Wednesday, February 1, 2012

I Turn To You, Allah

Assalamualaikum

Seringkali aku terdengar orang mengajukan soalan "when is da big day?", aku terpaku sebentar. Merasakan diri ini tidak layak untuk bercakap tentang jodoh. Dalam erti kata lain, aku takut. Cukuplah sejarah lalu yang menyedarkan betapa aku belum bersedia untuk menjadi teman istimewa seseorang, apatah lagi menjadi peneman hidup. Aku akui betapa diri ini dahulu dipenuhi denan titik-titik hitam yang bisan menjauhkan hati ini dengan Sang Pencipta.

Seperti manusia biasa, aku sering tewas dengan godaan dunia dan aku rebah menyembah bumi. Tapi rebahnya aku, tidak pula aku bersujud kepadaNya malah aku terus membiarkan diriku hanyut dalam cinta manusia yang bersifat sementara itu. Saban hari aku melalui liku-liku kehidupan tanpa keberkatanNya. Ku rasakan diri ini tidak tenteram, sering ketakutan dan selalu berduka. 


Sehinggalah satu ketika aku memutuskan untuk bersama Dia, dan bukan dia. Betapa tenang aku rasakan setelah menadah tangan memohon keampunan sambil titisan jernih membasahi pipiku. Betapa aku bersyukur kerana Dia telah menyedarkan diri yang kerdil ini. Kurasakan diri ku terlalu hina untuk berdepan sekali lagi dengan Yang Maha Esa. Kesakitan itu terlalu perit untukku telan. Mana lagi kesedihan yang tak tertanggung dek perpisahan dengan si dia, yang membuatkan aku benci dengan diri sendiri. Ditambah dengan kekhilafan diri kerana berjauhan dariNya. Aku buntu.

Untuk itu, aku berterima kasih kepada Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang kerana masih diberi kekuatan untuk berdiri di saat ini. Aku sedar, diri ini banyak kekurangannya, jauh sekali seperti Rasulullah yang dipelihara imannya. Aku hina kerana aku alpa. Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus, yang Engkau redhai. 

Kau temukanlah aku pemilik hati ini, pemilik yang menjaga akhlaknya, imannya dan dapat membimbing aku ke jalan syurgaMu. Satukanlah hati-hati kami menuju cintaMu yang hakiki.
"You marry one another with the intention that I will try to bring this person to Paradise with me" - Sheikh Usama Abdul Ghani
If I have one question to ask you, it'd be, 
"Awak boleh tak bimbing kita masuk syurga Allah?" =]

Saya tak alim macam awak... (klik untuk baca tq) 

THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment