Wednesday, February 15, 2012

Hantu Dalam Rumah

Assalamualaikum

Seriously? These HR people? They keep saying, 'We'll inform you once we have updates." How long do I have to wait? Kalau tak dapat, cakap la tak dapat. Buat orang tertunggu-tunggu. Tapi takpelah. Sabar..sabar..

HAHA ok itu sudah emo lebih. (sangatla tak bagus aku ni kan, intro je da membebel2 hehe). Tajuk pon dah lari. Aiyakkkk~

Ok ok. Sebenarnye aku nak tulis lme da tapi takde mase je (cewah). Cite ni arwah mak yang cite kat mama (mak=nenek aku). Dulu mama aku dok umah kampung je, kat stesen keretapi. Yup, hidup memang sangat susah time tu. Even sekarang pon ade je kawasan2 pedalaman yang tak dibangunkan lagi.

sumber: google
Tapi aku imagine budak2 sekarang ni, sanggup ke diorang duduk kat umah yang serba kekurangan ni? Tambah pulak takde electricity, entertainment pon setakat main tinting and batu seremban. Paling best pon main kat rel keretapi (eh jangan!).

Tapi bukan yangtu aku nak cite. Alkisah ade la sorang makcik kat umah arwah mak dulu. Panggil CikNah (bukan nama sebenar) la senang. CikNah ni dah terikut2 orang non-Muslim kat situ, sampai main nombor ekor (even yang Muslim pon buat jugak huhuhu). Ish ish. Satu malam tu CikNah gi kat kawasan kubur, konon2 nak tilik nombor la. Ni pon dia amek petua taiko2 kat situ. Kena gi kat kubur lepas pukoi 12 (nauzubillah memang syirik abes). Bila dah sampai kubur tu, taktau la camne bole dapat tau nombor ekor. Either lepas tu mimpi ke ape ke, tak dapat dikenalpasti.
Ok fine la yangtu.

seram tak seram takkkk?
CikNah ni ada sorang anak and kebetulan hari tu husband dia takle anta anak tu gi sekolah. Then CikNah mintak tolong arwah mak. Nak bagi anak dia naik bas sekolah dengan mama. Kebetulan sekolah anak CikNah dekat je dengan sekolah mama (masa tu mama baru darjah 1 kot). Tunggu punya tunggu, CikNah tak datang2 pon anta anak dia. Mak ajak adik ipar dia gi umah CikNah, nak find out ape yang jadi kan. 

Sampai je umah CikNah, mak pon jerit2 la panggil tapi takde orang menyahut. Tetibe diorang nampak ade sorang pompuan ni, berambut panjang, melintas kat hujung dapur sane. Tapi diorang tak nampak muke la. Arwah mak dengan adik ipar dia buat dek je la. Padahal dalam hati tu da cuak habess. Adik ipar mak tegur, "eh sape tu?". Mak just angkat bahu je. Diorang tak jumpe CikNah, last2 diorang balik umah je.


The next day, muka adik ipar mak merah padam. Sebelah muka je la. Maybe sebab kes tegur semalam (orang kate takle tegur hantu kan?Jengjeng hantukah??) 

Diorang pon tanya la CikNah, "Hang pi mana semalam? Kami mai umah hang, panggil2 tapi hang takdak pon. Adik hang pon tak dengaq kami panggei (refer kat pompuan yang melintas semalam)?".  

Terkejut beruks CikNah masa tu, "Eh aku mana ada adik. Time tu aku kat bilik depan, sapu sampah. Aku pasang radio kuat, tak dengaq hampa panggil".

Abes tu sape pompuan tu semalam????
Rupe2 nye umah CikNah tu bekas tanah kubur sorang pompuan ni (maybe pompuan yang melintas tu). Omg seramnye buat umah atas tanah kubur!! Tapi camtu la zaman dulu2, tanah tak cukup tapi orang semakin ramai. Terpaksa guna tanah kubur buat rumah. Kubur yang CikNah pegi hari tu maybe kubur family perempuan tu (ade sangkut paut kot). Lepas tu CikNah taubat tanak main nombor ekor dah. Meremang weh ada hantu dok berkeliaran kat dalam umah kita!!

Ntahla, manusia ni bole buat macam2 kan. Sampai nakkan duit in advance, sanggup pegi kubur nak puja2 roh sume. Berdosa besar weh kalau syirik tuuu. Apa salah nya berusaha lebih sikit nak dapat rezeki yang halal kan? :)

Okla, sorry aku pon tak reti nak bercerita sangat. Nak kate seram pon tak hihihihi. Tapi mintak2 mesej tu sampai la eh. Nak nasihat lebih2 kang orang kate macam makcik. HAHAHAHA!
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Setiap anak Adam itu berbuat dosa. Dan sebaik-baik mereka yang berbuat dosa ialah mereka yang bertaubat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, dinilai sahih oleh Al-Albani)

THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment