Thursday, February 9, 2012

Random Lunch (Hammerbay)

Assalamualaikum

Isnin lepas, Cikbi text aku tanya tempat2 best kat Penang. Yeahhh memang kau tanya orang yang betul, Cikbi. Aku bukannye rajin sangat kuar, itupun dengan family je. Tapi aku sangat berkobar2 kalau ade orang ajak aku kuar time tengah bosan2 ni. Tapi lepas ni aku rase ayah aku takkan sewenang-wenangnya bagi kebenaran aku kuar dah (sebab ape?nanti aku stori mori okeh) Eh ape ke hal melalut sampai macam ni sekali?? =.='

So aku pon suggest la pegi Batu Feringghi, Queensbay, Gurney Drive, town (tengok historical buildings) bla bla and segala tempat yang aku penah pegi. Aku tanya, asal ko nak datang Penang ke? (beliau tinggal di Serdang tapi jangan kacau, beliau sudah berpunya ye. eh me what wrong??) Ok so. Tup tup die memang da ade kat BF (shotfom Batu Feringghi.nampak tak tahap kemalasan aku?), dengan family die. Ces tipah terus terasa tertipu. Aku cam biasa, kalau ade kawan nak datang Penang, memang akan bersemangat nak jumpe. Teros pegi amek Bae (since die tumpang umah Mony kat Bagan Dalam semalam) pastu pegi BJ Court, umah bebudak Intel tuh. Dengan niat nak jumpe Cikbi. Mase tu Cikbi tengah cari kedai makan.

Sampai2 depan apartment diorang, Baly sorang je yang turun. Kitorang tanye, mane Nabil? Wansyah? Seperti biasa, Nabil yang selalu blur2 tidak memberikan jawapan yang pasti samada nak ikot kitorang ke tak. Sambil masuk bilik air, dengar samar2 die cakap 'nak ikut'. Ehhh ni sume Baly cite tau! Hak hak jangan ingat kitorang masuk umah orang bujang pulak. Kenot2. So kitorang conclude, ha Nabil nak ikut lettew. Wansyah pulak?

Kan budak2 dari Kulim datang semalam. Rupe2nye diorang terambek kunci kete Wansyah. Hahahhaha ini dah terlebih bijak! Dengan bantuan kereta Acap, Wansyah pon pegi Kulim menuntut kembali haknye hua3. Tunggu punye tunggu, at last dua budak bertuah tu pon sampai. Aku tanya Cikbi, die kat mane dah. Die cakap dah on the way balik hotel die kat BF. Tapi jalan jam teruk. Alamak, terlupe hari ni orang da start prepare for Thaipusam! Innadeeyyyyy. Tak dapek la kitorang jumpe Cikbi hari ni sob sob.

Macam biase da tengahari, bebudak tu tersangat lapa (bangun lambat lettew). Kitorang decide pegi HammerBay. Siang2 takde ikan bakar tapi diorang serve lauk. Ok la. Not bad. Kedai pon tepi laut, feel gitu kah kah kah. Tengok gamba je la senang. *nampak sangat malas nak type*

Nabil and Baly. Tengok la sape yang lapa sangat.
Sampai2 diorang teros amek nasi. Penuh kesopanan dan kesusilaan.
Time tu bukan hujan ye. Air turun sebab diorang tengah basuh atap kedai.
Eh apesal aku explain?
Si kecik Bahirah a.k.a Bae. Memasang angan2 untuk
mem'braces'kan diri seperti beliau hehehe.
Asal kne ade gamba aku lagi??
Nampak Penang Bridge tak? Kalau nampak, takpe. Kalau tak, tanye! *garang kan*
The Jakuns.
Belakang tu Pulau Jerejak. So close yet so far *tehtiba*
Aku suka view nih! :D
Mesti nak ade view building kat belakang. Ala2 Miami la. Padahal...
Siryes aku rase gamba last tu macam gemks semacam. Macam ni la pompuan. Hari ni komplen gemok. Esok makan banyak2. Lusa komplen gemok balik. Aku pon kadang2 tak paham.

Korang paham?



*gemks=gemok sebab tanak sounds direct sangat. haha MACAM la banyak beza sangat?



THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment