Sunday, February 19, 2012

Update Hari Ni

Assalamualaikum

1. Makan dengan banyak sampai sakit perut. Breakfast nasi lemak, lunch bihun sup dan dinner nasi ayam. Oh tidak senonoh sungguh. Aktiviti makan makin berleluasa and I have to do something about this! *muke bersemangat tetibe sambil burrpp alhamdulillah*

2. Rabbit kesayangan, Kakashi disahkan meninggal dunia pagi tadi. Punca kematian belum dikenalpasti. Tapi yang pasti, aku berasa amat sedih T_T

3. Irah baru balik dari asrama semalam dan aku dikerah untuk menolongnya menyiapkan kerja sekolah. Ergh penderaan mental dan fizikal!

4. Baru beli 2 blouse untuk kerja kat Billion tadi. Stress sebab baju-baju kat situ mahal gile, mengalahkan standard baju Banana Republic mahupun Padini. Lagi stress bila taktau nak pilih baju mana nak pakai nanti. Saat membingungkan!

5. Selesai apply segala mak nenek job yang ada kat website. Akan berusaha dari masa ke masa untuk memohon kerja lagi. Amin. *aku nak keje offshore!!!ok sorry2 over pulak*

6. Agak risau dengan kehadiran hari Isnin. Encik Manager, please be nice. Hihih peace!



THANKS FOR READING! :)

No comments:

Post a Comment