Wednesday, February 1, 2012

Jom Hiking di Taman Negara!

 Assalamualaikum

Ok ni sebenarnye entri bulan 12 haritu. Hahaha malas nak upload gamba. Beselew. Mule2 nak pegi hiking kat Pulau Jerejak. Kitorang (Baly, Acap, Mony, aku) refer Ferry Schedule kat sini then decide nak naik yang 945am sebab taknak bangun awal sangat kekekke burok perangai kan. The night before tu aku call Jerejak Resort nak confirmkan. Die kate ok 930 kena ade kat sini (Jeti Pulau Jerejak). Da siap plan nak wat aktiviti ape sume tau.

Actually pagi tu kitorang terlambat sikit tapi before 945 la. Sampai kat jeti tu kan, die cakap feri da bertolak 930 tadi. Aigooo agak stress di situ. Kecewa dengan diri sendiri sebab tak plan betul2 ergh. Tapi nak wat camne. Takde rezeki mungkin? Ok la ok la then Mony suggest pegi Taman Negara. Bukan yang kat KL ye? Kat Teluk Bahang, Penang le. Hah molep gak hiking kat situ, getus hatiku hihihi. Orait gak tu. Alang2 kitorang memang da pakai hiking attire pon. Takkan nak pegi shopping mall pule.

Da sampai kat Taman Negara, kitorang daftar nama kat kaunter and takpayah baya pape. Kitorang decide nak ikut trail pegi Pantai Kerachut sebab the other one yang pegi light house tu dalam 2 jam lebih gak. Semput mak!


Then kitorang pikir uish nanti da bejalan sejam lebih takkan nak patah balik jalan kaki kot. Memang ade boat service kat situ tapi kena book awal2 kat booth dia. Kena bagitau nak duk kat pantai berape lame and kene baya siap2. Satu bot RM80, tak kesah berape orang yang naik. Since kitorang 4 orang je, macam tak worth kan. Tapi pakcik tu cakap, kadang2 nanti kat pantai nanti ade je tourists nak tumpang sekali. Mintak kat diorang nak share duit bot la hihihihi.

Yeahhh kami da ready!!!!
Mintak maaf ade tarzan sesat.

  Trail dia quite nice jugak. Proper and convenient la. Tapi banyak kena daki bukit. Hahhaha sebenarnye kan. Tak sampai 15mins kitorang hiking, aku da semacam semput tau. Hua2 bese la tak selalu eksesais hihihi. Malu gile kat diorang selaku atlit2 gitu. Aku takle berdiri kot. Asek nak minum air je, rase nak pitam. Hohohooo rase cam nak patah balik pon ade. Sungguh tak fun hiking dengan aku kahkahkah. Tapi alhamdulillah, lepas duduk rehat jap and sembang2 aku kembali normal. Malah lebih bertenaga! Cewah.


Trail ni ade sejarah sebenarnya. Orang2 Acheh guna laluan ni untuk angkut barang2 diorang. Challenging gak bile part nak naik bukit tu, licin pon ade. Be careful ok? Haa pastu kitorang dengar bunyi air terjun. Depan sket terjumpe anak sungai. Benti minum air (yang kitorang bawak le) and basuh2 tangan. Lepas tu start hiking balik. Trail da start landai sket, takde la curam macam sebelum2 tu. Phewwww. 

Benti rehat jap. Sambil menikmati alam ciptaan Allah. Eceh!
At last, kitorang jumpe jambatan gantung ni! Yeay da sampai hihi. Tapi panas terik kot. Tengok jam da pukul 1 lebih. Patut ler. Tak dapek nak mandi manda kang hangus badan huhuhui. 

Belakang kitorang ade tasik. Depan ade laut. Ohsem bukan?
Subhanallah cantiknyeeeeee   ^___^
Terlupe pulak nak bawak tikar ke ape ke ergh. Tapi tak kesah la yang tu. Yang penting kitorang lapa gile! Seb bek beli nasi goreng awal2 tadi. Sebungkus sorang hehehek. Burp burp.

Cantik tapi panas sangat. Terbako kulit den ni ha.
Ade batu2 besar kat situ. Sesuai untuk penggambaran heh.
OMBAK RINDU 2 MUNGKIN????
Tunggu punye tunggu, bot kitorang pon sampai kul 330petang, macam yang kitorang book awal2 tadi.

Yey yey saviorrrrrrrr
Angin kuat sangat dang. Thanks kat matsaleh sorang ni tolong amekkan gamba.
Ni rabbit rock. Nampak tak telinga ngan hidung die tu? Aci la kan. Lebih kurang.
Turtle rock. Macam nak terbang je haha.
Crocodile rock. Gerun gile kalau ade buaya sebesar ini.
Abang bot tu bawak laju gile. Cuak pulak. Seb bek pakai life jacket hehe. Alhamdulillah kitorang sampai ke darat dengan selamatnye. Dengan perut kosong juge heh3.

Ok jom makan lepas ni! Rugi je bakar calori tadi hahahahhahahaha!
Penat jugak hiking sejam lebih tuuu. Maybe it's normal for some people tapi aku rase tu macam kejayaan yeahhh. Sebab da lame tak hiking hehheh gemoks. Pasni nak suro orang bawakkan macam ni bole tak?

Ngade gilos. Kalau ringan takpela.

THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment