tambah bila dia sakit. Since raya lepas, mak tak bole nak bangun and berjalan. Kitorang pun tak pegi beraya sangat sebab nanti takde sape nak jaga mak kat umah. Sebelah kiri badan mak tak boleh bergerak. Doktor cakap mild stroke. Seb bek dia bole cakap macam biasa. Kalau tak, susah jugak nak paham kalau dia mintak apa-apa. Aku taktau la kenape aku kadang-kadang jadi emo. Bila mak mintak nak air, aku mula nak mengeluh. Padahal bukan susah pun. Letak air gula lepas tu air masak. Mak memang suka minum sirap pun. Tapi dia ada kencing manis so aku pun tanak la bancuh air manis-manis. Hmm pasal benda ni pun jadi isu. Kalau buat air tawar sikit, nanti kena la sound. Ada sekali tu, da pukul 2 pagi. Saje aku tido lambat sikit sebab nak temankan mak. Kot-kot dia nak mintak apa-apa kan. Time tu mama semua dah tido da. Seronok time tu. Tengok TV sama-sama. And then dia suruh buatkan teh. Lepas tu dia nak biskut marie. Sape taktau ley google ye hehe. Tak susah pun tapi sebab aku da mengantuk kan. Da pukul berape da, nak makan tu nak makan ni. Tapi aku ingat, orang tu ni kan kadang-kadang banyak kerenah kan. Dalam keadaan dia yang terlentang macam tu, kita kena la ikut kehendak dia. Bila mak tak larat nak bangun duduk, dia mintak minum air guna straw je (ye, sambil baring). Kesian jugak tengok sebab nampak struggle jugak dia nak minum macam tu. Tapi aku tersenyum jugak kadang-kadang bila pikir yang mak ni tak ubah macam baby da perangai dia. Tapi memang macam tu la orang cakap, bila dah makin tua ni, perangai makin jadi macam budak-budak, back to the beginning kan. Alaa, nenek marah cucu dia, apalah sangat. Marah yang comel. Hehehe. Lagi comel bila dia suruh aku tunggu mamak roti yang akan datang area umah kitorang pukul 10.30 malam. Every week dia pesan. Kalau ada loceng bunyi, maknanya mamak tu da nak sampai la tu. Hahha dari jauh ley dengar. Tapi mamak tu bawak moto laju gile. Kalau tak tunggu kat depan tu 5 mins awal, memang terlepas ah. Selalunye  mak suruh beli roti benggali and sekaya pandan. Sumenye dua hengget doploh sen. Memang favorite. Memang tak lupe.

Makanan, Pakaian
Aku tak sepatutnya mengeluh kan. Aku setakat buat air, angkat mak duduk dari baring, bagi makan ubat, benda-benda simple macam tu je. Bukan macam mama. Bagi mak mandi, salin baju and pampers, salin cadar, sarung bantal, masak nasi, buat itu buat ini. Penat weh. Keja mama berganda. Peranan mama bertambah. As a mom, as a daughter. Ye la, anak-anak mama takkan dia nak abaikan. Mak yang tengah sakit pun dia kena jaga jugak. Ada sekali tu masa tengah malam kot, tetiba mak ber*k. Mama baru nak masuk tido time tu. Terpaksa la salin jugak kan. Takkan nak tunggu esok pagi nye. Walaupun mengantok, mama gagahkan jugak. Bila dah salin pampers, kena la tuka kain jugak. So bertambah la baju-baju yang nak kena basuh. Semua kain baju mak, mama basuh tangan. Sebab kena rendam dan dibasuh betul-betul takut nanti tak bersih. Aku tau mama memang sangat particular orangnye. Selama mama jaga mak ni, aku tengok pakaian mak semua bersih je. Kesihatan pun terjaga. 

The Moment
Kenduri cousin aku hari Sabtu petang tu. Da selesai semua, malam tu Pak Chak call mama cakap yang mak da takde. Ya Allah, semua terdiam. Aku pun tatau nak describe feeling tu. Baru sehari je kitorang berpisah dengan mak, tak sempat nak bersama dengan dia masa dia meninggal. Malam tu jugak kami satu family rushing balik Penang, walaupun niat asal nak balik hari Isnin. Kami sampai umah tokwan kat Bagan Dalam pukul 4 pagi macam tu. Environment lain gile. Rase sunyi sepi. Sayunye hati bile bacekan Yasin untuk mak. Badan dia sejuk je, tak bergerak langsung. Mase tu memang takle tahan la. Nangeh tak ingat. Tapi tahan jugak la, kang tak paham satu hape aku bace mase tu. Aku pun takle nak nangeh lama-lama, takle terkenangkan sangat kan. Banyak sangat aku pikir. 'Ya Allah, lepas ni aku da takle tengok muka mak. Takde dah suara mintak air, mintak nasi. Takde da orang nak suruh aku pakaikan baju, sikatkan rambut. Tak payah da aku tunggu mamak roti malam-malam'. Masa tu orang-orang kampung da sampai nak uruskan jenazah mak. Ada sorang makcik tu, ada experience dengan uruskan jenazah ni, dia mintak sedara terdekat tolong dia mandikan jenazah. Kira macam berbuat baik kat jenazah for the last time. Aku rase happy sebab dapat mandikan mak, sekali dengan mama. At least dapat tengok muka mak puas-puas kan. Nak dekat pukul 10 pagi, orang-orang masjid da datang dengan keranda nak sembahyangkan jenazah mak kat masjid. Masa nak kafankan tu yang paling sedih kot. Makcik tu panggil anak cucu semua cium mak buat kali terakhir. Dah letak bedak sejuk, celak, minyak atar semua. Mak da wangi da. Da siap nak menghadap Allah.

Di Pengakhiran
Ahad tengahari tu orang kampung Bagan Dalam da selamat kebumikan mak. Alhamdulillah. Lepas tu kami sume balik Seberang Jaya. Memang terasa sangat kehilangan mak sebab sebelum dia meninggal, memang everyday kami tengok muka dia, penuhi permintaan dia and sediakan semua keperluan makan, pakai dia. Sampai je rumah petang tu, aku ternampak cawan last yang mak guna hari Jumaat lepas. Tak berbasuh pun lagi. Kalau diingatkan, Jumaat tu la mak dah start muntah-muntah, tak lalu makan and nampak weak sangat. Maybe tu tanda-tanda dia nak pegi tinggalkan kami.  Aku ingat ada sekali tu masa arwah still hidup, sugar level dia menurun, otak dia macam takle function betul sangat. Bila dia tanya soklan, dia akan ulang banyak-banyak kali padahal aku da jawab da soklan dia tu. Cakap pun tak berapa nak clear. Suara pun tak keluar sangat. Sumpah tak tipu yang penah sekali tu aku berdoa banyak-banyak kat Allah. Mintak dia mudahkan perjalanan hidup mama and mak Takle imagine kalau mak still paralyze for another 4,5 years. Kesian jugak kat mama. Well, kesian kat both actually. Aku kesian kat mama sebab kena tungkus-lumus jaga mak, siang malam pagi petang. Tapi mama fikir, bukannya mak orang lain, mak sendiri jugak kan. Jaga ibu tu sangatlah mulia, orang cakap. Especially bila ibu tu da tua. So bila aku berdoa macam tu and tetibe condition mak makin teruk (as in jadi nyanyuk, kot?), aku jadi serba salah. Ehh takkan mak da nazak kot. Aku panic kejap. Aku jadi confuse dengan ape aku nak. Aku sedih tengok mak yang terbaring macam tu tapi at the same time aku kesian kat mama yang nampak penat sangat jaga dia. Tapi alhamdulillah lepas tu mak back to normal. Apa yang aku bole buat is tolong ringankan keje mama. Rase sebak tengok mak try nak capai cawan kat sebelah dia. Maybe dia dahaga tapi tanak susahkan orang lain. Kadang-kadang nak beralih ke kiri and kanan pun kena mintak tolong kitorang. Sedih. Sedih.

Ape-apepun aku doakan arwah mak selamat and tenteram kat sana. Rindu nya kat mak. Mak da masuk alam lain. Why so sudden? :( Da berape lame eh? Nak dekat sebulan jugak la mak pegi, since 10hb Disember 2011. Memang aku rindu sangat-sangat kat mak sebab dia yang jaga aku mase aku kecik-kecik. Masa tu mama still keje lagi. Mak yang bawak aku naik bas UTC pegi umah kawan-kawan dia, pegi jalan-jalan. Paling aku ingat and kelakar bila mak kayuh beskal hantar aku pegi tadika. Aku dengan Husaini kat belakang, Hashri dalam bakul kat depan beskal. Aku bangun lambat hari tu so tertinggal bas sekolah hihi. Tengok, kecik-kecik da menyusahkan orang ish3 tak baik tak baik. Ayat-ayat last yang dia cakap is "Nanti akak rajin-rajin tepon mak tau. Kalau dah dapat keja nanti bagitau la". Tak sempat nak call. Tak sempat da nak bagitau akak dapat keje Philips bulan 2 nanti. Mintak maap la sebab cucu mak ni tak cari keje betul-betul, asek malas je. Orang lain da lama keje. Mak tak sempat tengok cucu mak masuk keje. Sobs.

Okla. Apesal aku cam da nak emo ni. Fine. Yang lawak pulak bila satu hari tu mak pesan, "Akak, Fathul tu ada contact dak? Ehhh dia dah ada gf kan". Kahkahkah ni memang aku nak tergelak gile kot. *ok sori Fathul terpakse direct,you tak kesah kan hihih* Yang kelakarnye sebab mak taktau the whole story. Fathul da couple la mak. Da lama pun. Hhahahahaha semangat betol muke mak masa tu. Kekekkeee whatever it is, I'm sure when the right time comes, the right person will come InsyaAllah. Taknak pikir lagi pasal ni hehhe. Asal tetibe entri ni pasal aku nihhh? Ok ok.
Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali.
AL-FATIHAH BUAT AMINAH YAHYA (1943-2011)
Mak, I miss you. Sangat.
p/s : sorry la ayat macam novel kekekkekeee. janji tak buat lagi.
hidayah shukor


THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment